MENCARI ERTI HIDUP...

hidup ni anugerah yang terindah tuhan bagi pada manusia kan..dalam aku mencari erti hidup ku..pelbagai dugaan aku tempuhi..jatuh..tersungkur tetap jua ku gagahi hanya kerana ku ingin terus melihat bumi indah ciptaan tuhan ini..ada tawa menghias rupa dan ada airmata menghias pipi..namun tetap aku gagah..kata kawan2 aku leeya harlina kuat orangnya..,mungkin aku kuat orangnya..cuma aku yang tak menyedarinya..namun sekuat mana pun aku..ada kala aku lemah dan terpaksa mengaku kalah dengan takdir hidup ini..aku tak pernah anggap dunia ini kejam pada ku walau selalu airmata temani aku..malah aku tau itu sebahagian ujian tuhan untuk hambanya dan aku adalah hambanya itu..ayah aku kata..sesuatu tu takkan terjadi tanpa izin tuhan..jika terjadi maknanya tuhan inginkannya jadi begitu..mungkin tuhan ingin uji sekuat manakah hatiku..yang pasti aku cukup kuat..pelbagai ujian tuhan bagi pada aku..dan aku tempuhinya walau dengan airmata..kerana ini hanya ujian yang kecil saja..ujian ketika masih di dunia..ujian di sana nanti pasti lebih berkali-kali ganda dengan ujian yang tuhan bagi kat dunia ni..namun adakala sesekali aku mengeluh jua..kerana knp hanya aku yang selalu di uji..?
kawan2 aku kata tuhan uji seseorang hambanya itu kerana tuhan syg kan dia..mungkin ya..kawan2 ku jugak kata tuhan takkan uji hambanya yang lemah..hambanya yang tak tahan di uji..agaknya aku ni tahan di uji..tapi yang pasti aku tahu tuhan itu selalu ada bersama ku..tuhan tu selalu adil..dan tuhan tahu segala-galanya yang manusia biasa tak pernah tau..aku kan datang dari tuhan..balik nanti pun pada tuhan..jadi apa yang tuhan takdirkan..itulah jalan hidup ku..jatuh atau tersungkur sekalipun tetap jua aku harungi..
dan aku selalu terima kelemahan diri dan kekurangan diriku..aku hanya menumpang sementara di bumi tuhan ini..bukan selamanya aku akan hidup di sini..,ntah esok  masih ada atau tidak tak siapa tahu..
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

MENGHARGAI APA YANG TELAH DI MILIKI......

ini bukan kisah sesiapa..tapi ini kisah hidupku..aku seorang isteri yang cintai suami ku dengan sepenuh hati..bagi ku asalkan dia ada disisi ku semuanya pasti takkan apa-apa..aku seorang isteri yang biasa saja..seorang suriumah seperti pompuan lain..tapi aku insan yang banyak kekurangannya..namun aku tetap bersyukur dan terima apa yang tuhan anugerahkan pada ku apa adanya aku..tahun ni sudah 5 tahun ku bina mahligai rumahtangga bersama suami ku..susah senang aku tetap setia disisinya..tak pernah sekali aku terasa ingin jauh darinya walau sedih..susah datang melanda..
aku bahagia ada dia..dia suami yang baik..namun takde manusia yang sempurna kan..begitu jugak dengan diriku..hanya ALLAH saja yang betul2 sempurna..dan aku terima dirinya seadanya dia..namun kini hati ini telah begitu terluka..mungkin aku bukan isteri yang baik untuknya..kekurangan diri harus selalu ku sedari..namun tuhan tahu aku telah cuba jadi isteri yang sebaiknya..buat suami ku..,maaf jika syg belum cukup baik bagi abg..kini kami tak mcm dulu..sudah ada ceritanya dan cerita ku..mungkin hatinya telah di miliki yang lain..dan aku pasrah dengan semuanya..
dengan ikhlas hati jika itu kebahagiaan yang dia cari dan dia rasa dia bahagia begitu..aku rela undur diri..kerana aku bukan seorang perempuan yang menganggap seorang suami itu sesuatu yang boleh di kongsi..tapi aku rela undur diri..kerana bagi aku hdp ni tak lama..takde apa lagi yang aku ingin kejar dalam hidup ini..aku hanya ingin hargai apa yang telah aku miliki..kerana aku ingat kata seseorang..hargai lah apa yang kita telah ada..kerana yang kita kejar dan yang akan datang itu belum tentu lebih baik dari yang dah pun kita ada..dalam dunia ni ada banyak pilihan dan ada banyak yang cantik dan yang terbaik..namun terbaik atau tidak sesuatu itu..terpulang pada cara hati kita menilainya..
jika sempurna sekali pun ia di mata kita..namun jika hati tak pernah tau hargainya..akan kurang jugak ia..malah akan lebih kurang dari yang telah pun kurang..
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "