SAKITNYA CINTA



bingkisan ini buat seseorang yang dah lama tiada disisi
telah lama berkubur di hati
hanya belum luput dalam ingatan
mungkin satu hari nanti dalam ingatan jua akan hilang

masih ku ingat kau dan aku pernah menangis kerana cinta
itu tak mengapa..tak menjadi satu dosa
kerana itu sebahagian dari fitrah dunia
aku harap jangan lah itu mematikan hati kita
memadamkan hati kita
teruskan lah bercinta
kerana cinta itu indah sebenarnya

jangan sekali-kali berprasangka buruk pada-Nya
setiap yang tuhan tentukan pasti ada hikmahnya
mungkin jodoh kita telah tiada
walaupun hati kita sejiwa
kini kau tetap tinggal dalam ingatanku
walau tidak lagi di hatiku
cinta ku telah dimiliki
namun ku tahu kau masih sendiri
moga ada cinta sejati yang bakal menghuni hatimu..........
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

AKU MENCINTAI MU KERANA..........



mencintaimu bukan kerana aku mencari kesempurnaan
bukan jua aku mengejar kemuliaan
tetapi sudah hati ku inginkannya begitu
cukuplah sekadar dirimu apa adanya
tidak perlu ditokok tambah
bagi ku sederhana itu sudah memadai
merendah diri itu mulia
semua yang engkau miliki
sudah cukup membuat dirimu bermakna buat ku

mencintaimu seadanya dihatiku
senyum hambarku engkau jadikan madu
sendu tangisku engkau jadikan lagu
cinta dihatimu
aku hanya ingin cintai mu sebegitu
sesederhana itu
itu sudah cukup bagiku.............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIKA HIDUP TANPA CINTA



Hidup tanpa cinta,kasih dan sayang
bagai roda yang tak berputar
kaki yang tak berjalan
tangan yang tak bergerak hingga lumpuh lah hati
hingga mata akan buta
mulut ini tak berbicara
hidung pun tak bernafas
jantung tak berdetak
telinga tak mendengar
itulah hidup bagi manusia jika tiada lagi cinta
kasih dan sayang.............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "