INILAH AKU PART 6

aku kenal suami aku hanya dalam sms..satu hari tu aku dapat sms..aku ingat lagi bunyi sms nya..katanya dalam sms tu "lu katne,wa tak dapat datang nih..wa ada keje" gitulah lebih kurang bunyi smsnya..aku yang kehairanan terus hantar balik sms tu pada dia sebab aku takut mungkin dia adahal penting nak bagitau kawan dia..tak lama lepas tu dia hantar sms cakap maaf sebab dia tersilap hantar..aku terima maaf tu tanpa rasa apa..
 minggu kemudian selepas kejadian silap sent mesej tu..aku dapat mesej lagi dari no yang sama..dia tanya khbr aku sihat tak..aku hanya reply sihat jer..pastu dia tanya boleh tak nak berkawan..aku heran kejap..setelah minggu menyepi dia sms lagi nak berkawan..kebetulan aku yang sememangnya takde kawan menerima salam perkenalan tu..
tetiba aku dapat tahu kawan aku yang aku baik sorang tu adalah kawan sekolah dia..aku apa lagi ambik kesempatan tanya kawan aku tu siapa dia..kawan aku terkejut..dia kata "oh..budak paling baik kat sekolah tuh.." lain sangat cara cakap kawan aku tuh..tiap hari dia sms aku..makin hari kitaorang makin selesa berkawan..kawan aku tu plak satu hari call..dia tanya aku betul-betul ke nak berkawan dengan hubby aku tuh..aku cakap yalah...tetiba dia boleh bagitau dia sebenarnya sukakan aku selama ni..hadoi....pening aku kejap..pastu aku cakap baik2 dengan dia yang aku anggap dia kawan jer..dia kawan yang baik..tapi aku tak layak buat dia..dia marah dia kata aku takmo kat dia sebab aku dah jatuh hati kat hubby aku tuh..haru aku di buatnya..
sejak malam tu dia tak pernah call aku lagi..tanpa aku sedar aku kehilangan kawan..hubby aku masih lagi sms mcm biasa..satu hari dia mintak nak call..katanya sejak berkawan dia tak pernah lagi dgr suara aku..dah lah nak call..dia duk panggil "sayang' plak kat aku dan suruh aku panggil dia abg..aku rasa mcm dia tak betul jer..baru sms  minggu dengan aku duk panggil aku sayang2 dan dia muda dari aku..ada ke patut dia suruh aku pamggil dia abg..dalam malu2 dan susah sangat aku nak panggil dia abg..
pertama kali dia call kita orang sembang kejap jer..pastu tiap hari dia call..kkdg dari malam sampai pagi..dan makin hari aku rasa makin suka pada dia..tapi aku tak tau suka tu cinta atau hanya sebagai kawan jer..dah dekat  bulan duk sms dan call..aku mintak dia hantar kan gambar..dan aku hantar gambar aku kat dia..bila gambar dia sampai..semua family aku tgk dan diaorang kata tak hensemlah..hahahahah..hubby aku nih jenis tak hensem dalam gambar..................... bersambung
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

INILAH AKU PART 5


 sambil ubat kaki tu aku perlu buat pembedahan untuk jantung plak..sebab jantung aku makin teruk..jantung aku tak normal..lebih besar dari jantung orang biasa..doktor masukkan 6 tiub ke jantung aku untuk kuat kan jantung aku..tiub tu boleh bertahan selama 13 tahun..lepas tu kena tukar..masukkan dah sakit gila..doktor aku kata kuar kan dan tukar lagi sakit dari masukkan..aku harap masa nak tukar tu aku dah takde kot..sebab aku dah takmo rasa sakit..dah terlalu banyak aku rasa sakit dlm hidup aku..berbulan-bulan kat IJN..aku boleh balik..aku jalani hidup aku mcm biasa..namun tanpa dia lagi disisi..masa tu aku dah tak berhubung lagi dengan dia..bukan sebab apa..itu adalah untuk kebaikan dia..aku tak mahu dia terus tak bertegur sapa dengan mak dan ayah dia.
sebulan kat umah keadaan aku makin pulih..aku makin boleh berjalan..walaupun jalanan aku tak betul mcm ketam..aku tetap bersyukur kerana aku masih berpeluang berjalan..kekadang terasa bosan kerana asyik kat umah jer..takde apa nak buat..tapi aku kena terima keadaan tu seadanya..sejak pembedahan masukkan tiub ke jantung tu..aku makin sihat..cuma sesekali demam biasa tu adalah perkara kecil jer..tapi aku tahu semua tu takkan boleh sembuhkan aku..semua tu hanya bagi aku peluang untuk bertahan terus kan sisa hidup yang ada ini..dan aku tak pernah mengharapkan aku sembuh sejak doktor bagitau aku semua tu..malah aku redha masih dapat bernafas dan masih berpeluang merasai mcmana mencintai dan dicintai seorang yang bernama suami..
tinggalkan kisah sakit..kisah pertemuan pertama kali aku bersama suami..cinta hati yang terlalu aku cintai dari dulu,kini dan insyaallah selamanya dia tetap akan aku cintai...............bersambungnya.... ^_^

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

INILAH AKU PART 4


laki tu dalam takut-takut berani bagitau makn ayah dia..hehehe..tetiba seminggu dari tarikh yang patut aku bertunang dgn laki tu..makn dengan ayah dia nak datang umah jumpa aku..mak dia kata pada aku dah kuarga aku "muka lawa tapi sakit..maaf lah dia takmo keturunan sakit,dia takut anak cucu dia sakit mcm aku"...hihihihi...menangis tak berlagu aku..tiap2 hari aku nangis..sampai seminggu aku nangis last aku sakit jantung..takleh bangun dan jalan lagi..terpaksa di kejarkan ke hospital dengan ambulan..bila laki tu tau aku masuk wad..dia terus datang dengan flight kat hospital..seminggu dia jaga aku..dia nangis bila tgk aku terlantar kat CCU..dia mintak maaf..pastu ada ke patut dia suruh aku tunggu mak dia meninggal baru kawin dengan dia..sebab dia kata dia takmo lepaskan aku..tapi mak aku kata takleh mcm tu..mak aku kata kalau dia takmo lepaskan aku..aku yang kena lepaskan dia..masa tu aku sakit dah terlalu teruk..hinggakan masa tu doktor mintak izin nak potong kaki kiri aku..sebab sakur darahnya dah banyak yang mati..buah pinggang dah hampir tak berfungsi..jantung plak tak stabil..mak aku kata kalau ya pun aku nak mati..biar lah aku mati mcm tu jer..tak payah potong kaki ke belah sana sini..lastnya aku di hantar le IJN untuk operate jantung..masa kat IJN tu laki tulah yang jaga aku..tiap2 hari balik keje dia jaga aku..berbulan-bulan aku lumpuh..kaki aku tak rasa apa..doktor cucuk mcmana pun tak rasa apa..jantung dan buah pinngang pun masalah..last doktor kata kalau nak selamatkan kaki tu..doktor kena operate dari perut sampai peha..kena buang salah satu saraf yang rosak kat kaki tuh..sejak buang saraf tu aku kena belajar jalan balik..tapi kaki aku takleh bengkok..sekarang aku jalan pun agak tempang sikit..tapi aku bersyukur sebab aku masih boleh berjalan..walau aku takleh panjant tangga,kayuh basikal,berlari..sebab dengan perlahan-lahan aku masih boleh berjalan........................ bersambung


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

INILAH AKU PART 3

masa kat wad tu nak bulan puasa..aku koma..tapi raya pertama aku sedar dan sedar kejap jer..sempat aku tengok semua family aku datang beraya di hospital..pastu aku koma balik..hehehe...bila aku makin okay aku di pindahkan ke wad biasa..kat sana 4,5 bulan aku boleh balik umah..kat umah aku sakit sikit-sikit jer..tak perlu masuk wad..masa aku umur 19 tahun tu adalah orang suka aku..masa tu aku dah tak tembam dah..berat aku masa kat wad 32kg..hahahaha..kecik sampai tak nampak aku kat tilam,nampak tilam jer..adalah sorang budak laki suka kat aku..tapi aku takmo lah..aku kan orang sakit..mana tau kot masa sihat jer orang nak..bila sakit campak pada family aku..pertama kali aku dapat bunga dari dia lah..aku takmo pun dia bagi..hari-hari dia datang umah..dia buat baik dengan family aku..aku tetap takmo jugak..walaupun mak aku pujuk..aku tetap anggap kawan jer..sampai dia marah dan tak pernah datang2 dah..umur 21tahun aku mula kenal apa itu internet..masa tu aku sibuk habiskan hari2 aku tulis novel saja2 jer..untuk bacaan adik2 dan kawan sekolah diaorang..aku mula pandai main YM..hahahaah..kuno kan aku..tapi itulah aku..maklumlah akukan tak belajar tinggi..dalam tu aku berkenalan dengan seseorang..tapi aku tak mahu sebut namanya..sebab nanti encik hubby jeles..hehehehe..dia baik sangat tapi tak hensem..akauntan dari johor..kami berkenalan dan dia datang jumpa aku..ntah mana lebihnya aku dia boleh jatuh cinta kat aku..family aku sayang dia sebab dia baik sangat..setiap hari dia call aku..pendekkan cerita tentang dia..satu hari dia hantar family dia merisik..masa merisik tu mak ayah dia tak datang..yang datang hanya mak2 sedara dan pak2 sedara dia...semua setuju bila tengok aku..diaorang kata lawanya aku..tapi diaorang tak tau siapa aku..sebab laki tu takmo cakap..aku rasa mcm tak patut plak tak cakap..sebab satu hari nanti kebenaran tu akan terbongkar jugak..aku suruh lah laki tu bagitau mak dan ayah dia............................. bersambung
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

INILAH AKU PART 2


masa tu aku sedih sangat sebab walaupun aku tak pergi sekolah aku tetap lulus bila exam bulanan..malah ada subjek yang aku dapat A lagi walaupun aku banyak habiskan masa kat wad..hampir setahun aku kat wad..bila kaki aku yang berlubang tu makin tertutup lubangnya..doktor bagi aku balik..doktor pun tau bosannya aku kat wad tu..setiap hari aku cuci luka kat kaki tu sendiri kat umah sampai lah lubang tu tertutup..setahun lebih baru luka tu tertutp sepenuhnya..tapi 3 dari jari kaki kanan aku mati..tak boleh gerak..tapi aku masih boleh berjalan perlahan-lahan..aku tak pernah ke sekolah sejak tu..hidup aku asyik ulang alik ke hospital dan makan ubat..aku redha dengan semua ketentuan tuhan pada aku..setiap hari aku demam,kejap demam,kejap baik..sampai lah 2 tahun lepas tu sekali lagi aku sakit teruk..masa tu aku try keje..saja kebetulan ada orang tolong kira kan keje kat sekolah tadika..keje sebulan aku batuk,demam tiap2 hari..last sekali aku batuk kuar darah..masa tu bulan puasa..tengah bukak puasa tetiba aku muntah dan kuar darah jer..bergegas ayah aku bawak aku pegi HUSM..masa tu aku dah hampir pengsan dah bila sampai kat wad..darah masih banyak kluar..bila doktor check rupanya pembuluh darah ke jantung aku pecah sebab darah aku naik terlampau tinggi hingga 300 lebih bacaannya..doktor terpaksa masukkan darah lain sebab masa tu aku dah jadi anemia dah..cari punya cari darah tu takde kat malaysia..darah jenis AB- ..terpaksa tel ke singapore yang paling dekat dan dapat bekalan darah tuh..lepas masukkan darah tu aku still takleh bangun dan jalan..rambut aku yang panjang paras pinggang doktor potong mcm tu je kat katil sebab susah nak pakai kan alat pernafasan tuh..kali ni 3 bulan kat wad aku masih belum stabil..malah satu malam tetiba mesin pernafasan tu berenti..doktor cakap kat mak aku aku dah meninggal..tapi mak aku kata belum..sebab dia kata bukan kali pertama jantung aku terhenti mcm tu..doktor suruh mak aku call semua family..suruh buat persiapan..makn aku kata dia tak mati lagi..mak aku tampar,mak aku cubit..last aku bukak mata tgk mak aku..mak aku kata doktor dan nurse nangis tgk..sebab diaorang kan rapat dengan aku..diaorang igt aku dah mati..aku di pindahkan ke CCU..wad yang kat situ semua pesakit hidup hanya tunggu mati sebab bernafas hanya dengan mesin..wad paling aku tak suka..semua semua yang lain orang tua..aku jer budak 19tahun masa tu..kat situ takde sapa boleh teman aku..sebab kat wad tu aku kena duduk sesorang..mak dan ayah kena duduk kat luar dan boleh masuk kejap2 jer time melawat.................. bersambung


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

INILAH AKU PART 1

tetiba teringat kenangan zaman sekolah dulu..dulu aku budak yang tembam..walaupun sejak lahir aku ada penyakit ashma dan jantung..tapi aku memang tembam sesangat..umur 9 tahun berat 58kg..tembam kan..hehehe..pastu umur 12 tahun kesihatan makin merosot..berat pun makin kurang..sekolah pun jarang pergi..asyik ulang alik hospital jer..makan ubat jer keje..kkdg boleh berjalan..kkdg takleh bergerak walau sikit pun..tiap2 hari aku nangis..sebab rasa mcm tak aci lah..boleh plak aku main aci tak aci kan..hahaha..rasa mcm tak aci sebab oranglain sihat..kalau sakit pun sikit-sikit jer..masa exam upsr dlm tak pergi sekolah tu aku dapat keputusan adalah 1A..paling bangang aku dapat D..hehehe..aku naik form 1..mcm gitu jugak kkdg gi sekolah,kkdg tak..kkdg boleh pakai kasut..kkdg kena pakai selipar..sebab aku sakit..masuk form 3..satu hari tu aku sakit teruk..cikgu hantar balik umah..kaki aku jadi biru..badan panas dan mengigil..balik umah aku rehat..kaki aku sakit bukan main..rasa menyucuk-nyucuk..makin hari makin merah dan panad kaki tu..pastu bengkak dan naik beberapa bijik bintik mcm jerawat..makin hari makin besar..hingga kemudian buat aku tak boleh berjalan..bijik tu pecah..berlubang besar kat atas kaki aku..hingga kan nampak ke tulang..masa tu aku bukan saja tak dapat berjalan..malah bergerak pun tak boleh..kena orang mandi  kan..makan kena bersuap,nenek aku,mak aku dan seluruh family aku jaga aku bergilir-gilir..aku di masukkan ke wad di HUSM..5 bulan dlm wad aku tetap mcm tu jugak..kaki aku pun tetap berlubang dan hari-hari nurse cuci..waktu cuci tu sakit tak boleh cakap..tapi aku  nih jenis kental..aku sakit sangat aku gelak tapi airmata kuar..setai hari aku perlu rasa sakit tuh..lama sangat kat wad aku boring tahap gaban..nak jugak balik umah..doktor bagi cuti..balik satu hari..esok masuk balik kat wad..sebab takleh balik umah..cikgu-cikgu selalu datang..kawan-kawan sekolah pun..aku ambik ujian lisan untuk PMR masa tu kat wad dan aku lulus..tapi mungkin nasib aku tak baik..aku tak sempat ambik exam PMR..sebab sekali lagi aku jadi mayat hidup..hanya berbyawa tapi tak mampu bergerak walau satu jari............................ bersambung
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "