Agak lama tidak ku coretkan sebarang kata di blog kesayangan ku ini..bukan masa yang tak mengizinkan..tapi kesihatan diri agak kurang sekarang nih...ni pun baru seminggu aku keluar dari wad setelah 8 hari menghuni bangunan bertingkat itu kerana jangkitan kuman pada wayar dialisis kat dada aku neh...
Namun aku bersyukur masih di beri kesempatan untuk menyambut dan menjalankan kewajiban untuk ramadan kali ini..syukur pada Mu Ya Rabbi.....
Ku dengar kau cinta sangat padanya....ku dengar hatimu kini miliknya..dia kan menjadi teman sehidup dan semati..aku menjadi sahabatmu..siksanya mengakui kau teman biasa..terpaksa ku terima itu hakikatnya..yang pasti aku tak mahu lupakan cinta..kau percik api membakar kenangan lama..aku tak tau menilai cintamu...aku mampu pertahankan..tinggalkan ku perlahan-lahan ku terima..semakin ku sakit..semakin kau bahagia.mengapakah aku jadi lemah..sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu.......
tadi terbaca status adik angkat kat fb
dia..dia kongsi status nama panggilan untuk isteri dalam HP suami
mengikut tahun kawin..yang paling sedih 25tahun kawin nama isteri terus
tukar pada "wrong number..hehehe..ya ke ada macam tu..
saya
kawin dah nak masuk 10 tahun..tapi nama saya dalam HP hubby saya still
"my honey"lagi..hehehe..hubby tercinta saya kata kalau saya boleh hidup
50 tahun lagi pun tetap sama juga,takkan berubah..
terima kasih
abg sebab selalu menerima kekurangan yang ada pada sayang,dan tetap ada
dengan saya walau seteruk mana pun keadaan sayang sekarang..cepatlah
balik...sayang rindu abg.... :)
Mengapa payah... untuk mengusir rindu... yang datang bertamu... terus bermukim di hati... ku bersembunyi di celahan hati... namun ia tetap menyelinap... ku menjauh ia menghampiri... ku berlari ia mengejar... haruskah aku mematikan diri... baru ia setia di sisi... atau berlalu pergi...
kalau bukan sebab semangat nak buang PERMANENT
CATHETER dekat dada neh memang aku tak pergi..tapi sebab nak sangat
guna FISTULA..aku buat jelah..
dah lah hari ni rasa
sangat-sangat sedih.. :) tapi taknak ingat lah yang sedih
tu..kadang-kadang kita kena mengalah jika kita dah cuba tapi tetap bukan
yang kita mampu.. :) yang penting esok hubby tercinta balik dan dia
akan jaga masa kat wad sabtu nanti.. :)
Jangan menuntut kesempurnaan dalam
persahabatan.Terimalah kekurangan dan hargailah kelebihannya. Jika tak
mendapatkan apa yang kau sayangi,maka sayangilah apa yang kau ada.. Tak
perlu mencari segala sesuatu yang sempurna jika apa yang kau miliki
sudah cukup membuat kau bahagia.
Di jalan ALLAH., Persahabatan ini bukan
milikku., Dan bukan jua milikmu., Persahabatan ini adalah perancangan
ALLAH yang mengetahui segala rahsia., Kerana Dialah aku mengenalimu dsn
kerana Dia juga telah menetapkan kita mengukir 1001 kenangan bersama.,
Persahabatan ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang hanya keranaNya
semata.., moga ianya kekal untuk selamanya.....
hari ini sekali lagi saya datang ke tempat
itu, tapi kehadiran saya hari ini tak sama perasaan nya seperti yang
kita datang bersama dulu... tadi ketika duduk di bangku yang pernah kita
singgah bersama dulu air mata ini mengalir tanpa saya sedari seakan
akan sedang melihat awak ada bersama saya ketika itu.... awk, saya rindu
awk :(
Cubalah menjadi bahagia walau terkadang ada
duka , belajarlah menjadi insan yg redha pada setiap ketentuanNya kerana
kita perlu tahu cintaNya ada bersama ujian yg kita rasa ...
Alhamdulillah
Kadangkala , kita tersenyum hanya untuk menutup luka dihati... Kadangkala , kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan sendiri.. Adakalanya , kita melangkah dengan penuh yakin... , Sedangkan , berjuta perasaan goyah menunggu rebah... Apabila menangis , tiada siapa yang tahu... semuanya demi maruah... Walau siapa pun kita , di mana kita berada ,langit tetap di junjung . selagi masih hidup , langkah mesti di teruskan.. jangan sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian makhluk ALLAH SWT yang sedang di uji oleh - NYA ......
Akhirnya
aku sedar. Hati yang terluka membawa banyak perubahan dalam hidup aku.
Banyak hikmahnya bila kita berusaha untuk bangkit kembali. Tak kisah lah
sedalam mana kita jatuh, seteruk mana kita ditimpa musibah, yang paling
penting ialah bagaimana kita bangkit kembali. Ingatlah saat kita jatuh
dan terluka. Kita mesti kena bangkit kembali. Malah pasti kita boleh
berubah. Menjadi yang LEBIH BAIK..
Kadangkala...Kita terlalu bersedih untuk
seseorang yang tidak pernah pedulikan kita...Sehingga membuatkan
seseorang yang mengambil berat tentang kita turut bersedih.....
Dalam hidup ini, aku mungkin bukan yang sempurna. Banyak luka yang terpaksa aku lalui, dan ada di antara luka itu yang meninggalkan parut. Namun aku selalu bangga dengan diri yang selalu mahu belajar dari kesilapan lalu, Cuba mengutip tiap butiran hikmah di balik semua kekalutan, ketakutan, dan kegelapan. Bangga yang lahir dari rasa syukur. Kerana aku tahu, DIAlah yang sentiasa menghadirkan kekuatan. DIA berikan ujian demi ujian untuk melahirkan watak seorang wanita yang tabah, kuat jiwa. Kerana hidup tak seindah sentuhan mata. Kerana luka, aku menghisab diri, merenung indahnya ciptaan DIA, menginsafi lemahnya makhluk tanpa KHALIQnya......
sekarang aku yakin, aku baik-baik saja jatuh cinta, patah hati, sakit, itu hal yang biasa dalam hidupku ini aku dah lali dengan semua itu aku tanpa dia, bukan bererti dunia berakhir walaupun dah tiada sms darinya walaupun dah tiada panggilan darinya aku tidak apa-apa, aku baik baik saja ya, aku memang baik-baik saja!!!!!!!
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, bahkan dengan segala kekurangannya.. Itu bukan kesempatan, itu adalah PILIHAN..
Ketika kita memilih bersama seseorang walau apapun yang terjadi,
justeru di saat kita menyedari bahawa masih ramai orang lain yang lebih
menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada dia, dan kita tetap memilih
untuk mencintainya.. Itu bukan kesempatan, itu adalah PILIHAN..
Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang sebagai KESEMPATAN dalam
hidup kita.. Tetapi cinta yang dewasa, mencintai dengan komitmen di
hadapan Tuhan dan manusia adalah PILIHAN..
Mungkin KESEMPATAN mempertemukan dia dengan kita.. Tetapi mencintai dan tetap bersama si dia, adalah PILIHAN yang harus kita pertanggungjawabkan di hadapan Tuhan dan manusia.
Kita berada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang Sempurna untuk
dicintai tetapi untuk BELAJAR mencintai orang yang Belum Sempurna denagn
CARA yang Sempurna..
Kadangkala , kita tersenyum hanya untuk menutup luka dihati... Kadangkala , kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan sendiri.. Adakalanya , kita melangkah dengan penuh yakin... , Sedangkan , berjuta perasaan goyah menunggu rebah... Apabila menangis , tiada siapa yang tahu... semuanya demi maruah... Walau siapa pun kita , di mana kita berada ,langit tetap di junjung . selagi masih hidup , langkah mesti di teruskan.. jangan sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian makhluk ALLAH SWT yang sedang di uji oleh - NYA ......
saat bila tiba-tiba kita akhirnya menangis. sebab perkara remeh temeh. hal-hal kecik. setelah lama mata kita kering.
barulah akhirnya kita tersedar, kita rupanya belum cukup kuat. hati masih rapuh, ada ruang, ada lompong, ada kosong. ada jarak, dengan Tuhan.
kita alpa, kita lalai. kita lupa, kita leka. DIA datang, DIA tunjuk. perkara-perkara besar sudah membuat kita BUTA, maka datang perkara-perkara kecil membuat kita terJAGA.
Dia tak tahu betapa aku sayang.. Dia tak tahu betapa aku cinta.. Dia tak tahu betapa aku terlalu merinduinya.. Dia tak tahu betapa aku ambil berat tentang dirinya.. Dia tak tahu betapa aku sentiasa mengintainya dari jauh.. Dia tak tahu betapa aku teringin sangat nak dia tahu semua ni.. Tapi aku takut kalau dia tahu.. kerana aku bimbang dia akan hilang dari pandangan ku buat selama-lamanya..
Apa yang dia tahu sekarang...
Dia tidak pernah ada dalam hatiku.. Padahal dialah insan yang aku cinta selama ini.. Dan takkan ku terfikir untuk melupakannya sampai bila-bila pun.. Walau dunia ini gelap.. Walau ribut melanda.. Walau hingga ke hujung dunia.. Hati ini akan sentiasa mengekorinya!