kadang-kadang........

kadang-kadang ada sesuatu yang kita tak mampu jelaskan dengan perkataan..
hanya hati yang memahami..kadang-kadang bukan kita lupa..
cuma lidah kelu tanpa kata kala berjumpa..
kadang-kadang bukan hati tak sayang dia..
cuma hati malu nai ungkapkannya walaupun dia sememangnya
insan yang paling kita cinta..
dalam hidup ini memang banyak kadang-kadang..
namun berapa banyak pun kadang-kadang aku tak pernah lupa dia..
dalam setiap doaku pasti ada namamu duhai suamiku................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

cintamu kehidupan ku.....

tanpa di duga kau muncul dengan cinta..
kau terima diri ku seadanya itu..
tanpa ragu dan jemu kau layari hidup bersama ku..
kadangkala duka datang melanda..
lalu aku menangis kecewa..
namun kau yakin kan aku yang cintamu selalu ada..
tanpa rasa kesal aku bahagia bila kau ada..
aku sememangnya insan yang tak punya apa-apa..
rupa tidaklah secantik mana..
apatah lagi tutur kata..
hanya punya hati yang di dalamnya ada satu cinta..
cintamu adalah kehidupanku..
senyummu adalah kekuatanku..
kau semangat dan detak jantungku..
tanpamu hilanglah irama yang selalu bermain di hatiku...........
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kau yang aku panggil cinta...............

buat kau yang aku panggil cinta..
hadirmu tanpa ku duga dan kau muncul dengan tiba-tiba..
kau ukirkan senyuman mesra dan kau buat hati ku terpikat padamu..
kau yang aku panggil cinta..
tau kah kau saat ini aku sungguh hargai
kasih,sayang dan cinta yang kau beri..
kau anugerah yang tak ternilai dari Illahi..
hanya satu di hatiku..
ku sematkan teguh dalam hatiku..
ku biarkan bersemadi lubuk hati ku yang paling dalam..
sungguh tak ku sangka kita akan bersua..
berkongsi kasih dan rasa..
berkongsi duka dan gembira..
buat kau yang aku panggil cinta..
jangan pernah kau sia-siakan cinta yang ada dalam jiwa kita..
semaikan selamanya rasa ini dalam hatimu..
dan kau harus yakin yang aku juga begitu..
hanya kerna kau yang aku panggil cinta..
aku masih mampu berdiri segagah ini..
dalam menjalani takdir hidup ku..
tiada kata mampu ku ucapkan..
tiada apa dapat aku berikan..
hanya ku titipkan coretan ini buat kenangan..
buat mu yang ku panggil cinta...............


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

jika esok tiada lagi....

jika esok tiada lagi akan ku kumpul kebahagian hari ini
dan ku agihkan pada hati-hati yang memerlukan kekuatan..
akan ku ukir senyuman tanpa tangisan..
akan ku buang segala kesedihan yang bertamu di hati..
betapa bersyukurnya aku dapat menumpang bumi tuhan yang indah ini..
jika ini saat terakhir ku..
akan ku tinggalkan secebis kenangan tentang aku..
buat kalian yang selalu hati rindu..
biar kalian jangan lupakan aku..
biar kalian tau satu ketika aku pernah wujud
dan pernah bertahta di hati kalian......
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

hati adalah raja.....

hati adalah raja..
dan seluruh tubuh adalah pasukannya..
jika rajanya maka baik pula pasukannya..
jika rajanya buruk..buruklah juga pasukannya.
wahai hati,
jika engkau di anugerahkan pandangan..
tentu engkau tahu rosaknya pengikutmu kerana rosaknya dirimu..
dan kebaikan mereka adalah kerana kebaikan mu..
Allah berfirman: "sesungguhnya bukan mata itu yang buta..
tetapi yang buta itu adalah hati yang ada di dalam dada" (QS..AL HAJJ..46 )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

jika harus memilih.....

jika harus memilih satu diantara dua..
maka cintailah orang yang mencintaimu..
jangan mencintai orang yang kamu cintai..
kerana orang yang mencintaimu saja mampu memahami..
dan mengerti hatimu..
bukan sekadar tahu..
malah cukup kenal hatimu.....
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

dia masih dalam ingatanku.....

hari ni tetiba aku rajin sangat menulis kat blog aku yang tak seberapa nih..sedang menulis tetiba aku teringat tentang dia..seseorang yang satu ketika dulu selalu menjadi peneman kala duka..namun kini sudah tidak bertegur sapa..dia sudah ada kisah hidupnya dan mungkin aku sudah tiada dalam kamus hidupnya..hurmmm!!!kenapa kenangan dan ingatan padanya tetiba muncul lagi..telah aku berjanji pada diri tidak akan pernah ada lagi kisah tentang dirinya..ntah mengapa tetiba timbul persoalan di hati..
   maaf jika catatan ini ,mengganggu mu kala ini yang sedang bahagia dengan ceritamu..aku hanya ingin berkongsi cerita tentangmu disini..hingga sekarang kau selalu ada di hati..di satu ruang yang hanya aku dan DIA yang tahu..dulu aku selalu tersenyum seikhlas hati ku bila ada kamu..aku selalu menjadi diriku..kita sejiwa dalam semua perkara..tapi aku tau aku tak layak berada di hatimu..kerana kita hanya sahabat..tidak akan pernah lebih dari itu..buatmu yang pernah menjadi peneman kala duka ku..terima kasih pernah wujud dalam hidup ku..kini kau hanya salah satu dari kenangan itu.................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

bila aku cinta....

teringat pada seseorang yang pernah aku kenal satu ketika dulu..walau telah lama kisah itu..nyata ianya masih ada dalam ingatanku..dia selalu cakap pada ku.."saya suka awak"..aku juga kata aku suka dia tetapi sebagai sahabat..aku cakap padanya beri masa pada tali persahabatan ini terjalin..bila dia kata dia rindukan aku..aku kata rindu perlu antara sahabat kerana rindu akan memastikan dia selalu ingat padaku..bila dia kata dia sayang aku..aku kata sepertimana aku menyayangi persahabatan kita..perasaan sayang itu memang akan selalu kita rasai di kalangan sahabat-sahabat sejati..tetiba dia kata aku cinta kamu..aku kata..cinta itu terlalu meluas maksudnya..selami dulu makna cinta yang sebenar sebelum kita bercakap lebih lanjut tentang cinta..sejak itu dia tidak menyatakan apa-apa lagi padaku..dia masih sering bertanya khbr ku..masih menjadi sahabat ku yang paling sejati..masih lagi terdengar gelak tawanya saat dia berbicara dengan ku..tetapi suatu hari dia tinggalkan sepicuk surat..dan berlalu pergi tanpa ku tahu di mana dia sekarang ini..sehingga kini tidak pernah ku dengar gelak tawanya lagi..katanya dalam surat itu.. "katanya aku tau kau mencintai aku..tetapi kenapa kau tidak membuktikannya dengan mendekati aku dengan mesra lagi..?katanya lagi kenapa semakin kau mencintai aku..semakin kau menjauhkan diri dari aku..?semakin aku cuba mendekatimu..semakin jauh kau tinggalkan aku..aku sudah letih dari terus cuba mengenali dan memahamimu..mungkin memang kau bukan di takdirkan bukan untuk aku..begitulah kata-kata terakhirnya..aku pun tak tau kenapa aku begitu..mungkin cinta itu memang tidak pernah wujud atau hati ini sememangnya telah di takdirkan tuhan bukan untuknya..kini aku sudah di miliki dan aku bersyukur dengan cinta yang sekarang aku miliki..cinta yang tuhan telah takdirkan untuk aku...iaitu cinta suami ku.................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

perlukah cinta bersyarat...

cinta tidak memerlukan sebarang syarat..cinta itu apabila kita di lihat cantik di mata orang yang mencintai kita..
ketika oranglain tidak tau di mana letaknya keistimewaan kita..cinta itu juga adalah satu keinginan untuk melihat orang yang kita cintai bahagia dan gembira walau dia sendiri tidak sedar kewujudan kita..adakalanya kita terlalu mencari cinta yang jauh..hingga kita terlupa cinta yang sebenarnya ada di hadapan kita..memberikan segala sokongan,mengambil berat akan hal kita..tapi sudah menjadi adat manusia..yang jauh asyik teringat dan yang dekat langsung tak terpikat..cinta itu tidak menuntut kita menjadi oranglain..tetapi menjadi diri sendiri..cinta yang suci tidak perubahan atau pengorbanan yang besar dari insan yang di cintai..jika dia tidak dapat melihat kecantikan dan keistimewaan yang ada dalam diri kita..nyatalah orang itu bukan di takdirkan untuk kita..maka walau banyak mana pun kita cintai dia..perlu belajar melepaskannya kerana kita hanya manusia biasa..bukan daya kita melawan takdirNya............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

ikhlas atau tidak cinta itu...

kita manusia mudah sekali melafazkan cinta..namun cukup ikhlaskah cinta itu..?
ikhlas atau tidak sesuatu itu..hanya tuhan yang tau dan kita manusia tak layak untuk menilai keikhlasan hati seseorang kerana hati seseorang tak mampu kita tau apa yang terdetik di situ..
     bagi aku cinta yang ikhlas datang dari hati yang ikhlas..hati yang tak punya sebab apa2 knp dia mencintai seseorang..cinta datang tanpa perlu kita meminta dan cinta untuk kita berikan bukan untuk kita pinta..andai telah di takdirkan cinta itu ada untuk kita..tanpa kita duga akan hadir jua ia..
 
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

andai aku jauh dari mu.....

dalam lakaran kehidupan ada ketika kita berjauhan..
demi tuntutan kehidupan di saat kita berjauhan..
penyataan cinta mencium persalaman,,
bimbang dan kerisauan sendirian..
ucapan bunga-bunga keraguan..
cemburu tanda kasih sayang yang di lafazkan..
kita hindarkan gangguan perasaan..
jangan biarkan si syaitan menggoda bila kita kejauhan..
di hati dan ingatan tegaskan bila kita berjauhan..
tidak akan ada perpisahan..
bermesralah dengan kerinduan..
moga cinta sejati antara kita
akan terus berkekalan.........


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

dia itu suamiku.............

siapalah aku tanpa dirimu..
kau sentiasa bersama ku..
tidak mengira waktu kesanggupanmu..
keberanian yang sukar di temu..
kesukaran demi kesukaran melangkah tanpa jemu..
cinta mu paling suci anugerah dari Illahi buat ku..
kasih mu tidak ternoda oleh duniawi..
kegembiraan sama kita lalui..
dalam kepayahan kau tetap disisi..
kesabaranmu amat tinggi..
terima kasih tuhan ku yang maha suci..
menemukan aku dengan insan sebaik ini..
wahai suami yang selalu ku cintai..
izinkan diriku selamanya berada disisi............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

surat cinta dari hati buat dia yang amat ku cintai...............

sesuatu yang syg ingin tuliskan untuk abg..
surat cinta yang hati ini karangkan untuk abg..
hanya untuk abg..
hati ini tidak mampu untuk berkata-kata..
jadi maaf lah andai ianya tidak bersuara..
menyatakan kasih dan sayang yang sememangnya selamanya milik abg..
semoga satu hari nanti abg faham..
andai hati ini mampu berbicara..
pasti telah di ungkapkan segala madah..
segala puisi cinta..
supaya abg tau..
betapa hati ini penuh dengan kasih sayang untuk abg..
sehingga tiada ruang untuk sayang yang lain datang menghuni..
syg cuma punya satu hati..
hati ini untuk abg..
insyaallah selama-lamanya................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

aku yang masih sakit...

pagi ni aku sahur dengan roti canai sebijik jer..bulan ramadan ini aku betul-betul sakit..
namun aku masih lagi larat puasa..walaupun doktor nasi hatkan aku jangan puasa..aku tetap terus kan juga..
pagi ni encik hubby suami tercinta sahur kat luar jer sebab dia takmo susah kan aku untuk bangun..
sebab dia tau aku tak sihat..
  balik dari sahur dia beli kan aku roti canai dan teh ais..tapi aku tak boleh habiskan roti canai sebijik..selera ku betul-betul takde sepanjang puasa ni..bila berbuka pun hanya makan sikit jer..tapi aku tetap bersyukur pada tuhan kerana masih kuatkan aku untuk terus berpuasa di bulan mulia ini.....
  hari ni hubby keje syif petang..hari ni aku berbuka sorang2 lah petang nanti..paling tak best sebab selalunya aku hanya makan bila dia balik..tido hanya bila dia ada disisi..tapi hari ni kena berbuka sorang2..hurm..takpelah..nak buat mcmana dah hubby keje..dah keje nya begitu..............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

cinta itu.......

tidak boleh di katakan miskin seseorang itu jika dalam hatinya punya CINTA...
sesungguhnya cinta tak perlukan mata untuk melihat..
tak perlukan telinga untuk mendengar..
tak perlukan bibir untuk melafazkannya..
tapi cinta perlukan hati untuk merasainya..
perlukan jiwa untuk memahaminya.....
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "