hanya Kau yang tahu....

kala ini hati ini menangis hanya Kau yang tahu..
kala ini hati ini kula hanya Kau yang tahu..
Kau tempat hati mengadu..
Kau tempat segala luahan dan tangisan aku tgglkan..
hanya Kau yang memahami
hanya Kau saja yang tahu................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

sakitnya aku hanya tuhan yang tahu....

dah 32 tahun aku kat dunia nie..
32tahun juga lah aku tanggung sakit ini..
tanpa ubat tak mungkin aku dapat bertahan sampai ke hari ni..
wahai pemilik nyawaku,
hebatnya dugaan yang Kau berikan..
hingga sampai satu saat aku rasa tak tertanggung sakitnya..
namun tetap aku gagahi jua..
Ya Rabbi,
aku bersyukur padaMu..
Kau ampunkan lah semua dosa-dosaku..
semua dosa-dosa suami ku..
dosa kedua ibubapa ku,
dosa kedua mertua ku..
dosa2 saudaraku..
dan semua dosa muslimin dan musliman..
jadikan kami hamba yang mentaati jalanMu..
sesungguhnya semua yang buruk datang dari kami hambaMu..
dan yang baik hanya dari Mu..............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

bila kesayuan melanda hati....

hari ni aku terlihat pakaian untuk wanita hamil kat fb..cantik sangat..
tetiba timbul kesayuan dalam hati..bila agaknya aku dapat pakai baju tu walau sekali seumur hidup ku..
boleh ke?atau sampai bila2 pun tak mungkin aku akan dapat pakainya..
aku jugak terbaca kawan fb ku tak sabar tunggu tarikh bersalinnya..
dapat anak kembar pulak tuh..lagi lah hati sayu..bila agaknya aku dapat rasa semua perasaan itu..
atau aku takkan pernah dapat mendengar seorang anak memanggil ku "umi"..
hanya tuhan yang ada jawapannya...pernah aku bertanya pada doktor..

 'doktor saya nak mengandung boleh?"
jawab doktor "boleh,tapi bila di sah kan mengandung jer awak kena masuk wad,kena tinggal sana sampai awak melahirkan"

termenung aku sejenak..lalu ku bertanya pada suami ku..

"abg,boleh syg nak mengandung?"
kata suami ku... "kalau sampai nak kena duduk hospital sampai bersalin..sampai kena tahan sakit semua..tak payah lah syg.."

begitu juga kata kuarga ku..tapi jauh disudut hati aku ingin sekali merasa mcmana ada benih cinta antara aku dan suami ku memnesar dan hidup dalam badan ku..mak aku selalu cakap pada adik-adik aku..

"kalau kak liya korang ada anak mesti comel-comel.."

bila balik rumah mertua ku..bila ada kenduri semua saudara bertanya bila aku nak ada baby..dah 6 tahun kawin tapi takde baby lagi..yang kawin sekali dengan tarikh aku kawin dah ada anak 2,3 orang dah..terasa juga sedih hati ku..tapi aku diamkan saja..kerana tak siapa tahu apa yang aku tanggung..
  tak siapa tahu sedihnya hati ku bila diri tidak dapat jadi isteri yang sempurna pada suami tercinta..betapa hancur luluh hati ku bila tidak dapat merasa panggilan ibu..
   doktor kata aku nak jaga diri aku sendiri pun tak larat..apatah nak jaga oranglain..diri aku pun asyik susahkan suamiku,kuargaku dan kawan-kawanku..

   "ya Allah bukan aku mengeluh dengan takdir mu..
hanya luahan hati sekadar melepaskan kesayuan di hati..
ku terima sakit ku yang kau anugerahkan padaku seikhlas hatiku..
kerana aku hanya hamba..tidak pantas untuk melawan takdirmu.."

sakitku..sedihku..semuanya ku terima semampu aku..walau jantung ini lemah degupan rentaknya..namun selagi jantung ini mampu berdetak..aku takkan pernah menyesal di lahirkan dengan semua kekurangan yang Engkau berikan..sesungguhnya aku bersyukur di beri peluang melihat dunia indah ciptaanMu Ya Rabbi................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

sendiri lagi.....

malam ni suami tercinta kena bertugas sampai pagi..
kalau ikutkan memang sunyi dan bosan..yalah kat umah ni bukan ada budak2..
hanya aku dan hubby..bila hubby takde tinggallah aku sendiri..
malam ni hubby balik sahur nanti..semalam pun hubby balik dah pukul 5 pagi dan aku mcm biasa..
tetap setia menanti..mata ni takmo lelap bila dia takde..
susah betul mata ni nak tido tanpa dia..pejam mcmana pun tetap takmo lena.
kkdg hidup terasa sangat sunyi dan aku takut pada kesunyian itu..
semua lampu ku buka dan ku volume tv,pc kuat-kuat..
ruih rendah suasana..namun hati ku tetap sepi tanpa dia..
tapi aku tau sesunyi mana pun..aku dah biasa..................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "