layakkah aku terus dicintai..................

beberapa hari ni kesedihan masih lagi menghuni hati..ntah sampai bila aku akan begini..ntah kenapa kesedihan itu enggan pergi..malah makin bertambah dan membuat hati terasa sangat lemah dan semangat hilang dalam diri..hidup sekarang berbeza dari dulu..dulu aku periang jer orangnya..sekarang aku banyak diam..

namun demi menjada hati insan2 yang ada disekelilingku kkdg aku cuba ceriakan diriku seceria mungkin..namun bila sendiri hanya airmata temani hari..tambah2 dengan apa yang terjadi beberapa hari ini..aku bukan seperti yang semua orang sangka.aku tau aku nih kurang semuanya..namun jangan lupa aku masih punya hati..aku tau apa itu terluka..

luka di hati ini tak siapa yang tahu..orang hanya mampu melihat dan tak rasa apa yang aku rasa jadi jangan sesiapa cakap yang mereka fahami diri ku..diriku hanya aku dan penciptaku yang tahu..

tiada apa yang aku inginkan dalam hidup ini selain kegembiraan insan2 yang aku sayang..diri ku sendiri tak mengapa kerana aku akan pergi tinggalkan semua bila-bila masa je jika tuhan berkehendakkan ianya berlaku..cuma sebelum aku pergi aku teringin hidup bahagia dengan insan yang aku cinta..aku ingin cintainya dengan sepenuh hati tanpa rasa yang diri ini tak bermakna padanya..tapi layakkah aku??????????

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

tiada niat menyusahkan sesiapa......................




hari yang sangat-sangat meletihkan..namun letih mcmana pun kita tetap masih lagi mampu tersenyum..
dah berakhir pun bulan march nih..lusa dah satu hari bulan april dah..semalam kita dialisis macam biasa..semalam bil dialisis kita yang bulan march dah kuar dah..yang bulan febuary hari tu kita dah bayar RM2200..yang bulan march semalam RM2800..yang tu ntah bila dapat bayar sebab duit dah habis dah..

ntah sampai bila aku nak hidup dengan susahkan semua orang nih..susahkan ayah aku yang kena hantar aku dialisis,susah kan abg ipar aku yang jemput aku dialisis dan susah kan dia yang kena bayar dialisis tiap2 bulan beribu..

pada semua tiada niat diri ini ingin menyusahkan sesiapa..namun apa daya diri ini yang apa pun tak punya..kkdg aku tertanya-tanya knp tuhan masih panjangkan umurku kerana aku rasa diri terlalu tidak berguna kerana banyak mnyusahkan orang...

orang selalu cakap padaku apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmah di sebaliknya..aku tahu tuhan tau apa yang DIA sedang rencanakan buat aku..namun hati ini terasa terlalu sedih dan penat dengan khidupan sekarang..

tuhanku,
apa pun yang Kau rencanakan buat ku di dalam kehidupanku..moga ianya yang terbaik buat ku..aku mohon padaMu moga kau permudahkan semuanya dan kau datangkan lah kegembiraan dalam hidup ku sebelum mata ini terpejam............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "