nota terakhir saya buat dia yang saya panggl "AWAK"

mungkin tiada lagi peluang untuk saya bertahta di hati awak..tetapi saya bersyukur kerana saya masih berpeluang untuk mendoakan kebahagiaan awak di samping insan yang awak sayangi..dan doa tu ikhlas dari hati saya.....

hidup dengan baik ya..dan jangan lagi pernah sedih..bina kehidupan awak dengan yang tersayang..awak selamanya di hati saya... :)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

ketika rindu datang lagi.............

hari ini, rindu itu menyapa buat kesekian kali
semakin ku usir pergi dari diri ini
semakin dekat di dalam hati
malah hatiku dengan rindu itu terlalu sebati
sungguh, tiada daya untuk aku menghalau ia pergi
ketika rindu itu hadir aku hanya mampu
berdoa pada Illahi agar hatiku mampu diubati
kerana penyakit rindu yang boleh melalaikan diri
semoga rinduku pada dia tidak melebihi rinduku pada-NYA
terkadang, bila rindu berlabuh
sengaja aku menyibukkan diriku
kononnya ingin membuang perasaan itu jauh-jauh
kerana rindu, hati memberontak ingin bertemu
namun apakan dayaku..
Allah menjarakkan kita tentu dengan hikmah
maka bertahanlah hati melawan rindu itu..
Rindu datang silih berganti
sekejap dia hadir, tak lama kemudian dia pergi
semua itu ujian Illahi
tanda menguji keimanan diri..
tidak ku salahkan rindu yang datang tanpa dipelawa
kerana tiada siapa yang mampu menduga..
ku anggap ia sebagai pengorbanan sementara
Ya Allah, andai rinduku ini melalaikan,
bantulah aku untuk melupainya
andai KAU membenarkan aku merinduinya
janganlah kau biarkan rindu ini berlebihan
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya pada-MU ya Allah........

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "