terasa tersisih dan langsung tak di hargai..umpama melukut di tepi gantang sahaja..namun aku yang pilih jalan ini..jadi pada siapa patut aku tujukan kekesalan hati ini..tapi betul ke ada kekesalan dalam hati ku..jika betul ada kekesalan..maknanya apa yang aku lalui dan tempohi selama ini bukannya ikhlas dari hati ku..sedangkan aku bukan insan yang sebegitu..apa yang aku buat dan apa yang aku kata adalah ikhlas dari hatiku..namun kenapa tetiba ada kekesalan di hati..
tuhanku,,,,mohon jauhkan semua rasa itu dalam hati ku..kerana ku tahu apa yang berlaku,apa yang ada dalam hiduku adalah takdir yang telah kau tetap kanuntukku..masakan aku perlu sesali apa yang telah kau takdirkan untuk ku..umpama aku tidak bersyukur dengan pemberian Mu..mohon ampun tuhanku..kkdg hati ini tidak sekuat yang di sangka..sesekali hampir terpesong jua ia..tetapkan hati ku dalam mencari cintaMu..moga aku salah seorang hambaMu yang tau apa itu syukur..............