CINTA LETAKNYA DI HATI



bila hujan tetiba terasa jiwang plak
tambah-tambah bila hati merindui seseorang
lagi bertambah jiwang jadinya..

alah sesekali jiwang tak salah kan
tapi ya ke sesekali jer aku jiwang
macam selalu jer..hahahaha

dah tu nak buat mcmana dah aku
sememangnya orang yang sebegitu
jiwa dan hati aku dah ke arah tu
biasalah aku nih jiwa rapuh sikit..heheehe

percaya tak kalau aku kata yang cinta tu letaknya dihati
bukan di mata,telinga mahupun mulut
cinta yang letak di hatilah cinta yang betul-betul pasti

walaupun tersembunyi
namun getarnya pasti akan kita rasai
mampu mempengaruhi jiwa
hingga kita bisa melakukan hal-hal
yang tanpa kita sedari kan

bagi aku cinta sejati perlu datang dari hati
bukan dari mata yang hanya memandang pada rupa
bukan pada telinga yang hanya mendengar kata indah saja
bukan juga pada bibir yang selalu melafazkan cinta
tapi dari hati yang tak pernah jemu mencintai.................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

TEH PANAS VS BISKUT KERING



hihihihi...tak pernah2 dalam hidup aku minum teh panas
aku lah manusia yang paling tak suka minum air panas..
batuk sampai tak kuar suara pun aku tetap nak air batu jugak..
sampai aku demam gigil2 pun aku mintak air yang berais jugak..

dah lah aku takleh berpisah dengan kipas..
sejuk camne pun mesti nak bukak kipas..
hari ni mcmana tak brapa selera nak makan nasi
tengok orang makan macam sedap jer
tapi bila nak makan tak selera
last2 tak makan pun

pastu aku tertengok anak sedara aku makan biskut kering
dia cicah dengan teh panas..mintak dia suap kat aku
sedap plak...terus aku ambik cawan dan 2 keping biskut makan
terasa amat2 sedap lah plak....hahahahaha
hilang jugak lapar perut..hari ni beralaskan biskut kering 2 keping dan
teh panas secawan..layan jelah...............heehhe
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

HIHIHIHI...APA PUN TAK BOLEH DAA



baru nak berjiwang sikit di pagi yang hujan renyai2 nih
dah ada yang tegur kita kat fb cakap kita ni jiwang sangat
hahahaha...rasa macam nak jawab ikut suka kitalah..
tapi karang kita jawab mcm tu ada plak yang kecik hati..
jadi kita biarkan jelah..adoi mcmana orang nak maju..
baru jer nak menulis dah ada yang menegur..
tak salah berjiwa pun janji kita tak kacau orang..
kalau sudi baca..baca jelah...hadoi...apa pun tak boleh..hahahahaaha
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

CINTA UMPAMA SEBIJIK BAWANG



cinta umpama sebijik bawang
ketika bercinta kita mencari cinta yang paling dalam..
kalau kita mahu tahu erti cinta
kita harus mengupasnya umpama kita mengupas kulit
bawang itu satu persatu..
dan tanpa kita sedar didalamnya tiada apa-apa kecuali airmata..
sememangnya cinta itu indah..
namun untuk mendapatkan cinta yang tulus..
bukan semudah mengupas kulit bawang..
tapi dugaannya sepedih mata yang terkena air bawang................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIKA CINTA ADALAH SESUATU



bila cinta adalah nafas aku ingin hidup seabab..
bila cinta adalah keindahan aku ingin selalu memandangmu..
bila cinta adalah luka aku takkan peduli betapa sakitnya..
aku ingin terus mencintaimu,tanpa peduli seberapa pahitnya..
bila cinta adalah airmata,aku akan tetap tersenyum..
agar kamu tahu aku begitu tulus menyayangimu....

ku titipkan bicara ini buat dia..insan yang selalu istimewa
dalam jiwa ini selamanya....................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SEMALAM YANG HANGAT



macam suspen je tajuknya kan..hahahahaha
kita cuma hapi semalam sebab hubby kita call..
dah 2 hari kita tak dgr suara dia..semalam bila dalam call dari dia
bukan main suka lagi kita..sebab kita rindu sesangat kat dia..

tapi kelakar semalam hubby kita call semua orang kat kmpung..
dari adik kita sampai ke abg kita..sebab kita tak jawab dia call..
kita tak jawab bukan apa kita tak dengar pun bunyi hp kita
sebab kita lupa yang kita ttp hp kita..hihihihi

bila bukak tengok ada 5 miscal yang sampai pada kita
kesian kat hubby kita..tapi tak dapat cakap lama
hubby kita kat pendalaman jadi line asyik putus2
jap2 tak dgr pun dah lah kita plak semput
sebab penyakit lelah kita datang beberapa hari nih..

tapi dapat dengar suara hubby kita kejap pun dah okay dah..
kita dah hapi sesangat..sebab kita terlalu rindu dia
hubby kita kata esok abg call sayang lagi..hihihihi
lambatnya hubby kita nak habis kursus
rasa mcm lama sangat dah kita tak jumpa dia
kita rindu...........................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "