AKU YANG KERING...HUHUHU







" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SUAMIKU PENEMAN JIWAKU

  Hari ni aku gembira sebab smlm suami ku telifon..setelah 5 hari tak dengar suaranya..bila dia call tadi aku nangis sebab aku rindu dia sesangat.. "abg syg cintai abg lebih dari apa pun..meski pun takde siapa yang tahu dan syg cintai abg sedalam-dalam hati  syg kini..selamanya dan hingga ke akhir usia kita"
   takkan ada ganti abg di hati syg..hanya abg yang selalu ada dalam jiwa ini..setiap helaan nafas syg hanya ada nama abg..setiap titip doa sayang hanya mohon moga tuhan berkati abg dan beri abg kekuatan untuk terus jadi peneman jiwa sayang hingga ke akhirnya..kala ini dan tika ini..walau kita jauh..abg selalu di hati syg..tiada dua atau tiga..hanya abg suami tercinta anugerah tuhan sebagai peneman jiwa syg..sungguh syg cintai abg..syg nak ada disisi abg hingga akhir hayat syg jika tuhan izinkan..namun jika syg yang pergi dulu sekalipun..biarlah syg pergi sebagai insan yang tercinta di hati abg..jika cinta syg pada abg belum cukup sempurna..bantulah syg sempurnakannya..kerana abg adalah semangat syg..abg adalah kekuatan hati syg..jatuh bangun..sakit sihat..susah senang syg ingin selalu disisi abg..walau berjuta dugaan..mohan tuhan kuatkan hati kita..kuatkan cinta kita..jika syg yang pergi dulu..syg akan nantikan abg disana..moga di alam lain nanti pun kita berjumpa..kerana abg suami terbaik yang bertahta dalam jiwa syg..biar berjuta kekurangan abg..seadanya jua syg terima..terima kasih kerana lengkapi kekurangan syg..terima kasih kerana hadir dalam hidup syg dan jadi peneman jiwa syg..sungguh syg cintai abg.....moga tuhan selalu restui kita hingga ke akhirnya....cinta ini tiada ganti..akan syg bawa hingga ke mati.......................sayang kamu.... Leeya Harlina
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

BERLALU BAWA DIRI

     ASSALAMUALAIKUM.... tghari ni nak balik kampung kejap..isnin baru balik semula ke penang..mungkin blog ni akan sunyi sampai isnin ni sebab line kat kampung agak slow mcm siput..jadi nak bukak blog mmg tak boleh..nanti balik dari kampung insyaallah liya akan siapkan novel "rasa yang tertinggal" tu..lambat sikit siap sebab banyak sangat persoalan di hati yang belum terjawab..
    tapi  alhamdulillah smlm hubby dah call selepas dia menyepi selama 5 hari..hati rasa tenang bila dapat dengar suara dia..sebak pun ada..tadi masa dia call apa lagi nangis lah..sebab rindu banyak sangat..hubby lambat lagi nak habis kursus..18hb baru dia habis kursus..kesedihan makin kurang dalam hati sebab dah dapat cakap dengan orang tercinta..setelah banyak cakap2 yang merisaukan   hati dari orang2 yang ada di sekeliling..kini semuanya ku cuba buang dari memikirkannya..kerana aku cukup kenal siapa dia insan peneman jiwa..mungkin dia tak pernah luahkan cinta mcm sesetengah lelaki lain..tapi aku tau dalam hatinya cinta itu tetap ada..dan aku mohon pada tuhan..Ya Allah yang maha mengetahui segalanya..yang memiliki segalanya..kuatkan lah cinta kami berdua..biar kekal hingga hujung nyawa..sesungguhnya hanya Engkau yang ketahui yang dalam hati ku..dalam jiwaku hanya ada dia yang bertahta selamanya iaitu suami tercintaku peneman jiwa ku........
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

RASA YANG TERTINGGAL part 6

    di tengah padang..mohd dan sufian tersengih-sengih memandang danial..mereka rasa danial mcm dah jatuh cinta..danial yang melihat kawan2 nya tau pasti ada sesuatu yang bermain-main dalam fikiran kawan2 nya..

     danial:" yang lu orang sengih2 ni apahal wei..????"

     mohd:"nail!..lu jatuh cinta ek.?hahahaha"

    danial:"hahahahaahahhaahahha...bengong ke apa lu orang ni..takde makna arr wa nak cintan2 ni"

    sufian:"alah klu ya pun apa salahnya nail..lu bukan ada awek pun..wa tgk budak tu cantik siot..hehehe"

   danial:"woooo!!!!!lu orang jangan nak merapu.."

  mohd: " alah nail jatuh cinta tu biasa arr..ok arr tu"

  danial:" wei!!!!dah arr lu orang ni...jom sambung main"

    lagi seminggu cuti semesta akan bermula..hana merasakan masa berlalu terlalu cepat..dah pun habis satu semesta..hana tak sabar ingin pulang ke rumahnya..kerana dia mendapat berita ada seseorang akan balik dan terus menetap di kuala lumpur..
  tak perlu lagi hana risau dan merindu kerana insan yang di rindui akan balik dan akan selalu dekat dengan nya..yang di maksudkan oleh hana adalah tunang tercintanya zakuan..zakuan lelaki yang berjaya menambat hati hana sejak hana di sekolah menengah lagi..namun yani dan azreen tidak tau yang hana sebenarnya sudah menjadi tunangan orang..kerana setiap kali zakuan menelifonnya hana mesti akan berlalu jauh-jauh untuk bersembang dengan zakuan..hana tak mahu kecoh2 yang dia sebenarnya sudah menjadi tunangan orang sebelum dia menjejakan kaki ke kolej tersebut..zakuan juga sebenarnya anak kepada kawan papa hana..mereka di tunang kan setahun yang lalu selepas hana tamat pengajian di sekolah menengah..atas permintaan zakuan,hana hanya menuruti sahaja kerana bagi hana zakuan seorang lelaki yang baik..lagipun dia sudah mengenali zakuan sejak di bangku sekolah lagi..
  lagipun zakuan betul-betul mencintainya dengan sepenuh hati sejak dulu lagi..masakan dia harus menolak..apatah lagi zakuan anak kawan papanya..hana tak mahu menghampakan permintaan kedua orang tua nya..namun tak siapa tahu hana sebenarnya sudah pun milik orang..termasuk danial..hana rasa tiada sebab untuk dia beritahu semua orang yang dia sudah berpunya..
    petang itu kelas habis awal..hana telah siap mengemas dan hanya menunggu papanya datang saja..azreen dan yani juga telah siap mengemas dan menunggu untuk pulang..di tempat menunggu....

    yani:"ko balik dengan apa..?"

   hana:"jap lagi papa sy yang ambik..awak baliklah dulu..jauh awak nak drive tu"

  yani:"alah takpe lah..aku tunggu sampai papa ko datang..karang ko sorang plak kat sini..woi beb!!ko plak balik dengan apa..?"

  azreen:"i tunggu driver i..ntah tak sampai2 lagi..lembap betul..dr td i dah call"

   tak lama kemudia kelihatan sebuah kereta BMW memasuki perkarangan kolej..seorang lelaki separuh usia keluar dan memasukkan beg2 azreen ke dalam bonet..

   azreen:" okay lah u all..i balik dulu..jumpa lagi 2 minggu ya..burbye" azreen melambai-lambai ala2 model..hana dan yani hanya tersenyum melihat gelagat kawan nya itu..patutlah azreen banyak karenah dan ngada..dia anak orang berada..bapanya ahli perniagaan yang berjaya...
    sedang asyik bersembang berdua..danial yang kebetulan jugak ingin pulang berhentikan motornya bila terlihat hana..

    danial:"knp tak balik lagi..?semua orang dah balik.."

    hana:"hana tunggu papa" jawab hana ringkas saja..

    yani:"abg nail balik dgn motor ke..?"

    danial: haaaa...dengan motor..ni nama sapa..?" danial lupa yang yani jugak salah seorang pelajar yang berada di bawah jagaannya sewaktu minggu suai kenal..

   yani:"amboi abg nail..sy abg nail lupa ya..hana ingat plak"

   danial:"hahahahahahhahahha..takde arr ramai sgt lupa mana satu"

   yani:"sy yani kawan baik hana dan kawan azreen yang ter....hehehe" yani tidak menghabiskan kata2nya..kerana melihat hana menjeling padanya..hana tidak mahu yani bangkitkan lagi tentang azreen yang terkencing di dalam seluar hari itu di depan danial..

   danial:"ooooo...igt dah..takpe arr klu gitu abg blah dulu arr"

  hana:"okay abg..baik2 bawak motor"

danial pun berlalu meninggalkan hana dan yani..tak lama kemudian kelihatan kereta milik papa yani memasuki perkarangan kolej..yani yang melihat papa hana telah sampai meminta untuk berlalu kerana perjalanannya masih agak jauh lagi..hana terus memeluk papanya..petang itu mama nya tidak ikut sama kerana sibuk memasak makanan kegemaran yani dan juga untuk tetamu yang bakal datang nanti..hana meninggalkan kolej tersebut dengan kenangan yang mungkin indah..apatah lagi dia mula mengenali hati danial lelaki yang menjadi minatnya..ntah apa yang dia minat dia sendiri tidak tahu..namun ada sesuatu pada lelaki itu yang buat dia senang sekali bila di dampingi lelaki itu..akhirnya kereta papa hana laju meninggalkan perkarangan kolej..satu semesta sudah berlalu..hana akan kembali lagi untuk semesta yang seterusnya........( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

BALIK KAMPUNG

 esok aku nak balik kampung sebab mummy kakak ipar ku kena operate untuk masukkan tiub ke hatinya..dulu aku yang di operate masuk tiub ke jantung..ya Allah banyaknya dugaan yang kau berikan..namun aku mohon semuanya akan baik dan selamat..amin..
  hari ni hari ke 5 aku tak dengar apa-apa berita dari dia..dan esok aku nak balik kampung..pasti esok aku akan sedih lagi bila sampai kat kampung..sebab aku dah tau apa yang bakal menanti aku..ya Allah kau kuatkan lah hati hambamu yang kerdil ini..moga hati ini selalu kuat biar apa pun yang datang menduga..moga tiada asa yang menghuni hati..moga semuanya aku terima dengan redha dan seadanya...amin
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

MASIHKAH ADA RASA CINTA

Betapa pun jauh pandangan mata
Betapa pun bebas kaki melangkah
Namun terasa diri terpenjara
Oleh suatu ikatan yg tidak ketara

Walau kau cuba menjauhkan diri
Walau kadangkala aku membenci
Namun setiap kali terpandang mu
Kehangatan di hatiku dingin bagai salju

Antara kasih dan kasihan
Antara jemu dan harapan
Biarkanlah di sini
Aku terus begini sendiri

Andainya ada yang dapat mengerti
Gelisah yg datang melanda diri
Masihkah ada rasa cinta
Ataukah sekadar kau berpura-pura
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JAUH DI RINDU

Di mana...
katakan di mana salah silapnya 
ku terasa-rasa hubungan kita 
berubah mengikut masa

Ke mana...
mana hilang keajaiban itu 
kelembutan serta kemanisanmu 
yang pernah menghias hidupku 

Mengapa kita kini 
saling mengasingkan diri
kemesraan lalu 
dingin dan membeku

Tetapi hati tidak dapat di bohongi
bila saja berjauhan 
kita kerinduan 
kau dan aku 
diuji gelombang waktu

Sayangku
biar genting usah berputus terus
kenangan lalu tak mudah di hapus 
segalanya tersimpan di hati 
jika di takdirkan tak sehaluan lagi
kau tetap aku ingati
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

RINDU YANG TAK PERNAH HABIS

   ku titipkan tinta ini buat dia
   insan peneman jiwa yang kini jauh di mata
   namun selalu ada dalam jiwa
   setiap saat,setiap ketika hanya dia yang bertahta di hati
   hanya dia yang menghuni jiwa kecil ini
   5 tahun aku bertahan layarkan bahtera denganmu
   susah mahupun senang..sedih mahupun suka
   sihat mahupun sakit..hatiku..jiwaku hanya ada kamu
   sejauh mana kaki melangkah
   kau selalu ku bawa bersama
   kerana kau selalu ada dalam jiwa
   sedihku..tangisku..semua tertitis hanya kerana merinduimu
   jika di takdirkan aku "pergi"
   biarlah ketika itu aku disisimu
   hidup dan matiku..aku hanya ingin bersama denganmu
   duhai insan peneman jiwaku
   taukah kau saat ini hati terlalu rindu
   hingga berjuta sendu singgah di hatiku
   jika tinta ini terbaca olehmu
   moga kau tahu betapa hati ini merindui dirimu
   kau yang terindah pernah aku miliki
   kau paling bermakna pernah aku temui
   kau cinta sejati yang wujud dalam jiwa ini
   kau hanya satu yang selamanya aku cintai
   walau musim berganti..walau tahun berlalu
   mencintaimu tak pernah aku jemu
   setiap saat kau ku tunggu
   berbulan..bertahun menanti
   tak pernah terasa lelah di hati
   jatuh..rebah..lalu ku kuatkan dan ku bangun hanya untukmu
   kau adalah jantungku
   kau adalah jiwaku
   kau adalah hatiku
   kau adalah nafasku
   moga tuhan sentiasa memberkatinya
   moga kau dan aku selalu berada di bawah rahmatnya..
   duhai peneman jiwa..ku titpkan bicara ini buat mu
   bicara yang datang dari jiwaku
   yang saat ini begitu rindu akan dirimu------------------
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

DIA YANG TERINDAH

  masuk hari ni dah 4 hari aku tak dengar suara dia..sms dari dia pun takde..dan aku rasa sangat2 sedih..dari tadi pagi aku sms..dah berpuluh sms dan aku call dah berpuluh call..dari ada krdt..hingga habis krdt aku call dia..tapi tak dapat..tetap voice sms jugak yang jawab..ya Allah ujian apa lagi yang ingin kau berikan pada hambamu yang lemah ini..kuat kah hati hambamu ini untuk menerima ujian dari mu..sungguh hati ini rasa tidak mampu..namun segalanya hanya kau yang tahu ya Allah ya tuhanku..
  hanya kau yang tahu hidupku..hatiku..jiwaku..setiap nafasku..tak pernah aku lupa untuk bersyukur pada setiap apa pun dugaan yang kau berikan ya Rabbi..sampai hari ni aku masih bertahan..dengan jatuh,bangun,sedih,luka,tawa dan airmata aku teruskan hidup yang kau anugerahkan buat ku demi dia insan yang kau jadikan peneman jiwa ku iaitu suamiku..kemana kaki ku melangkah..ku bawa dia bersama dalam jiwaku..
   baik atau buruk..kurang atau lebih..sakit atau sihat..susah atau senang..dialah harta yang terindah pernah kau berikan padaku ya Rabbi..setiap saat..setiap ketika kau wujudkan cinta dalam hatiku padanya..makin hari cinta itu bukan makin kurang..tapi makin bertambah..makin hari sayang itu bukan makin pergi..tapi makin datang..dan alhadulilah kerana kau tetapkan hatiku untuk terus mencintai dia..walau pelbagai cubaan yang datang..walau sesekali aku rebah kerana tewas..namun kau kuatkan hatiku untuk bangkit dan teruskan apa yang telah aku pilih dan kau berikan untukku ya Rabbi..
  kala ini..tika ini..saat ini hanya kau yang tahu betapa sedihnya hatiku..betapa pilu nya aku..airmata ini bukan saja2 ingin ku titiskan..airmata ini tertitis dengan sendiri bila aku memohon redha darimu..ya Allah ya Rabbi..kau bimbing lah aku untuk terus mengikuti jalan yang kau redhai..kau kuatkah lah hatiku untuk terus melangkah membina mahligai bersama dia insan peneman jiwa hingga sampai satu saat aku harus kembali padamu..kau tetapkan hatinya..teguhkan hatinya..berinya petunjuk..supaya dia tidak sesat di duniamu..supaya dia tau membezakan mana yang baik dan mana yang tidak..mana yang betul dan mana yang salah dalam hidup dia..kau murahkan lah rezekinya..agar dia selalu beroleh rahmat darimu wahai  pemilik nyawaku..
   tiada apa yang ingin aku mohon dari mu ya Rabbi selain kesejahteraan ke atasnya dan kau restui lah dia dalam setiap helaan nafasnya..sesungguhnya hanya engkau yang maha mengetahui segalanya ya Rabbi..moga semuanya akan selalu baik2 saja..moga semua kesedihan yang menghuni hatiku akan cepat berlalu dan aku mampu tersenyum seperti aku yang dulu...
   bersykur aku masih lagi di beri peluang bernafas di duniamu..walau hiba menghimpit hati..namun syukur padamu tak pernah aku ingkari ya Rabbi..sesungguhnya hati ini begitu rindu akan dia..moga dia juga terasa di sana..walau dia jauh di mata..dia selalu ada dalam jiwa..ya Allah ya Rabbi...amin..amin.. ya robal alamin...............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

HATI YANG SANGAT SEDIH

  hari ni aku rasa sedih sesangat..mcm2 yang bermain dan menjadi persoalan di hati..hingga tetiba ada air jernih menitis di pipi..aku ni sejak kecik tuhan bagi sakit..lepas satu..satu sakit tuhan bagi kat aku..semua aku terima dengan redha..namun aku ni hanya wanita biasa..manusia biasa..adakala aku terlupa  untuk redha dan aku jadi marah2 dengan apa yang terjadi pada aku..kkdg aku rasa mcm aku nih tak guna..sebab apa pun aku takleh buat..semuanya harapkan orang..berjalan pun aku demam..apatah lagi nak buat keje berat yang lain..paling aku terkilan aku tak sempat habiskan belajar aku..sebab selalu kuar masuk hospital..kkdg boleh berjalan..kkdg terpaksa berkerusi roda..mcm2 dugaan tuhan bagi aku..
  tetiba bila umur aku 26 tahun..aku jatuh cinta dengan seseorang..walaupun aku ni sakit..tapi aku pun ada perasaan mcm oranglain jugak..aku tau mcmana rasa suka..rasa sayang dan rasa cinta..dan cinta aku berbalas bila dia pun cintakan aku..tapi orang kata cinta tak semestinya terus bahagia..susahnya aku nak kawin dengan dia..mcm2 dugaan lagi tuhan bagi..tapi orang kata jodoh tu di tangan tuhan..walau pelbagai dugaan datang akhirnya aku kawin jugak dengan laki yang aku cinta dan yang cintai aku..
  aku ingat lagi sebelum kawin..doktor tanya aku betul ke aku nak kawin sebab dia tak mo aku menyesal satu hari nanti bila aku kawin dan suami aku sia2 kan aku sebab aku banyak kekurangannya..aku tak keje..aku bukan orang kaya..aku selalu sakit..bila sakit satu apa pun aku takleh buat..doktor cakap plak dengan bakal suami aku..yang bakal suami aku kena tau yang aku ni sakitnya bukan sikit..tapi terlalu banyak..dan yang paling utama aku takleh jadi ibu..tapi masa bakal suami aku kata takpe..semua tu keje tuhan..aku ingat lagi dan takkan lupa sampai aku menutup mata nanti yang suami aku cakap "kalau dapat hidup satu hari dengan syg pun abg sanggup..asal dapat hidup dengan syg"...kata2 tu dah 7 tahun aku semat utuh dalam jiwa aku..aku selalu ingat dan tak pernah lupa..walaupun mungkin suami aku lupa apa yang dia cakap..
   akhirnya berkawinlah aku dengan dia..dia baik orangnya..cuma biasalah manusia mana ada yang sempurna..ada lah perangainya yang buat aku selalu sedih..namun tak perlulah aku ceritakan disini..aku cuba jadi isteri yang baik..tapi aku ni manja sikit..suka merajuk dan agak garang bila aku dah marah..tapi aku gembira bila hubby aku ada..kami selalu makan sama2..selagi dia tak balik..aku tunggu sampai dia balik baru makan..tgk tv sama2..aku ni suka bercakap..bila time tgk tv aku bercakap..hubby selalu suruh aku diam..sebab dia nak tgk tv..
   masa tu hubby keje kilang je..bila dia keje syif malam mmg aku takut duduk sesorang..jadi malam2 semua lampu aku bukak..aku bukak tv dan radio kuat2 sampai pagi hubby balik aku tunggu tak tido..sebab aku takleh tido takde dia...setahun kat johor..keje hubby makin tak menentu bila kilang tempatnya keje dah takde ot..jadi gajinya pun tak cukup..hubby dapat offer keje kilang lain kat tempat lain..hubby pergi dan aku plak balik kampung sementara tunggu hubby ambik..keje kat kilang tu tak sampai seminggu belum pun dapat gaji..hubby dapat surat temuduga untuk keje kerajaan..alhamdulilah..pas kawin dapat plak dia temuduga tu..itupun sebab aku yang paksa dia mintak..sebab dia ada diploma..jadi apa salahnya keje kerajaan..lagi menjamin masa depan..sebab aku pun takleh nak keje..jadi hidup agak susah..
   dari johor hubby ke kl..tapi hubby dapat bukan yang jawatan tetap..tapi dapat yang kontrak saja..tapi aku tetap bersyukur..sekurang-kurangnya tiap2 bulan gajinya tetap..tak mcm keje kilang..kat kl hubby tinggal dengan kawan2 yang dia kenal kat kl..dengan moto dia gi keje tiap2 hari..dan aku masih kat kampung..mula2 keje selama 3 bulan hubby tak dapat gaji..masa tu abg aku yang tolong bantu hubby bagi dia duit nak buat keje..tapi abg aku bagi je..bukan hutang..sebab abg ku mmg sygkan aku dan dia abg yang sangat baik..begitu jugak dengan kakak ipar aku...setelah dapat gaji..hubby nak bayar duit tu..tapi abg aku taknak..walaupun dah dapat keje..hubby tetap tak ambik aku..sebab dia takde duit nak buat bayar deposit umah..sebab gajinya tak banyak..tapi aku dah tak tinggal kat kampung dah..aku ikut abg dan kakak aku ke bentong pahang..sebab aku takmo jauh dengan hubby..kl ke bentongkan dekat..hubby kkdg datang jenguk aku seminggu sekali..kkdg 2 minggu sekali..
  tapi yang buat aku sedih..bila aku balik kampung..orang2 selalu cakap2 pasal aku..sebab dah kawin tapi suami duduk tempat lain..aku sedih jugak..tapi aku diam je..cuma sesekali bila mak aku duk cite yang orang cakap2 tu aku jadi marah..bila aku marah aku call hubby aku mesti marah2 dia..sebab dia tak ambik aku..sedangkan aku wife dia..tanggungjawab dia aku nih..bukannya tanggungjawab abg aku or mak aku..
  sampai satu saat aku dah bosan dengan cakap2 orang..aku ambik keputusan nak ikut jugak hubby aku ke kl..aku desak dia suruh bawak aku ke sana..dia takde duit..kebetulan aku ada seutas rantai yang aku beli dengan dut hantaran kawin dulu..aku gadai untuk buat bayar deposit umah..abg aku pun banyak tolong..abg aku belikan aku peti ais..tv..abg aku takmo aku susah dah sedih..
   aku duduklah kat kl tu dengan hubby..ada masa suka..ada masa duka..biasalah suami isteri..sedangkan lidah pun tergigit..ni kan pula suami isteri..namun aku tetap rasa bahagia walaupun hidup sederhana..sebab aku berada dekat dengan suami yang aku sangat cinta..setiap hari sebelum gi keje hubby pasti akan cium pipi aku kanan dan kiri..baru dia akan gi keje..walaupun time dia gi keje tu aku belum bangun..aku mcm biasa kat umah..ptg aku masaklah..sebab aku hanya makan bila hubby balik keje..tghari aku tak makan..kalau makan pun hanya buah2..
  kami tgk tv sama2..aku plak jenis suka bercerita..ada je yang aku nak ceritakan..dan aku gembira bila aku tgk hubby aku ketawa bila dgr aku merepek..sebab hubby aku nih pendiam sikit..kalau balik umah aku..dia cakap dengan aku je..kalau dengan oranglain dia cakap boleh kira patahnya..tapi kalau dia balik umah dia..dia bising..aku plak yang bertukar jadi pendiam..sebab adik beradik hubby ramai laki..jadi aku takde geng..
  2 tahun kat kl..kontrak hubby hampir tamat dah dengan JKR..jadi timbul kerisauan di hati..nanti nak kena cari keje lagi..tetiba tuhan tu maha pemurah..tgk sibuk2 duk fikir nak cari keje lain..hubby dapat plak temuduga keje kerajaan yang lain..kali ni dengan stesen tv RTM..jawatannya plak tetap..alhamdulillah...aku lah orang yang paling gembira sekali..walaupun itu hanya surat temuduga..
  beberapa minggu lepas tu hubby dapat jawapan dan dia dapat keje tu..makin aku bersykur sebab hubby dah dapat keje tetap..jadi tak perlu risau lagi..sebab keje tu selagi dia tak berenti..akan selalu ada..walaupun aku tau hubby tak minat keje kerajaan dan dia pernah cakap dia buat sebab aku yang suruh..aku tak kisah,..janji dia ada masa depan yang dah terjamin..walaupun gajinya tak banyak..tapi sekurang2 nya keje tu mmg dah tetap..lagi sekali aku terpaksa balik tinggal kat kampung..sebab hubby tak dapat gaji lagi selama 3 bulan..aku tak mo duduk kat kampung..sebab aku tahu kalau lama aku kat kampung....banyaklah suara sumbang yang akan kedengaran..aku ikut plak abg dan kakak aku tinggal kat penang..
   aku ni dari dulu suka ikut mana je abg dengan kakak aku pergi..hinggakan aku dah duduk perak,pahang,penang,kedah..hampir semua negeri aku dah pergi sejak tinggal dengan abg aku..setiap hari aku rindukan hubby..setiap saat dia ada dalam ingatan dan jiwa aku..setiap hari jugak aku hitung saat untuk kembali ke Kl..ke rumah aku dan dia..hubby kata hujung bulan january nanti dia akan ambik aku..tapi atas sebab2 tertentu dia tak jadi ambik aku..aku kata takpelah..nak buat mcmana dah ada sebab..dia kata nak ambik aku hujung bulan febuary plak..aku tunggu dengar sabar..takkan lah bertahun-tahun aku tunggu nak hidup dengan dia dulu boleh sekarang nak tunggu lagi sebulan takleh..aku tunggu dengan sabar..namun kesedihan rindukan dia tetap ada..kkdg aku nangis sesorang bila ingat dia..
   2 minggu lepas hubby call..dia kata takleh ambik aku hujung bulan 2..sedihnya aku..sebab tiap2 hari aku tunggu..bila aku tanya knp..hubby kata dia ada kursus selama sebulan..dari 21 feb hingga 18 march..aku sedih sesangat sebab aku nak sangat balik kl..mana ada isteri yang suka berjauhan dengan suami tercintanya..
   selama aku kat penang ni..banyak kali jugak dia datang tgk aku..tapi sekejap-sekejap je..hari minggu je..bila dia datang aku asyik cakap nak balik..sebab aku betul2 nak balik..jumaat lepas hubby datang sebelum dia gi kursus..sebab bila dah mula kursus hubby dah takleh nak datang dah..masa hubby nak balik ahad lepas..aku nangis sebab aku nak ikut dia balik..tapi takleh..sebab hubby kan kursus..bukan aku takmo faham..tapi aku betul2 nak balik..dah hampir 5 bulan aku kat penang nih..
  aku nak sangat balik dah hidup mcm dulu dengan hubby..aku rindu nak makan dengan dia..tgk tv dengan dia..aku rindu pada lengan yang aku buat bantal setiap kali aku tidur..aku ni perangai mcm budak2..aku mmg manja dan suka merajuk tambah2 dengan hubby..tapi aku tetap cinta dia..ahad hari tu aku merajuk bila dia kata aku takleh balik lagi..jadi bila dia sampai kl..dia sms aku cakap dah sampai..aku tak reply..sebab aku kalau dah merajuk mmg begitu..pastu bila tgk aku tak reply..hubby call aku beberapa kali dan aku buat tak tau je..tapi dalam hati aku rindu sangat kat dia..sejak tu hubby dah tak sms dan call sampai hari ni..on9 fb pun tak..dan aku rindu dia sangat2..
  tadi aku cuba call hp dia..tapi off..maybe dia dalam kursus..jadi takleh nak on tel..dan sekarang aku sedih sesangat bila ramai yang cakap2 dan buat aku fikir bukan2 tentang hubby....aku ni kan orang sakit..bagi aku kalau hubby takde aku pun dia takkan apa-apa..tak rugi apa-apa..sebab aku takde apa pun boleh bagi pada dia..sekarang mcm2 bermain di fikiran aku..banyak sangat persoalan yang takde jawapan di hati aku..
   tapi aku tetap pujuk hati aku..supaya aku tak fikir bukan2 dan buat aku bertambah sedih..setiap hari aku hanya menulis kata rindu untuk dia tak kira di fb atau di blog..kerana saat ini aku amat rindui dia..tapi aku tak tau adakah dia pun rindui aku..atau hanya aku yang rinduinya....
    buat encik hubby...jika cinta syg pada abg belum cukup sempurna..ang maafkan lah syg dan abg bantulah syg untuk jadikannya lebih baik..sebab syg banyak kekurangannya dan abg adalah pelengkap segala kekurangan sayang..walau berapa jauh jarak pisahkan kita..hati sayang..jiwa sayang hanya ada abg..setiap saat syg rindui abg..tak pernah syg lupa walau sesaat.....terima kasih kerana jadikan syg suri hidup abg dan terima syg seadanya sayang..................selalu cintai abg............LEEYA HARLINA
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

RASA YANG TERTINGGAL part 5

      kaki hana sudah pun makin baik..sekejap je masa berlalu..minggu suai kenal telah pun berakhir..kini hana.yani dan azreen telah pun menjadi warga kolej tersebut..semuanya terasa bagai mimpi..dulu hana masih di sekolah menengah dan sekarang hana sudah pun sampai ke kolej..betapa lajunya masa beredar hingga kan apa yang berlaku di sekeliling kita tak perasan dan tak sedarinya...
      tengah asyik mengelamun hana di kejutkan oleh beberapa suara yang sedang bersembang dan bergelak tawa..hana menoleh dan melihat danial dan kawan-kawannya sedang duduk di satu ruang di kantin tersebut..ntah apa yang mereka sembangkan hingga begitu riuh dan mengejutkan hana dari lamunan..danial yang terpandang pada hana yang memandang padanya hanya tersenyum saja dan hana membalas senyuman itu lalu berlalu kerana sudah pun masuk waktu asar..hana tidak mahu terlewat mengerjakan apa yang wajid itu..
    
       mohd: "nail,wa tgk lu kan bila nampak je awek junior yang sorang ni..lu senyum je..apahal der..?"

       sufian: a'ah..wa pun perasan jugak bro..lu minat awek tu ke apa..?...hahahahha" mereka berdua gelak bersama..

danial hanya tersenyum dan bangun untuk berlalu..agaknya malas dia mahu melayan kawan-kawannya yang tak sudah-sudah suka menyakatnya..

     mohd:"wooo der,,takkan marah kot..tak cool ler der.."

    danial:"takde maknanya wa nak merajuk..lu orang igt wa ni pompuan ke apa..wa nak blah..nak solat asar arr"...

     sufian: "bro,cer lu tgk..kan bagus kawan kita ni..rock..rock jugak..time jd setan dia jadi setan..time dia jadi alim..dia alim..hahahahahaha"

    mereka bertiga gelak bersama dan berlalu untuk ke bilik masing-masing..pelbagai ragam anak muda dapat di lihat di kolej tersebut..setelah selesai solat asar hana mentelaah sekejap..setelah lama menghadap buku..terasa bosan pula dirinya..yani dan azreen mcm biasa ntah kemana perginya..mungkin bersama-sama abg-abg senior..biasalah mereka berdua tu peramah..jadi ramai lah abg senior yang suka melayan mereka..hana pula jenis yang agak pendiam..dia hanya peramah dan selesa dengan orang yang dia kenal sahaja..itulah sikap hana sejak azali lagi..gadis ini gemar menyendiri..mungkin kerana sudah biasa sendirian di rumah bila mama dan papa nya keje..
      hana mengambil keputusan untuk keluar meninjau kawasan kolej..sudah dua minggu hana di kolej tersebut dan masih banyak tempat yang dia belum lihatnya lagi..maklumlah jadualnya agak ketat..hana berjalan sendirian melihat-lihat kawasan kolej..kelihatan ramai pelajar di sana sini..petang-petang begini bila tiada apa yang hendak di buat..mereka semua beriadah untuk menghilangkan tension belajar..ada yang berpasangan..ada yang sedang mentelaah buku-buku sambil menikmati angin petang..ada senyuman terukir di bibir hana bila melihat pelbagai ragam teman-teman sekolejnya..
    di padang danial dan rakannya sedang bermain bola..dari jauh hana sudah tau yang tgh bermain bola itu danial dari susuk tubuhnya..hana berjalan menuju kearah padang..lalu dia melabuhkan punggungnya di bangku untuk melihat danial bermain bola..danial yang terlihat hana sedang memerhatikannya melambai tangan pada hana..dan hana juga turut membalasnya..
    mohd dan sufian yang melihat sahabatnya melambai tangan pada seorang perempuan tersenyum sesama sendiri..kerana danial selalu tidak begitu..cukup susah danial ingin dekati seorang gadis..namun ternyata norhana bisa menarik perhatian lelaki aneh itu..mungkin ada sesuatu tentang hana yang menarik minat danial dan mungkin ada sesuatu yang menarik tentang danial hinggakan membuat norhana suka dan selesa bila berada di samping lelaki tersebut..
    hana selalu perhatiakan danial bila terpandang danial dari jauh..bagi hana lelaki itu istimewa..ada sesuatu tentangnya yang sukar hana jelaskan..namun yang pasti dia terasa gembira bila mendekati lelaki itu..walaupun banyak suara sumbang berkata danial anti perempuan..bagi hana danial cukup baik dengannya..tiap kali bersua danial tidak pernah loket dengan senyuman..dan akan bertegur sapa dengannya walau hanya sedara sepatah dua kata sahaja..bagi hana itu sudah memadai bagi lelaki aneh seperti itu..

    danial: 'lu orang main dulu..wa adahal jap" danial berlalu menuju kearah hana..hati hana rasa berdebar bila lelaki itu menghampirinya..ntah knp rasa itu muncul dalam hatinya tiap kali bersua muka dengan danial..di tengah padang...

     mohd: "aphal dengan kawan kita tu..?tetiba wa rasa mcm adnan sempit der...dalam hati ada taman...hahahaha"
mohd dan sufian gelak bersama-sama kerana kehairanan dengan sikap kawannya itu yang setiap kali melihat hana..asyik tersenyum je..selalunya bukan main susah nak senyum pada mana-mana perempuan..

        danial: "hai..buat apa kat sini..?"
  
        hana:"tak buat apa pun..sj hana bosan kat bilik..abg selalu main bola kat sini petang-petang..?"

        danial:"tak selalu jugak..hanya bila rasa terlalu bosan dan takde keje nak buat"..

        hana: "owh..." dan hana hanya tersenyum..hatinya berdebar-debar..terasa amat susah baginya ingin memulakan sebarang bicara bila matanya bertentangan dengan mata danial..ada getar yang terasa di dalam dada...hana menahan debar di dadanya..

       danial:"hana ok ke ni..?"

        hana:"hehehe...okay je.."

       danial:"mcmana dengan kaki hana..?"

       hana: "mmm....dah makin baik dah..thanks sebab abg banyak tolong hana hari tu"...

       danial:"arghhh..takde hal lah...abg tolong semua orang..okay abg nak sambung main bola..lainkali sembang lagi.."

hana hanya mengangguk dan tersenyum sahaja..danial berlalu meninggalkan hana dan kembali pada kawan-kawannya..------------- ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

ANGAH KU YANG SANGAT BAIK HATI

  tetiba aku tersenyum sendiri..sebab tadi aku cakap kat abg ngah aku yang aku rindu seseorang..
abg ngah ku terus je bertanya..liya rindu kat sapa..?yang mana..? dia atau wan..? hahahaahha...
dah pandai guna istilah dia ek sekarang angah ek..hihihi..
liya rindu banyak kat siapa lagi kalau bukan encik hubby liya lah angah..angah nie..tapi dia tu sapa ek..?
hahahaha...saja berlakon buat2 tak tau..hehehe...bila guna perkataan dia...semua orang jadi tertanya-tanya..
siapalah yang leeya harlina selalu cite tentang "dia" tu..nak kata suami dia..dia mesti tulis encik hubby kalau suami dia..hehehe..."dia' tu sahabat baik leeya harlina sebenarnya..tapi dia ni lain sikit..sebab ada sebab yang takleh nak di beri sebab..apa aku cakap ni..hehehe...
tak kisah  lah siapa pun dia..yang penting dia tau dia sapa cukuplah..kkdg ada benda tak perlu semua orang tau..cuma jangan ada yang salah faham dengan dia dan aku sudah lah..siapa pun dia..aku tau dia tau yang aku ceritakan tentang dia..
dia bukan insan tercinta..tapi dia insan yang selalu bertahta dalam jiwa...wahai abg ngah ku yang baik hati..yang begitu memahami..yang selalu ada saat liya sedih..yang selalu cuba buat apa pun nak bagi liya senyum..liya takmo sayang angah laju2 mcm angah cakap angah sayang liya..liya nak sayang slow2 je..biar sayang tu berpanjangan selama liya masih bernafas..jika sekali pun liya dah takde nanti..liya nak jadi salah satu kenangan terindah dalam hidup angah...bersyukur kerana tuhan temukan ku dengan insan yang sangat2 baik ini iaitu angah ku..encik adzmin bin syariff....angah i lap you.............hahahahahahaha
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

CINTA SUAMI ISTERI

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai yang!Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:
'Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.

Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.'
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

BICARA RINDU BUAT SUAMIKU..

Senyummu adalah bahagiaku..Ceriamu adalah dambaku..Gelisahmu adalah kebimbanganku..Air matamu adalah kesedihanku..Kau pelipur lara dukaku..Kau pengiring suka citaku..Bersama kita dalam hari-hari keberkahan..Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta..Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang..Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu..Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..Cinta, sayang, dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati..Malam ini bintang bersinar cinta, bulan tersenyum sayang, angin mendesir rindu..Wahai bintang, bulan dan angin..Sampaikanlah salam cinta, sayang, dan rinduku kepadanya..“Sungguh Aku Sangat mencintaimu karena Allah”
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

BUAT KAMU..KAMU..KAMU SEPARUH DARI JIWAKU...

 hari ni  liya hapi sesangat sebab tadi masa kat fb semua orang yang liya sayang ada..angah ada..long ada..adik lina ada..dan dia pun ada..liya hapi bila semua orang yang liya sebut ni ada..sebab diaorang ni bukan setakat kawan baik..mahupun sahabat..tetapi dia ni separuh dari jiwa liya..orang yang boleh buat senyum terukir dibibir liya..walaupun liya kenal mereka semua di alam maya ini..ada yang liya dah jumpa dan ada yang belum..alhamdulillah liya di beri peluang jumpa dengan mereka yang sangat baik ini..
mereka anugerah yang tak ternilai liya ada..tetiba teringat pulak pada seseorang yang mintak nak jadi sebahagian dari diaorang..bukan tak boleh..tapi liya takut awak yang tak dapat jadi mcm diaorang sebab diaorang cukup faham setiap perangai liya..tahun ni tahun ke empat liya kenal long dan tahun ke tiga liya kenal angah dan tahun ke 2 liya kenal dia..alhamdulilah setakat hari ni baik buruk..kurang atau lebih liya diaorang terima seadanya..tak pernah goyah persahabatan kami ini..mohon pada Allah SWT... moga persahabatan ini..ikatan kasih sayang yang terjalin ini kekal hingga ke akhir usia..
walau liya punya sejuta pun kawan disisi liya..namun hanya dia orang jugak yang dapat buat liya tersenyum kala liya sedih..pada kamu..kamu..kamu...semua...liya sayang kamu semua............... I LOVE YOU.....
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

TERPAKSA TANGGUH DULU...

 Pasal novel "rasa yang tertinggal" tu pada kawan2 yang dah baca separuh liya minta maaf ek..liya tangguh dulu cite tu..tapi liya akan sambung..cuma maybe bila liya dah rasa nak sambung ek...harap semua yang dah baca tunggu sambungannya dari liya ek..insyaallah liya pasti akan sambung bila sampai masa nya.. :)
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

AKU DAN HP

                                                                    N900

  hp ni cepat betul habis baterinya..cas jap tak sampai satu hari..sebab internetnya 24jam duk on..huhuhu..jadi asyik kena cas je..gamaknya nak kena tukar bateri lain kot..sebab aku malas nak cas selalu..tapi nak taip sms mmg lah mudah..lambatnya tunggu hp baru..hp ni nak bagi hubby..ni hp yang aku pakai sekarang..nokia N900...PIC YG KAT ATAS TU..nanti tunggu hubby beli hp yang ni..yang nokia jugak..tapi model C7...ni hp yang aku nak...hehehehehehe..tapi tak tau bila boleh dapat ni...lambat ke cepat tak tau..kena tunggu dengan sabarlah...PIC YANG KAT BAWAH NI....hehehe

       NOKIA C7

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

LAGI..LAGI..TENTANG DIA

dah lama aku tidak coretkan sebarang kisah tentang dia..bukan aku lupa..dia selalu paling atas bertahta dalam jiwa selepas insan yang aku cinta..dulu aku selalu coretkan pelbagai kisah tentang dia..namun bila semua salah sangka dan ganggu hidup dia..aku tak pernah lagi ceritakan kisah dia disini mahupun di mana-mana..dia sahabat peneman jiwa..hadirnya tika jiwa berduka..hari ni hati tertanya-tanya betul ke aku tak syg dia...?aku hanya terlalu manja dan takut kehilangan dia..tapi bukan begitu yang hati aku rasa..aku mmg sayang dia..dan aku juga takut hilang dia..nanti kalau dia takde..bila aku sedih,nangis dan ada masalah yang aku tak boleh kongsi dgn insan tercinta..aku nak cari siapa..hanya dia yang fahami aku..yang kenal sikap aku..bukan aku nak musnah kan hidup dia..bukan jugak aku tak mo lepaskan dia..tapi tiapkali itu yang terlintas di fikiran..itu jugalah yang buat aku sedih..pada dia,maaf kan diriku jika hadir ku dalam hidupmu begitu menyusahkan mu..seikhlas hati aku amat syg akan diri mu..kau sahabat peneman jiwa..persahabatan mu anugerah terindah dari tuhan buat ku-------- ♥


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

TENTANG DIA LAGI

2 tahun lepas disini lah aku kenal dia..dari kawan sahaja..dia menjadi sahabat..dari sahabat dia menjadi sebahagian dari insan2 yang aku syg dalam hiidup aku..dia tiada istimewanya pada oranglain.namun pada aku dia sahabat yang setia,,walau apa jua berita,walau apa jua cerita tentang diri ku dia di khbrkan..dia tetap tak berpaling dah selalu teguh berdiri dan takkan pernah biar ku rebah...banyak suka duka kisah kami disini..ada tawa..ada airmata..semuanya aku kongsi dgn dia..dgn dia aku tak perlu jadi sesiapa..aku hanya jadi diriku seadanya aku..dan dia tak pernah meminta lebih dari yang aku mampu..katanya hidup ni kena berani..jangan takut buat silap..jangan takut mencuba dan jangan cepat putus asa,,saat kesedihan menghuni hati..dia akan ada menemani..walau penat,walau apa keadaan pun..selagi dia mampu dia akan lakukan yang terbaik buat aku..katanya apa pun tak mengapa..asalkan aku gembira..maybe dia tak tau aku paling gembira bila dia ada..bila dia ada tangis hilang di mata dan senyum hadir dibibir..mungkin semua tertanya-tanya siapa dia..knp dia begitu istimewa pada aku..dia bukan kekasih..kerana aku sememangnya sudah punya insan yang aku cinta..dia bukan juga sekadar sahabat..dia sebahagian dari jiwa..jika kehilangannya ibarat separuh dari jiwa ku telah pergi..mcm lagu anang lah plak..hehehe..harap takde lagi yang salah sangka dgn dia..salahkah jika aku syg dia..knp manusia selalu buruk sangka..bila aku syg dia..semua fikir yang lain..dalam hidup..kita akan ada insan yang kita syg,suka,kasih dan cinta..setiap rasa itu tak sama..harus rasa dan fahaminya..jangan hanya pandai berburuk sangka------------ ♥


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

KISAH DIA DAN KAMU

ini kisah dia...dia biasa je orangnya..cuma sikapnya kkdg mcm budak2..
dia manja orangnya..dalam keluarga dia manja dengan semua..
namun dia bukan ngada-ngada...aku hanya ingin ceritakan tentang kisah dia dan kamu..
dia tak ramai kawan..tak macam kamu..jadi bila ada orang sudi jadi kawannya..bagi dia kawan adalah segalanya..
gembira,sedihnya semua mau di kongsi bersama kawan tercinta..
satu hari dengan tak di sengaja dia jumpa kamu dan dia dan kamu berkawan..
mula2 dia tak suka sikap kamu yang agak kasar..tapi lama2 dia jadi biasa..namun kkdg dia terasa juga..
tapi hati dia selalu cakap takpe..dari kawan biasa..dia mula jadi kawan baik kamu..mana ada kamu adalah dia..
bila kamu ada dia sgt gembira..ketawa kamu pengubat duka lara hatinya..namun kkdg bila mood kamu tak baik..kamu acuh tak acuh je dengan dia..tapi dia selalu cakap takpe..janji dia tau kamu ada dalam hidup dia..
setiap hari dia tunggu kamu..dia selalu bosan bila takde kamu..kkdg dia nangis bila rindu kamu..tapi kamu tak pernah tau..
sebab bagi kamu dia ada or takde sama je..dia gembira bila dgr suara kamu..dia tersenyum bila dapat sms dari kamu..walaupun hanya "hai' je yang kamu tulis..bagi dia apa saja dari kamu amat bermakna...
dari hari ke hari dia makin fahami kamu..dia tau tika kamu hapi dan tidak..kkdg kamu berubah dalam sesaat..kejap kamu baik dengan dia..dan jap kamu dingin dan endah tak endah dengan dia..tapi dia tetap kata takpe jugak..setiap hari dia tetap tunggu kamu..
satu hari dia mintak nak tel kamu..dia tunggu kamu sms dia dari jam 12 tghmlm sampai 5pg..menangis dia sebab takde sms dari kamu..masa tu dia rasa patutkah dia terus ada lagi untuk kamu..dia tanya hatinya..hatinya tetap masih kata takpe..hari ni hampir dua tahun dia dan kamu berkawan..dia selalu igt kamu setiap hari..hatinya tak pernah lupa kamu..maklumlah kamukan sahabat bagi dia..sedih,gembira semuanya dia hanya nak kongsi dengan kamu..namun hari ni hatinya tetiba terasa dan dia menangis...kali ni dia tanya lagi pada hatinya..patutkah dia terus ada disisi kamu..hatinya diam..tiada jawapan..tapi matanya still menangis..dia ingat semula selama dia bersahabat dengan kamu..dia rasa seperti dia yang sungguh2 dan rasa persahabatan itu bermakna..tapi bagi kamu dia takde pun tak mengapa..tetiba hatinya turut menangis..pertama kali hatinya menangis kerana kamu..selalu hatinya asyik kata takpe..lalu hatinya berbisik...maybe ini saatnya dia harus berlalu..pergi tinggalkan semua kenangan yang dicipta bersama kamu..matanya makin menangis bila mendengar bisikkan hatinya..berat rasa ingin berlalu kerana dari dulu hingga kini KAMU amat dia sayangi..sayangi tak semestinya cintai..cintai tak semestinya ingin miliki...
setelah bertanya pada hati dan itu jawapan hati..dia tanya pada akal...akal jugak berkata..pergilah jika itu yang terbaik buat hati...kali ni dia terdiam..sambil merenung pada langit mlm..dia berkata betul kata hati dan akal..mungkin ini saatnya harus pergi..airmata pilu terus menitis di pipinya..semua kenangan,gelak tawa bersama kamu, bagaimana dia bisa lupakan..walaupun kamu bukan kekasih..namun kamu bukan sekadar kawan biasa..bagi dia hadir kamu membawa cahaya pada hati dan hidupnya yang berduka dengan takdir yang Esa..namun dia harus akur..
jika berlalu dari kamu adalah yang dia perlu buat..maka itu yang dia akan buat...dalam senyum dan tangis,dengan masa yang singkat dia mampu sayang kamu sebanyak itu..istimewa sgtkah kamu...???? namun untuk melupakan kamu..seumur hidup dia ada pun belum tentu mampu...bersama pekatnya gelap mlm..matanya terus menangis...jiwanya pilu dengan berakhirnya kisah dia dan kamu----------------------------------------

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

TANPA MEMINTA

ku menyintaimu tanpa meminta kau jua menyintaiku,
ku merinduimu tanpa meminta kau jua merinduiku,
tidak pernah aku meminta kau membahagiakanku,
tidak jua ku memintamu menemani selalu,
tidak ku pinta kau berjanji untukku..
ku percaya dengan setiap perlakuanmu,
ku percaya dengan setiap tuturkatamu,
ku percaya dengan setiap perasaan dan pandangan matamu..
aku jua tidak pernah meminta kesepian ini,
tidak meminta kekosongan ini darimu,
tidak ku pinta darimu penjelasan mengapa kau ingin pergi...
hanya ku mahu kau untuk kembali..
namun akhirnya,kau memberi segala yang tidak aku pinta---------- 

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

TAKDE MOOD LAGI NAK SAMBUNG NOVEL....MAAF SEMUA..

  aku nak minta maaf pada semua kawan2 yang sudi baca novel yang aku tulis kerana novel "RASA YANG TERTINGGAL" aku masih belum sambung..aku akan sambung..cuma sekarang aku takde mood lagi nak menulis..insyaallah bila dah rasa nak menulis..liya sambung balik ek kekawan..liya pasti siapkan novel tu..cuma sekarang liya tak rasa nak menulis..nanti bila hati liya dah okay liya tulis lagi..thanks pada semua kawan2 yang sudi singgah ke blog liya ni..blog ni baru sangat dan liya hanya seorang yang cintakan dunia penulisan..namun liya tak sehebat sasterawan negara mahupun novelis yang nama nya gah di malaysia ni..liya menulis sekadar penuhi minat liya..sejak dulu menulis adalah jiwa liya..ketenangan liya dapat bila liya menulis..pada semua kawan2 maaf lagi sekali..nanti liya sambung...assalamualaikum-----------------
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

HARI YANG SANGAT SEDIH............

  tadi tgh hari hubby dah balik KL..dan aku nangis sebab nak ikut dia balik..tapi tak dapat sebab hubby kena kursus selama sebulan..hujung bulan 3 nanti baru dia ambik..terasa sedih sesangat sebab dah 5 bulan kita orang berjauhan..dah hubby tak selalu datang sebab dia keje..kali ni dia kursus lagi lah tak datang..jadi tak dapat jumpa dia..dalam hidup aku..asal ada hubby aku makan banyak..aku tgk tv..aku rasa mcm sekejap sgt hari berlalu..sebab aku hapi bila dia ada..tapi bila dia takde..aku mula tak makan..kuar ruang tamu tengok tv pun tak..aku berkurung kat bilik dengan laptop ni je..masa terasa lambat sangat siang berganti malam..setiap hari aku cuma menghitung hari saat untuk aku balik ke KL..tapi makin aku hitung makin lama jadinya..dari january hingga sekarang dah penghujung febuary..dan aku terpaksa tunggu lagi hingga hujung march..betul2 terasa sedih dan sepi..aku bosan disini tanpa hubby..semuanya tak kena..semua nya rasa kurang..apatah lagi dalam hati dan jiwa..terasa hilang sesuatu yang amat berharga..yang aku rindu..yang aku sayang...saat ini hati sangat pilu................. :(
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

PERUT KU YANG SELALU JE SAKIT.....KNP????

   perut aku nih selalu je sakit..nak kata tak makan ubat dah makan..tapi sakit jugak..
knp dengan ko perut..ko ada masalah apa plak..ke ko sakit sebab aku tak makan..kan kau dah biasa aku tak makan..atau ko sakit sebab aku banyak sangat makan ubat...
perut..ko jangan lah selalu sakit..aku nak bangun..nak berjalan..nak duduk susah sangat sebab ko sakit..ko tak kesian kat aku ke..aku kan dah banyak sakit..jadi ko tak payah lah sakit..ko duduk je baik2 ek perut..jangan sakit2..nanti aku lagi susah kalau ko jugak ikut sakait seperti jantung,buah pinggang,paru2..ko tak payah lah..ko sihat lah ek..dah banyak yang sakit kat badan aku nih..jangan lah ko tambah lagi ek..ko baik kan perut..hari ni ko sakit lagi..esok ko jangan sakit ek..jangan sakit lagi.......
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

TIADA LAGI ............ DIA

    dulu kat facebook..bila aku bukak fb yang pertama aku nampak adalah nama dia..tapi sekarang nama tu dah takde..sekarang aku dah tak menulis dah kat fb..dah jarang bukak fb..sebab apa yang aku syg.apa yang aku rindu dah takde..betul kata seseorang..apa yang kita ada di dunia ini takkan kenal dan takkan selalu ada untuk kita..namun ku titipkan doa walau dia tiada moga bahagia sentiasa mengiringinya..dan dia selalu ada di satu tempat yang tak siapa tahu dalam hidup ku..leeya senyum...heheheehe.. mcm ni :) ..namun walau pun dia dah takde..kisahnya akan ku coretkan selalu disini..itu tandanya selalu ada rindu di hati ini buat dia....kamu yang selalu ku pahat utuh dalam hati..moga senyum.tawamu selalu ada untuk insan-insan yang kamu sayangi ek...itu doa dariku...................... ^_^
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

TUHAN BERIKAN LAH AKU CINTA

Walau aku senyum bukan berarti 
Aku selalu bahagia dalam hari 
Ada yang tak ada di hati ini 
Di jiwa ini hampa 

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku 
Mungkin akan ada cerita cinta 
Namun ada saja cobaan hidup 
Seakan aku hina 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Untuk temaniku dalam sepi 
Tangkap aku dalam terang-Mu 
Biarkanlah aku punya cinta 

Tuhan berikanlah aku cinta 
Aku juga berhak bahagia 
Berikan restu dan halal-Mu 
Tuhan beri aku cinta................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

GULAI KAWAH

Bahan2 
100 ml minyak 
500 gm daging (dgn bahagian berlemak) – dipotong dadu (boleh guna daging tanpa lemak) 
Air untuk mengempukkan daging 
2 biji kentang saiz besar – potong 4 
2 s/b kerisik 
350 ml santan pekat (dari 1 ½ biji kelapa) 
2 s/b gula merah 
1 keping asam gelugur 
garam secukupnya 


Bahan A 
1 btg kulit kayu manis 
3 kuntum bunga cengkih 
2 kuntum bunga lawang 
3 biji buah pelaga 

Bahan B 
(kisar dengan sedikit santan) 
2 – 3 sb pes cili 
1 labu bawang besar 
7 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
3 cm halia 
2 cm lengkuas 
1 s/b rempah kari daging 
3 s/b pes rempah rendang basah* 
(*tambahkan lebih kurang 1 cm setiap sejenis spt halia, lengkuas dan ditambah juga 1 cm kunyit hidup & 1 batang serai, 4 biji cili padi, 2 ulas bwg merah.. diblend sekali sebagai ganti pes rendang basah) 

Cara Membuat 
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga harum. 
2. Masukkan bahan kisar, kacau hingga naik minyak. 
3. Bubuh daging dan kacau hingga kering airnya. 
4. Masukkan air, kacau lagi. Bila daging separuh empuk tuangkan santan. 
5. Masukkan kentang. Kacau atas api perlahan hingga mendidih. Masukkan pula kerisik, asam gelugur, garam dan gula merah. 
6. Kacau sekali-sekala hingga daging empuk dan pekat sehingga terbit minyak. 

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "