kesedihan ini tiada siapa yang mengerti...................

petang ni terasa sakit plak tempat jahitan wayar dialisis nih..tapi selagi boleh tahan aku akan tahan..aku kan dah biasa rasa sakit lenih daripada ini..

sebenarnya hati merasa sangat sedih..namun tiada siapa yang mengerti kesedihan di hati ini..aku sedih bila dia seakan nak taknak je layan aku..aku sdih bila dia buat aku macam tak bermakna dalam hidup dia..aku sedih bila dalam satu hari dia tak call or sms pun tanya aku mcmana hari ni sihat ke tidak..aku sedih bila dia cerita yang isteri kawan2 dia mngandung or bersalin..

sebab aku tak boleh bagi dia semua tu..aku apa pun takde dan tak mampu bagi dia..aku hanya mampu bagi cinta yang ikhlas dalam hati aku saja..selain cinta yang tulus itu aku tak punya apa-apa lagi..bila dia bercerita tntang isteri kawan dia mengandung hati ini terasa sedih skali dan trasa diri ini terlalu kurang dan tak layak untuk terus berada disisinya..

kerana dia mungkin tak bahagia kerana hidup dengan diriku banyak bebani dia..aku banyak susahkan dia..mungkin dia letih dengan kehidupan sekarang..

tuhanku,
hanya padaMu aku mengadu kesedihan ini..
aku tau aku insan yang tak punya semuanya
Kau kuatkan lah hati ku..
Kau redhakan lah aku jalani semua ini seikhlas hatiku..
sungguh kala ini kesedihan ini tiada siapa yang mengerti..............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

aku dan dia kini terpisah jauh..................

dah pukul 1 tghari dah..hari ni aku tak makan ubat lagi..rasa sangat malas dan bosan dah makan ubat..dah 33 tahun aku hidup makan ubat jer.sekarang lagi lah aku kena hidup makan ubat seumur hidup dan dengan wayar kat dada seumur hidup..tapi wayar kat dada aku nih boleh tahan paling lama pun 2 tahun je..pastu kena tukar dada belah kiri plak..cukup dada belah kiri 2 tahun..kena tukar kat leher kiri plak..tapi 6 bulan jer..kalau time tu aku masih ada lagi tak tau dah nak letak mana wayar tuh...

kenang kan nasib diri sekarang susah untuk aku tersenyum ceria mcm dulu..aku betul-betul bukan aku yang dulu lagi..tapi biar lah.mungkin ini jalan takdirku..terasa sangat bosan kat umah..tapi nak kuar jalan-jalan pun aku tak larat..bila cakap pasal jalan-jalan dulu masa aku tak sakit macam ni kalau hari minggu aku mesti kuar jalan-jalan dngan dia..kitaorang makan2,tgk wayang..

demi tuhan aku rindukan kehidupan aku yang dulu..disisi dia,walaupun kurang segala namun kebahagian itu tetap kami rasa..sekarang aku dan dia jauh terpisah..kemesraan yang dulu seolah-olah telah tawar..dan hati aku rasa sangat sedih dengan situasi sekarang..amat sukar untuk aku lalui..

sekarang semuanya aku harungi sendiri..sedihku,sakitku..tiba-tiba terasa diri sangat asing di bumi sendiri..dia pula seolah makin menjauh..agaknya sudah jemu aku susahkan dia..jauh disudut hati aku ingin sekali dia tau jadinya aku begini bukan pintaku..tapi ini anugerah yang tuhan takdirkan buat aku..

aku tak ingin apa2 darinya..cukup dia fahami dan cintainya hingga ke akhir usia dengan apa adanya aku tanpa mengharap aku jadi lebih dari yang aku mampu..tapi fahamikah dia rasa sedih di hati ini?taukah dia yang diri ini hanya ingin dia saja selalu disisi hingga akhir hayat nanti..hurm...moga tuhan bukakan hatinya untuk tau yang betapa diri ini perlukannya dan betapa diri ini cintainya.................

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

hanya aku yang ber "ia"...............

hari ni pun aku bangun lebih awal dari matahari..nanti lama-lama kalau matahari tau aku bangun lagi awal dari dia nih mesti dia jeles dengan aku nih..hahahaha..sekarang ramai sangat yang jeles dengan aku.aku pun tak tau knp..lawa sangat ke aku nih sekarang sejak pakai wayar kat dada nih..hihihi..takkan lah kot diaorang jeles sebab diaorang takde wayar kat dada..kalau nak ambik jelah..aku bagi free je sebab aku pun pakai sebab terpaksa je nih..kalau tak,aku pun takmo..hehehe..

rasa macam dah bosan je dengan title fasha sandha..tetiba hari ni teringin nak jadi lisa surihani boleh ke..ada tak ssiapa nak cakap aku sekarang mcm lisa suruhani..hihihi..alhamdulillah hari ni masih di beri kesempatan berceloteh kat sini..hari minggu yang sangat bosan..ntah bila lah hidup ni takkan rasa bosan..

hari ni aku tak tau aku gembira ke tak..nak kata gembira macam tak..nak kata tak rasanya okay2 saja..hidup ni kadang2 sukar nak di ramal dan perasaan kita sukar nak di tafsirkan..sangat2 rumit dan kadangkala kita sendiri tak memahami diri kita...

semalam abg ngah aku call..2 jam lebih duk sembang dengan dia..abg ngah tu abg angkat aku yang dah bertahun aku kenal..saja duk cerita kat dia tntang seseorang yang bagi aku title fasha sandha tuh..tgh malam tu lepas cakap dengan angah aku tel "dia"..

aku cuba buat aku seolah-olah gembira sbaik mungkin..tapi aku rasa sedih plak bila aku je yang yeye bercakap tapi dia mcm boring dan tak sudi cakap dengan aku..agaknya betul kot aku dah takde di hatinya..hurm..kalau betul baik bagitau aku terus terang saja..mungkin ianya akan melukakan hati aku..tapi aku pasti takkan apa2..

dalam dunia ni kan seseorang yang kita punya bukan hak kita..kita hanya pinjam saja..semuanya miik tuhan..jika tuhan berkehendakkan jodoh itu pndek..maka pendeklah ia..jika tuhan nak ianya panjang..maka panjanglah ia..apalah daya diri ini untuk sekat ketentuan tuhan..aku hanya hamba yang tak punya kuasa apa2..aku hanya mampu redha...............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

layakkah aku terus dicintai..................

beberapa hari ni kesedihan masih lagi menghuni hati..ntah sampai bila aku akan begini..ntah kenapa kesedihan itu enggan pergi..malah makin bertambah dan membuat hati terasa sangat lemah dan semangat hilang dalam diri..hidup sekarang berbeza dari dulu..dulu aku periang jer orangnya..sekarang aku banyak diam..

namun demi menjada hati insan2 yang ada disekelilingku kkdg aku cuba ceriakan diriku seceria mungkin..namun bila sendiri hanya airmata temani hari..tambah2 dengan apa yang terjadi beberapa hari ini..aku bukan seperti yang semua orang sangka.aku tau aku nih kurang semuanya..namun jangan lupa aku masih punya hati..aku tau apa itu terluka..

luka di hati ini tak siapa yang tahu..orang hanya mampu melihat dan tak rasa apa yang aku rasa jadi jangan sesiapa cakap yang mereka fahami diri ku..diriku hanya aku dan penciptaku yang tahu..

tiada apa yang aku inginkan dalam hidup ini selain kegembiraan insan2 yang aku sayang..diri ku sendiri tak mengapa kerana aku akan pergi tinggalkan semua bila-bila masa je jika tuhan berkehendakkan ianya berlaku..cuma sebelum aku pergi aku teringin hidup bahagia dengan insan yang aku cinta..aku ingin cintainya dengan sepenuh hati tanpa rasa yang diri ini tak bermakna padanya..tapi layakkah aku??????????

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

tiada niat menyusahkan sesiapa......................




hari yang sangat-sangat meletihkan..namun letih mcmana pun kita tetap masih lagi mampu tersenyum..
dah berakhir pun bulan march nih..lusa dah satu hari bulan april dah..semalam kita dialisis macam biasa..semalam bil dialisis kita yang bulan march dah kuar dah..yang bulan febuary hari tu kita dah bayar RM2200..yang bulan march semalam RM2800..yang tu ntah bila dapat bayar sebab duit dah habis dah..

ntah sampai bila aku nak hidup dengan susahkan semua orang nih..susahkan ayah aku yang kena hantar aku dialisis,susah kan abg ipar aku yang jemput aku dialisis dan susah kan dia yang kena bayar dialisis tiap2 bulan beribu..

pada semua tiada niat diri ini ingin menyusahkan sesiapa..namun apa daya diri ini yang apa pun tak punya..kkdg aku tertanya-tanya knp tuhan masih panjangkan umurku kerana aku rasa diri terlalu tidak berguna kerana banyak mnyusahkan orang...

orang selalu cakap padaku apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmah di sebaliknya..aku tahu tuhan tau apa yang DIA sedang rencanakan buat aku..namun hati ini terasa terlalu sedih dan penat dengan khidupan sekarang..

tuhanku,
apa pun yang Kau rencanakan buat ku di dalam kehidupanku..moga ianya yang terbaik buat ku..aku mohon padaMu moga kau permudahkan semuanya dan kau datangkan lah kegembiraan dalam hidup ku sebelum mata ini terpejam............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

tiada hampa di hati...............................



bisik hati ku lepaskan dirinya..
namun sungguh aku tak bisa..
mungkin lebih baik aku yang pergi...
tiada hampa di hati............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

cinta itu tercipta kerana DIA.............................



cintai dia buat aku gembira....
cintai dia buat aku kuat..
cintai dia buat aku tahu apa itu bahagia...
cintai dia buat senyum selalu temani bibirku...
namun aku selalu ingat dalam hidup ini..
di dunia ini..cinta itu tercipta sebenarnya bukan kerana aku dan dia atau kita...
cinta itu tercipta kerana DIA yang inginkannya..............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

suamiku kau lah segalanya untukku......................




dalam hidup nih tak perlu risau jika anda ada suami or bf muka macam remy ishak ke,tom kurus ke,shahrukh khan ke..mana2 lah..sebab sehensem mana pun bf or suami anda..dalam hati saya,dimata saya hanya SUAMI saya yang paling hensem...bf anda bagi free kat saya pun saya tak nak..

saya dah ada suami yang cukup baik,,yang boleh trima saya apa adanya...yang cintanya tak pernah pudar pada saya dalam apa jua keadaan saya pun..kalau anda nak kata saya nih fasha sandha..dngan besar hati saya terima pujian tuh..

dalam hidup ini bukan suami yang heensem,kaya yang kita kena cari..tapi suami yang sanggup sehidup semati..yang ada samada kita suka mahupun duka..suami saya begitu orangnya..walau saya banyak kurangnya dengan ada dia semua kekurangan itu jadi kelebihan..hidup dan mati saya hanya cintai dia...cintanya takde ganti..takkan pernah ada gantinya..cintanya sampai ke mati....................

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

fasha sanda ke diriku????????????...............

manusia ni pelik macam2 perangai..elok2 kita diam jer nak jugak kita mengamuk..dah lah kita nih jenis tak suka mengamuk..tak pasal2 pagi ni buat kita panas hati..ribut takde..angin takde tetiba cakap kita block lah,hapa lah..dah lah semalam cakap kita rampas BF dia..hari ni tetiba cakap kita block BF dia plak..sdangkan BF dia tu kawan baik kita dah macam abg kita dah..takde makna kita nak block2 nih..kita bukan nya budak2 nak main block2 kat fb neh..

ni lah manusia kata cikgu.tapi tak cerdik..cakap ikut suka suki mak bapak dia jer..cakap orang tak profesional lah..orang dia bukannya apa..malas nak kisah dengan dia..dia sibuk duk pot pet!pot pet! kat orang lagi..kan kalau orang buat balik mula lah nak nangis lah..nak sedih lah..elok-elok kita jadi baik nak jugak kita jadi jahat..

dah lah semalam sama kan kita dngan fasha sanda lah yang rampas suami nora danish..konon2 dia nora danish lah..kita nak rampas BF dia..Kita dah ada suami lah..tak hingin pun bf dia..lagipun bf dia tu kita kenal bukan sehari dua..dah bertahun..dah mcm adik beradik..payah manusia nih kalau dah terdesak..

dah lama kita tak marah orang neh..pagi nih tiba2 je angin nak marah orang datang..tapi nasib baik kita sabar lagi nih.............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

diriku umpama mentari dalam hidupmu...............

Si Matahari

Aku pandang langit,langit itu nampak cerah, warnanya kebiru- biruan..aku tersenyum. Hari ini pasti hari yang indah.

Aku melangkah lagi..aku pandang langit, masih cerah. Tiba- tiba mata aku mengecil. Aku tak boleh memandang langit lama-lama. Pancaran matahari yang terik itu buat mata aku jadi sakit. Matahari itu buat aku rasa bahang dan panas. Tubuh aku mula dibasahi peluh. Aku marah matahari. Aku tak suka matahari. Sebab matahari kulit aku jadi gelap, tekak aku jadi haus. Kadang- kadang aku jatuh sakit. Demam.

Lalu, aku lari. Berteduh bawah pokok. Dalam hati aku kata untung ada pokok. Pokok tak seperti matahari. Tak panas..bila angin datang, pokok pasti menyejukkan aku dengan lambaian daun-daunnya. Dalam hati, aku suruh matahari pergi jauh- jauh. Aku lebih suka angin dan pokok. Lebih nyaman.

Aku suka tengok langit. Langit itu terbentang luas. Cantik. Tapi aku tak suka tengok matahari bersama langit. Sebab matahari, aku tak boleh pandang langit yang cantik tu. Sebab tu setiap kali senja datang, aku bahagia tengok matahari jatuh. Sebab masa tu aku boleh pandang langit puas- puas. Benar- benar cantik. Warna langit yang keoren- orenan itu benar- benar memukau mataku. Aku sayang langit.

Aku masih lagi berdiri di situ. Memandang langit. Sekejap lagi langit akan jadi gelap. Aku jadi sedih. Aku tak mahu langit bertukar warna jadi gelap. Di balik awan, aku lihat matahari mula jatuh lalu menghilangkan diri. Lalu langit bertukar menjadi gelap. Aku sudah tidak nampak apa-apa. Dunia aku jadi gelap.

Aku pandang lagi langit. Kelam gelap gelita. Tiba- tiba nun jauh di atas langit, aku nampak bulan dan bintang. Cantik. Aku tersenyum. Nasib baik bulan dan bintang ada. Langit kesayanganku nampak cantik dan kembali cerah. Aku suka cahaya bulan. Tak panas dan menyakitkan mata macam matahari.

Di balik langit. Matahari masih di situ. Memerhati dunia dan tersenyum lalu berkata;

“Jangan risau. Esok aku pasti muncul lagi. Supaya kamu masih boleh memandang langit yang cantik. Di saat langit mula jadi gelap, dengan cahayaku, aku nampakkan bulan dan bintang.Sekalipun aku pergi, cahaya aku pasti ada supaya kamu masih boleh melihat bulan dan bintang di langit. Iya. Aku memang panas. Cahaya aku selalu menyakitkan kamu. Tetapi tanpa aku, dunia kamu akan gelap. Meskipun aku hanya mampu melihat kamu dari jauh, sekalipun kamu tak suka pandang aku, aku tetap ada untuk kamu. Dari jauh, aku akan sentiasa pastikan kamu tersenyum dan terus tersenyum dan aku akan pastikan cahayaku sentiasa menyinari harimu”.

p/s: kadang2 kita tak sedar orang yang kita tak suka tu lah orang yang benar- benar sayangkan kita dan sanggup berbuat apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira. Apa kaitannya dengan si matahari? Fikir sedalam- dalamnya.

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

sebenarnya cinta.................


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

ada umpama tiada.......................

sangat2 menyampah dengan line internet sekarang slow sangat sampai nak bukak page pun amat susah sekali..rasa nak campak ke laut jer..hhihi..tapi karang kalau campak ke laut nak bercerita kat sini mcmana plak kan...takleh!takleh!hidup ni kena banyak sabar..hehehe..

beberapa hari ni sangat bosan dengan hidup..tapi semalam kawan baik kita dah balik dah dari thailand..balik jer dari thaniland dia terus sms kita tanya khbar..ada dia taklah sunyi sangat hidup ni..sebab dia rajin sms walaupun kita tak reply..hihihi..walau kena marah dengan kita pun dia tetap sabar..bagus betul kawan kita ni kan..

bila cakap pasal kawan.rindu plak pada semua kawan2 yang kita rapat dulu..abg long,abg ngah,abg,yie,lina harun,erin,semuanya macam dah menjauh,,semuanya sepi tanpa khbar..angah adalah sesekali..yang lain nak kata takde ada..nak kata ada macam takde..agaknya busy dengan kehidupan masing2..smua ada kehidupan yang perlu diteruskan..

bercakap pasal sahabat,apa khbr agaknya dia..dah kawin ke,dah ada anak ke..dimana dia sekarang..keje kat mana..masih dengan gf dia yang dulu ke..semuanya menjadi tanda tanya..dia dulu sahabat yang selalu disisi..namun kini ntah kemana pergi..namun hati ini susah untuk melupakan sesorang yang telah bertahta di hati..walau dia telah pergi..ingatan dan kenangan tetangnya takkan pernah pudar di hati...............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

bersyukur dengan ujian yang di beri...................

selamat pagi kalian semua sahabat blogger..bersyukur masih di beri peluang bernafas lagi hari ini di bumi indah ciptaan tuhan ini.cepat betul masa berlalu..rasa baru je bukak mata pagi nih dah pun pukul 11.30 pagi..semalam mata ni sukar sekali lena..pukul 5 pagi baru terlelap kejap..tetiba pagi tadi hujan turun dengan lebat..hujan rahmat tu..

hari ni takde yang istimewa tentang hidup ini..hanya bangun lebih awal dari matahari,makan ubat..tapi batuk makin menjadi-jadi..sebab ubat batuk tak makan pun..hehehe..tunggu batuk tu baik sendiri..sebab kita tak suka ubat batuk..rasanya sangat pahit dan melekat kat tekak..

hari ni next dialisis kita..tiapkali hari dialsis rasa berat hati nak pegi..bukan apa terasa bosan 4jam melekat kat mesin tuh..dah lah lepas tu letih yang amat..terasa macam nak pegi berjuang demi sebuah kehidupan ini..hehehe..

tapi memang di kira berjuang pun..hari ni agaknya sapa plak yang akan pengsan..setiapkali dialisis ada jer yang bermasalah..apa boleh buat pesakit macam kami nih badannya dah tak kuat..tambah-tambah bila dialisis lagilah..darah duk kuar masuk tuh amat meletihkan..dengan lenguh lagi duduk kat kerusi tu 4jam..ini bukan merungut..takdelah diri ini mahu merungut dengan ujian tuhan yang tak seberapa ini..hanya berkongsi rasa yang ada di hati ini..

cuaca hari ni mendung ala-ala manja gitu.hihihi...hari ni diri ini cuba senyumkan dan gembirakan diri seikhlas mungkin..tapi rasa macam tak ikhlas pun..hahahaha..sebab masih banyak kesedihan yang bertamu dihati..kesedihan agaknya bila ingin berlalu pergi..atau akan terus menetap di hati ini.............. 

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

sampai mati aku tetap cinta.................

masih membuak-buak dalam hati ni nak pegi pantai ataupun cameron highland sebelum mata ni terpejam selamanya..tapi ntah akan tercapai or tak..aku suka tengok pantai..sebab aku suka laut..laut tu luas membiru..ntah dimana penghujungnya..

tak macam hidup aku yang makin hari terasa makin sampai penghujungnya..hanya tunggu masa untuk aku belayar tinggalkan semua yang aku punya dan cintai..namun telah lama aku redha..kerana aku tahu tuhan telah tetapkan apa yang terbaik buat aku..semua yang tuhan tentukan pasti ada hikmahnya..

walau sesekali terasa sesal di hati..namun cepat2 ku buang rasa sesal itu..kerana nanti umpama aku tak bersyukur dengan apa yang telah tuhan tentukan buat ku..dalam hidup aku takde apa yang aku nak sesali..aku punya family yang cukup sayang dan memahami aku..aku juga pernah punya "dia" yang pernah cintai diri ini..

semua kata-katanya aku ingat sampai aku mati..katanya aku kehidupannya..aku jer yang akan dia cintai hingga ke akhirnya..dan dia akan selalu ada untuk aku sampai bila-bila..jika benar bagai di kata..aku kiranya insan yang bertuah punyai dia dalam hidup ini..

namun dia memang amat bermakna bagi aku..tanpa kasihnya tak mungkin aku sekuat sekarang..dia umpama semangat untuk aku terus bertahan hidup..tanpa dia sepi dan sedih lah hidup ku..malap dunia ku..

mungkin bila orang baca apa yang aku ceritakan tentang dia..orang akan kata aku begitu tergila-gilakan dia..sesungguhnya hanya dia yang bertahta dalam jiwa..aku tak kisah apa yang dunia ingin katakan..yang penting tuhan tau betapa aku cintai dia..................

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

aku hanya mampu redha................

seksa betul bila selsema melanda diri..duduk saja2 pun hidung meleleh je..pening kepala di buatnya..dah habis tisu sekotak dah..hari ni cuba makan tapi still tak selera..mana lah selera nih pegi..lama sangat peginya..ke pgi tak kembali dah..hihihi

tapi mentari riang menyinar..kini mendung mengelubungi..cuaca pun macam memahami mendung yang melanda hati..semalam kat tempat dialisis tu ada sorang makcik pengsan..kesian plak aku tengok..pastu nurse plak cerita kisah sedih makcik tuh..sebab sakit yang dialami kena tinggal dengan suami..hurmmm...kenapa hidup ni macam ni..umpama sudah jatuh kemudian di timpa tangga plak..

jauh aku termenung..bagaimana dengan nasib diri ini..makcik tu sekurang-kurangnya ada anak-anak tempat menumpang kasih..tapi aku anak takde..apa pun takde..bila fikir semua tu sayu jer hati..susahnya nak teruskan hidup yang masih bersisa ni..jadi plak mcm tu lagi lah susah..

ujian tuhan beri terasa sangat berat..umpama tiada daya untuk tangggungnya..namun orang kata tuhan takkan beri ujian pada hambanya yang tak mampu harunginya..agaknya tuhan pilih aku nih..sebab aku sebenarnya kuat orangnya..cuma aku jer yang tak tau..ntah lah..semuanya aku serah pada ketentuan tuhan..segalanya aku hanya redha.............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

pendam.................

hari yang sangat2 letih..lepas dialisis semalam sampai hari ni masih terasa sangat2 letih..petang karang nak pegi hospital kejap..esok dialisis lagi..hurm..susah betul nak hidup..dah lah diri selsema dan batuk..hidung berair sok sek!sok sek!..hehhhe..

alhamdulillah masih di beri peluang bernafas walau dalam keadaan yang sangat letih..ubat dah makan walaupun sangat jemu..hari ni hati masih lagi sayu..tambah2 bila dengar lagu "pendam"nih..lagu ni umpama ceritakan tentang diri ini..hehehe..jiwangkan saya..hihihi

walaupun banyak kesedihan menghuni hati tapi saya masih gagah untuk tersenyum depan semua..semua kesedihan saya hanya pendam dalam hati saya..biar terus jadi rahsia hati..kerana jika ada yang ketahui pun belum tentu dia akan fahami............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

dia bukan lagi dia yang dulu................

kala ini sungguh hati rindui dia yang jauh di mata..namun aku tahu hanya aku yang merindu..kerana dia bukan lagi dia yang dulu..yang selalu ada tika aku memerlukannya..dia kini semakin jauh dari ku..umpama ada jurang memisahkan aku dan dia..

namun sebesar mana pun jurang itu..dia tetap selamanya aku cinta..tiada cinta lain slain cinta dia di hati ini..hati ini terlalu sukar untuk terima cinta lain kerana bagi hati ini cintai dia hingga ke akhir hayat..tana dia tak mungkin diri ini kenal apa itu cinta..

diri ini tahu diri ini serba kekurangan dan mungkin tak layak lagi untuk dia cintai..kerana dia punya segalanya..kerana dia sempurna orangnya..jika hati ni mampu ingin hati ini pegi berlalu..namun lupakan dia tak mungkin sekali-kali kerana  hati ini takkan mampu..

tuhanku,
aku mohon padaMu
moga cinta dalam hati ini padanya tak pernah padam
walau badai datang melanda
walau di telan masa
mohon padaMu biar cinta ini tetap bersemi hingga ke akhirnya...

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

ku pendam duka di hati................

hari ni aku jalani hidup seperti biasa..hanya bertemankan sepi..kenapa ksdihan enggan pergi dari hatiku..hati ku merasa sangat sdih..namun ku tahan airmata ini dari mengalir..tapi airmata ini tetap jua mengalir..terlalu banyak kesedihan menghuni hatiku..hingga aku tak mampu mengusirnya pegi..

kadang aku tertanya-tanya kenapa hidup aku yang singkat ini mash penuh kesedihan..adakah memang tiada bahagia untuk ku hingga ke akhir hayatku..adakah aku akan sedih sepanjang hayatku..

tiada siapa tahu kesedihan ini..hanya aku dan tuhan ku yang tahu..smua orang lihat aku masih lagi tersenyum..namun tanpa pengetahuan sesiapa mata ini selalu menangis..

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

terima kasih tuhan....................

dalam hidup ini kata orang takdir hidup kita telah di tetapkan sebaik saja kita lahir kat dunia ini..jodoh kita dengan siapa..bila matinya kita semuanya tlah ditetapkan dan kita takkan mampu mengubahnya..dan kita manusia tak mungkin tahu smua tu..semuanya keje tuhan..

kita hanya mampu merancang tanpa tahu yang semuanya telah di tetapkan sebaiknya..macam aku..tanpa aku tahu kenapa dan mengapa aku di lahirkan begini..semuanya aku lalui dan terima seikhlas hati..walau sukar,walau perit kenyataan hidup ini..namun inilah yang tuhan takdirkan untukku..dalam ikhlas aku pasrah..

namun aku tetap brsyukur kerana sekurang-kurangnya aku masih berpeluang melihat dan tinggal di bumi indah ini..punya kuarga yang selalu mencintaiku dengan sepenuh hati walau apa jua keadaan ku..cinta mereka memang tiada ganti..jika masa ini mampu ku putarkan kembali..ingin sekali aku ulang semuanya dan perbrtulkan semua kesilapan yang ku lakukan masa lalu..

terima kasih tuhan kerana masih memberiku kekuatan untuk terus gagah berdiri disini..berikan ku peluang untuk aku betulkan apa yang telah aku khilafkan satu masa dulu..terima kasih kerana memberiku ibu dan ayah seperti mereka..adik beradik seperti abg,kakak2 dan adik2 ku..sungguh aku bersyukur dngan kurniaanMu.......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kenapa aku...??????????...............

tak pernah ada orang yang lahir kat dunia  ni mintak untuk sakit..sama jugak dengan aku..aku pun nak sihat mcm oranglain..supaya aku tak perlu susahkan sesiapa pun dalam hidup aku..tapi dah takdir tuhan begitu padaku..tanpa aku tahu kenapa tuhan memilihku untuk merasai semua ini..aku teruskan hidup dengan sejuta makna..

namun aku sememangnya insan biasa...aku juga punya hati dan aku tau apa itu rasa terluka..rasa di sakiti..ntah apa silap diri ini..kesedihan selalu datang menghuni hati..aku hanya ingin bahagia menemani sepanjang sisa hidupku yang bila-bila masa jer akan berakhir..

tuhanku,
apa yang Kau ingin ku lakukan sebenarnya..
kenapa terlalu berat ujian yang Kau berikan padaku..
adakah terlalu banyak dosaku padaMu..
hingga Kau memilihku..
sesungguhnya tiada daya ku..
Kau kuatkan lah hatiku....

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

bicara buat "awak"......................

awak..saya cuma nak awak tau yang saya tak pernah berniat nak susahkan hidup awak..cintai awak ikhlas dari hati saya dan saya bersyukur tuhan bagi awak pada saya..walaupun saya banyak kurangnya..tapi cintai awak adalah dari hati saya..dan jika tuhan izinkan saya nak cintai awak sehingga akhir hayat saya..

tapi saya tau saya tak bermakna pada awak..dan awak takkan apa-apa tanpa saya..saya hanya umpama melukut di tepi gantang pada awak..awak cintai dan terus bersama saya hanya kerana simpati dengan keadaan saya sekarang..

tau tak awak sedihnya hati saya bila saya ingat kat awak..bila saya rindu awak..tak pernah sesaat pun dalam hidup saya tanpa saya lalui dengan rindui awak..awak bukan cinta pertama saya..tapi awak cinta terakhir buat saya..saya kuat sehingga hari ini hanya kerana adanya awak disisi saya..jika awak pergi saya hilang segalanya..

taukah awak cinta saya pada awak terlalu banyak..lebih dari saya cintai diri saya..saya bersyukur kerana sampai hari ini saya masih mampu menangis kerana awak..itu bermakna awak masih di hati saya..malah akan selalu di hati saya..walaupun saya tak lagi di hati awak..ini janji saya..saya akan terus cintai awak selagi nafas mampu saya hela.................

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

akukah yang tak mengerti........................

kata orang hidup yang singkat ini jangan di biarkan penuh kesdihan..isikan dengan semua kegmbiraan..namun jika hanya bibir yang tersenyum tapi hati tetap menangis bolehkan terus berpura-pura..sesekali kita tak mampu untuk terus berpura-pura..kebenaran akan terlihat jua..

bukan aku tangisi takdir tuhan padaku..tapi aku tangisi kehidupanku yang makin hari makin sepi..aku selalu sendiri..tanpa dia lagi menemani..mungkin aku dah tak layak berada disisinya..atau cinta itu telah lama pergi sebenarnya..hanya aku yang tak mengerti dan sedari..

jika betul aku tak layak untuk terus menghuni hati seseorang..bilang saja pada aku..biar aku tau..jangan biarkan hatiku terus sayu tanpa jawapan yang pasti..

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

sembunyikan kelemahan di sebalik kekuatan..................

assalamualaikum..dah lama tak ku bicara apa-apa kat sini..hidup sekarang dah tak macam dulu..sekarang 3x seminggu aku kena dialisis..balik je dari dialisis dah letih dah..hari ni dan esok takde dialisis..tapi esok ingat nak pegi jahit,jahitan yang kat dada tu tercabut..kalau di biarkan takut wayar tu plak tercabut..

alhamdulillah syukur pada tuhan masih di beri peluang terus bernafas di pagi jumaat yang indah ni..beberapa hari ni aku banyak diam dari bercakap..ada banyak sangat kesedihan menghuni hati..hingga airmata terlalu murah menitis..telah ku cuba tahan dan kuatkan hati..tapi ternyata aku masih leeya harlina yang punya hati rapuh..

aku sangka aku kuat orangnya..rupanya aku selindungkan kelemahanku disebalik kekuatanku selama ini..hingga hari ini kekuatan itu hilang bila airmata mula menitis membasahi pipi ku setiap hari..ntah apa yang mengganggu hati..tapi yang pasti hati rasa terlalu sunyi...............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "