diriku umpama mentari dalam hidupmu...............

Si Matahari

Aku pandang langit,langit itu nampak cerah, warnanya kebiru- biruan..aku tersenyum. Hari ini pasti hari yang indah.

Aku melangkah lagi..aku pandang langit, masih cerah. Tiba- tiba mata aku mengecil. Aku tak boleh memandang langit lama-lama. Pancaran matahari yang terik itu buat mata aku jadi sakit. Matahari itu buat aku rasa bahang dan panas. Tubuh aku mula dibasahi peluh. Aku marah matahari. Aku tak suka matahari. Sebab matahari kulit aku jadi gelap, tekak aku jadi haus. Kadang- kadang aku jatuh sakit. Demam.

Lalu, aku lari. Berteduh bawah pokok. Dalam hati aku kata untung ada pokok. Pokok tak seperti matahari. Tak panas..bila angin datang, pokok pasti menyejukkan aku dengan lambaian daun-daunnya. Dalam hati, aku suruh matahari pergi jauh- jauh. Aku lebih suka angin dan pokok. Lebih nyaman.

Aku suka tengok langit. Langit itu terbentang luas. Cantik. Tapi aku tak suka tengok matahari bersama langit. Sebab matahari, aku tak boleh pandang langit yang cantik tu. Sebab tu setiap kali senja datang, aku bahagia tengok matahari jatuh. Sebab masa tu aku boleh pandang langit puas- puas. Benar- benar cantik. Warna langit yang keoren- orenan itu benar- benar memukau mataku. Aku sayang langit.

Aku masih lagi berdiri di situ. Memandang langit. Sekejap lagi langit akan jadi gelap. Aku jadi sedih. Aku tak mahu langit bertukar warna jadi gelap. Di balik awan, aku lihat matahari mula jatuh lalu menghilangkan diri. Lalu langit bertukar menjadi gelap. Aku sudah tidak nampak apa-apa. Dunia aku jadi gelap.

Aku pandang lagi langit. Kelam gelap gelita. Tiba- tiba nun jauh di atas langit, aku nampak bulan dan bintang. Cantik. Aku tersenyum. Nasib baik bulan dan bintang ada. Langit kesayanganku nampak cantik dan kembali cerah. Aku suka cahaya bulan. Tak panas dan menyakitkan mata macam matahari.

Di balik langit. Matahari masih di situ. Memerhati dunia dan tersenyum lalu berkata;

“Jangan risau. Esok aku pasti muncul lagi. Supaya kamu masih boleh memandang langit yang cantik. Di saat langit mula jadi gelap, dengan cahayaku, aku nampakkan bulan dan bintang.Sekalipun aku pergi, cahaya aku pasti ada supaya kamu masih boleh melihat bulan dan bintang di langit. Iya. Aku memang panas. Cahaya aku selalu menyakitkan kamu. Tetapi tanpa aku, dunia kamu akan gelap. Meskipun aku hanya mampu melihat kamu dari jauh, sekalipun kamu tak suka pandang aku, aku tetap ada untuk kamu. Dari jauh, aku akan sentiasa pastikan kamu tersenyum dan terus tersenyum dan aku akan pastikan cahayaku sentiasa menyinari harimu”.

p/s: kadang2 kita tak sedar orang yang kita tak suka tu lah orang yang benar- benar sayangkan kita dan sanggup berbuat apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira. Apa kaitannya dengan si matahari? Fikir sedalam- dalamnya.

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "