ANGAH KU YANG SANGAT BAIK HATI

  tetiba aku tersenyum sendiri..sebab tadi aku cakap kat abg ngah aku yang aku rindu seseorang..
abg ngah ku terus je bertanya..liya rindu kat sapa..?yang mana..? dia atau wan..? hahahaahha...
dah pandai guna istilah dia ek sekarang angah ek..hihihi..
liya rindu banyak kat siapa lagi kalau bukan encik hubby liya lah angah..angah nie..tapi dia tu sapa ek..?
hahahaha...saja berlakon buat2 tak tau..hehehe...bila guna perkataan dia...semua orang jadi tertanya-tanya..
siapalah yang leeya harlina selalu cite tentang "dia" tu..nak kata suami dia..dia mesti tulis encik hubby kalau suami dia..hehehe..."dia' tu sahabat baik leeya harlina sebenarnya..tapi dia ni lain sikit..sebab ada sebab yang takleh nak di beri sebab..apa aku cakap ni..hehehe...
tak kisah  lah siapa pun dia..yang penting dia tau dia sapa cukuplah..kkdg ada benda tak perlu semua orang tau..cuma jangan ada yang salah faham dengan dia dan aku sudah lah..siapa pun dia..aku tau dia tau yang aku ceritakan tentang dia..
dia bukan insan tercinta..tapi dia insan yang selalu bertahta dalam jiwa...wahai abg ngah ku yang baik hati..yang begitu memahami..yang selalu ada saat liya sedih..yang selalu cuba buat apa pun nak bagi liya senyum..liya takmo sayang angah laju2 mcm angah cakap angah sayang liya..liya nak sayang slow2 je..biar sayang tu berpanjangan selama liya masih bernafas..jika sekali pun liya dah takde nanti..liya nak jadi salah satu kenangan terindah dalam hidup angah...bersyukur kerana tuhan temukan ku dengan insan yang sangat2 baik ini iaitu angah ku..encik adzmin bin syariff....angah i lap you.............hahahahahahaha
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

CINTA SUAMI ISTERI

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. Ini dialog mereka:
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai yang!Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 'Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!'
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:
'Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.

Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.'
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

BICARA RINDU BUAT SUAMIKU..

Senyummu adalah bahagiaku..Ceriamu adalah dambaku..Gelisahmu adalah kebimbanganku..Air matamu adalah kesedihanku..Kau pelipur lara dukaku..Kau pengiring suka citaku..Bersama kita dalam hari-hari keberkahan..Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta..Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang..Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu..Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..Cinta, sayang, dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati..Malam ini bintang bersinar cinta, bulan tersenyum sayang, angin mendesir rindu..Wahai bintang, bulan dan angin..Sampaikanlah salam cinta, sayang, dan rinduku kepadanya..“Sungguh Aku Sangat mencintaimu karena Allah”
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "