pergilah sejauh mana yang awak nak.....

malam ni susah pulak mata neh nak terlelap..entah apa yang ENCIK HATI ni fikirkan hingga buat mata neh taknak lelap jugak..sekarang hidup betul2 dah terasa lain..semuanya dah berubah..ntah berubah ke arah yang baik atau makin teruk..diri ini pun tak tau..

kenapa lah saya masih fikir kan awak..apa awak buat hari ni..sihat tak awak..dah tido ke awak..semuanya ada dalam fikiran saya..padahalawak telah pun menjauh dari saya..awak terima kasih untuk segala yang awak lakukan pada saya sekarang..terima kasih buat saya sedih..terima kasih juga buat saya nangis sebab awak..

saya gembira masih dapat nangis kerana awak sebab maknanya saya masih belum buang awak dalam hati saya..tapi insyaallah..bagi saya masa..saya janji akan buang segalanya dari hati saya..takkan ada apa pun tentang awak..walaupun kenangan... :)

pergi lah sejauh mungkin yang awak nak..dan jaraklah diri dari saya sejarak mana yang awak mahu..saya takkan pernah menghalang awak..buat lah sesuka hati awak..jika awak rasa itu yang terbaik untuk awak..cuma satu jer saya nak cakap...awak,dalam hidup ini tak perlu harap orang sayang kita..tetapi cubalah belajar menghargai sayangnya seseorang pada kita..rasa sayang tak perlu di minta-minta untuk hadir..tapi saat tuhan inginkannya hadir..walau awak bukan siapa-siapa tetap ada seseorang yang akan sayang awak..walaupun dia hanya terpaksa menyayangi awak dari jauh.....

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

cintai dia kerana Allah.....





Asal cinta milik Allah ..
Perginya cinta dengan izin Allah ..
Hilangnya cinta atas kehendak Allah ..
Dicintai dan mencintai anugerah dari Allah ..

Jika cinta itu tak menjadikan kita baik ~
Tinggalkanlah dia ..
Jika cinta itu membuat kita lupa ~
Lupakanlah dia ..
Jika cinta itu menyakitkan kita ~
Buangkan saja ..

Kerana cinta yang baik ..
Ianya akan kuatkan kita ~
Muliakan kita ~
Dan mendekatkan kita kepada-Nya ..
insya ALLAH ♥♥

♥ SAYANG cinta ABANG selamanya ♥

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

nota terakhir saya buat dia yang saya panggl "AWAK"

mungkin tiada lagi peluang untuk saya bertahta di hati awak..tetapi saya bersyukur kerana saya masih berpeluang untuk mendoakan kebahagiaan awak di samping insan yang awak sayangi..dan doa tu ikhlas dari hati saya.....

hidup dengan baik ya..dan jangan lagi pernah sedih..bina kehidupan awak dengan yang tersayang..awak selamanya di hati saya... :)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

ketika rindu datang lagi.............

hari ini, rindu itu menyapa buat kesekian kali
semakin ku usir pergi dari diri ini
semakin dekat di dalam hati
malah hatiku dengan rindu itu terlalu sebati
sungguh, tiada daya untuk aku menghalau ia pergi
ketika rindu itu hadir aku hanya mampu
berdoa pada Illahi agar hatiku mampu diubati
kerana penyakit rindu yang boleh melalaikan diri
semoga rinduku pada dia tidak melebihi rinduku pada-NYA
terkadang, bila rindu berlabuh
sengaja aku menyibukkan diriku
kononnya ingin membuang perasaan itu jauh-jauh
kerana rindu, hati memberontak ingin bertemu
namun apakan dayaku..
Allah menjarakkan kita tentu dengan hikmah
maka bertahanlah hati melawan rindu itu..
Rindu datang silih berganti
sekejap dia hadir, tak lama kemudian dia pergi
semua itu ujian Illahi
tanda menguji keimanan diri..
tidak ku salahkan rindu yang datang tanpa dipelawa
kerana tiada siapa yang mampu menduga..
ku anggap ia sebagai pengorbanan sementara
Ya Allah, andai rinduku ini melalaikan,
bantulah aku untuk melupainya
andai KAU membenarkan aku merinduinya
janganlah kau biarkan rindu ini berlebihan
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya pada-MU ya Allah........

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

tiap yang pahit akan ada manisnya..............

Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan dirasakan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita.

“Jadi, saat kita rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kita lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kita mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kita akan banyak belajar daripadanya terkadang dari kegagalan kita belajar banyak perkara

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "