mencari sesuatu yang hilang dalam hati



ada sesuatu yang hilang didalam hatiku..namun tiada ku tahu apakah itu....namun ada tanda tanya dalam diri..saat ini..tika ini..ada sesuatu dan seseorang yang sedang ku nanti...............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

coretan hatiku buat mu suamiku


suamiku,

tadi aku marah.
marah ku, bukannya ingin kau jatuh.
tapi aku ingin sekali kau bangkit.
berdiri se'gah', KLCC.
semegah, Twin Tower.
sekuat, Penang Bridge.

tadi aku membebel.
kau pula diam kan diri, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
aku makin kuat membebel.
bertanya itu dan ini.
tapi kau seperti biasa. diam membatu.
bebel ku bukan bererti aku benci kamu.
tapi itu tandanya aku sangat sayangkan kamu.
seperti mana aku menyayangi diri ku sendiri.

tadi aku menasihati kamu.
kamu pekak kan telinga.
lantas, kita bergaduh.
kau kata, aku tidak lagi memahami diri mu.
suamiku, siapa lagi yang sangat memahami mu selain aku, isteri mu?
saat kau susah, nasihat itu sangat berguna bagi mu.
percayalah, itu tidak bermakna aku tidak mahu menolongmu.
tapi aku ingin sekali, motivasi diri mu menjulang tinggi.
setinggi Gunung Himalaya.
sebesar Gunung Everest.

suami ku.
semua ini aku lakukan, demi kamu.
kerana aku ingin sekali kamu ingat satu perkara.
disebalik kejayaan seorang suami, di sisinya adalah seorang isteri cerdik yang solehah.
aku ingin sekali, tanggungjawab di bahu mu, kita kongsi bersama.
kerana aku mahu kamu rasa, aku adalah sebahagian dari hidup mu.
semua yang kita lalui, harus bersama.
kau tidak lagi keseorangan seperti dulu.kerana kini kau ada aku................


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tip Mencurahkan Jalinan Kasih

1 . Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.

2. Buktikan kasih sayang daripada suami
- Hadiah dan penghargaan
- Senyuman
- Perbualan mesra
- Gurauan
- Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah
- Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain.

3. Sentuhan sayang
- Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali.
- Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.

4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat
- Suami sebagai contoh bagi isteri
- Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
- Suami sebagai tempat bergantung
- Sumber semangat dan kekuatan
- Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa.

5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tips Cinta Untuk Suami Isteri & Bahagia Rumah tangga......

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman dibibir.


3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.


4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.


5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.


6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.


7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.


8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.


9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisi.


10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.


11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.


12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman bekas suami


13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.


14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, cer ita lah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.


15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu....

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

AKU TERCIPTA UNTUKMU DAN KAU TERCIPTA UNTUKKU......

sesungguhnya aku tercipta untukmu dan kau tercipta untukku..............abg sungguh sayang cintai abg sepenuh hati sayang..................I LOVE YOU...





Menatap indahnya senyuman diwajahmu 
Membuat ku terdiam dan terpaku 
Mengerti akan hadirnya cinta terindah 
Saat kau peluk mesra tubuhku 

Banyak kata 
Yang tak mampu kuungkapkan 
Kepada dirimu 

Aku ingin engkau slalu 
Hadir dan temani aku 
Disetiap langkah 
Yang meyakiniku 
Kau tercipta untukku 
Sepanjang hidupku 



" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

WARKAH BUAT DIA SUAMIKU

Ini warkah cinta saya untuk suami. Warkah cinta seorang isteri yang banyak membantah, bertelingkah perkara-perkara remeh, merajuk tak kira masa dan merungut tak semena-mena. Saya isteri degil yang menyintai suaminya seluruh jiwa raga walau bibirnya becok dengan bebelan dan leteran. Buat suami yang tidak pernah jemu melayan karenah saya, menahan amarah melihat rajuk saya dan ketawa dengan keletah saya, saya doakan semoga Allah merahmati setiap perkara yang dia lakukan. Menjaga dia setiap masa dan dimana jua dia berada. Permudahkan urusannya dan tunaikanlah setiap keinginannya. Dan akhir sekali Ya Allah, bantulah aku dalam merubah diri menjadi isteri yang terbaik kepada hambamu yang namaMu tidak pernah lekang dari bibirnya, yang tujuan hidupnya untuk memperjuangkan agamaMu dan setiap langkkahnya mahu memanggil manusia lain ke jalanMu-suamiku.

Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga didalam golongan yang sentiasa memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SURAT CINTA BUAT PENCIPTA

Tika Engkau ajarkan aku bagaimana rasanya..
Dan kemudian Engkau ajarkan aku untuk rasai bagaimana kehilangan..
Lalu tiba-tiba Engkau hadirkan cahaya..
Kepadanya bukan aku berhak untuk cahaya..
Dalam kotak yang Engkau bentukkan..
Lalu garis yang Engkau lakarkan..
Kerna Engkau tak mahu aku mulakan..
Ku juga takkan sanggup akhirinya..
Tatkala Engkau tunjuki seperti segalanya bakal ku dapatkan..
Kemudian akhir nanti seperti segalanya kan ku lepaskan..
Dengan keadaan yang langsung hina..
Engkau tinggalkan aku..
Lalu yakinkan aku untuk menunggu..
Hampir sahaja diri ini mati..
Namun Engkau takdirkan sebaliknya..

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SEKUNTUM CINTA BUAT SUAMI

coretan hati aku untuk kamu, insan bergelar suami

hanya ini yang aku tahu. "i love u."

cinta ini, hanya akan ku abadikan buat mu suami ku.
tiada yang lain, selain kamu...

kata ibu, syurga itu di bawah tapak kaki suami. selepas aku bergelar seorang isteri.

kata aku yang tidak faham, eh! boleh plak syurga itu berubah-rubah. senyum seorang diri.

kata aku yang sedikit pandai, baik ibu. aku akan lakukan yang terbaik untuk ke syurga itu......
akan ku genggam tangan mu suami ku, sehingga ke hujung nyawa.
senyum mekar cinta di hati............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

PANDUAN BERCINTA 'SELEPAS KAHWIN

   PERTAMA- gunakan pelbagai kesempatan untuk mengungkapkan kepadanya yang kita bersyukur sebab Tuhan memberikannya hubungan sebagai suami atau isteri.

Kehadiran pasangan bukan saja kita inginkan, sebaliknya memang kita hargai. Dia begitu bernilai bagi kita sehingga kita bersyukur dia berada dalam hidup kita.

Kita dapat menunjukkan penghargaan melalui ucapan terima kasih, sentuhan lembut, tatapan sayang atau melakukan sesuatu yang disukainya. 




Di sini berlaku prinsip: bermula dengan terima kasih, berakhir dengan menerima kasih. Bermula dengan tidak tahu berterima kasih, berakhir dengan 
tidak ada kasih.

KEDUA - bersikaplah lemah lembut. Perlakuan kasar bukan saja meninggalkan luka kepada penerima malah merobek penghargaan kita terhadapnya.

Perhatikan prinsip yang berlaku di sini: 



Semakin halus kita memperlakukan cinta pasangan kita, semakin bernilai dia di hadapan kita. Semakin kasar kita memperlakukannya, semakin rendah
dia di mata kita.
KETIGA- perkara paling penting ialah utamakan kepentingan pasangan kita di atas kepentingan orang lain.

Cinta terungkap dengan jelas dalam wadah perbandingan. Bagaimana kita memperlakukan pasangan kita dibandingkan dengan bagaimana kita memperlakukan orang lain.

Siapa atau apa yang kita dahulukan mencerminkan siapa atau apa yang penting bagi kita. Dalam hal ini, perbuatan berbicara jauh lebih keras dari ucapan. Jadi, ucapan cinta kita mesti didukung oleh perbuatan kita yang mendahulukannya dibanding orang lain.

Bila itu tidak terjadi, pasangan kita akan segera tahu sesungguhnya ia tidaklah sepenting yang kita katakan.

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "