adakah ini ramadan terakhir ku................

sudah 2 hari rasa sakit pada perut sebelah kiri ku rasakan..nak bernafas susah,nak bangun susah dan nak baring pun susah..dah lama sakit tu tak datang..kini datang lagi..badan terasa lemah dan macam nak demam..3 hari lepas aku baru jer balik dari buat rawatan susulan untuk penyakit jantung dan buah pinggangku..doktor tak bagi aku puasa..katanya darah aku tak stabil..maybe boleh jadi pendarahan dalam kepala..
     tapi aku tetap nak puasa selagi aku rasa aku mampu berpuasa..namun dalam hati ada juga terdetik adakah ramadan kali ini yang terakhir buat ku..kalau ikutkan jangkaan doktor..ini tahun terakhir ku..namun doktor hanya meramal..semuanya DIA sang pemilik nyawa yang menentukan..sudah 32 tahun aku melihat dunia indah ini..jika ini masanya untuk aku pergi..aku redha..telah banyak aku pelajari tentang hidup..pelbagai suka duka ku lalui..jatuh,bangun tetap aku gagahi..
     disini aku punya banyak cinta..cinta pada keluarga,kawan2 dan insan tercinta ku iaitu dia suamiku..yang sudi menerima aku seadanya aku..yang tak pernah persoalkan kekurangan aku..sedangkan aku dengannya boleh di ibaratkan umpama langit dan bumi..dia boleh dapat yang lebih baik dari aku..namun telah di takdirkan aku yang di cintainya..terima kasih buat suami tercinta..
    begitu juga pada kawan2 semua..mungkin persahabatan ini tak lama..namun moga aku tetap jadi kenangan terindah dalam hidup kalian semua..andai aku pegi nanti..hanya doa ku harapkan kalian titpkan buat ku insan yang tak punya apa2...............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "