JIWA MARHANIS------------ PART 9

        lewat malam itu haris sendirian di luar rumah..yang lain semua telah nyenyak tido..haris masih lagi memikirkan kata2 papa nya ingin menjodohkan hanis dengan imran sepupunya..sedang haris termenung hanis menghampirinya..
     hanis: "eham2...cantikkan bulan malam nie"

hanis cuba memulakan topik perbualan..namun haris hanya diam..tiada sepatah kata pun kuar dari mulutnya..hanis memandang reaksi abg nya..ternyata lelaki di depannya tiada reaksi apa2..

     hanis:" boleh hanis duduk..? tanya hanis dan terus melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan abgnya..

haris tetap jugak tak berkata apa2..memandang hanis pun tidak...bagai hanis tak wujud pun disitu..hanis menjadi agak geram dengan sikap abgnya..knp abg nya tak pernah layan dia dengan mesra seperti abg2 oranglain..yang sayang akan adik mereka..hanis tau dia cuma anak angkat..tapi dia juga ingin cuba selami hati abg nya itu..tetapi lelaki itu tak pernah berinya peluang..terasa sedih bila dia memikirkan semua itu..dari dia kecil hingga sekarang..haris tak pernah layan dia dengan baik..ntah dendam apa yang terbuku di hati haris padanya...

          hanis: "apa yang abg menungkan..?abg ingatkan sofia ek..? hanis cuba lagi memulakan bicara
          haris: "tak" hanya sepatah yang kuar dari bibirnya setelah sekian lama..

wajah hanis masam mencuka kerana tidak di layan oleh abg nya..hanis terus bangun dari duduknya..tiada bicara lagi yang mahu dia katakan pada lelaki dingin seperti itu..belum sempat hanis melangkah ke dalam rumah..terasa tangannya di pegang seseorang..bila dia menoleh ternyata haris yang memegang tangannya..

          haris: "boleh hanis duduk sekejap.." pinta haris dengan lembut lalu melepaskan gemgaman tangannya
          hanis: "emmmm..." hanis duduk kembali berhadapan dengan haris..
          haris:"hanis cintakan imran..? tetiba soalan itu yang terpancul keluar dari mulutnya..
          hanis: "knp abg bertanya begitu..?abg tak suka imran ke..?"
          haris: 'hanis cintakan imran..? lagi sekali soalan yang sama di tanya haris..
          hanis: "kalau abg mintak hanis terus tinggal hanya untuk bertanyakan soalan tu..hanis masuk tidur dulu"

hanis terus bangun dari duduknya dan berlalu..belum sempat sampai di pintu masuk..haris memeluknya daripada belakang..hanis terperanjat melihat abg nya berbuat begitu..dia memalingkan muka nya dan mata mereka bertentangan..haris melepaskan pelukkannya dan memegang tangan hanis..

         haris:"tolong lah jawab,hanis cintakan imran?"...abg ingin tau.." rayu haris
         hanis:" pentingkah untuk abg tau hanis cintakan dia atau tidak..?"
         haris:" penting!!..abg mesti tau haniskan adik abg"..haris masih lagi cuba berselindung..
         hanis: "owh..pertama kali abg mengaku hanis adik abg.." sambil senyum mengejek..

hanis menarik tangannya dari gengaman haris..tapi ada sedikit kegembiraan di hatinya..kerana pertama kali haris berkata begitu setelah sekian lama..tapi dia masih lagi memikirkan knp abg nya memeluk dia begitu tadi..tetiba ada satu perasaan yang lain muncul bila abgnya memeluknya,,hanis sekali lagi melangkah ingin berlalu..

          haris: "hanis!!!!abg suka hanis" tetiba langkah hanis terhenti bila kata2 itu yang di ucapkan oleh haris
          haris: "abg cintakan hanis." haris cuba meyakinkan hanis..

tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut hanis..betul ke apa yang dia dengar..atau dia hanya bermimpi saat itu..airmata menitis di pipinya..mimpi apakah ini..lelaki yang tak pernah layannya dengan baik sejak kecil hingga sekarang menyatakan mencintainya..apa benarkah perasaan itu..atau hanya ingin mainkan hatinya..airmatanya semakin laju..
    haris menghampiri hanis..diusapnya airmata yang mengalir dipipi hanis..di peluknya hanis dalam pelukkan nya..hanis pula hanya membiarkan saja abg nya berbuat begitu..haris membisikkan sesuatu di telinga hanis..

      haris: "abg cintakan hanis"
hanis dalam sendu cuba melepaskan dirinya dari pelukkan haris..dia masih tak percaya apa yang di ucapkan oleh abg nya,,semua nya betul2 bagai mimpi..

    hanis:"abg tak cintakan hanis..abg benci hanis..sebab hanis rampas kasih sayang mama dan papa"
sambil menangis hanis berkata..

    haris:"abg betul2 cintakan hanis..sejak dulu..hingga kini dan selamanya pun" haris masih cuba meyakinkan..
    hanis:"tak..hanis tak percaya..abg tak suka hanis..abg tak pernah layan hanis dengan baik" teresak-esak hanis menangis..
    haris: "percayalah hanis..abg betul2 cinta hanis..abg buat mcm tu ada sebab.."
    hanis:"apa sebab nya!!apa sebabnya..??"
    haris:"sebab nya hanis adik abg..bolehkah seorang abg mencintai adiknya sendiri"..
    hanis:"hanis bukan adik kandung abg..hanis cuma anak angkat mama dan papa"
    haris:mmg hanis bukan adik kandung abg..tapi orang yang di luar sana tak tau semua tu.." haris cuba jelaskan sebaiknya..

    haris:"abg dah cuba buang rasa tu..tapi rasa tu tetap ada dalam jiwa abg..abg tak tau apa lagi abg harus buat untuk hilangkan rasa tu"

fikiran haris buntu..hanis menghampiri abg nya kembali..lalu di gapai tangan abgnya..di tenungnya wajah lelaki yang berada di depannya..wajah itu tetap seperti dulu..seperti pertama kali dia menjejakkan kaki kerumah itu..sejak itu wajah itu terus terpahat di hatinya dari dulu hingga kini..wajah lelaki yang menjadi pujaan hatinya..di tenung sedalam-dalamnya..ternyata ada keikhlasan di wajah haris..di cium tangan abg nya..

      hanis:"hanis syg abg..hanis syg abg sangat2" airmatanya terus menitis membasahi tangan haris..

malam itu rahsia dua hati yang selama ini tersimpan rapi bukan rahsia lagi..tapi tak siapa tahu apa yang berlalu pada malam itu..dalam kepekatan malam mereka berdua terus merenung bulan..memikirkan apa yang patut mereka beritahu kedua ibu bapa mereka nanti............... ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIWA MARHANIS------------ PART 8

       petang itu meriah kat rumah hanis..lisa juga turur bergembira dengan hadirnya kedua ibubapa hanis..maklumlah dia jarang pulang ke kampung..imran sememangnya awal2 lagi dah ada..malah dia yang lagi sibuk dari semua..
           lisa: "imran nk makcik dari smlm ada kat sini" lisa cuba bergurau..tapi di cubit oleh hanis..
           puan lily: "baguslah kalau mcm tu lisa..bagus si imran tu..baik budaknya..makcik berkenan nak buat
                          menantu.." balas puan lily mengambung gurau tadi...
            lisa: 'ko dgr tu beb..mama ko pun setuju imran tu jadi menantu..hahaha"..kira on jelah beb"
            hanis: "banyaklah ko punya on..tu dapur tu ko dah on..karang tak masak asam pedas mama aku nih"
            lisa: "dah lah..dari tadi lagi..aku cakap benda betullah..marah plak..kan makcikkan" sambil memeluk bahu puan lily..puan liya tersenyum..dia tau anak gadisnya itu pantang di bawak bergurau mula muncung nya boleh di ikat..
         di bahagian depan imran,tuan hisyam dan haris sedang bersembang..biasalah orang lelaki bila perempuan sibuk memasak di dapur..mereka hanya bersembang..lagipun sudah ada dua orang anak dara sedang menolong puan lily kat dapur..anak dara perlu di ajarkan masuk ke dapur..nanti kawin boleh masak untuk suami dan mak mertua...
        tuan hisyam: "mcmana hubungan im dengan hanis..?" tetiba soalan itu yang terpancul keluar dari mulut tuan hisyam..haris yang berada disebelah memandang papanya..dalan hati haris tertanya-tanya apa maksud papanya..adakah adik angkatnya itu bercinta dengan imran..dan kenapa dia sendiri sebagai abg tak pernah tau..walaupun sikapnya dingin terhadap hanis..namun setiap gerak geri hanis..haris selalu perhatikan..tanpa hanis sedar haris selalu merenungnya dari jauh..tanpa sesiapa tahu termasuk hanis yang sebenarnya hariss amat sayangkan hanis..
     malah sayangnya pada hanis telah berputik sejak pertama kali papa dan mama nya membawa hanis ke rumah..tapi itu ketika kecil..dia melihat hanis membesar dan dewasa di depan matanya..ketika papa dan mama nya membawa hanis..haris berumur 10 tahun dan hanis 5 tahun..pertama kali melihat hanis hatinya sudah jatuh sayang sebagai seorang abg..namun bila dewasa sayang itu telah merubah menjadi cinta..ada cinta dalam hatinya dalam diam2 pada adik nya hanis..cinta yang di pendamnya sejak dulu..sejak hanis mula meningkat dewasa..haris sengaja melayan hanis begitu kerana dia tak mahu hanis terlalu rapat dgn nya..dia takut sampai satu saat dia takkan mampu simpan lagi rasa itu..sedangkan dia tau mesti papa dan mama nya akan membantah kerana hanis itu adalah adiknya..masakan abg cintai adik..
   haris terlupa yang hanis hanya lah adik angkat dan dia berhak jika betul2 cintai hanis..tapi jauh di sudut hatinya terlalu sukar untuk dia menyatakan cinta pada seseorang yang selama ini di jadikan seperti anak sendiri oleh papa dan mama nya..lagipun nanti apa kata orang sekeliling yang tidak tahu hanis itu anak angkat sahaja..imran tidak tahu yang hanis hanya anak angkat..jika imran tau dia mencintai hanis..pastinya imran akan berkata yang dia gila..jauh haris mengelamun.........
               imran:" kami mcm biasa je pakcik..im tak bagitau lagi hanis yang im suka dia..im nak bagi dia
                          peluang kenal hati im dulu.."
              tuan hisyam: "eloklah kalau mcm tu..kalau korang dah bersedia nak kawin..bagitau pakcik
                                   dan makcik.." lalu bangun masuk ke rumah...
             haris: "im..ko suka hanis ke..?" haris cuba menduga..
             imran: "ko rasa aku sesuai tak jadi adik ipar ko?" dalam nada bergurau imran berkata..
             haris: "hanis cakap dia suka ko ke..?"
             imran: "takde plak..tapi aku yakin dia suka aku..satu hari nanti aku akan jadikan dia suri hpd aku"..
      haris bangun dan berlalu meninggalkan imran sendirian..pelbagai persoalan bermain di benaknya..betulkah hanis mencintai imran,,takkan semudah itu hanis jatuh cinta..kerana haris cukup kenal sikap adiknya sejak kecil lagi..yang hanis bukan seseorang yang mudah untuk jatuh cinta pada seseorang..dari sekolah sampai dah berkerja dia tak pernah melihat hanis keluar dengan mana2 lelaki..cuma sekarang ini hanis selalu saja bersama imran..dalam hati haris terfikir juga mungkin benar hanis telah jatuh cinta dengan imran kerana dia melihat hanis selalu tersenyum gembira bila berada disisi imran..hanis tidak begitu dengannya..hanis tak pernah cuba merapatinya sejak kecil lagi..
    imran yang di tinggalkan sendirian bangun dan menuju kedapur dimana semua pompuan tgh sibuk memasak..

       imran:"wanginya bau...makcik masak apa tu?"
       puan lily:" makcik masak asam pedas kegemaran kamu dan pakcik kamu"
       imran: "sedap nya makcik..terima kasih sebab masakkan utuk im..dah lama im tak makan asam pedas
                  dari air tangan mama.."
       puan lily: 'lepas ni kamu makan lah puas2 im..tak lama lagi ntah2 makcik ni jadi mama kamu"
puan lily bercanda..imran tersenyum malu..muka hanis plak merah padam..si lisa apa lagi ketawa terkekeh-kekeh..
           lisa: "ko ni senyap je hanis..setahu akukan...orang tua2 kata kalau diam tu tandanya setujulah tuh..hehe"
           hanis:"banyaklah ko punya setuju..bab tu ko nak plak pakai pepatah orang tua2..bila bab lain bukan main lagi ko ek..orang tua banyak membebellah..itu tak boleh..ini tak boleh.."
          lisa:"im..nanti kalau awak kawin dengan hanis ni hati2..sebab dia mcm mak nenek..hahaha"..
meriah di dapur dengan gelak tawa mereka semua..haris hanya melihat dari luar..apa agaknya yang begitu menggembirakan semua..adakah betul hanis akan berkahwin dengan imran..fikirannya buntu saat itu..adakah ini saatnya untuk dia mengatakan yang dia sebenarnya amat mencintai hanis..tetapi adakah hanis akan menerima atau hanis jugak akan menolak dan mengatakan yang dia gila..
       hanis memandang ke luar tingkap..di lihatnya haris termenung jauh di luar..entah apa yang difikirkan oleh abg nya itu..hanis melihat haris bercakap di telifon..itu pastinya sofia gf abgnya..muka nya yang tadi ceria telah berubah menjadi kelat.................... (bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIWA MARHANIS------------ PART 7

      kembali menjalankan tugas setelah seminggu bercuti..pagi tu imran menjemput hanis di rumahnya..hubungan mereka semakin mesra sejak itu..seperti ada bunga2 cinta mulai timbul di dalam hati imran terhadap hanis..setiap pagi mereka imran menjemput hanis..dan hanis pula selesa bersama imran..betul kata pepatah..dari benci kkdg boleh timbul rasa sayang..
         lisa: "beb.makin rapat ko dgn si imran tu..dulu bukan main marah lagi ko dengan di..hihihi"
         hanis: "itu dululah..lagipun knp plak aku nak benci dia..dia baik tau"
         lisa:"amboi!!sejak berhantar berambik ni baru ko perasan dia baik..dah la baik..hensem plak tukan hanis
               kalau lah dia jadi bf aku kan best.."
         hanis:..haa...ko nak mula lah tu..dah kalau best sangat..ko pikat lah dia.."
         lisa: "eleh..aku pikat betul2 karang baru ko melopong..hahhhaaha"
lalu di campaknya bantal pada hanis yang tengah siap2 nak ke sekolah...lisa mmg suka mengusik hanis kerana dia suka melihat reaksi kawannya itu.imran masih menunggu di kereta..
        hanis: "aku dah lambat ni..lagipun kesian im kat dalam kereta tu..aku pergi dulu ek..ko nak kuar jgn lupa
                  kunci pintu umah..ko tu takleh di harap"
        lisa: "yalah..eh..kirim salam rindu kat dia ek.."
        hanis: "banyaklah ko punya rindu"
lalu di campaknya balik bantal tadi dan terkena muka lisa..mereka ketawa bersama..gamat di buat mereka suasana pagi itu dengan usikkan dan hilai tawa..tengahari itu..............
          imran: "hari ni anis nak makan apa..?im belanja.."
          hanis: "betul nak belanja ni..anis makan banyak tau im..hehehe"
          imran:"alah tak kisah banyak mana anis nak makan pun..semua im bayar..ambik je.."
tghari itu mereka makan sesama..persahabat yang terjalin semakin mesra dan bila sekali pandang mereka seperti sepasang kekasih pun ada..
    
          hari ni hari minggu..hanis bersiap2 nak keluar bersama imran..untuk membeli barang dapur kerana mama,papa dan abg haris nya ingin datang melawatnya..kerana cuti sekolah pun ntah bila,,rindu puan lily pada anak gadisnya belum terubat..
         hanis: "agak2 im kita nak masak apa ek..?"
         imran:"kita...im pun kena masak jugak ke"
         hanis: 'mestilah kan yang nak datang tu mak lang,pak lang dan kawan baik im..takkan anis sorang kot..
                   lisa tu bukan boleh harap pun..makan boleh lah.."
mereka tertawa bersama..bahagianya mereka berdua..tetapi imran tidak tahu yang hanis cuma menganggapnya sebagai seorang sahabat dan abg sahaja..tiada rasa cinta dalam hati hanis pada imran..hanya rasa sayang seorang sahabat..tapi sebaliknya dengan imran..dalam hatinya dia menyayangi gadis manis yang selalu disampingnya itu..gadis manis yang dahulu membencinya..dalam hati imran ada bunga2 cinta terhadap hanis..cuma ingin di luahkan belum masanya..imran tidak mau terburu-buru dalam menjalinkan hubungan..lagipun hubungannya dengan hanis baru nak bermula..dia tak mahu hubungan yang baru bermula itu berakhir tanpa sempat dia menyatakan apa2..baginya membiarkan gadis itu selesa dengan nya adalah lebih penting..sampai saatnya nanti dia akan luahkan juga rasa cintanya pada hanis..bila dia betul2 yakin yang hanis jugak punyai perasaan yang sama padanya...
      dalam bercinta jangan biarkan kita mengejar masa..tetapi biar masa yang mengejar kita..lagipun bagi imran jika hanis telah tertulis untuknya..jodoh itu takkan kemana..masakan gunung akan lari bila di kejar..dia ingin bagi hanis peluang selami hatinya.............. ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIWA MARHANIS------------ PART 6

   sudah dua hari hanis dan keluarganya di kampung..hanis gembira sekali dengan suasana kampung yang tenang..petang itu hanis bersendirian di bangku di bawah pokok mangga di belakang rumah tok wannya..imran yang melihat hanis sendirian..lalu mendekati hanis..

imran: "jauh orang tu termenung..ingatkan kekasih hati ke..?"... seakan menyindir bila melihat hanis termenung.

hanis:" yang orang tu sibuk nak tau knp..?"
imran: "aii..takkan marah lagi dengan sy pasal kejadian hari tu.lama betul cik hanis ni marah ya.."
hanis: "mmg sy marah..sebab awak sengaja kan..saja nak sakitkan hati orang.."
imran: "taklah..kan sy dah cakap tak sengaja.." imran yang tidak mahu memanjangkan pergaduhan yang dah lama itu cuba memujuk hanis..

imram: "ok2..sy mintak maaf atas semua yang sy buat kat awak hari tu..kita kawan ek"

hanis terdiam sekejap..betul jugak kata imran fikir hanis..knp dia ingin membuat musuh pada lelaki yang sememangnya tak sengaja menyakitkan hatinya itu..lalu ada senyum terukir dibibirnya..

hanis: "ok..hanis boleh maafkan awak..tapi awak kena panjat pokok tu untuk hanis..hanis mangga tu"

hanis sedikit ngada-ngada..imran tersenyum gembira..akhirnya dapat juga di tawan hati gadis yang degil itu
tanpa mereka berdua sedari haris sedang memandang mereka dari jauh..

hanis: "awak rapat dgn abg hariss..?
imran: "rapat jugak..dulu kita orang belajar sesama"
hanis: "oooo..mcmana awak boleh rapat dengan orang mcm tu..?

imran bingung sekejap..kenapa hanis berkata begitu..sedangkan setahu imran haris adalah abg pada hanis..imran tidak tau yang hanis hanya anak angkat pak lang nya..

imran: "knp plak hanis cakap mcm tu..kan haris tu abg hanis"
hanis: "mmg lah abg hanis..tp dia tu pelik"
imran: "hahahaha...apa yang peliknya..?"
hanis: 'yalah mcm patung yang bernyawa..takde perasaan"

kata hanis lagi..asyik pula dua merpati sejoli itu bersembang hingga tidak sedar hari agak sudah lewat petang..mungkin permusuhan dulu telah berakhir...
           malam itu mereka semua berkumpul ramai2..tuan hisyam membuat makan2 kerana sudah lama dia tidak menjenguk ayah dan ibu serta sanak saudaranya di kampung..semua bergembira malam itu menikmati hidangan yang disediakan..

imran: "esok hanis dah nak balik penang kan..apa kata kita balik sesama..lagipun jalan kita sama"
hanis: "mmmm...boleh jugak..takdelah hanis drive sesorang esok.."

sambil tersenyum manis hanis berkata pada imran..mereka kelihatan semakin akrab..puan lily gembira melihat hanis dan imran..puan lily mmg sudah lama berkenan dan ingin menjodohkan hanis dengan imran sejak dulu lagi..supaya anak gadisnya itu tidak jauh dari dia..maklumlah imran kan anak saudara tuan hisyam..setelah semua tetamu berangkat pulang..tuan hisyam dan puan lily masuk berehat dan hanya membiarkan hanis,haris dan imran mengemas..
  
imran: "ris,ko dgn sofia mcmana..?masih..?"
haris:"mcm tu je..mcm dulu..malas aku nak layan pompuan kuat melaram tu" ...sambil tangannya mencapai sampah2 untuk dibuang..hanis yang terdengar perbualan itu tertanya-tanya siapa sofia..kenapa dia tidak pernah mendengar nama itu..takkan lah orang yang takde perasaan seperti abgnya itu punya teman wanita..susah akal hanis untuk menerima..bagi hanis abg nya tak ubah seperti patung...

hanis: "awak,sofia tu siapa..?" cuba meminta kepastian dari imran setelah melihat abgnya ke dapur..
imran:"sofia tu gf hariss lah..hanis tak tau ke..?"
hanis:"ooo..orang yang takde perasaan mcm tu pun ada gf jugak ek..hehehe"
imran:"hahahahha...kalau hanis nak tau..abg hanis tu ramai peminat sejak di kolej dulu lagi.."
               hanis seakan tak percaya apa yang imran katakan..masakan orang seperti abgnya itu mempunyai ramai peminat..mesti semua prempuan itu rabun agaknya..hanis tersenyum sendiri..imran hanya melihat apa yang membuat hanis tersenyum................... ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIWA MARHANIS------------ PART 5

         rindunya puan lily pada anak gadis kesayangannya itu..pagi itu puan lily ke bilik hanis yang masih lena..di tenungnya wajah anak gadis yang diambilnya ketika masih kecil dan sekarang sudah dewasa dan sangat cantik orangnya..lama di tenungnya dan di belai wajah hanis yang sedang nyenyak tidur..hanis kemudian terjaga..

hanis: " mama,assalamualaikum...morning.. "

lalu di peluk mamanya erat..dia jugak begitu rindu pada wanita yang telah menyayanginya seperti anak sendiri sejak dari dia masih kecil lagi..

puan lily: "dah,bangun,mandi nanti kita breakfast sesama..papa dan abg haris dah lama tunggu kat bawah"

berkata puan lily lembut pada anak gadisnya yang manja itu..hanis segera menuruti kata mama nya kerana tidak mahu papa dan abg nya menunggu terlalu lama..setelah bersiap hanis turun ke meja makan..semua orang telah berada di meja makan..hanya menunggu dia saja...

"assalamualaikum....papa,maaf hanis lambat"

lalu di peluk tuan hisyam dan satu ciuman singgah di pipi tuan hisyam dari hanis..tuan hisyam juga seperti puan lily..kasih sayangnya pada marhanis tiada berbelah bagi walaupun hanis hanya anak angkatnya..baginya baby kecil yang di ambilnya dulu sudah di anggap seperti anak sendiri apabila dia membawa baby kecil itu tinggal bersamanya..

tuan hisyam: "wsalam...mcmana anak papa,keje kat sana okay tak..? bertanya tuan hisyam pada anak gadis manjanya..

hanis: "ok je papa,cuma beberapa hari lepas ada cikgu baru asyik buat hal dengan anis.."

nadanya seakan mengadu..hariss yang berada disebelah tiada sepatah kata pun keluar..hanya menikmati sarapannya sambil sesekali membelek-belek suratkhabar yang berada di tangannya..hanis sesekali menjeling abg nya dan dalam hatinya berkata..

hanis: " takde perasaan apa dia ni..mcm tunggul..haishhh!!! " dia bermonolog dalam hatinya sambil menjeling pada haris..

tuan hisyam yang melihat anak gadisnya itu belum menjamah apa-apa makanan dan asyik memandang abg nya..lalu berkata..

tuan hisyam: "haa,apa di tenungnya abg tu hanis..makanlah..mama kamu susah2 tadi masakkan nasi lemak kesukaan kamu nie pagi2 lagi"..

tersentak hanis bila mendengar papanya berkata begitu..tapi haris tetap mcm biasa buat tak tau je..mcm hanya dia saja yang wujud disitu..hanis dengan agak malu hanya tersenyum kambing..lalu menjamah hidangan yang disediakan oleh mamanya itu..

tuan hisyam: " kita ada tetamukan hari ni..pukul berapa kawan kamu tu sampai hariss..? "

bertanya tuan hisyam pada anak bujangnya yang dari tadi senyap seolah-olah tiada apa2 perbualan di meja makan tersebut..lama baru di jawab pertanyaan tuan hisyam..

haris: "maybe kejap lagi sampailah tu.."

hanya itu yang terpancul keluar dari mulut haris..hanis menjeling geram dengan sikap abgnya itu..seolah-olah tiada perasaan dan tak ubah mcm patung yang bernyawa..

hanis: "sapa yang nak datang mama,bukan ke mama kata smlm hari ni kita nak balik kampung papa,,kan tok wan call bagitau rambutan banyak sekarang..hanis dah lama tak makan rambutan mama"

merengek hanis sedikit manja pada mamanya...puan lily tersenyum melihat gelagat anak gadisnya yang sudah 26tahun tapi masih manja dan keanak-anakkan seperti dulu..

puan lily: "kejap lagi bila kawan abg sampai kita bertolak ok..dia pun nak ikut kita balik kampung jugak"

terang puan lily pada anak gadisnya itu..loceng pintu di tekan..puan lily bangun untuk membuka pintu..agaknya orang yang di tunggu sudah pun tiba..tetapi hanis cepat2 menyuruh mama nya duduk dan biar dia yang membukakan pintu..berlari kecil dia menuju ke pintu kerana tidak mahu orang di luar menunggu lama..dengan perasaan gembira dan tersenyum dia membuka pintu..tapi tetiba mukanya berubah jadi kelat bila melihat seseorang yang berdiri di depan pintu rumahnya..
       ternyata orang itu ialah imran..musuhnya disekolah yang selalu membuatnya bengang..hanis hanya memanjang pada imran..begitu juga imran..keduanya masih dalam keadaan tersentak bila terlihat pada masing2..

tuan hisyam: "hanis..knp tak di pelawa abg imran tu masuk,,im...masuklah..yang kamu tercegat kat situ knp..?"
berkata tuan hisyam pada hanis dan imran..hanis segera memberi laluan kepada imran..

haris: "lambat benar ko sampai..takkan pepagi jalan dah jem kot" tetiba haris bersuara..hanis hanya menjeling mendengar abg nya bertanya kepada imran..hanis merasa hairan..imran ini siapa..apa pertaliannya dengan keluarga tuan hisyam..dalam benaknya tertanya-tanya..namun tiada jawapan yang muncul..

puan lily: "im..nilah anak gadis makcik yang makcik ceritakan pada im tu..marhanis..hanis,ni abg imran..anak pak long yang tinggal kat luar negara tu..maybe hanis tak kenal sebab masa hanis jumpa dia dulu..hanis masih kecik lagi"

terang puan lily dengan terperincinya..hanis hanya tersenyum kecil pada imran..biasalah senyum terpaksa agaknya..kerana dia tidak menjangkakan imran adalah tetamu yang di tunggu papanya dan semua..

hanis: "kami dah berkenalan mama,papa,,dia mengajar satu sekolah dgn hanis"

berkata hanis lembut pada mama dan papanya..puan lily dan tuan hisyam tersenyum gembira mendengar kata-kata anak gadisnya..bagi mereka sekarang adalah yang jaga hanis kat sana bila hanis kembali semula untuk bertugas..

tuan hisyam: "baguslah kalau mcm tu..nanti kamu boleh tolong tgk2 kan anak pakcik ni ya im..dia ni bukan pandai jaga diri sangat.." dengan nada bergurau tuan hisyam berkata..hanis hanya tersenyum pura2..imran juga tersenyum mendengarkan kata2 tuan hisyam..masa kan mampu dia menjaga gadis yang bermusuh dengannya itu..namun untuk tidak menghampakan permintaan pakciknya  imran berkata....

imran: "insyaallah pakcik..boleh je..nanti sy tgk2 kan hanis kat sana"

hanis yang sedang minum tersedak.. terperanjat puan lily melihat hanis tersedak..hariss memandang adiknya itu..hanis tersenyum kecil pada abgnya..
                mereka berangkat ke kampung tuan hisyam tghari itu..hanya membawa satu kereta saja..tghari itu hariss yang memandu..sementara yang lainnya tido sepanjang perjalanan kecuali hanis yang diam membisu dan asyik menekan-nekan keypad hp nya..ntah dia sms pada siapa..lagipun tidak pandai dia ingin berbicara dengan lelaki yang dingin seperti haris itu............ ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIWA MARHANIS------------ PART 4

    cuti sekolah selama seminggu bermula..sejak kejadian hari itu hanis selalu mengelak dari berjumpa imran..baginya jika terserempak je dengan imran ada je yang tak kena..hanis sedang bersiap-siap untuk balik kerumah mama nya di johor cuti kali ini..lagi sudah lama tidak berjumpa mama dan papa kesayangannya itu..hanis bertolak ke johor dengan memandu vios miliknya..hadiah dari papa nya sewaktu dia tamat pengajian dulu..kereta itu amat bermakna buat hanis kerana ianya hadiah dari insan tersayang dalam hidupnya..setelah beberapa jam perjalanan sampai lah hanis ke sebuah banglo yang memangnya cantik milik tuan hisyam..tuan hisyam seorang pengetua di salah sebuah sekolah di johor..puan lily pula seorang hanya menjalankan perniagaan sendiri..puan lily ada sebuah butik di bandar johor baru..sesampainya di depan rumah..rumah kelihatan sunyi sepi..fikir hanis agaknya mama nya masih di butik dan papanya semenjak pencen banyak menghabiskan masa bersama kawan2..
    hanis meletakkan beg nya di depan pintu..dia mencari-cari kunci rumahnya..tapi tak jugak jumpa..dia terlupa mana di letaknya kunci rumah..

hanis: "mana kunci umah ni..takkan lah aku tertinggal kat umah sana plak"

bermonolog sendiri sambil terus mencari di dalam handbag nya..sedang sibuk hanis mencari kunci..kelihatan satu kereta masuk ke perkarangan rumah..kereta itu sangat2 di kenalinya..ianya milik hariss..keluar seorang lelaki yang tinggi,tapi badan nya agak sasa..berkulit sawo matang, menghampirinya..hariss membuka pintu dan masuk ke rumah..sepatah pun tidak di tegurnya hanis yang berdiri dari tadi lagi di depan pintu..hanis dari belakang mengekori hariss masuk ke rumah kerana kuncinya tertinggal..nasib baik hariss balik..kalau tak ntah berapa lama hanis harus menunggu mama atau papa nya pulang..
   hanis terus menuju ke biliknya..sambil hariss berehat di sofa melayan kartun kegemarannya di tv..di hempaskan badannya ke tilam yang empuk itu..sudah agak lama dia tinggalkan bilik yang  serba putih itu..kerana sudah lama habis tidak pulang ke rumah papa dan mama nya..maklumlah jika cuti panjang dan takde apa2 program disekolah barulah dia dapat peluang untuk pulang..

hanis: "rindunya aku pada ko"

sambil di peluknya teddy bear hadiah semasa harijadinya..hadiah dari hariss kepadanya..abgnya itu walau agak dingin..tapi dia masih lagi tak lupa tiapkali harijadi adik angkatnya itu..

hanis: "knp ko tak mcm tuan ko ek..tuan ko tu sombong,mentang2 lah dia ank orang kaya,ko tau tadi dia tak tegur pun aku"

hanis bercakap dengan teddy bearnya..sambil2 menciumnya..tetiba tanpa hanis sedari hariss sudah lama berdiri di belakangnya..

hariss: "eham2!!!!"

 haris berdaham kecil..mengejutkan hanis yang sedang terbaring memeluk patungnya..hanis yang terkejut terus bangun dan membetulkan duduknya..

hariss: "tadi mama call,dia dan papa tunggu kita kat butik,,kalau nak ikut siap lah"

tanpa sempat hanis menjawab apa2..hariss berlalu..hanis agak bengang dengan sikap dingin abg nya itu..namun sebenarnya jauh di sudut hati hanis..dia suka bila hariss bercakap dengannya..kerana sejak kecik abg nya itu dingin padanya..bagi hanis maybe hariss rasa kehadirannya di dalam keluarga hariss telah merampas sedikit kasih sayang mama dan papa nya yang selama ini hanya untuk dia seorang dan sekarang terpaksa berkongsi dengan hanis..dengan malas2 dan masih penat hanis bangun untuk mandi dan bersiap..sambil itu hanis sempat lagi megejek kata2 abg nya tadi..

hanis: "kalau nak ikut cepat lah bersiap!!!,,mcm robot..hihihi"

hanis tertawa kecil sambil di ulang percakapan abg nya tadi..lalu mencapai tuala.untuk mandi..tetiba daun pintunya di tolak..hanis yang hanya bertuala ketika itu berlari ke balik pintu..abg nya hariss berdiri di depan pintu..

hariss: "bersiap tu jangan lama2..sy tunggu kat bawah..kalau lambat sy tinggal..nanti pergi sendiri kalau nak pergi"

berkata hariss pada hanis..lalu berlalu pergi ke bawah semula..hanis yang masih berada di balik pintu tidak menjawab sepatah pun kerana malu bila abg nya tetiba masuk melulu begitu..

hanis" suka hati ko je masuk tak ketuk pintu..nasib baik aku pakai tuala tau..kalau aku tak pakai apa2 tadi sapa yang malu..mestinya aku jugakkan"

hanis bermonolog sendiri sambil ke bilik air..terasa geram pula dengan sikap abg nya yang melulu masuk tanpa mengetuk pintu..30 minit kemudian hanis turun dan melihat abgnya sedang menunggu di sofa..mendengar bunyi seseorang menuruni tangga..hariss menoleh dan agak terpegun melihat cantiknya gadis yang sedang menuruni tangga itu..tanpa berkedip hariss melihatnya..hanis yang malu bila melihat abg nya memandangnya begitu..tetiba sedang menuruni tangga dan hampir sampai ke bawah terpijak kain..lalu hilang imbangan dan terjatuh..
  tapi nasiibnya baik kerana sempat di sambut oleh abg nya..berlari hariss bila melihat haniss terhuyung hayang nak jatuh..hariss meletakkan haniss ke bawah semula..muka hanis merah kerana malu dengan abg nya..tadi dia hanya ingin merasa seperti puteri bila hariss melihatnya tanpa kerdip..tapi tersilap langkah plak..

hariss: "lainkali kasut tu pakai bila nak kuar umah,,bukannya dalam umah dah pakai"

berkata hariss sambil berlalu..hanis mencebik bibirnya tanda geram dengan sindiran abg nya itu..tapi kejadian itu mmg amat memalukanya yang cuba berlagak cantik di depan abg nya..sebenarnya sejak kecil hanis cuba dapatkan perhatian dari abg nya itu..namun hariss tetap dingin padanya..haniss selalu memandang hariss dari jauh..baginya abgnya itu amat tampan dan jika di tanya bagaimana lelaki pujaan hatinya..yang pasti jawapan haniss adalah abgnya.................. ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIWA MARHANIS------------ PART 3

           malam itu... " hanis,aku dgr sekolah ko ada cikgu baru ek..hensem tak hanis..? " bertanya lisa pada marhanis dengan wajahnya yang begitu berminat... "yang ko excited sgt ni knp..?" hanis hairan melihat reaksi yang di tunjukkan oleh kawan baiknya itu..  'alah aku nak tau jelah,,cerita lah hanis.. "  merayu lisa padanya..
 " ko ni tau dari mana..?mesti dari pemberita yang tak bergaji tukan..si mariam reporter tukan.. " berkata hanis agak geram pada lisa..di sekolahnya cikgu meriam terkenal dengan panggilan reporter kerana setiap berita dia orang pertama yang tau dan akan hebohkan pada semua.. "alah aku tau dari mana tak kisah,,hensem tak hanis..?cepatlah cerita!!!..." di tariknya-tariknya baju kawannya itu... "hish!!! sibuk je ko ni..manalah aku tau hensem ke tak,,lagipun kalau dia hensem pun ada aku kisah!!!!  " sambil bangun dari sofa dan berlalu ke biliknya..lisa yang masih di sofa kebingungan.. "hmmm...apahal plak dgn kawan aku sorang ni..tak pasal2 angin..datang bulan kot".. bermonolog lisa sendiri...
          sudah seminggu imran di sekolah baru nya itu..biasalah lelaki segak yang menjadi pujaan hati para pelajar perempuan dan cikgu2 pompuan yang masih bujang..tapi hubungannya dengan cikgu marhanis masih lagi seperti hari pertama berjumpa..pagi itu hanis berselisih dengan imran sewaktu ingin ke kelasnya... " selamat pg cikgu! " imran menyapa hanis.. "pagi" hanya sepatah jawapan dari hanis..ntah apa yang dia tak suka dengan imran..sedangkan cikgu segak itu mendapat perhatian dari semua orang di sekolah tersebut kecuali hanis..
        di kelas.. " hari ni sy nak awak semua siapkan keje yang sy bagi smlm masing2 ek..bila semua dah siap kumpulkan dan awak sufian hantar ke bilik guru letak kat meja cikgu kalau tgk cikguu takde ek ".. sufian salah seorang pelajar kesayangan hanis...sufian jugak adalah ketua kelas 4 Delima..kelas itu di bawah jagaan hanis..
mengajar disekolah menengah yang pelajarnya lebih besar dari guru sememangnya sangat mencabar bagi hanis..namun dia adalah cikgu kesayangan para pelajarnya....hanis umpama permata bagi para pelajarnya..kerana sikapnya yang betanggungjawab dan ambik tau tentang para pelajarnya..
  "baiklah cikgu" jawab sufian dengan perlahan...  tghari ni hanis sendirian je makan di kantin..selalunya cikgu mariam yang temaninya..tapi hari ni cikgu mariam makan bersama suami nya..jadi tinggallah hanis sendiri menikmati hidangan tgharinya..sedang asyik makan mee goreng yang di mintaknya tadi satu kejadian yang tak diingin berlaku..imran yang kebetulan lalu disebelahnya ntah mcmana tersadung kaki nya lalu habis minuman nya tumpah ke baju hanis yang sedang makan...
  hanis yang sedang makan tetiba bangun " apa ni!!! habis baju aku..haishhh!!!" ..... imran yang masih terkejut cepat2 mengambil tisu dan cuba mengelap tempat yang basah di baju hanis.. "apa ni pegang2 orang!!" hanis agak marah bila imran cuba mengelap bajunya.. "maafkan sy cikgu hanis,,sy tak sengaja.." berkata imran memohon maaf.. "banyaklah tak sengajanya.ntah2 awak sengajakan sebab hari tu sy tak ucap terima kasih kan masa awak tolong tukar tayar kereta sy kan"...
imran: "taklah..mmg sy tak sengaja pun..takkan lah sy sengaja nak tumpahkan air ni..awak igt sy ni takde keje ke..?
hanis: "alah tak payah nak pura-puralah..mmg awak sengaja kan..dari hari pertama awak cari pasal dgn sy..awak letak kereta awak kat parking kereta sy..kan.." marah hanis
imran: "cik hanis yang cantik menawan..kan hari tu sy dah cakap tempat parking tu takde tertulis nama awak..kalau ada tertulis nama awak..takdenya sy nak letak kereta sy kat situ..itu pun awak takleh fikir ke".. agak geram imran dengan sikap hanis padanya...
hanis :" huh!!!!"...lalu berlalu ke bilik air untuk membersihan tumpahan minuman tadi di bajunya..imran hanya mengeluh kecil..malang betul nasibnya hari ini..para pelajar yang sedang menikmati makanan di katin hanya gelak kecil melihat gelagat kedua gurunya itu..
      tghari itu hanis pulang dengan basah kuyup... lisa yang sedang menonton tv kehairanan..
lisa: "aik,setahu aku hari ni tak hujan..yang ko ni basah kuyup knp hanis..? ko terjun kolam ikan kat sekolah ko ek..hahaahha " gelak besar si lisa melihat kawan nya..
hanis: " ni laki tu punya keje lah,,habis basah baju aku!!!geram betul!!!haishhh!!!"
lisa: "sapa hanis..?"
hanis: "sapa lagi kalau bukan hero satu sekolah tuh"
lisa: "maksud kau cikgu hensem tu ek"
hanis: "hensem lah sangat..perangai macam hantu" ...agak marah  hanis dengan imran kerana ada saja yang berlaku dengan dia dan imran..
lisa: "yang ko marah sgt dgn dia tu knp..?"
hanis: 'mau nya tak marah..datang2 je buat hal dgn aku"...
lisa: "ko ni hanis laki hensem mcm tu pun ko buat musuh..kalau aku,,aku buat kawan tau..silap2 aku jadi gf dia lagi..." sambil tersengih-sengih lisa berkata..
hanis: "banyaklah ko..aku bukan mcm ko..ko semua laki hensem..muka mcm pecah rumah pun ko cakap hensem..pat mat tuan umah ni pun bagi ko hensem..malas aku nak layan ko..aku nak mandi" lalu berlalu ke biliknya..
lisa: 'hishhh!!!dia ni moody je..ntah apa" geram lisa dengan sikap kawannya itu...tapi itulah kawan baiknya sejak dia di pindahkan bekerja diutara malaysia ini..lisa gadis kecil molek dari perak..orangnya cantik dan peramah juga periang..dia bekerja di sebagai kerani di sebuah jabatan di penang ni..hanis lah tempat dia berkongsi suka duka bila jauh dari keluarga.............. ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIWA MARHANIS------------ PART 2

     marhanis seorang guru di sebuah sekolah di utara malaysia..sememangnya minat marhanis terhadap bidang perguruan amat tinggi..kerana dia ingin mengikut jejak langkah papa nya..sesampainya di sekolah pagi itu marhanis agak bengang bila tempat yang biasa dia parking keretanya kelihatan ada sebiji kereta jenis MYVI terparking kat situ..
"kereta sapa plak ni parking tempat aku nie..?pagi2 dah buat aku badmood ni.. " kata marhanis..sambil meletakkan keretanya di tempat parking kosong yang ada.. "selamat pagi cikgu!!" berkata seorang pelajar padanya setelah melihat dia berjalan ingin menuju ke bilik guru.. "selamat pagi sufian,..erk..awak tau x sapa yang park kereta dia kat tempat parking cikgu ni...? " bertanya marhanis pada pelajar itu.. " ooo,,itu kereta cikgu yang baru masuk mengajar hari ni kalau tak silap sy cikgu" berkata pelajar itu mejawab pertanyaan gurunya itu...kemudiannya kedua-duanya berlalu...sesampai di bilik guru marhanis meletakkan buku2 yang di bawanya agak kuat ke meja.. "knp ni hanis..? pagi2 dah hot..?" bertanya rakan sejawatnya mariam... "ntah,,sesampainya sy tadi,ntah sapa yang park keretanya kat tmpt parking biasa sy tu" kata marhanis menjawab pertanyaaan mariam..... "parking yang tepi kantin tu ke hanis..?"... mariam bertanya lagi.. "yalah,,yang tempat biasa tu..tu yang saya bengang"..kata marhanis lagi..
        tetiba dari belakang ada suara menyapa... "maafkan sy,tadi sy yang parking kereta kat situ..sy tak tau plak parking tu orang punya sebab takde nama.. " berkata suara itu..mariam yang kebetulan ada disebelah tersenyum mendengar kata-kata suara itu..marhanis menoleh kebelakang..seorang lelaki berdiri di belakangnya..mungkin inilah cikgu baru yang di katakan oleh pelajarnya tadi...
    orangnya tinggi lampai..berkulit kuning langsat,,agak hensem bagi pandangan semua gadis2..cikgu muda ini berasal dari sebelah barat malaysia... marhanis hanya memandang lelaki itu dari atas ke bawah..tiada sepatah kata pun yang di jawabnya..lelaki itu tersenyum padanya..tetapi senyuman itu sedikit pun tidak disambut oleh marhanis yang berlalu ingin ke kelasnya menunaikan kewajipannya pada para pelajar yang di kasihinya... "cikgu imran,jangan ambik hatilah dengan kata-kata cikgu hanis tu,,dia baik orangnya..cuma dia mmg pantang kalau ada sesapa parking kereta tempat tu" ... berkata mariam pada imran..imran nama lelaki segak itu..
"takpe cikgu mariam,,sy tak tau plak kat sekolah ni parking ada orang punya" berkata imran sambil tersenyum..
          petang itu setelah habis kelas marhanis pulang seperti biasa..sesampainya di kereta..di lihatnya tayar keretanya pancit.. "alahai,,time ni ko pancit knp wahai tayar!".... lalu di tendangnya tayar tersebut dengan geramnya... "menyusah aku betul!!! " berbicara marhanis sendiri... "tayar pancit cikgu..? boleh sy tolong..?" bertanya satu suara yang muncul ntah dari mana..marhanis rasa seperti pernah dgr suara itu..itu suara lelaki yang curi parking keretanya... lalu marhanis menoleh dan memandang lelaki itu berdiri di belakangnya... "aaaa..ntah mcmana tayar ni pancit plak"..  berkata marhanis antara nak dengan tidak..perasaan bengangnya pada imran belum hilang lagi.. "nak sy tolong?".kata imran sambil menghulurkan tanga tanda perkenalan... "sy imran"...perkenalan itu hanya di sambut tawar oleh marhanis.... "mmmm,,sy marhanis"... tidak di sambutnya tangan imran ingin bersalam dengannya tanda perkenalan..
 imran hanya tersenyum melihat gelagat gadis manis itu yang agak sombong dengannya.. "meh lah sy tolong,nanti kotor dan kasar tangan yang halus tu" berkata imran sambil tersenyum menyindir.. marhanis berlalu ketepi memberi laluan kepada imran untuk menolongnya menukar tayar pancit tersebut..... sejam kemudian... " ok dh siap" kata imran...marhanis yang tadi berdiri di belakang imran terus masuk ke keretanya tanpa sepatah ucapan terima kasih pun..dan memandu keretanya berlalu..imran yang masih berdiri disitu hanya tersenyum dan berkata " wah!!tak ucap terima kasih pun kat aku,,sombongnya ko ek "..sambil berlalu ke keretanya untuk berlalu pulang............... ( bersambung )

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIWA MARHANIS------------ PART 1

         jam menunjukkan pukul 4 pagi..ntah knp mata ini tetiba terjaga dari lena yang panjang..
aku memandang sekeliling sunyi dan sepi..maklumlah baru pukul 4 pagi..yang pastinya teman2 ku masih lena
dengan mimpi indah mereka..perlahan-lahan aku bangun ke bilik air..mata masih terasa pedih dan silau bila cahaya lampu yang terangi ku pandang..
        hari ini cuti..biasa nya bagi oranglain hari cuti yang paling gembira..tapi pada aku hari cuti paling membosankan..kerana aku jauh di rantau orang..jauh dari keluarga yang aku cinta..jauh dari mama,jauh dari papa..dan jauh dari dia..tapi aku suka bila jauh dari dia.. "arghhhhhh!!!knp pagi2 ni aku dah ingat dia" bisik marhanis.. " apa kes aku nak ingat dia tu,buat sakit hati aku je "..setelah selesai mencuci mukanya marhanis melabuhkan punggungnya di kerusi..yang di hadapannya ada sebiji laptop yang masih on lagi.. "huhuhu..ramainya yang PM aku,ni mesti masa aku tgh sedap tido tadi.. " marhanis bermonolog sendiri sambil diselangkan dengan gelak kecil..setelah berjam-jam bersama laptopnya akhirnya siang menjelang jua..pagi tu marhanis menunaikan kewajipannya bersama rakannya lisa..hari ini mereka ingin keluar melihat-lihat apa yang patut di beli untuk mereka memasak di hari minggu begini..maklumlah orang bujang..jauh dari keluarga..jadi hari minggu je yang sempat nak memasaknya..setelah bersiap ala kadar tapi tetap manis marhanis berlalu ke bilik lisa... "mak datin tak siap2 lg ko..kita bukan nak pergi mana pun,nak pergi pasar..yang kau beriya-iya melaram apahal "...lisa yang masih lagi sedang bersiap agak terperanjat dengan kehadiran marhanis yang muncul dengan tiba2.. "ko ni buat terkejut aku je hanis,alah biarlah aku nak cantik..bukan mcm ko..pegi keje pun mcm tu..kat umah mcm tu..pergi dinner mcm tu..pergi pasar pun mcm tu..hahaha!!!"...lisa ketawa mengejek..muka marhanis berubah sedikit sentap dengan kata2 kawannya itu.. "aku mcm ni pun ramai jugak orang minat" balas marhanis sinis..
pergaduhan mesra antara sahabat baik itu terhenti disitu..sesampainya di pasar ramainya manusia yang memenuhi pasar..al-maklum lah hari minggu katakan..semua ambik peluang untuk beli barang dapur dan masak untuk keluarga masing2... "aduh,ramainya orang..ni yang aku tak suka ni..ko punya pasal lah ni..bersiap mengalahkan mak datin" kata marhanis sambil di cubitnya lisa.... "ouchhh!! sakitlah..dah nama pun pasar..mestilah ramai orang..kalau ko takmo ramai orang..ko try gi hutan..kalau ada pun binatang..hihihi " lisa tergelak kecil... "pandai ko ek"... bengang marhanis dengan sikap kawan baiknya itu..
      hari itu berlalu terlalu pantas..tanpa sedar satuu hari seperti satu jam saja..hari ni mcm biasa marhanis akan memulakan tugasnya seperti hari biasa..marhanis gadis ayu yang berasal dari salah satu negeri di sebelah pantai timur..tapi kedua-dua ibu dan bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil..yang membesarkan nya adalah insan yang dipanggilnya mama itu adalah ibu angkatnya..kelaurga angkatnya..keluarga tuan hisyam dan puan lily..mereka mempunyai seorang sahaja anak lelaki yang bernama hariss zakuan....namun walaupun hanya keluarga angkat marhanis di anggap mereka seperti anak sendiri..kasih sayang mereka pada marhanis dan hariss tiada berbelah bagi.......... ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

aku dan novel ku

esok kalau aku rajin insyaallah aku akan menulis balik novel yang dah lama aku tinggalkan..boleh lagi ke aku nih nak menulis..dah lama sangat aku tinggalkan bidang penulisan novel ni..tapi rasanya boleh lagi kot..kerana minat kearah itu masih ada..lagipun hanya untuk bacaan kawan2 disini..bukan untuk di bukukan or apa pun..
tetiba rasa sayang pula bila 14 biji novel yang ku tulis dulu hilang begitu saja..kalau sekarang masih ada dah aku abadikan semua cerita nya disini..nak tulis balik boleh..tapi aku ingat2 lupa gitu..maklumlah dah terlalu lama..masa tu aku 19 tahun..sekarang aku dah 32 tahun..dah terlalu lama aku tinggalkan bidang penulisan novel ni..cuma bila aku miliki blog nie..tetiba ada keinginan untuk menulis kembali..lagipun takde apa yang aku buat kat umah ni..tiap2 hari hanya updates facebook..sekarang facebook aku tinggalkan dan ingin teruskan minat ku disini..sini rasanya lebih aman dari di sana yang banyak ragam ada yang suka dan ada yang tak suka..tp itu semua bukan alasan untuk buat aku patah semangat..sesungguhnya minat aku terhadap bidang penulisan tak pernah padam hingga mata rapat terpejam nanti..biasalah aku kan leeya harlina..hehehe..insan kerdil di bumi tuhan yang kuat orangnya..walau dugaan datang menimpa2..aku kan ada semua...ada dia..dia lagi..hihihihi..tapi yang paling penting aku ada insan yang tercinta..encik wan aliazwar wan mamat..encik hubby tercinta..selamanya aku cinta..tiada dua hanya dia saja yang bertahta di jiwa kecil ku ini.... ^_^......
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

mengapa harus terasa

dah pukul 4 pagi..tadi tertido..bila terjaga dah pukul 4 pagi..tak tau nak buat apa aku bukak facebook..tetiba terlihat dia add orang yang aku cukup kenal..ntah kenapa tetiba dalam hati terus terasa..selama ni dia add sesapa aku tak pernah terasa pun..knp kali ni aku terasa..haishhhh!!!! jangan buat hal lah hati..berkata diri pada hati..nak terasa mengapa..ikut suka dia lah nak add sesapa pun..dia ada hak..apa plak nak terasa..tapi hati tetap degil..ada kesedihan muncul..tapi betul jugak kata diri tu..apalah hati ni..hehehe..saja tau nak buat aku sedih pepagi yang indah ditemani lagu fav aku "first love"..lagu ni dia pun suka jugak..dulu dia pernah postkan aku bila aku request..dia..dia..knp hati masih lagi susah nak lupa kan dia..
walau di cuba..tetap ada dia jua..knp hati tetap tak mo buang dia jauh2..bukankah hati dah berjanji dalam jiwa..dia harus hati syg hanya sebagai sahabat..dan hati berkata sememangnya aku sygi dia sebagai sahabat..tapi ntah mengapa rasa itu tetap ada..duhai rasa berlalu lah..hilanglah..jangan kau muncul dlm hati..biar hati lupa tentang dia..biar hati tak sedih bila tgk apa je pun tentang dia...mmmmmm!!!!!!!
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Maulidur Rasul

salam maulidur rasul buat semua..esok cuti2 malaysia kan..
bestnya kan walaupun satu hari ni..tapi aku dah sememangnya hari2 cuti..
kalau kat kampung bulan ni ramai orang buat makan2..
tapi kat penang ni mesti takde..kalau kat kampung ada je orang jemput suruh makan..
tapi aku orang suruh makan or tak..sama je sebab aku tak suka makan..heheehehehe...
apa pun salam maulidur rasul buat semua...daa................ ^_^......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "