rahsia kekal cantik...



5 Manfaat Utama Minum Air Pada Waktu Pagi
1. Menggantikan kandungan air dalam badan.
Air dibebaskan dari tubuh badan manusia melalui kulit, pernafasan dan air kencing pada waktu malam semasa tidur. Kira-kira 450ml air akan dibebaskan daripada tubuh badan manusia. Oleh itu, tubuh manusia akan kekurangan air semasa bangun tidur. Minum air pada waktu pagi akan menggantikan kandungan air yang terbebas ini.
2. Mencegah masalah sembelit.
Minum air selepas bangun tidur menggalakkan peristalsis, melembapkan gastrousus dan mencegah masalah sembelit.

3. Membersihkan gastrousus.
Lazimnya perut kita kosong semasa bangun tidur. Oleh itu, minum air pada ketika ini akan membersihkan gastrousus dan mengurangkan kepekatan asid perut. Gastrousus akan berada dalam keadaan optimal.
4. Menyegarkan minda.
Air yang diminum sebaik sahaja bangun dari tidur akan mudah diserap ke dalam darah melalui kapilari darah usus. Ini akan mengurangkan kepekatan darah dan menambahkan jumlah darah dalam badan. Peredaran darah akan menjadi lebih lancar dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular serta menyegarkan minda kita dengan cepat.

5. Tujuan kecantikan.
Air yang diminum sebaik sahaja bangun dari tidur akan diangkut ke seluruh badan. Ia akan membantu peredaran darah dan menggalakkan metabolisme badan.

Bagaimanakah cara minum yang betul?
Anda digalakkan minum air pada waktu pagi sebelum sarapan supaya menghasilkan kesan peredaran darah yang teratur dan pembersihan gastrousus. Cara terbaik adalah minum air secara perlahan-lahan. Hal ini adalah kerana minum air dengan terlalu cepat mungkin mengakibatkan kesan-kesan negatif seperti tekanan darah menjadi rendah dan edema pada bahagian otak yang mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan muntah.
3 Manfaat Lain Minum Air Kosong Selepas Bangun Tidur
1. Meningkatkan Tenaga
Dengan minum air sejurus selepas bangun tidur akan meningkatkan kadar metabolisma anda, ia kan menbantu anda jadi lebih peka dan segar disebabkan meningkatnya kadar tenaga dalam badan.
2. Menbuang Toksin
Ia juga akan menbantu tubuh badan anda mengenyah toksin yang tersimpan dalam sistem tubuh dengan senang. Ini kerana selepas beberapa jam anda tidur badan anda tidak mendapat sebarang cecair untuk itu.
 3. Losing weight
Mara Z. Vitolins, pakar nutrisi dari Wake Forest University Baptist Medical Center berkata kebiasaannya tubuh badan kita tidak dapat menbezakan diantara lapar dan dahaga, jadi dengan meminum air ia dapat menbantu ia mengenalpasti.

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

saat lelah menyapa saya... :)

satu saat saya rasa sangat letih dengan hidup saya,dengan setiap hari makan ubat,dengan dialisis..kekadang terasa ingin putus asa..

tapi....

awak cakap pada saya, "kalau awak taknak hidup untuk diri awak pun,awak kena mesti bertahan hidup untuk oranglain".. :)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

jangan berhenti berharap....

Setiap orang punya HATI tapi ianya BERBEZA. Bukan semua hati kuat seperti kamu.. bukan semua hati terlalu tabah seperti dirimu.. bukan juga semua hati terlalu keras ! seperti mu..

Adakalanya manusia itu perlukan UJIAN DEMI UJIAN untuk menjadikan dia tabah kerana

"..setiap luka ada pengajarannya tersendiri, setiap titis air mata punyai kenangannya sendiri, dan setiap senyuman juga ada duka di sebaliknya.."

Jangan memandang hanya sebelah mata tapi rasai lah kesedihan orang lain dengan sepenuh hati agar KEKUATAN yang kamu ada dapat di berikan sedikit demi sedikit kepada sang hati yang sedang berduka..

BUKAN MUDAH untuk menerima hakikat orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita, tapi kenyataan hidup perlu di telan.. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.. Kebahagiaan kita tak semestinya dengan dia.. Bila dia tinggalkan kita, bila kita tidak lagi bersama dia, tak semestinya selamanya tiada kebahagiaan untuk kita.. Redha tapi JANGAN BERHENTI berharap agar kebahagiaan akan jadi milik kita suatu hari nanti.. Memang perit dan ianya memerlukan MASA untuk SEMBUH..

♥ Selagi ada kehidupan selagi itu tiada siapa boleh berhenti brharap ♥ :)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

saat saya tersenyum kerana awak.... :)

Awak...

Kita ni macam TOM & JERRY kan, walaupun selalu gaduh tapi bila salah seorang tiada, kita mesti sunyi dan rindu...

hari ni pagi-pagi saya dah dapat sms dari awak "selamat pagi budak tembam"..tau pun risau bila smlm satu hari saya tak sms ek..saja jea nak tengok awak cari tak sahabat awak yang suka merajuk neh..hehehe :)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "