BAWAL 3 RASA DAN SUP AYAM

ni lauk-lauk yang hubby kita paling suka makan..
kita masak sendiri ni tau..hubby kita kata sedap..heheheh
mekasih kat hubby kita sebab kata sedap..hehehe

BAWAL 3 RASA


SUP AYAM

kalau sesapa nak resepi boleh jer..tapi tunggu liya rajin ek..kang liya bagi..okaylah ni jer coretan liya untuk hari ni..nanti lainkali jumpa lagi..mekasih pasa semua yang sudi singgah kat blog liya yang tak seberapa nih..i love you all.......daaaaaaaa

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

PERTEMUAN YANG TERLEWAT....

kita di pertemukan disini..disatu saat yang tak terduga..
tanpa mengenal wajah namun kemesraan tetap wujud dalam dunia kita..
kau dan aku sehaluan,seirama,sehati juga sejiwa..
tanpa suara dan wajah..namun kasih antara kita mampu terjalin jua..
dari sahabat..kurasa kan ada satu rasa berbunga di hati..rasa kasih dan rindu..
namun apakan daya pertemuan ini telah terlewat..
hatiku telah dimiliki dan sungguh aku hargai cinta yang memiliki ku itu..
kasih akan ku kuburkan..rindu akan ku lemparkan..
hanya kenangan yang akan ku simpan..
jika satu hari kau terjumpa nota ini..
ku harap kau tahu ini lah rahsia hatiku...........


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

MUNCUL KEMBALI

semalam pukul 1 pagi pun masih aku tak dapat lelapkan mata..dalam bosan aku melawat FB kawan-kawan..tetiba aku terpandang status seseorang yang satu tika dulu selalu jadi peneman aku di kala aku berduka dan gembira..terus hati ini terasa sayu..

terimbas semua kenangan bersamanya..kenapa dia masih di hati hingga ke hari ini sedangkan pada dia aku tiada lagi..aku bukak wall nya..dulu kat situ akulah yang paling banyak tinggalkan bicara buat dia..kini tak pernah lagi..hati terasa sangat rindu..tapi telah aku berjanji tidak coretkan apa-apa lagi tentangnya..

namun hati ku masih lagi ingati dia..ntah kenapa dia selalu ada dalam jiwa..mungkin kerana dulu dia sahabat yang paling faham jiwa..masakan dengan mudah aku mampu lupakan dia..walau kini dia dan hidupnya dan aku dengan hidupku..namun doa ku sentiasa ada untuknya..........................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SUBHANALLAH..AKU MENCINTAINYA

senyummu adalah bahagiaku..
ceriamu adalah dambaku.
gelisahmu adalah kebimbanganku.
airmatamu adalah kesedihanku..
kau pengubat lara duka ku..
ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta...
jalinan ini bermula atas nama sayang..
pertautan ini berasal dari atas nama rindu...
sungguh ku cintainya kerana Allah.....


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

INILAH AKU LAST PART..................

balik umah mlm tu mcm2 mak aku  soal aku pasal kuarga hubby..setelah dengar dari mulut abg aku..mak dan ayah aku cakap "cari oranglain lah"..terkejut beruk aku..dalam hati aku sedih sesangat kerana jauh disudut hati aku telah jatuh cinta pada lelaki itu sejak dia mula panggil aku sayang..

esoknya aku call hubby suruh datang rumah..hubby cakap nak datang..tapi tunggu punya tunggu hubby aku tak datang..lagi mengamuk orang tua aku..mak aku kata nampak sangat tak boleh buat suami..menangis aku call hubby aku..aku tanya dia betul-betl syg kan aku ke..kalau sygkan aku knp dia tak datang..hubby aku kata dia ada masalah yang tak dapat dielakkan..

esoknya hubby aku datang..tapi takde sapa pun tegur dia..hubby aku tetap datang jugak walau hanya aku jer yang bercakap dengan dia..aku rasa sedih dan kesian tgk hubby aku yang tiada siapa pedulikan dia..hubby aku kata takpe..orangtua kita tetap kena hormat..biar apa pun dia lakukan pada kita..

setelah bercuti di kampung selama seminggu..hubby aku ingin pulang ke johor..kerana dia keje dijohor..sebelum pegi dia datang jumpa aku..dia kata mcmana pun abg tetap akan kawin dgn syg..dan aku percaya kata-katanya..kami berhubung setiap hari melalui telifon..dia lah tempat aku mengadu..bila aku sedih..family aku plak masih tak restu..betul-betul sedih aku saat itu..

sebulan selepas hubby balik johor..ayah dan mak aku bagitau ada lamaran dari seorang lelaki yang rapat dengan family aku..umur laki tu agak tua sedikit..masa tu aku 26th dan laki tu 45th..aku tak tau apa nak buat sebab aku taknak..aku call hubby aku bagitau..menangis hubby aku dengar dan dia kata semuanya terpulang kepada hati aku..dia tak dapat kata apa-apa sebab aku ada mak ayah.......

pendekkan cerita atas sebab-sebab tertentu..jodoh tuh di tangan tuhan..dengan izinnya aku kawin jugak dengan hubby dengan izin dan restu dari family aku..dengan ketabahan hati hubby family aku dapat terima dia..malah mak aku syg pada hubby aku..apa jer yang hubby aku suka makan   mesti mak masak kalau kita orang balik kampung..alhamdulillah aku bersyukur sangat dengan apa yang tuhan telah tetapkan..sesungguhnnya kalau jodoh itu telah tertulis..berpisah mcmana pun pasti akan bertemu jua..

kini genap usia perkahwinan ku dengan hubby tahun yang ke-6..aku yang sakit tak dapat jadi isteri yang sempurna..namun hubby tetap terima aku seadanya..bila aku sakit hubby tak jemu menjaga..tapi adat rumahtangga kadangkala ada juga dugaan datang melanda..saat itu hati perlu kuat pertahankannya..sehingga hari ini cinta kami tak pernah berkurang..malah makin bertambah......syukur alhamdulillah................sekian....
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

INILAH AKU PART 7

setelah  bulan berhubung melalui surat,sms dan call..hubby bagitau dia nak balik kampung sempena raya..kebetulan kitaorang satu negeri..jadi hubby mintak nak jumpa dengan aku..maklumlah dah 3 bulan hanya melalui hp jer..belum pernah berjumpa..untuk senang kenal yang mana satu hubby..hubby bagitau aku baju dan seluar yang dia pakai warna apa..begitu juga aku..puas aku cari kat stesen bas tu..tapi tak jumpa pun seperti yang hubby aku cakap..

tetiba hp aku berbunyi..hubby kata dia dah nampak aku..berdebar-debar jantung aku..tetiba aku terpandang seorang budak lelaki sedang berdiri depan aku sambil bercakap dihp..dalam hati aku berkata takkan lah dia nih..mcm budak form 4 je..hahahaha..tapi sangkaan aku betul..lelaki tu datang menghampiri aku..terkejut beruk aku..dalam gambar tak hensem langsung..bila tgk depan mata hensem,putih tapi muda sangat..mcm budak sekolah..hahaha

memanglah hubby muda dari aku dari segi usia pun..tapi lelaki yang berdiri di depan aku nih tak sesuai dengan usianya  24tahun..macam 16..terkedu aku..setelah jalan2 kat bandar..aku bawak hubby ke rumah untuk di kenalkan dengan kuarga aku..sesampai dirumah mak dan ayah aku serta adik beradik aku terkejut tgk hubby aku..masa tgh buat air kat dapur mak aku datang..mak aku tanya aku bawak balik budak sekolah mana..hehehe..tapi adik-adik aku cakap hensemlah kak.. ^_^...

hari tu hubby makan kat umah aku..sebab malam tu abg aku janji nak hantar hubby balik..malam tu aku ikut abg hantar hubby balik umah nya..masa tulah pertama kali aku jumpa family hubby..familynya peramah..maknya pun okay jer...................bersambung
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "