DOA awak buat saya ya........

hari tu kita jalan sekali..best kan jalan sambil bergurau..tapi lagi best bila awak bagi hadiah tu..tu lah hadiah paling saya tak boleh lupa..senyuman manis awak..esok-esok bila saya dah tak boleh jalan..saya nak awak mengiringi saya..masa tu jugak saya . . . . . . nak hadiah lagi..tapi saya dah tak nak senyuman awak tu..saya nak awak hadiahkan saya al-fatihah..awak bacakan untuk saya ok..sebab masa tu saya dah tak boleh nak baca sendiri..lepas tu bila ada orang letak saya bawah papan...awak jangan menangis atau cari saya lagi ya...sebab masa tu saya dah tak boleh nak tegur awak..janji ya awak...??

p/s: awak..tahu tak..tiapkali bersama awak..kegembiraan dan senyuman saya ikhlas..bukan di paksa or terpaksa..kerana awak selalu bagi saya senyuman awak untuk buat saya tersenyum... ;)

BUAT ♥ awak ♥ YANG SELAMANYA DALAM HATI SAYA...

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

aku,kau,lagu dan juga kenangan itu.............

hari ni hujan melanda lagi di bumi tanah merah tempat tinggal ku..hehehe..hari ni rasa sihat sikit..batuk pun makin kurang..selsema pun dan juga lelah pun makin okay..harap esok dapat habiskan dialisis dengan jayanya..

tengah duduk termenung memandang keindahan awan menangis..aku terpasang satu lagu..bukan aku nak dengar sangat..tapi ntah mcamana jari ni tetiba tertekan lagu ni..dengar jer lagu ni buat hati akumula tak tentu arah..ingatan aku terus meluru pada si dia yang pernah cakap lagu ni dia tujukan khas untuk aku suatu saat dulu..huhuhu...tetiba kesayuan datang melanda hati...

tapi bila aku fikir balik buat apa aku nak sedih sangat..hehehe..aku bukan bercinta pun dengan dia..hahaha..aku pun dah ada seorang suami yang sangat baik..cuma....ada cumanya..cuma dia seseorang yang pernah aku sayang..namun tak lebih sebagai seseorang yang bergelar adik or sahabat..kerana cinta hanya boleh di berikan kepada satu orang iaitu teman sehati sejiwaku..suami tercintaku..tapi sayang boleh di berikan untuk sesiapa saja yang hati merasa terkesan dengan kehadirannya...

dengar lagu ni buat aku ingat plak pada dia yang sedang aku lupakan dan lepaskan dia dari hidup aku sebab itu permintaannya sendiri.yang paling aku risau esok aku kena mengadap muka dia 4 jam..lama tu!!!! mau haru aku di buatnya..sebab dia tu pelik..aku memang tak faham dengan perangai dia...

dia ego tinggi orangnya..dia selalu cakap dia tak apa-apa tanpa aku..tapi bila jumpa aku kat center..kalau aku taksenyum..tak cakap dengan dia..dia sedih pula..tu yang buat aku heran dan buat aku susah sangat kerana tiapkali aku cuba menjauh..dia yang mendekat...

namun apa pun yang pelik tentang dia..itulah yang buatkan aku tak mudah lupakan dia..betul ke aku dah boleh lepaskan dia dari hidup aku..??? aku sendiri takde jawapan tu kerana setiapkali bunyi text masuk..aku masih lagi berharap yang ianya dari "dia"...huhuhu........

p/s: awak sayangkan awak tak mudah bagi saya dan nak melupakan awak..mungkin mustahil untuk saya... ;)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "