HUBBY KITA YANG SANGAT-SANGAT BAIK................ ^_^

  malam ni kita nak tulis pasal hubby kita..yalah asyik tulis pasal cinta je,..malam ni nak bercerita tentang hubby kita..hubby kita mmg baik..bukan kita nak puji dia saja2..tapi dia mmg baik..dia tak pernah marah-marah..dia makannya tak cerewet..ada ayam goreng dan ulam cukuplah..pakai pun tak cerewet..kita lagi cerewet dari dia bab makan.pakai dan kita sememangnya garang..hehehehehe...siap mengaku lagi..hahahaha..hubby kita ni minat sangat dengan futsal..hinggakan dia ada team futsal sendiri..nama teamnya "AYOHFC" sebab pemainnya kebanyakkan dah kawin dan dah jadi ayah pun..hehehe..hubby kita jugak minat bola..team yang jadi fav dia siapa lagi kalau bukan THE RED WORRIOR'S....yang gomo kelate gomo tu..ekekeke...
   asal ada je bola dia mesti pergi stadium..tinggallah kita kat umah sesorang..nak ikut dia tak bagi..dia kata takleh ikut..takleh jalan..orang ramai..tapi kalau ada kelapangan hubby selalu bawak kita jejalan..ni dah dekat 5 bulan kita jauh dari hubby sebab keje..huhuhu..mmg rindu gila2..sebab selalu tgk tv dengan dia..makan dengan dia..berat pun dah makin turun..mula2 dulu 52kg..pastu jadi 50kg..pastu 46kg..pastu 44kg dan sekarang 42kg..sebab kita tak selera nak makan..kkdg satu hari kita tak makan apa2 pun..tapi kalau time hubby kita datang tgk kita..kita makan banyaklah..sebab kita makan dengan dia..
   kita syg hubby kita banyak sangat..hubby kita dari mula kenal sampai sekarang dia tak pernah panggil nama kita walaupun time gaduh..dia tetap panggil "SYG" jugak..tapi satu yang kita geram..kalau dia dah tido..kita call dia tak sedar2..haishhh!!!!!!!!!!tapi walau baik mahupun buruk hubby kita..kita tetap nak dia je..tak mo dah oranglain..walaupun oranglain 4 juta kali lagi baik..lagi hensem dari hubby kita..bagi kita hubby kita tetap dah sangat-sangat baik..
   lagipun ada orang pesan kat kita..jangan tinggalkan orang yang cintai kita hanya untuk orang yang kita suka,..kerana satu hari nanti orang yang kita suka tu akan tinggalkan kita untuk orang yang dia cinta pula..hidup ni tak lama..kita dah bersyukur tuhan bagi kita lelaki ini WAN ALIAZWAR WAN MAMAT..............abg sayang cinta abg......................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JARI KU LUKA TERKENA PISAU-----

tadi tgh masak ntah mcmana masa potong bawang jari kena pisau plak..nasi baik luka sikit je tak banyak..maybe sebab duk mengelamun kot..sebab besok encik hubby nak datang..suka sesangat sampai terkena pisau jari tadi..hehehhee...malam ni encik hubby ada lawan futsal..kalau encik hubby ada ambik gambar dia main futsal mlm ni..nanti kak liya upload kan..hehehehehehe
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

ETOK------------

     sapa tak kenal benda ni..ni namanya etok..kat kelantan banyak..sedap woo..buat salai tak pun sayur lemak,goreng dengan budu..gulai kuning letak daun kesum..boleh buat mcm2 benda ni..mcm kerang jugak..cuma kecik dan isinya rasa lain sikit..tapi kalau jeruk pastu salai makan dengan nasi kerabu mmg best sesangat..yang dalam gambar ni yang my mum buat..jeruk dan salai..tapi kak liya tak dapat makan..sebab kat kampung..huhuhu..dapat tgk pun jadi lah...

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

NASI GORENG KUNYIT

  • 3 mangkok nasi
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan udang kering
  • 2-3 biji cili hijau (ikut suka)
  • 1/2 cawan sayur campuran
  • Segengam udang hidup (ikut suka banyak) dibuang kulitnya
  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  • 1/2 sudu teh perasa ikan bilis maggi (jika suka)
  • 1 sudu sos tiram
  • garam secukup rasa
  • 2 biji telor ayam
  • 2 sudu minyak untuk menumis
  • 1/4 cawan air

Cara-cara

  1. Tumbukkan bawang+bawang putih+cili hijau+udang kering
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau
  3. Masukkan serbuk kunyit+sos tiram dan gaul rata serta tuangkan 1/4 cawan air tadi
  4. Masuukan perasa ikan bilis (jika suka) + udang hidup+ sayur campur+garam dan gaul rata
  5. Setelah udang hidup masak, pecahkan telor dan kacau sebati
  6. Akhir sekali masukkan nasi dan kacau rata

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

KERABU KAKI AYAM

kita main masak2 ek malam ni..tgh malam sikit baru sambung novel..awal2 ni belajar masak dulu..kang dah kawin senang nak masak..pada yang dah kawin masak untuk encik hubby tercinta..heheheheh...


bahan-bahannya

200 gm kaki ayam
5 ulas bawang merah hiris halus
2 batang serai-hiris halus
1 tangkai bunga kantan hiris halus
½ cawan perahan limau nipis
5 tangkai cili api hiris nipis
5 tangkai cili merah
1 sudu besar sos ikan
1 pokok daun ketumbar hiris kasar
Garam dan Gula

cara membuatnya

Rebus kaki ayam beserta sedikit garam hingga lembut.
Buangkan tulangnya dan hiris kasar.
Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk dan gaul sebati.
Sejukkan dalam peti sejuk sebentar sebelum dihidang
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

DAGING GORENG LADA HITAM-----

resipi kita yang kedua plak hari ni...namanya DAGING MASAK LADA HITAM..hehehe..ni kegemaran kak liya..jom buat.. :)

DAGING MASAK LADA HITAM

bahan-bahannya

500gm daging
3 sudu serbuk lada hitam yang segeralah ek..senang sikit..janji sedap..di bancuhkan dengan sedikit air..agak2 le ek airnya..
3cm halia-di hiris nipis2
3 ulas bawang putih di hiris
20gm daun bawang juga di hiris
2 biji cili merah pun di hiris
1 biji bawang besar di potong bulat2
sedikit minyak masak
sedikit air
garam,gula serta perasa secukupnya..

cara membuatnya

1--panaskan minyak dan goreng daging hingga masak..jika inginnya empuk tambahkan sedikit air jika perlu..

2--masukkan serbuk lada hitam yang di bancuh tadi dan gaul sebati..

3--kemudian masukkan bawang,halia,daun bawang.garam,gula dan perasa secukup rasa..

4--akhir sekali barulah masukkan cili merah tadi..

boleh lah angkat dan hidang...hehehe
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

KETAM GULAI CILI API

tadi makan malam kak liya masak KETAM BERCILI..tapi kak liya tak mo ajar ketam bercili..tapi nak ajar masak KETAM MASAK NENAS..nanti boleh masak untuk makan tghari or makan malam..jom kak liya ajarkan adik2 yang dah jadi suriumah tangga dan yang belum pun boleh..nanti dah kawin dah pun pandai bila cik abg mintak masakkan..nanti boleh tunjuk skill memasak kat mak mertua..hahahahahha

KETAM MASAK NENAS

bahan-bahannya

1kg ketam
1 biji nenas buang kulitnya dan potong lah ikut suka ek tapi rebuskan dulu sekejap untuk buang air masam nya dulu..
250ml santan
15 biji cili padi-dikisar
5 batang serai-dikisar
gula secukupnya
garam secukupnya
2 sudu teh serbuk kunyit
5 ulas bawang merah-dikisar
2 keping lengkuas-di kisar

cara membuatnya

1--masukkan santan kedalam periuk dan masukkan bahan kisar tadi.dan nenas..kacau hingga mendidih..

2--selepas itu masukkan ketam,garam,gula,serbuk kunyit secekupnya..masaklah perlahan-lahan hingga ketam masak

3--angkat dan bolehlah di hidangkan bersama juadah lain untuk makan malam or makan tghari..selamat mencuba ek..jangan malas-malas lak------------ ♥
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

RUMAH yang terbaik bagi seorang isteri adalah hati suaminya--------

dulu ada seseorang berkata pada ku tatkala hati ku penih dengan keraguan dan kesedihan..dia bertanya knp..apa yang membuat ku berduka..aku berkata aku merasa sangat sunyi di sini tanpa kehadiran seseorang yang amat aku cinta dan rindu..walaupun disini semuanya ada..namun tetap merasa kekurangan sesuatu dalam hatiku..ntah apa yang kurang..sedang disini aku ada segalanya..aku ada makan.pakai dan apa je cukup..tapi hati tetap berduka..rumah ni sangat besar..aku nak kemana saja pun boleh..namun tak memberi erti apa2 pada ku..
lalu dia berkata..walau sebesar mana pun rumah yang ku diami..walau semewah mana pun..walau seselesa mana pun..rumah yang terbaik bagi seorang isteri adalah hati suami nya...walau sburuk mana pun hati suami..ianya tetap rumah yang terbaik bagi isterinya tinggal...rupanya yang kurang dalam hati ku adalah suami ku..aku selalu berjauhan dari dia..dan dia juga semua orang tidak tahu apa yang terbuku di hatiku..sungguh aku rindu pelukkan seorang suami..belaian seorang suami bila kesedihan datang bertamu..sungguh aku rindu pada gelak tawanya bila rindu datang menghuni hati..aku cemburu melihat oranglain bahagia bersama..sedangkan aku selalu jauh dari dia..aku selalu sendiri meneruskan hidupku..taukah kamu duhai suami ku..kala ini hati ku amat sepi dan sedih sekali tanpamu disisi..masa berlalu bagai terhenti..setiap hari ku hitung tanpa jemu,,namun hari yang ku tunggu tak jua kunjung datang..malah makin jauh masa itu meninggalkan ku..taukah kamu yang dalam hati ini ada seribu rindu yang bertamu...kala ini..saat ini..sungguh hati ini terlalu merindui mu.................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kadangkala kata sayang,rindu dan cinta perlu di ucap------------

  kadangkala kata sayang..rindu dan cinta perlu di ucap..apatah lagi tatkala berjauhan..kerana walau sesimple mana pun perkataan itu..akan memberi kesan yang amat mendalam pada hati..apatah lagi hati seorang perempuan..seorang suami patut tau yang hati seorang isteri amat mudah tersentuh bila si suami mengucapkan "abg syg sayang"..."abg rindu syg"...abg cinta syg"..tak perlu di ucap selalu..yang sesekali di ucapkan itulah memberi kesan yang sangat dalam..sekurang-kurangnya si isteri tau kala ini rindunya akan suami pada dirinya..
masakan seorang isteri yang berjauhan dari suaminya tidak merindui suami tercinta..bila kita memilih seseorang lelaki itu dalam hidup kita untuk di jadikan teman hidup..jika tuhan izinkan..ingin kita habiskan seluruh sisa hidup kita di sampingnya..suami adalah permata untuk isteri dan isteri pula adalah permata untuk suami..
bagi seorang perempuan rumah yang terbaik baginya adalah hati orang yang di cintainya...moga kalian berjumpa dengan rumah yang yang terbaik buat kalian...doa dari sy leeya harlina---------------
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

suka melihat orang bahagia------------

  aku suka melihat orang bahagia..suami isteri bila berjauhan saling merindu..bahagianya mereka..kkdg timbul juga cemburu di hati..namun semua itu hanya mainan perasaan..tadi aku terpandang status fb kawan ku.."miss you my lovely wife"...sangat bermakna kata2 itu bagi seorang isteri yang jauh dari suami nya..aku doakan mereka berdua bahagia hingga ke akhir nya..bahagianya mereka..bila kita dah berkahwin..bagi seorang isteri..walaupun tanpa di ungkap oleh si suami i miss you atau i love you.sudah menandakan suami menyayanginya..namun sesekali bila semua itu di ucapkan..membuatkan perkataan yang di ungkapkan itu amat berharga..walaupun orang kata syg tak perlu di ucap..namun sesekali di ucapkan..akan meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hati seorang isteri..adat dunia wanita ni sifatnya manja..bila suami yang jauh menyatakan "abg rindu syg" perkataan itu amat bermakna buatnya...terus sampai ke hatinya...............hazz riena dan ray azray..moga bahagia selalu ya..doa dari kak liya untuk korang.......... :)
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

RASA YANG TERTINGGAL part 4

   jauh hana termenung selepas pualng dari kelas petang itu..bagai ada sesuatu yang berlegar-legar di fikirannya..sesuatu yang membuat dia kelihatan sangat risau..di tangannya ada sebiji hp..sekejap2 hana melihat hp nya..kemudian termenung kembali..risau azreen dan yani melihat keadaan kawannya yang umpama mati suami..

     yani:"ko knp beb..? cerita lah..cam risau jer.."

    azreen:"a'ah....knp u..? cite lah kat kitaorang..ada masalah ke..?"

    hana:"takde apalah..korang jangan lah risau..sy takde apa2 pun.."

hana hanya tersenyum dan menuju ke katilnya..di rebahkan badannya ke katil..yani dan azreen tidak mahu terus bertanya..mereka tidak mahu membebanlan hana..mungkin ada sebab knp hana begitu..biarlah hana tenang kan dirinya...ptg itu hana tertido..bila dia terjaga tiada seorang pun kawannya di bilik..agaknya mereka berdua keluar..kerana besok takde class..aktiviti pun takde..abg2 dan kakak2 senior bagi mereka peluang berehat satu hari..kaki nya sudah makin baik..namun jalannya masih henjut2..
hana berjalan sendirian ke taman di depan asrama nya..cantik juga pemandangan kolej tersebut bila di amati betul2..lalu dia berenti dan duduk di satu bangku..kerana kaki nya merasa agak sakit..matanya memandang sekeliling..ada beberapa orang pelajar sedang bersembang di taman itu..ada yang mentelaah buku..ada yang bersenam..mata nya masih ligat memandang sekeliling..kemudian hana terpandang seseorang yang sedang perhatikannya..agaknya sudah berapa lama mata itu memerhatikannya..hana hanya memberikan satu senyuman..dan hana melihat orang itu menghampirinya..dia adalah danial...

    danial:"hai..mcmana dgn kaki..? tanya nya perlahan..seakan dengar dgn tidak..

    hana:"dah makin kurang..tak lama lagi okay kot"

   danial:"ooooo" kemudian berpaling dan ingin berlalu...

   hana:"erk..abg nail!!..."

danial berhenti melangkah bila mendengar hana memnggilnya..namun dia hanya berpaling melihat hana..

    hana: "thank you".... kata hana pada nya...ada sedikit senyuman muncul di wajah danial..terlalu sedikit..umpama senyum dan tak mau senyum sama banyak..

    danial: "baik.........." lalu terus berlalu..

hana masih lagi memerhatikan danial yang semakin hilang bersama langkahnya..pendiamnya lelaki itu..namun bila dia hampir tersenyum tadi..hensem jugak orangnya..hana bercakap dengan hatinya..kemudian hana tersenyum kerana bagaimana hatinya boleh berfikir yang danial itu hensem..
namun sejak hari pertama dia berjumpa lelaki itu dia ingin sekali mengenali hati budinya..ada  sesuatu yang menarik minatnya tentang lelaki itu..walau dia dgr pelbagai cerita tentang danial..hati nya teringin dekati lelaki itu..lagipun dengannya lelaki itu tak seperti yang di ceritakan..hana tertarik dengan perwatakkan danial..sedang berfikir tentang danial..hp nya berbunyi..satu sms dia terima..terus terukir senyuman di bibirnya..sms siapa kah yang sejak tadi pagi di tunggu nya hingga dia kelihatan amat sedih tadi dan sekarang sangat gembira bila membacanya...hana kembali ke biliknya..kelihatan azreen dan yani sudah di bilik...

      hana:"korang kemana tadi..?bila sy bangun semua takde" ...keceriaan jelas terpancar di wajahnya..yani dan azreen hairan..tadi sedih..sekarang dah baik..cepatnya hana bertukar mood..

      yani:"ko ok ke ni beb..? yani menyentuh dahi hana..hana tergelak melihat reaksi yani..

     hana:"hehehhe...sy sihat lah awak..mana ada demam..apalah awak ni.."

     azreen: "kalau u ok takpelah..kita orang takut luaran je sihat..tapi dalaman tak..hihihi".. gurau azreen

    hana:"amboi awak reen..korang dari mana ni..?"

   yani: "kita orang dari kafe..makan2 tadi..ada abg senior belanja..best kan beb"

   azreen: "a'ah best tadi..dah lah hensem2 abg senior tuh..i rasa mcm dah jatuh cinta tau"

     hana:"tak ajak sy pun..sampai hati" hana pura2 nerajuk...

    azreen:"alah..jgn la merajuk u..kaki u kan sakit..tp jangan risau..i ada bungkuskan makan untuk u..baik tak i..hehehe" lalu di peluknya hana..

   hana:"baik...korang berdua baik sgt2..." berpelukkan tiga sahabat itu..mereka bertiga mmg akrab..mana je mesti bertiga..walaupun azreen agak kekwat dan yani agak kasar..namun tetap ada keserasian antara mereka..hana gembira di pertemukan dengan yani dan azreen..walaupun azreen suka melaram mengalah kan artis dan agak manja dan ngada..namun hatinya cukup baik..dia tidak loket.cuma sikapnya kkdg merimaskan kerana dia suka merengek seperti anak kecil..mungkin dia dah biasa di manjakan oleh keluarganya..hingga sikapnya sedikit keanak-anakkan..yani pula berdikari orangnya..mungkin kerana dia anak pertama dan tanggungjawab sebagai kakak sudah terpahat di hatinya..hana pula merasakan dirinya biasa saja..kerana dia hanya ada mana dan papa nya..dia tak pernah merasa bagaimana menjadi kakak mahupun adik..tapi dia amat bersyukur punyai mama dan papa yang sangat baik-------------------- ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

HERO untuk korang semua yang liya sayang----------- :( :( :(

There's a hero if you look inside your heart
You don't have to be afraid of what you are
There's an answer if you reach into your soul
And the sorrow that you know will melt away



And then a hero comes along
    With the strength to carry on
    And you cast your fears aside
    And you know you can survive
    So when you feel like hope is gone
    Look inside you and be strong
    And then you'll finally see the truth
    That a hero lies in you



It's a long road when you face the world alone
No one reaches out a hand for you to hold
You can find love if you search within your self
And the empitiness you felt will disappear



Lord knows dreams are hard to follow
   But don't let anyone tear them away
   Hold on, there will be tomorrow
   In time you'll find the way

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

abg chiken..angah..long..hubby!!!!!!!!!! liya rindu korang... :(

arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!! sungguh aku bosan sekarang..amat2 bosan kerana semua orang yang aku syg takde..hubby takde..abg chiken takde..angah takde..long takde..mana korang semua????????????? liya bosan gila kat sini...tiap2 hari liya sorang2..mana korang pergi..dah lama korang takde..takkan busy sampai tak muncul2...abg chiken!!!!!!!!!!!!!!!!!1liya rindu kamu...angah!!!!!!!!!!!!!liya rindu kamu..liya rindu semua :( :( :(
liya bosannnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

nak balik KL-------------

sepatutnya minggu depan aku dah balik kl..tapi terpaksa tangguh lagi sampai hujung bulan 3 nanti kerana 21hb hingga 18 march..hubbu kata dia ada kursus..jadi tokleh balik lah..sebab mana boleh duduk sesorang kat kl tuh..jadi apa2 kang susah..terpaksa stay kat bandar perda ni lagi..makin lambat plak balik kl..tiap2 hari aku hitung hari nak balik kl..last2 tak leh balik..sedih gila aku rasa..sebab aku kat penang ni dari raya puasa tahun lepas sampai lah sekarang..dan aku rasa bosan sesangat..
dah lama aku tak balik umah aku tuh..apa khbr agaknya umah aku tuh..masih seperti umah kah..tau dah rupa sarang lipas or sarang tikus..mesti banyak keje nak buat bila aku balik nanti..maklumlah orang lelaki duduk kat umah tu tanpa isteri..tau2 lah mcmana..mesti mcm kapal yang karam kan...nak balik kl!!!nak balik!!!nak balik!!!dah bosan kat sini..abg!!!!!!!!!!sayang nak balik kl!!!!!!!!!!
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

aku dan wayang-------------

  semalam aku kuar tgk wayang dengan abg dan kakak..tgk movie "ada hantu disini"
biasalah aku kan suka tgk cite hantu..best jugak cite dia..tapi awal2 tu agak kurang menarik..
bila dah tgk2 dan last barulah menarik..tapi okaylah untuk di tonton..semalam satu hari encik hubby takde pun..bagi sms tak reply..telifon tak angkat..fb pun tak on9..kemana kamu..sy sangat bosan tanpa kamu..
rindu kamu banyak2..hari ni masih lagi menanti kemunculan encik hubby kat fb ataupun kat fon..nak call tokleh..
hp takde krdt..nak kuar beli topup pun susah kat sini kalau tak kuar dengan abg dan kakak...haishhh!!!!bosannya......................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

RASA YANG TERTINGGAL part 3

  yani dan yang lain terkejut bila melihat danial mengdukung hana..apa telah terjadi dengan hana..mereka semua berlalu mendapatkan hana..danial meletakkan hana ke bawah dan membuka kasut hana kerana ingin melihat keadaan kaki hana sama ada cedera terul atau tidak..jika cedera teruk makan game itu terpaksa di hentikan..pergelangan kaki hana sedikt bengkak..tapi hanya terseliuh..danial bertanya pada semua orang kalau2 ada minyak urut..kaki hana tidak boleh di biarkan begitu..perlu di letak minyak urut dan di bungkus..supaya bentam di kaki nya cepat surut..semua orang menggelengkan kepala tanda tiada minyak urut..kemudian azreen datang bersama satu beg besar..ntah apa yang ada dalam beg itu..

     azreen:"abg nail i ada minyak urut." azreen membuka beg nya..semua mata terbeliak..semua benda ada dalam beg tersebut..patutlah beg nya yang paling besar mcm orang nak balik kampung..rupanya dia bawa segala jenis ubat di dalam beg nya..kemudian semua orang seakan terasa bau semacam..semua mencari bau tersebut..azreen terlupa untuk menukar seluarnya yang terkena kencing tadi..


    yani:"kau kencing dalam seluar ek?" kuat suara yani hinggakan semua dengar apa yang dia cakap..

    azreen: "mana ada...agaknya terkena masa hana jatuh tadi..kan hana kan.."... muka azreen merah padam..mereka semua tersenyum-senyum..hana yang kesakitan hanya tersenyum sedikit melihat azreen yang malu2..bukan dia sengaja pun..dia terperanjat hana jatuh hingga terkencing..danial menggosok perlahan kaki hana..hana hanya memandang danial..dalam hatinya merasa baik jugak lelaki ini..sedangkan dia dgr dari semua pelajar di kolej tersebut danial satu2 nya lelaki yang tak punya perasaan..

     danial: "kamu rasa mcmana..?boleh berjalan tak..?kita nak bina khemah di depan tu"
danial menunjukkan tempat yang sepatutnya khemah di bina..lebih kurang 100 meter dari tempat mereka berehat sekarang..mereka memulakan balik perjalanan..hana di papah oleh yani dalam keadaan terhenjut-henjut hana berjalan..muka nya kelihatan seolah-olah menahan kesakitan..yani kesian melihat kawannya itu..

     yani: 'ko boleh jalan tak ni..?"

    hana cuma mengangguk perlahan..namun sakitnya hanya tuhan saja tahu..pasti kaki nya makin bengkak besok kerana dia memaksa kaki nya berjalan..yani melihat hana kelihatan begitu kesakitan..

     yani: "meh aku dukung ko nak"

    hana:"isk....takpe aku boleh jalan..lagipun larat ke ko nak dukung aku.."

    yani:"apa plak tak larat..aku selalu dukung mak aku hantar pergi hospital.." mak yani sakit buah pinggang..dia tiada bapa..hanya ada ibunya dan 2 orang adik perempuan yang masih besekolah..namun hidup nya tak susah..kerana arwah bapanya tinggalkan banyak harta untuk mereka semua..ayahnya dulu orang berada..

    hana:"takpe..aku boleh tahan lagi ni..."

muka hana semakin pucat..langkahnya makin lemah..akhirnya dia pengsan....... bila hana tersedar dari pengsannya hana melihat dia berada di dalam khemah..yani dan yang lain2 tiada pula..dia di khemah siapa...dia cuba bangun..namun badannya lemah kerana dia telah demam..rupa-rupanya sudah 3 jam dia pengsan..jam menunjukkan pukul 4 pagi..danial yang dari luar melihat hana cuba bangun membuka khemah kerana mungkin gadis itu perlukan apa2..

    danial:"nak apa2 ke..?" dengan suara nya yang sedikit garau..

    hana:"mana kawan2 sy..?"

    danial:"mereka ada khemah sebelah" lalu ingin berlalu kerana tiada apa yang di minta oleh norhana..namun belum sempat danial berpaling hana meminta sedikit air..

    hana:"sy nak air..leh tolong ambikkan sy air"

   danial: "baik...." lalu dia memberikan hana segelas air dan segera berlalu..lelaki itu mmg tidak banyak cakap orangnya..dari belakang kedengaran suara2 dan bunyi tapak kaki..rupa-rupanya kawan2 lain sudah sampai ke situ kerana game itu terpaksa di hentikan........sementara menunggu siang untuk keluar dari hutan..malam itu mereka rancak bersembang..hana yang didalam khemah pun dapat mengdengar suara abg2 seniornya gelak..dalam hati dia berkata..kuat jugak gelak lelaki pendiam itu..nampak mcm pendiam..tapi bila dengan kawan2 nya riuh rendah juga hilai tawanya.................... ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

RASA YANG TERTINGGAL part 2

    malam itu semua berkumpulan di gelanggang bola jaring kerana saja senior tidak mahu di dewan..boleh jugak merasa dinginnya angin malam..setiap kumpulan akan bersama senior masing2..hati hana masih lagi berdebar-debar kerana sebentar lagi dia akan bertemu lagi dengan lelaki yang di langgarnya tadi..danial orangnya kurus sedikit..berkulit putih kuning..tinggi dan hensem...dia berasal dari negeri sembilan..
    dia pelajar tahun akhir kejuruteraan elektrik di kolej tersebut..begitu juga dengan dania..sama seperti danial dan mereka dalam bidang yang sama..jam menunjukkan pukul 10 malam..azreen dah mula menguap..agaknya azreen tido awal sewaktu di rumahnya dulu..hana dan yani masih lagi segar matanya..begitu juga dengan yang lain..malam itu di adakah permainan cari harta karun..setiap kumpulan 10 orang akan di bahagi kepada dua..5 orang akan ikut dania dan 5 orang lagi akan ikut danial..hana berharap janganlah namanya terpanggil dalam kumpulan danial..tidak mahu dia bersama kumpulan danial..kerana tiap kali berjumpanya..danial suka merenungnya dengan renungan yang tajam..seolah-olah nak makan dia..hana perlahan-lahan berdoa..

     hana: "ya Allah..janganlah bagi aku dalam kumpulan abg danial tu.."... tetiba namanya di panggil..

     dania:" norhana,ayrani,azreen.suzy dan farah ikut abg danial"

terperanjat norhana..tapi yang lain tersenyum je..masakan tidak suka berada bersama jejaka kacak itu..hana je yang risau kalau2 danial nanti sengaja menderanya kerana membalas dendam kejadian petang tadi..setelah di bahagikan 2 kumpulan setiap kumpulan..semua mengikut senior masing2..mereka hanya berjalan di hutan kecil belakang asrama mereka..namun jika hilang arah akan tersesat juga dan terpaksa tunggu siang lah jawabnya untuk keluar dari hutan tersebut..kerana malam keadaan hutan tak sama dengan siang..walaupun takde binatang buas..namun ular tetap ada..jadi harus berwaspada juga..
       permainan nya kumpulan mana yang jumpa dulu harta karun tersebut di anggap pemenang dan dapat hadiah..manakala yang terakhir sampai di garisan permulaan tadi akan di denda membersihkan kawan kolej..sepanjang perjalanan semua hanya tersenyum-senyum melihat danial..namun tiada seorang pun yang berani menegur danial..kerana danial terkenal di koleh itu dengan sedikit baran nya..pantang di cabar..jadi gadis2 hanya meminatinya dari jauh..suasana sunyi membuatkan aryani yang sememangnya suka bercakap menjadi bosan..aryani menghampiri danial..

     yani: "abg orang mana ek" tanya yani..
     danial:" negeri sembilan"
     yani:"oooo...negeri sembilan..... sy tak pernah pergi negeri sembilan " yani masih lagi sibuk bersembang..danial tidak menjawab apa2..hanya teruskan perjalanan..hana yang melihat danial hanya membisu menarik yani ke belakang..

     hana:"awak leh diam tak..kita kan dalam hutan ni"
     yani: "kalau kita dalam hutan knp..biarlah.."
     hana: "jangan nak ngada-ngada"  .... lalu di pegang tangan yani..supaya jangan lagi menyibuk dengan danial..sesampainya mereka ke check point yang pertama mereka jumpa bendera yang patut mereka kumpul..azreen pula asyik menguap je..agaknya mengantuk sangat..setelah agak jauh berjalan danial melihat semua seperti keletihan..

      danial: "semua nampak letih..kita rehat dulu".... lagipun mlm ni kita akan bermalam kat hutan..esok pagi baru kita balik ke asrama..kamu semua dah di khbrkan bawa keperluan masing2 kan..jadi kita rehat kat sini dulu..dalam 15 minit lagi kita cari tempat bina khemah..tetiba azreen asyik menarik lengan baju hana..hana hairan knp dgn kawannya itu..

      hana:"awak knp reen..?"

     azreen: " i nak terkucil nih..mcmana nih"...

     hana: "hah!!...sini mana ada tandas..awak tahan jelah"

     yani:"gila ko suruh dia tahan..mati budak tu karang"

     hana:" dah tu nak kencing kat mana tgh2 hutan ni.."

      azreen:"cepat lah u..i nak terkeluar dah nie.."

hana menggaru kepalanya yang tak gatal pun..takkan lah azreen nak kencing kat situ..dah lah gelap..lagipun dia malu nak jumpa danial bagitau yang azreen nak terkencing..

     hana:"reen...awak pergi lah bagitau abg danial tu"

     azreen:"what!!!taknak..meh lah temankan i"

     hana:"yani awak pergi lah temankan azreen"

     yani:" uish..taknak aku..ko lah pergi..ko pergi jelah "..yani menolak hana dan azreen pula menarik tangannya..ketika itu danial sedang sibuk melayan game di hp nya..

     hana:"eham2.." hana berdaham tanda dan danial menoleh padanya..jantungnya  terasa begitu bergetar..dia menarik nafas panjang..

     hana:"abg danial...ermmm....kawan sy ni dia nak...dia nak...ermmm..." ..... hana tergagap2...azreen yang dari tadi tahan sudah tidak tahan lagi..

     azreen:"i nak kencing!!".... cepat2 azreen menyambung kata2 norhana...danial tunjuk sebatang pokok dengan jarinya..

     azreen:"hah!!..u nak i kencing kat pokok tu..taknak lah i..hana i taknak kencing kat situ.." merengek azreen..

    hana:"depan tu ada sungai..sy teman dia ke sungai boleh..?" hana bertanya pada danial..

    danial:" mmmm..pegi arr klu x takut"....

hana menarik tangan azreen..namun azreen tetap tak mahu pergi..azreen ni penakut orangnya..tido pun takleh padam lampu..terpaksalah mereka tido bukak lampu..

     azreen:" i tak mo..i takut..ada hantu..'

    hana:" jom lah..isk! takde nya hantu..karang terkencing kat sini malu nanti..jomlah sy kan ada.."

     azreen: 'tak nak..i takut..i nak balik..." azreen mula nak menangis..hana memeluknya..danial yang melihat azreen hampir menangis bangun dari duduknya..

    danial:"jom sy hantar"

    azreen: "tp janji jangan tgk" dengan suara nya yang manja..hana mula merasa geram pada azreen kerana betul2 menyusahkan..sekarang danial terpaksa ikut..azreen turun ke sungai di temani hana..danial pula hanya tunggu tak jauh dari situ..semasa sedang menuruni jalan nak kesungai ntah mcmana hana terjatuh..azreen yang sememangnya kecoh apa lagi terjerit2..berlari danial ingatkan ada binatang berbisa atau apa yang menggigit hana mahupun azreen..

    danial: " knp nie?" agak cemas dan berlari mendapatkan norhana..kaki norhana terluka sedikit dan terseliuh..nasib baik tak patah..azreen yang nak terkencing tadi tidak perasan yang dia dah pun terkencing di dalam seluarnya sewaktu terkejut hana jatuh tadi..setelah menyedari yang dia dah terkencing..muka nya merah padam.......................... ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "