RINDU YANG TERSIMPAN



kadangkala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang
tetapi jiwa kita berkata mungkin aku saja yang merinduinya
lalu rindu itu tak terluah..dan kerana rindu itu tiada bertepi
kita terus menyimpannya didalam hati..

tak terluah bukan kerana apa..tapi takut akan merubah segala yang indah
kita amat takut untuk menerima kenyataan
kerana kenyataan selalunya pahit 
mungkin nasib diri bertuah secerah langit
mungkin juga nasib diri malang sekelam awan hitam
lalu rindu itu terus tersimpan
tiada siapa tahu ianya milik siapa.............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

PAGI YANG SAYU



pagi ni terasa sayu jer hati mungkin sebab dengan cuaca mendung kot..
hari ini alhamdulillah masih di beri peluang bernafas
dan masih bisa menjalani hari ini dengan berkeadaan agak baik
cuma penyakit semput agak teruk sikit..
begitu juga dengan batuk..beberapa hari ni batuk makin menjadi-jadi..
tapi tetap bersyukur dengan apa yang tuhan beri....

dalam hidup kalian apa yang baut kalian menyesal
pasti adakah..dalam hidup saya..saya sikit pun tak menyesal di berikan sakit
malah saya tetap bersyukur dan terima kasih pada tuhan
kerana bagi peluang saya melihat dunia indah ciptaan nya ini
walaupun banyak kurangnya diri..namun ramai yang sayangi..

cuma dalam hidup ini yang buat saya menyesal adalah
apabila terbenamnya matahari
umur saya makin berkurangan..akan tetapi amalan nya tidak bertambah
tuhanku sungguh aku hamba yang hina lagi kerdil disisiMu..
mohon Engkau terangi hatiku dengan cahaya hidayahMu..........amin
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "