awak masih lagi wujud dalam fikiran saya....

titipan hati buat seorang sahabat yang amat hati ini sayangi "encik awak"

Dulu kita bagaikan merpati dua sejoli,
di mana ada saya pasti jua di situ ada awak,
hubungan kita terlalu akrab bagai isi dengan kuku,
pernah ada yang cemburu,
cemburu melihat kemesraan kita bersama,
tapi itu bukan penghalang untuk kita terus menikmati nikmat persahabatan,

hari berganti hari,
persahabatan kita kian meningkat usianya..
entah di mana silapnya,
mungkin saya sering menjadi punca kita berbalah,
mungkin saya bukan sahabat yang sempurna,
tapi bagi diri ini,
persahabatan kita tiada apa yang kurangnya,
masih sama,
masih indah dan mekar seperti biasa,

setiap kali saya cuba menimbulkan kemesraan antara kita,
cuba menghangatkan kembali persahabatn yang kian hambar,
namun awak seolah-olah tidak pernah menghargainya..
apa lagi yang harus saya lakukan untuk memuaskan hati awak?
saya tahu saya bukan sahabat yang sering bersama awak,
tapi saya adalah sahabat yang pasti mendokan awak di kejauhan itu.

hari ini saya melepaskan awak dari hidup saya bukan kerana hati sudah tak sayang lagi..tapi saya ingin awak bahagia,tersenyum macam dulu,dan ini jer yang mampu saya lakukan yang terbaik buat awak..hidup dengan baik ya..janji dengan saya... :)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tuhan,tabahkan hati ini....

~✿..Rintik hujan akhirnya kunjung tiba..di saat diri tidak lagi berdaya menahan rasa, ku bebaskan perasaan itu PERGI..dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk dan menangis..peritnya terasa namun, ketahuilah dan RENUNGILAH kembali ke dalam diri kerana mungkin airmata yang mengalir ketika itu hadir kerana Allah mahu kita MENJAHIT kembali stanza IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang TERSASAR dari KEIKHLASAN..✿~

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

manusia menyangka...DIA yang memahami....

mereka menyangka,
kita yang terlihat menangis hari ini,
dihadapan mereka,
adalah gadis lemah,
yang tidak cukup kuat dan tabah,
gadis manja,
yang tidak punya pengalaman kehidupan.

dan mereka berkata,
bahawa gadis yang tak pernah terlihat menangis itu,
adalah gadis yang kuat.
adalah gadis yang tabah.

pada hakikatnya,
kita adalah gadis yang sama.
dari air mata kita belajar kuat.
dari kelemahan kita bina ketabahan.

bila tak semua air mata mampu tertahan,
begitu jugalah tak semua air mata akan tertumpah.

dihadapan sesetengah orang,
kita tak akan mampu berlagak kuat,
dan dihadapan sesetengah orang lain,
kita juga tak akan mahu menangis.”
— manusia menyangka, sedang DIA memahami. ;’)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

saat diri terasa diuji....

Kadangkala, kita diuji dengan kerenah manusia, kita bertanya pada diri,

''Aku tak pernah buat pada orang lain macam tu, tapi kenapa orang buat dekat aku mcm ni? Aku tak buat dekat orang, kenapa orang JAHAT dekat aku?''

Itu sebenarnya ujian dan tarbiyah, tarbiyah-Nya ialah supaya kita JANGAN buat pada orang lain, apa yang kita TIDAK SUKA jika orang lain buat pada kita, biar ALLAH saja yang mmbalasnya.

Di saat orang lain buat jahat pada kita, menghina kita dan memandang sinis kepada kita, TERUSKANLAH berbuat baik kerana hanya Allah yang menilai usaha kita, HANYA ALLAH

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "