HANYA PADAMU



haruskah kau tanyakan betapa aku kasih..
mestikah kau tanyakan betapa aku cinta..
bagaimanakah cara untukku meyakinkan.
hanya padamu saja semua ku curahkan..
mungkin kau tak percaya..
mungkin kau masih sangsi..
ataupun kau sengaja ingin jauhkan diri..
katakan sahaja agar aku mengerti..
apa sebenarnya isi dihati....
aku kan jadi seperti lilin membakar diri..
menerangi malam mu...
memberikan kau sinaran di waktu kegelapanmu..
bukan untuk seketika..
bukan jua hanya untuk sementara..
kan ku temani dikau hingga ke akhir usia..
perlukah kepastian mengapa aku kasih..
haruskah aku nyatakan betapa aku cinta..
kiranya ada cara bagiku membuktikan..
hanya cintamu saja untuk selamanya........


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

MALAM YANG PANJANG



malam ni terasa sangat panjang kala aku sendiri..
sunyi sepi tiada satu bintang pun terangi langit..
tapi malam ni dingin sekali..aku sendiri layan tv..
agaknya astro nih dah takde cerita,asyik cerita yang sama jer..
aku bosan sangat aku layan jelah cerita lenjan nih..
lagi pun dah lama tak tengok cite nih..jadi layan jelah..
sambil tunggu mata ni tertido..

mulut pun masih terasa sakit lagi..mata ikan tu belum baik-baik jugak..
bila nak baik ntah lah..mintak-mintak cepat lah baik..
esok dah rabu dah..lagi beberapa hari dah nak balik kampung dah
terasa berat jer hati nih nak balik..kalau bukan kerna terpaksa
memang takmo balik..sebab encik hubby tak ikut sama..

rasa mcm tak best jer..asal balik kampung mesti balik sorang-sorang..
jarang sekali balik berdua..orang pun selalu tanya knp..
biasalah manusia ni ada jer yang nak di jadikan cerita..
hurm...cukup lah untuk hari ni..panjang umur esok kita jumpa lagi ek..
selamat malam semua..................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

ADAKAH HATIMU TELAH BERUBAH



malam ni aku sendiri mungkin sampai pagi..hubby katanya ada fitsal..lepas futsal dia mingkin akan sambung keje sampai pukul 4 pagi nanti..hanya bertemankan tv dan komputerlah aku malam ni..tapi sebenarnya memang aku mcm ni tiap-tiap hari..

tadi jauh aku termenung..banyak persoalan di hati..kenapa manusia ni mudah berubah..tapi aku masih sama mcm dulu..tetap leeya harlina yang dulu..tapi insan-insan di sekeliling ku selalu saja berubah-ubah..mudahnya hati mereka berubah..kenapa aku tak mcm mereka ek..

timbul rasa sedih dalam hati dengan sikap insan-insan yang aku sayang dlm hidupku..kenapa sukar untuk menghargai sesuatu or seseorang dalam hidup nih..aku sayang semua insan yang berada disisi aku..bagi aku mereka lah harta yang aku ada..tanpa mereka sepi hidup aku..

apatah lagi jika orang itu insan tercinta,peneman jiwa..tanpanya terasa hati ini gelap tanpa cahaya..
ingin sekali aku bertanya adakah kau dah berubah...betul ke aku langsung tiada makna dalam hati..
kalau itu bagai di kata..luahkan saja dan aku pasti redha..aku selalu terima apa saja yang tuhan tentukan..
siapalah aku untuk melawan takdirnya..sesungguhnya aku insan yang hina lagi kerdil di bumi tuhan ini..tak mampu di bandingkan dengan sesiapa jua..jika ingin aku pergi..hanya beritahu dan aku pasti akan berlalu..kerana aku tak pernah lupa diri siapa aku...........

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

DAH TAK SEDAP KE




kita dah siap masak untuk makan malam nie..korang semua dah masak ke..
nilah menu kita untuk malam nie..simple-simple jer sebab kita makan berdua jer..
tapi ya ke berdua..ntah-ntah kita makan sorang jer..sebab hubby kita balik keje jer
mesti cakap dah kenyang 2,3 hari ni..kita heran jugak sebab selalunya dia
paling suka makan kat umah..hurmm..agaknya kita masak dah tak sedap kot..
okay lah kita nak tunjuk menu kita untuk malam nie jer..
selamat menjamu selera ek semua......................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

PERCAYALAH PADA GERAK HATI



dalam hidup ini percaya pada gerak ahti adalah perlu..
tatkala mendengar cakap-cakap orang,hati mampi menilai adakah benar atau dusta..
berkali-kali pun kita guna gerak akal yang ligat untuk membezakan benar atau dusta..
belum tentu akal mampu membezakan benar atau dusta tanpa gerak hati..
kata-kata tidak membuktikan sesuatu itu benar..kerana manusia terlalu pandai
bermain dengan kata-kata...

kata-kata tak dapat meluahkan rasa hati yang seluasnya...
kita silap jika berkata kata-kata bisa menceritakan segalanya..
manusia kadangkala suka berkata sesuatu yang bertentangan dengan hati..
hati terluka,terpalit kecewa..kata-kata hanya mampu luahkan sedikit saja..
hanya hati yang mengerti..kerana hati yang merasa..

apa yang dirasakan oleh hati pula hanya Allah yang tahu..
Allah mengetahui segalanya..bicara jujur adakalanya pahit untuk kita terima..
bicara palsu pula sangat manis untuk kita dengar..
entah..mungkin aku manusia yang selalu membuat sesuatu mengikut gerak hati..
kerana aku yakin dengan apa yang hati ku rasa................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

MAAF ANDAI ADA KURANGNYA



disiniliya ingin mohon maaf jika penulisan liya kat blog nih ada kurangnya..
liya bukan seorang pujangga,bukan juga penulis novel cinta..liya tulis apa yang hati liya rasa..
liya tulis tentang hidup insan-insan yang liya sayang dan tiada niat menyindir sesiapa..
menulis hanya kerana itu minat yang wujud dalam hati..munelis kerana hanya dengan itu sepi ini bisa terubat..
andai tersilap bicara dan terkasar bahasa..maaf sesangat liya pinta..

liya hanya insan biasa yang kurang segalanya..disini liya hanya ingin berkongsi rasa..berkongsi rahsia hati..
yang kadangkala kita tak mampu ungkapkannya dengan tutur bicara..hanya bisa melakar,mencoretkannya..
jika ada yang tidak suka..alhamdulillah juga liya akan kata..sebab sapa lah liya untuk membenci..mahupun mencaci..

tak lupa juga terima ksih pada yang sudi singgah dan baca coretan liya..liya hargainya sesangat..
dan itu adalah semangat untuk liya terus menulis kisah hidup kita manusia disisi..salam sayang buat semua...
terima kasih ya..................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SUKARNYA MEMAHAMI DIRIMU



sukarkan untuk kita memahami diri seseorang kan..apatah lagi hatinya..
penuh dengan rahsia dan tanda tanya..banyak ragamnya,banyak karenahnya..
ada yang datang saat tak di undang dan ada yang pergi saat kita masih memerlukan..
ada juga yang hadir tika kita sudah lupa kita pernah sayang dia..
mengapa agaknya keadaan jadi begitu..adakah mereka tak punya rasa..
hinggakan rasa yang wujud dalam hati itu hanya mainan buat mereka..
tidakkah mereka tau apa yang mereka buat itu bisa membuat hati sayu dan pilu..
jika betul ingin pergi..jangan pernah kembali lagi...
usah ragu-ragu dengan tindakkan itu..biarkan saja aku dengan duniaku..
dan dirimu dengan duniamu..tak perlu lagi bertanya bagaimana aku..
jangan sekali-kali kau permainkan rasa itu..ku takut kelak..
rasa itu akan melukakan hatimu............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

KISAH AKU,DIA DAN KAMU



disini selalu ku bicarakan kisah tentang mereka..tapi mungkin mereka tak perasan..
tapi apa yang aku coretkan semuanya tentang insan-insan yang aku sayang dalam hidup aku..
mereka semua adalah semangat untuk aku terus berbicara merungkai rahsia hati ku disini..
dalam hidup aku terlalu banyak dugaan yang aku harungi..kadang aku mampu bertahan..
namun kekadang aku jatuh lalu rebah dan tersungkur kerana saat hati lemah dan tak mampu bertahan lagi..

aku tahu tuhan bagi aku banyak ujian kerana tuhan tau aku mampu harunginya..kerana tuhan tau hati aku kuat..dan di sebalik hati yang kuat ini..aku lebih tabah kerana aku punya mereka semua yang aku sayangi dalam hidupku..dengan ujian yang di beri tidak sekalipun aku rasa tuhan itu tak adil..kerana aku tahu tuhan itu maha adil..ayah tercinta ku pernah berkata pada ku..jangan di tangisi dengan takdir yang tuhan beri..kerana sesungguhnya kita manusia ini datang dari dia..dan akan kembali pun padanya satu hari nanti..

hingga ke hari ni aku ingat pesan ayah ku..pesanan itu ku simpan utuh dalam hati ku..selagi nyawa di kandung badan..aku akan selalu ingat..ianya menjadi penawar buat aku kala hati aku tewas sesekali lalu hampir putus asa dengan ujian dunia..

dulu aku punya dia..namun kini dia dah takde..dulu dia lah yang menjadi teman setia kala duka..kini aku sendiri bila berduka..aku relakan dia berlalu jika itu yang terbaik buat dia..kerana dalam dunia ini tiada satu pun yang aku punya..begitu jugak dia..dia pergi pasti ada rencananya..cuma mungkin hati ini tak memahaminya..

kemudian aku biarkan pula kamu hadir..menghias hariku dengan seribu tawa dan gurau senda..
tapi atas sebab apa aku pun tak pasti..kamu juga berlalu pergi..mungkin kamu mencari haluan hidup kamu sendiri..dan aku mengerti..

kini aku teruskan hidup seperti biasa..hari-hariku hanya bertemankan bicara tanpa suara..
hati terasa kosong namun tetap bersyukur di beri peluang masih bernyawa..pada dia dan kamu..
walau kini tiada lagi disisi..doa ku tetap ku kirimkan dari kejauhan moga kalian tetap bahagia dan selalu diredhai...............



" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

KINI KAU JAUH



dulu aku punya kamu..saat aku tertawa dan bahagia..saat aku berduka lalu mengalirkan airmata..
kau selalu ada bersama..kini ku jalani hari ku tanpa dirimu..mampukah aku tersenyum seperti dulu..
atau hanya airmata saja yang akan terus temani hariku..

saat ini tika aku sendiri..mencoretkan isi hatiku..sungguh aku rindu senyummu,suaramu,gelak tawamu
yang dulu selalu menghias hidupku..masih bermain di kotak fikiranku..hanya kerana rasa itu kau jauh dariku..
rasa itu bukan aku yang mahu..tapi ia datang menghuni hatiku..jika aku tahu kerana rasa itu kau berlalu.
akan aku sembunyikan rasa itu dalam hati ku..biar tiada siapa tahu..agar kau terus ada bersama ku..

semalam aku terlihatmu..rasa itu muncul kembali dalam hatiku..tahukah kau saat ini betapa aku rindu..
luluh hati ini tika melihatmu..airmata terus mengalir dipipi tanpa henti..namun bibir ini tak daya mengucapkan kata rindu..hanya diam membisu saat melihat kau berlalu..dari jauh ku lihat langkah mu makin hilang..sungguh pilu kala itu kerana ingin sekali ku nyatakan padamu..sungguh aku sayang kamu..walaupun kau sendiri tak pernah tau...........
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

AWAK SAYANG SAYA TAK



sudah menjadi adat manusia makin dia tahu kita sayang dia..makin dia tak kisah kita ni ada..
sebab dia tau mcmana pun dia buat kat kita..kita tetap sayang dia..walau dia lukakan hati kita..
buat kita mcm tak wujud jer..kita tetap kata takpe..maklumlah kitakan sayang dia..
kadangkala selamba jer dia lupa yang kita ni ada dalam hidup dia..dia buat mcm kita ni tak ada..
tapi kita tetap kata takpe..kita sayang dia..

satu hari dia buat kita menangis dan rasa diri kita ni mcm takde makna langsung pada dia..kita masih tetap tunggu dia dan kita jugak masih kata takpe..sebab kita sayang dia..tetiba di waktu yang tak terduka saat kita betul-betul memerlukan dia dan dia takde untuk kita..hanya kawan kita yang datang pujuk kita..kita kata biarlah..dia banyak keje..dan kita masih sayang dia...

kita selalu sayang dia sama ada dia ada ataupun takde..tak pernah kita lupa dia..walaupun kita tau kita tak bermakna dalam hidup dia..kita tetap setia bersamanya..sesekali hati kita teringin sangat nak tanya dia "awak sayang saya tak?"tapi lidah kita kelu seribu bahasa...tapi kita harap saat kita kembali pada yang berhak nanti..dia akan sedar betapa kita sayang dia............


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

SAAT AKU MULA MEMBISU




saat aku mula berdiam diri..bukan tandanya aku mengalah dengan takdir hidup ini..
namun aku tahu yang aku hanya manusia biasa yang tiadk pernah mampu melawan takdir.
saat aku mula menutup semua pintu bicara dan tidak membuka yang mana-mana pun..
bukan aku tewas dengan ujian dunia..tapi aku redha dengan setiap ujian tuhan datangkan padaku..
jika aku terus membisu..bukan kerana aku putus asa dengan hidupku..aku hanya ingin kau tahu..
dalam diri kita ada seketul daging yang bernama hati..telah tuhan bagi setiap hambanya satu persatu..
dengan hati ini lah kita merasa,kita melihat dan kita menilai..kerana hati ini lah kita menjadi manusia yang waras..
kerana hati ini jugak kita tau apa itu sedih,apa itu kecewa,apa itu suka...dan dengan hati ini jugklah
aku mencintai kamu dari dulu.kini dan hingga detak jantung ku yang terakhir..sesungguhnya tiada yang lebih berharga selain dari hati..di hati lah punca segala..........
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIKA TANPAMU DISISKU



kehidupan ini takkan indah tanpa seseorang disisi..sebagai peneman saat duka mahupun suka..
seseorang yang selalu memberi semangat kala kita lemah..seseorang yang sanggup jatuh tersungkur
dalam menghadapi liku-liku hidup bersama kita..

takkan indah kehidupan ini tanpa cinta..kerana itu tuhan telah wujudkan rasa cinta dalam hati kita semua..
namun cinta tak semuanya indah..hanya cinta yang ikhlas,yang tak perlukan sebab kenapa kita mencintainya,,
akan kekal menjadi cinta sejati yang akan kita bawa bersama sampai saat kita mati..kita pasti akan mati satu hari nanti..tapi cinta tetap akan hidup di hati orang yang mencintai kita..

melalui cinta kita mendapat pengajaran,pengalama,saat suka duka yang bisa kita jadikan kenangan..
bagi diri ini mencintai seseorang yang bernama suami sesuatu yang indah..walau banyak dugaan dan ujiannya..
namun hati tetap berdoa moga di permudahkan semuanya..bagi ku jugak mencari cinta sejati sukar sekali..
jika telah temuinya hargailah sebaik mungkin..jangan kerana hal yang sedikit kita lepaskannya pergi..
pada aku bercinta hanya sekali,kawin pun hanya sekali..andai di takdirkan terpisah didunia..moga kita berjumpa lagi disana...insyaallah...............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

PANDANGLAH DENGAN MATA HATI



hidup yang cukup meletihkan..bukan nak meroyan ke apa nih..just nasihat okay.. ^_^
kekadang hidup nih kalau kita nak layan karenah semua orang memang takkan habis lah jawabnya..
silap-silap boleh mati berdiri kita di buatnya..hehehehe...betul tak saya cakap nih...
yang ada masalah lagi tambahkan masalah dan yang takde masalah cari masalah plak...

kadangkala kita buat baik pun salah..buat jahat lagi lah..huhuhuhu..macam-macam kan...
dalam hidup ni cuba belajar sabar selagi boleh..yeye jer copy ayat "sabar itu separuh dari imanlah,orang yang sabar di sayangi Allah lah"tapi bila kena atas batang hidung sendiri..mula nak meroyan tak sudah..hehehe
kita ni jangan mudah sangat menilai orang..sekarang nih manusia rambut pun dah warna lain-lain..
apatah lagi hati kan..kalau setakat kenal seseorang kat fb ke,blog ke dah mula nak menilai dia mcm tu
mcm ni..baik jangan..bukan apa takut tersilap nilai jer..kenal hati budi orang dulu..saya tak berani nak nilai orang nih..siapa lah saya nak menilai baik buruk orang..saya sendiri pun banyak kekurangannya..
bagi saya kita jangan memandang seseorang hanya dengan mata luaran jer..tapi pandang lah dengan mata hati..mata luaran ni boleh tertipu..namun mata hati ni kita rasa dengan hati kita..

tapi ikut suka lah..karang bagi nasihat kata kita membebel plak..manusia ni takde yang betul-betul sempurna..setiap kelebihan pasti ada kekurangan dan begitu juga dengan kekurangan pasti ada kelebihan..kita berpijak di bumi yang sama..so,takyah lah lupa diri sangat..dunia ni pinjama jer..sampai masanya tuhan akan ambik semua..satu pun takkan tinggal untuk kita..kita pun bukan kita punya..apatah lagi benda lain...

kesimpulannya hidup ni kena selalu muhasabah diri..setakat pegi kesabah jer selalu tak cukup..hehehe..kena sedar di bumi mana kita berpijak dan langit mana kita jujung..cewah...berperibahasa liya pagi nih...hehehe..salam hari selasa dari liya...jangan sedih-sedih..peace.............hihihihi

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "