kini aku bukan lagi aku yang dulu...................






 lama sudah tak menjenguk kat sini..apatah lagi nak melakar catatan untuk bacaan semua..bukan diri ini sudah tidak sudi berkongsi rahsia hati..cuma keadaan diri tidak mengizinkan..kini segalanya terbatas..tidak lagi seprti dulu..kini semuanya berubah..bukan saja diri ini yang berubah..kehidupan juga banyak berubah..aku kini bukan lagi aku yang dulu.......................




" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

teringin nak makan ABC............

teringin nak makan ABC hari nie..hehehehe..dah pesan kat adik nanti kalau dia kuar dengan tunang dia..nak balik nanti jangan lupa beli ABC..lagi 3 hari masa untuk stay kat umah..juga hari ni hari ke tiga tiada sms dari yang tercinta..hati tau kenapa..tapi hati tetap rindui dia..setiap saat..
hari ni hari jumaat yang sangat indah..matahari pun cantik menyinar..beburung plak seakan menyanyi riang..hanya hati ini jer yang masih terasa kosong dan sunyi..
tapi yang pasti snyuman masih mampu ku ukir...pada dia yang jauh di mata..tahukah kau yang hati ini rindu..terlalu rindu...............hurmmmm.....

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

nasi melukut daun keladi....

malam ni tercapai jugak hajat nak makan sayur keladi..heheheh
tapi takleh makan banyak karang nak tido takleh..
hurmmm...kenapa hati terasa terlalu rindui dia..
dia sepi tanpa kata..tau kah dia kala ini aku terlalu rindu dia...............




" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

bicara buat suamiku

tuhan,
hijaukan watan nuraniku
sisihkan dari segala debu resahku
aku ingin senantiasa ceria
menghirup angin bahagia bersama kekasihku
tuhan,
jernihkan lah senantiasa cintaku
semarakkan selalu unggun kasihku
leraikan segala rinduku
tuhan,
berikan aku kudrat
menyusur persisiran kasih abadi
memikul cinta terus melangkah jauh
di dalam cahaya bersama dia
pujaan hati,peneman jiwa
tuhan,
hanya padaMU ku mohon sejuta kasih
makmurkan persada hayatku
taburkan bunga cintaku
teguhkan cintaku dengan cintanya
moga jodoh kami hingga ke akhirnya
jika kami terpisah di dunia
temukan kami di alam nyata
kerana dia kekasih tercinta
kerana dia suamiku,buah hatiku
abadikan segalanya hingga ke akhirnya
buat suami tercintaku
kau cinta pertama dan terakhirku

cInTa
bukan untuk dikejar
juga bukan untuk dicari...
cInTa
juga tidak mengejar
dan tidak mencari...
Bila ada getar di hati
di situlah ada cInTa
yang telah tertulis sejak azali...-------- ♥

Tuhan,
Gerak
Tangis
Ratap dan bicaraku
Kadang tak semurni
Apa yang kuikrar padaMu
Seandainya hatiku hancur
Kerana merindu
Kujunjung terus
perintahMu
Tuhanku----------- ♥



kata seseorang yang pernah aku kenali suatu ketika dulu..
mengembara dari dunia lain ke satu alam yang lain pun..tidak akan menggembirakan hatimu..jika kesedihan itu terus kau bawa bersama dalam hidupmu......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

cantik itu di hati..

‎~~~ ♥ kata dia...Kecantikan itu letaknya di hati...Bersihkan hati...bersihlah iman lalu terpancarlah kecantikan semula jadi insan...kecantikan yang di ubahsuai hanya sementara amat menggerunkan bila di mamah usia...jadi biarlah tak cantik rupa..yang penting cantik dihati dan aku leeya harlina tiada cantik rupa dan tiada indah bahasa..hanya biasa je orangnya ♥ ~~~


biar rasa ini berbicara...


ku biarkan rasa ini berbicara...
ku biarkan tinta ini bersuara..
ku biarkan pena ini bercerita..
melakarkan kisah tentang dia..
mencoretkan rasa cinta..
biar ada jiwa yg memahaminya..
biar ada rasa yg merasainya..
ku tujukan buat dia..
yang selalu membuat rindu..
datang bertamu di relung hatiku..
dia adalah lelaki itu...
lelaki yang dulu,kini dan selamanya...
bertahta di hatiku................

bicara buat tuhanku..

tuhanku,
dugaanmu hebat hingga aku hampir tersungkur..
menjengah rasa putus asa takkala iman makin tipis..
hilang di hanyutkan fitnah manusia yang menggila..
tuhan,
aku hamba yang leka..
aku hamba yang lupa..
kasihmu tak pernah pergi..
hanya aku yang perlu mencari..
setiap ruang...
setiap sudut dari mata ku yang satu..
terima kasih tuhan ku,
tatkala aku temui agungnya kasihMu..
tatkala aku merasai damainya hati ku..
berikan aku kekuatan..
berikan lah aku ketabahan..
rintihan cintaku padaMu..
sentiasa kau dengar..
sentiasa kau sahut..
sentiasa kau ingatkan..
ketabahan..kesabaran tidak akan mampu di runtuhkan..
oleh hati yang sentiasa bersamaMu..
semoga kebenaran yang kau simpan terbuka jua..
bagai membuka mata setiap manusia..
yang sibuk memburu nafsu..
supaya bertaubat memohon ampun kepadaMu...










" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

masa yang berlalu.............

lagi 4 hari untuk diriku ada kat umah neh..pastu kena bawak diri masuk wad balik..setiap hari ku hitung waktu yang berlalu..kerana waktu sekarang amat berharga bagi diriku..sesaat pun takkan ku biarkan berlalu tanpa ku hitungnya..supaya tiada satu pun yang ingin ku lakukan trtinggal tanpa sempat ku lakukan..
kkdg terasa masa begitu cemburu pada ku..kkdg rasa masa terlalu lambat berlalu..bila rasa begitu itu bermakna hati ku teringatkan sesuatu..ssuatu yang selalu membuat hati ku sayu...
hari ni next dialysis yang seterusnya..hidup sekarang sangat mencabar..kkdg aku hampir rebah lalu tersungkur..namun ku kuatkan langkah selagi belum sampai masa untuk aku mengalah..tetap akan ku gagahi jua..walau hati kadangkala luka parah..ku rawat sendiri hingga hilang sakitnya dan yang tinggal hanya parut yang sesekali terasa bisanya...inilah kehidupan..perlukan banyak pengorbanan......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

sayu hati.....

sayu jer hati bila dengar lagu ombak rindu nih..mata terasa berkaca-kaca plak..hehehehe..tetiba jauh disudut hati terasa terlalu rindu pada dia yang kala ini jauh dariku..kekadang sesuatu lagu tu memberi makna yang mendalam dalam hidup kitakan..samada secara kebetulan atau memang disengajakan yang pasti bait-bait liriknya mampu membuat hati kita tersentuh..
bila dengar lagu ombak rindu ni..rindu makin menjadi-jadi dalam hati nie..tapi hati ini tak pasti samada yang di rindui itu juga saat ini mrindui diri ini juga atau tidak..tapi kalau dia tak rindu pun takpe..rindu dalam hati ini buatnya tak pernah padam walau sesaat pun..walau dimana diri ini berada..dalam keadaan apa pun..tak pernah sesaat tidak rinduinya..rinduinya dah jadi rutin harian dalam hidup ini................

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "