RASA YANG TERTINGGAL part 1

   sewaktu bergegas ke dewan hana agak terlambat..maka tanpa menoleh kemana pun hana berjalan menuju ke dewan..tetiba "pap" hana terlanggar seseorang dan bunyi sesuatu jatuh bertaburan..seorang lelaki sedang mengutip barang2 nya yang terjadi di langgar oleh hana..

      hana: "maafkan sy awak..sy nak cepat tadi..sy tak nampak awak ada kat depan".. berkata hana agak gugup
dan cuba mengutip barang2 yang terjatuh itu..namun tanganya di tepis oleh lelaki tersebut..terkejut hana melihat reaksi lelaki itu..agaknya marah sangat lelaki itu dengannya..hana tak salahkan lelaki itu..mmg dia yang tak nampak kerana takut terlambat ke dewan..

    lelaki itu : "lain kali mata tu......" kata-katanya hanya berakhir disitu bila dia terpandang wajah hana..di tenung dengan renungan yang tajam pada wajah hana..hana merasa amat takut kerana yang di langgarnya adalah seniornya..muka hana kelihatan pucat..namun lelaki itu berlalu tanpa menghabiskan kata-katanya tadi..meninggalkan hana yang masih lagi terkejut dengan xsiden tadi..
    di dewan hana mencari yani dan dia berjumpa yani..lalu dia duduk bersebelahan yani..dan di belakangnya azreen mcm biasa dengan maku up nya ala2 artis..

       yani: "apsal awak lambat..?" yani berbisik perlahan kerana semua pelajar di minta diam..

      hana:" sy terlanggar orang tadi.."

      yani: " siapa..?"

      hana: " ntah..maybe abg senior kat sini.."

     yani:"alamak..dia marah awak tak..?"

     hana:"mula2 tu dia nak marah..tapi ntah knp lepas tu dia diam..tapi muka dia garang gila..takut sy"  bersungguh hana bercerita..

    yani: "hihihihi....nasib baik dia tak jadi marahkan.."

mereka gelak kecil sesama..tak lama kemudian beberapa pelajar senior masuk ke dewan..dua orang perempuan dan tiga orang lelaki..mata hana terbeliak melihat salah seorang lelaki yang berdiri di pentas itu..lelaki itu yang di langgarnya tadi..

    hana: "alamak!!!habis lah..."

   yani: "apa yang habis"... agak kehairanan yani..

   hana: " lelaki tu..." nama menunjuk sambil memuncungkan mulutnya kearah lelaki yang dia langgar tadi..

   yani: "lelaki mana awak..?"

  hana:" yang kat tgh2 tu.."

 yani:" yang cekeding tu ke..?" yani menuding jarinya kearah lelaki itu..hana cepat2 menarik tanya yani..

  hana:"jangan lah tunjuk..nanti dia nampak.."

hana menundukkan sedikit kepalanya kerana tidak mahu di lihat oleh lelaki tu..tak lama kemudian seniornya memperkenalkan diri..kakak yang tembam tu kak siti namanya dan kakak yang agak cantik itu dania namanya..kemudian giliran abg senior pula kenalkan diri..abg yang hensem kat depan sekali tu namanya iskandar..yang tengah2 yang di langgar oleh norhana rupanya bernama danial dan yang tepi sekali abg mohd..orangnya agak sedikit matang..
   setelah sesi berkenalan dengan kakak dan abg2 senior selesai..mereka semua di bahagikan dalam 3 kumpulan..setiap kumpulan 10 orang pelajar..nasib baik yani masih lagi satu kumpulan dengannya..begitu jugak dengan minah glamour azreen..namun yang mengejutkan hana kumpulannya di bawah kelolaan abg yang dia langgar tadi..iaitu danial dan dania..berdoa panjang norhana mintak2 danial lupa dan tak perasan yang terlanggarnya tadi adalah dirinya..setelah di bahagikan pada kumpulan masing2..mereka di mintak kenalkan diri pada senior mereka..
    setelah yang lain kenal kan diri..tiba pula giliran azreen...azreen bangun dengan galmour dan gediknya..
 
    azreen: "hai semua..nama i azreen... i dari perak" dengan tangannya melambai dengan gaya yang manja..yang lain hanya tersenyum melihat gelagatnya..kemudian giliran yani..dan seterusnya tibalah giliran hana..hana hanya menundukkan muka nya..dia tidak mahu memandang ke depan kerana takut di cam oleh danial..

    hana:"sy norhana dari kuala lumpur" berkata hana ringkas..namun agak perlahan..lalu seniornya yang bernama dania menegurnya,,

   dania:"sila berdiri betul2 dan pandang sy bila kamu bercakap" dengan tegas dania berkata..

hana yang takut dia cam oleh danial terpaksa jugak mengangkat wajahnya sebelum lagi teruk dia kena marah dengan dania..bila saja hana memandang ke depan..matanya bertentang mata dengan mata danial..gugup dia di buatnya..bila danial merenung dia dengan begitu tajam..dia tau pasti danial perasan yang hana lah gadis yang melanggarnya tadi..

    hana: "nama sy norhana dari kl"
ringkas saja hana perkenalkan dirinya lalu duduk kembali di sebelah yani..perasaan hana kurang enak sepanjang sesi perkenalan itu kerana mata danial tak lepas dari memandangnya..lelaki itu asyik merenungnya..bagai kan kesalahan yang dia buat tadi terlalu besar..sedangkan dia sudah meminta maaf..akhirnya berakhir sesi perkenalan dan pelajar di minta bersiap untuk solat berjemaah dan bersedia untuk makan malam kerana malam nya ada pula tugasan lain yang perlu di buat bersama kumpulan masing2 sepanjang minggu perkenalan ini--------------- ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

RASA YANG TERTINGGAL

  waktu berlalu terlalu pantas hingga kekadang tak mampu rasanya untuk aku mengejar..namun begitu mengapa masih ada yang tertinggal di dalam hati ini..tidak pula ia berlalu bersama masa yang pantas itu..ada rasa yang masih tertinggal di hati ini..rasa rindu..rasa sayang..rasa kasih pada seseorang yang telah lama ku kuburkannya dari jiwa ku..namun mengapa rasa itu tetap ada..mengapa rasa itu masih setia menghuni hati..mengapa rasa itu seolah-olah tidak mahu pergi..
  kata orang dalam setiap jiwa kita pasti punya rasa..namun sungguh,telah ku buang rasa itu sejauh-jauhnya dari hatiku..ku fikir rasa itu telah berlalu..rupanya tetap utuh menghuni hatiku..kala ini membuat aku sungguh rindu..rindu pada dia yang sudah tiada..rindu pada dia yang bukan sepatutnya ada dalam jiwa..setiap kali wajahnya..setiap kali ku ingat gelak tawanya..setiap kali ku ulang setiap katanya..luluh hati ku merindui dia..setiap kali aku lakarkan kisah tentang dia..setiap kali itu juga airmata menitis dan jiwa ku bergelora..mengapa dia tak pernah luput dari jiwa..berkali-kali ku cuba biarkan dia pergi..namun dia tetap wujud di satu ruang yang tiada siapa tahu..iaitu ruang hati....disini sekali lagi ku ceritakan kisah tentang dia..walaupun dia sendiri tak pernah tau----------------------

            hari ni hari pertama pendaftaran bagi pelajar baru untuk kemasukkan julai bagi kolej kuala lumpur..ramai pelajar dan ibu bapa kelihatan di perkarangan kolej..jauh di satu sudut ada seorang gadis manis bersama kedua ibu bapanya juga sedang siap mendaftarkan dirinya di kolej tersebut..di dadanya ada satu tanda nama yang tertera 'norhana"...orangnya cantik..gadis ini datangnya dari kuala lumpur juga..norhana satu-satunya anak yang di miliki oleh puan syikin dan encik harun..setelah selesai semuanya para pelajar di minta mengambil kunci bilik masing2 dan berkumpul di dewan selepas itu..itu bermakna masanya untuk mengucapkan selamat tinggal pada keluarga..hana memeluk ibunya erat..dan dia tak lupa mencium tangan kedua orang tuanya tanda mohon restu..
         bergenang airmata di kelopak mata puan syikin..kerana sebelum ini dia tidak pernah berpisah dengan hana..mana saja dia pergi hana selalu je ada menemani..sekarang hana perlu berdikari..
      
     encik harun: "yang awak menangis ni knp mamanya..budak tu bukan kemana pun..dia nak belajar..tambah ilmu pengetahuan..awak ni buat malu sy je"
  
     puan syikin:"awak apa tahu..sy mana pernah berpisah dengan anak kita ni..mestilah sy sedih" bentak puan syikin pada suaminya..

     encik harun:"kalau ya pun dah2 le tu..ni pun anak sy jugak..awak igt sy tak sedih..sudah tu..mari kita balik..hana ni dah besar panjang..tau lah dia jaga diri..lagipun cuti nanti baliklah dia tu" encik harun cuba memujuk isteri tercintanya..

     puan syikin masih lagi memeluk erat puterinya itu..berat rasa hati nak melepaskan satu2 puterinya yang ada..puan syikin risau kerana hana tak pernah berjauhan darinya..

     hana: "ma...hana takkan apa2..kat sini ramai kawan..hana jaga diri hana baik2..mama jangan risau ya..nanti bila hana cuti..hana balik jenguk mama nanti ek..mama balik dulu dengan papa..mama jaga kesihatan dan tunggu hana balik bila cuti ek.." hana dengan lembut memujuk mamanya...

    puan syikin berkali-kali mencium hana..terlalu berat kaki nya mahu melangkah meninggalkan puterinya di tempat yang asing bagi puterinya..namun sudah tiba masanya dia biarkan hana berdikari tanpa jagaan nya..hana bergegas mencari biliknya..bilik bernombor 5679..akhirnya hana terjumpa juga..hana mengetuk pintu dan memberi salam mana tau kalau2 rakan yang sebilik dengannya telah datang lebih awal..hana tidak mahu di katakan kurang adat hanya masuk melulu sahaja..
  dari dalam satu suara menjawab salam hana..lalu daun pintu di buka..berdiri di depan hana gadis tinggi lampai yang juga sebaya dengan hana..tersenyum manis pada hana dan menyambut beg di tangan hana..sungguh baik gadis itu..siapakah dia..

     aryani:" hai,,saya aryani..u ...?"
     hana:" hana...norhana"

hana menghulurkan salam tanda perkenalan..rupanya gadis tinggi lampai itu bernama aryani..cantik namanya secantik orangnya juga..setiap bilik hanya ada 3 orang saja penghuni..hana melihat ada satu katil lagi yang kosong..mungkin ada lagi seorang kawan sebiliknya yang terlewat sampai..sedang dia rancak bersembang dengan aryani pintu di buka..seorang gadis dengan berkasut tinggi..dengan make up seperti artis meluru masuk..tanpa memberi salam pun..
  
    azreen:"eeeeea!!!!ni ke bilik nya..kotornya..tak kuasa aku nak tinggal kat bilik mcm ni..kat sini takde sediakan bilik untuk vvip ke.."

  gadis itu membebel sendiri..hana dan yani hanya mendengarnya dan tersenyum..hana menghampirinya..begitu juga dengan yani..

    hana: "kalau awak tak mahu berkongsi katil..awak boleh ambil katil yang satu tu..biar sy yang kongsi katil dengan yani.." kata hana lembut..

   azreen: "owh!!!..thanks..i mmg tak minat kongsi2 ni..i tak biasa share barang i dengan orang.."
azreen sedikit berlagak..yani mencebik bibirnya..namun hana segera mencubitnya..hana tidak mahu yani begitu..nanti apa kata azreen..biasalah orang ni mcm2 ragam dan hana telah nersedia hadapi apa pun bila dia jejak saja kaki nya ke kolej tersebut..setelah berkenalan sesama teman sebilik..masa nya untuk berkumpul di dewan................. ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kenapa rasa itu masih ada------------------

kenapa dengan hati..kenapa rasa itu masih lagi tersimpan di dalamnya..
telah ku buang rasa itu jauh-jauh satu ketika dulu..
tapi kenapa rasa itu tetap ingin huni hatiku..
duhai rasa yang membawa kesedihan..
berlalu lah..jangan kau huni hatiku lagi..
jangan kau datangkan rindu buatnya..
kau membuat jiwaku terluka..
kau membuat titisan airmata mengalir dipipiku..
kau membuat aku ingat segala tentang dia..
kau membuat aku terlalu rindu dia..
sedangkan bukan itu yang patutku rasa..
duhai rasa jangan kau siksa jiwa ku..
jangan pernah kau sakiti perasaanku..
sungguh aku tidak kuat untuk hadapinya sendiri tanpa dia temani..
kini dia telah tiada..
tapi mengapa dia masih tertinggal dalam hati ini................

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

buatmu yang pernah bertahta di hatiku------------

Kita ditemukan disini... Pada suatu yang tak terduga, tak dipinta.... 
Kedinginan malam menjadi saksi pada hangatnya kemesraan kita. 
tanpa suara dan wajah ..Namun itulah yang mengikat kasih juga rindu seorang sahabat..Kemesraan akhirnya membuahkan kasih..gurauan membenihkan rindu, 
namun apa kan daya..Pertemuan kita sudah terlewat Kerana aku telah dimiliki, 
kasih akan ku kuburkan ..rindu akan ku lemparkan ..hanya kenangan yang ku simpan ..Pada sebuah pertemuan yang terlewat----------- ♥
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kata dia----------------

" mengembara dari satu alam ke satu alam yang lain
tidak akan menggembirakanku..
selagi aku tetap membawa kesedihan dalam hatiku.."
buat kamu yang mengucapkan kata-kata ini buat ku..
saat ini sungguh aku rindu kamu------------
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

antara permata dan kaca----------------

dalam hidup kita selalu ingin dapatkan apa je yg kita inginkan..hingga kita lupa kita mampu miliki nya atau tidak..
kkdg usah menggapai bintang di langit..
takut tak tercapai dek tangan..
seharusnya kita belajar menerima apa yg ada sebaiknya..
seharusnya kita hargai apa yg ada dgn penuh makna..
tapi manusia tetap manusia..
suka menghargai sesuatu..mahupun seseorang bila ianya
telah tiada di hati...
mungkin kerana kita adalah manusia biasa..
tapi itu hanya alasan semata-mata..
semuanya kerana hati kita buta...
buta mengenal antara permata dan kaca----------- ♥
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

hidup ini umpama roda..kkdg kita di atas.kkdg kita di bawah.kkdg hilang arah tuju.walau apa pun hidup tetap perlu di teruskan juga.
kehilangan satu org mungkin dunia takkan berubah..hidup kita teruskan seperti biasa.tetapi pasti terasa kekurangan satu orang bagi yang merasainya..umah terbaik untuk seseorang pula adalah hati orang yang di cintainya...demi cinta pula kita rela hidup merana..cinta itu sememang nya indah..namun bila terluka..kesan nya amat terasa..dan kala itu hanya airmata temani jiwa..cuba untuk tidak menangis..namun hati tetap merasa sakitnya-------------♥
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

cintaku----------------

cinta satu perasaan yg sungguh indah
tiada kata mampu di ungkap untuk mengertikan nya
semua manusia punya cinta..
aku juga pernah mencinta
masih mencinta..akan terus mencinta
bila terlalu cinta hati juga akan banyak terluka
bila terlalu cinta hidup akan merana
tak semua dari kita betul-betul memahami apa itu cinta
cinta banyak cabangnya
semua dari kita boleh mencinta
tapi tak semua tahu menghargainya
ada yg kata cinta itu buta
kerana ia tak bermata
ada yg kata cintu itu pura-pura
kerana ianya dusta semata
kita cinta pada keluarga
kita juga cinta pada sahabat
dan kita juga cinta pada yg ESA
tapi padaku cinta hanya satu..
ia hadir tanpa dipaksa dan kita tiada sebab
kenapa kita mencinta..
ada cinta boleh di tukar ganti..
tapi cinta ku sampai ke mati----------- ♥
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

begitulah manusia--------------

sudah menjadi adat manusia..makin dia tau kita syg dia..makin dia tak kisah kita nie ada..sebab dia tau mcmana pun dia buat..biar hati kita retak 14 juta pun dia buat..kita tetap kata takpe..maklumlah kita syg dia..jadi ada dia nak kisah..takdenya..kita ada ke,sapa kita ke,kkdg selamba je dia lupa..apatah lagi bila kita takde depan mata..knp manusia begitu..manusia ni sama je ke..takde beza ek..bila perlu cari kita..bila dah dapat apa yang di hajati..buat tak nampak je..kepada manusia yang punya sifat begitu..bawaklah mengucap ek..bukan apa dunia ni tempat sementara je..tak payahlah over..dah ada orang syg sgt tu pandai2 lah hargainya..bukan apa semua yang kita ada ni pinjaman sementara je..bukan milik kita selamanya..diri kita pun milik DIA...janganlah duk perasan sgt..tuhan tu boleh bagi dan ambik balik jap je..bukan mengata tapi nasihat je..untuk renungan bersama..sesapa yang terasa maaf lah ya..astagfirullah hal'azim-------- ♥
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

dia adalah--------------

Ada suatu cinta yang menyentuh jiwa,
Ada suatu rindu yang takkan pudar, 
Ada suatu sentuhan yang selalu terasa,
Ada suatu nama yang selalu bertakhta.
Dia teman bicara yang tidak jemu,
Dia pemberi nasihat yang tidak ragu,
Dia yang sentiasa membangkit semangatku,
Dia sering memberi yang terbaik buatku,
Dia jua yang mencintaiku selalu,
Dia adalah SUAMI ku-------------- ♥
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

coretan buat suamiku

ku coretkan bicara ini buat dia yang bergelar SUAMI,
Kaulah nadi yang dititipkan Ilahi,
Buat memastikan perjuangan ku terus teguh berdiri,
Kaulah cahaya yang dikurniakan-Nya,
Buat menerangi hidupku setiap masa,
Kaulah hadiah berharga dari Yang Esa,
Yang hadirmu membawa bahagia,
Kaulah cintaku belahan jiwa,
Pimpinlah aku hingga ke syurga,
sesungguhnya aku amat cintai kamu--------- ♥
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

misterinya cinta

cinta adalah misteri dalam hidupku yang tak pernah ku tahu akhirnya..namun tak seperti cintaku pada dirimu yang selalu terpahat dalam kisah hidupku..ku ingin selamanya mencintai dirimu..sampai saat ku akan menutup mata dan hidupku...
ku ingin selamanya ada di sampingmu..menyayangi dirimu sampai waktu kan memanggilku...ku berharap abadi dalam hidupku..mencintamu bahagia untukku..karena kasihku hanya untuk dirimu..selamanya kan tetap milikmu----- ♥
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIWA MARHANIS------------ LAST PART

       pagi itu sebelum majlis pertunangan bermula..haris ke bilik hanis untuk menghantar baju yang di tempat mamanya khas untuk hanis pakai di majlis tersebut..hanis meminta abgnya tinggal sebentar..haris hanya berdiri di tepi tingkap bilik hanis..
     hanis: "boleh abg peluk hanis buat kali yang terakhir.." pinta hanis..
haris yang tadi berdiri di tepi tingkap terus memeluk adiknya..memeluk orang yang sangat di cintainya..dan airmata hanis mula membasahi pipinya..dalam pelukkan abgnya hanis berkata..

     hanis: "abg ingat tak lagi kali pertama hanis jejakkan kaki kerumah ni..masa tu hanis amat kecil..dan ketika berjumpa abg hanis harap sangat abg akan peluk hanis seperti sekarang..tapi abg tak lakukannya..sebaliknya abg berlalu je..abg tau,sejak hari itu hanis harap satu hari nanti abg akan memeluk hanis mcm ni..abg tau,sejak hari itu hanis berkata pada diri hanis..hanis akan buat abg cintai hanis sebagai mana hanis cintai abg..dan hanis dan pun lakukannya..hari ni hanis akan betul2 disini sebagai adik abg..bukan lagi insan yang abg cintai kerana sekejap lagi hanis akan jadi tunang orang..dan abg jangan risau..hanis akan cuba cintai tunang hanis seperti mana hanis pernah cintai abg..
    airmata harus pula yang menitik..mendengar kata2 dari insan yang dicintainya..tapi dia tiada berkata sepatah apa pun...hanis berkata lagi..

    hanis: "hanis nak abg tau,cinta hanis pada abg datang dari hati terus kemata,,bertahta di jiwa..ianya hidup disanubari dan takkan pernah mati walau jasab tiada lagi".......

itulah kata2 terakhir yang hanis lafaskan pada haris..waktu yang ditunggu pun tiba..di ruang tamu penuh dengan hiasan cantik2 dan barang hantaran yang cantik2..lisa juga sehari lebih awal sampai untuk membantu..di bilik hanis..

     lisa: "beb..ceria lah sikit..hari ni kan hari bahagia ko..yang ko monyok ni knp..? tak sabar nak jumpa imran ek"
    hanis hanya tersenyum pada lisa..di tahan airmata yang ingin keluar..dia tidak mahu siapa pun tahu apa yang terbuku di hatinya saat itu..hanis hanya membiarkan tangis itu terus sendu dalam hatinya..di bawah semua telah bersedia..imran duduk di sebelah haris..imran berbaju melayu sedondong dengan hanis sungguh segak sekali..

       imran: "ris..ko dah sedia ke nak jadi abg ipar aku" sempat lagi imran bercanda
haris hanya tersenyum dan memegang bahu kawannya yang juga sepupunya..puan lily membawa hanis ke ruang tamu untuk majlis sarungkan cincin..imran meminta untuk sarungkannya sendiri dan kedua ibu dan pada bersetuju..
     terpegun semua mata memandang hanis..cantiknya hanis berbaju kebaya yang di tempah mamanya khas untuk hari pertunangannya...hanis duduk berhadapan dengan imran..ketka imran memegang jari nya untuk menyarungkan cincin..hanis menangis teresak-esak....lisa yang melihat kawannya menangis juga menitiskan airmata..mungkin bagi lisa itu airmata gembira hanis..hanis yang hanya menundukkan wajahnya terus menangis..cincin di sarungkan ke jari manisnya..tangan yang menyarungkan cincin tadi memegang dagu hanis dan meminta hanis memandangnya..terkejut hanis rupanya yang menyarungkan cincin padanya tadi adalah lelaki yang begitu di cintainya iaitu haris..
    sedangkan imran hanya tersenyum di samping lisa..hanis tidak tahu yang imran terlihat haris memeluknya sewaktu di biliknya sebelum majlis bermula..ketika tu tau lah imran yang cinta marhanis...jiwa marhanis..hanya ada cinta haris...bukan cintanya..mahupun cinta mana2 lelaki yang lain..namun itulah marhanis..yang tidak sanggup lukakan hati kedua orang tua nya..puan lily memeluk anaknya gadis dan anak terunanya erat..sambil menitiskan airmata..dia berkata..

   puan lily: "knp korang tak bagitau mama dan papa..kami tak tau kamu saling menyinta"
   hanis: "maafkan hanis mama..

hanis menghampiri imran yang tersenyum padanya...lelaki yang berdiri di hadapannya terlalu baik..hingga dia terasa ada yang lebih layak untuk imran..
    hanis: "im...."
belum sempat hanis berkata apa2..imran hanya menggelengkan kepala tanda jangan berkata apa2 padanya
hanis terus menangis melihat wajah lelaki yang hanis tau dalam hatinya pasti terluka...
   hanis:"maafkan hanis"...dalam sebak hanis berkata juga..
   imran: "jangan mintak maaf..hanis tak salah..cinta tu kan datang dari hati..bukan dari mata"
lalu si sapunya airmata hanis...haris datang menghampiri imran..lalu di peluk erat kawannya itu..
   imran: "ko jaga hanis baik2..kalau aku tau ko lukakan hati dia..aku tak teragak-agak ambiknya balik"
imran masih sempat bercanda..dan semua gembira.....

itulah cinta yang kekadang buat kita menangis..buat kita tertawa..namun cinta yang datang dari jiwa adalah cinta yang tiada tiada sudahnya..walau apa pun jangan lupa cinta yang hakiki hanya pada DIA pemilik nyawa.......moga kalian yang belum punya cinta bisa miliki cinta seperti tulusnya cinta marhanis..cinta yang datang dari dalam jiwa.-----------------------SEKIAN
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIWA MARHANIS------------ PART 11

     haris: "rasanya hanis cukup faham maksud abg..abg rasa hanis juga tak mau menghampakan mama dan papa kan"
    hanis: "jadi abg nak hanis berkawin dengan imran..begitu" sedikit menengking hanis pada abgnya sambil airmata membasahi pipinya..
     haris:" kalau itu yang sepatutnya terjadi abg terima"
     hanis: "mudahnya abg cakap..setelah abg beri hanis cinta..sekarang abg nak hanis berkawin dengan lelaki yang hanis tak pernah cinta..manusia apa abg nie"
kali ni hanis telah betul-betul marah dengan sikap haris yang segalanya ambil mudah dan hanya menerima apa saja ketentuan tanpa mahu perjuangkan cintanya..tetapi bagi haris..itu saja yang termampu dia lakukan,,dia tidak mahu mama dan papanya membenci hanis jika tau yang dia mencintai hanis..baginya pasti ada halangan dari kedua orang tuanya kerana hanis telah di anggap sebagai anak sendiri..
     hanis: "abg kata abg cintakan hanis..abg kata dari dulu abg cintakan hanis..sampai bila pun abg akan cintai hanis..tapi apa yang abg buat sekarang..abg langsung taknak pertahankan cinta ni..abg langsung tak mahu mencuba..lelaki beginikah yang harus hanis buat suami..yang langsung tak mahu pertahankan hak nya"
    haris: "hanis abg tak mampu" haris berkata sambil digapainya tangan hanis..tapi hanis menariknya..
    hanis:"abg pengecut..kalau hanis tau abg mcm ni..awal2 lagi hanis takkan pernah cintai abg.."

berlari hanis menuju kebiliknya..hatinya hancur..lelaki yang mengatakan cinta padanya hanya mahu berserah pada takdir..hanya tahu mengaku kalah sebelum berjuang..itukah namanya cinta..yang tewas sebelum sempat bermula..itu sajakah harga cinta haris padanya..lelaki yang dia puja sejak dia kecil..itukah saja kekuatan yang lelaki itu ada..sedih hati hanis memikir betapa mudahnya haris meminta dia berkahwin dengan imran..betulkah selama ini haris benar2 mencintainya..atau haris hanya ingin permainkan hatinya..akhirnya hanis tertido jua
       keesokkan paginya semua telah bersedia di ruang makan..hanis melihat imran pun ada..maklumlah mami dan daddy nya juga menginap di rumah mama dan papa hanis..mereka tiada rumah disini..kerana keluarga imran menetap di london..
      datin seri: "hanis..meh duduk sebelah mami..mulai hari ni hanis kena biasakan panggil mami dan daddy tau" kata ibu imran

imran pula asyik tersenyum dan tanpa berkedip di pandangnya hanis..ternyata hanis memang gadis yang cukup cantik dan ayu..hanis duduk d sebelah haris..tapi haris sedikit pun tidak memandangnya..haris hanya diam saja menikmati hidangan nya..
    tuan hisyam: "berapa lama kak long dan abg long kat sini..?"
    datuk seri:"kami takleh lama alang..abg long banyak urusan kat sana..mungkin dalam seminggu.."
     tuan hisyam: "kalau gitu kita percepatkan lah tarikhnya sebelum kak long dan abg long balik kesana"

hanis yang sedang minum kopinya tersedak kecil mendengar kata2 papa nya...semua mata kini memandangnya kecuali haris yang masih seperti selalu..hanis hanya tersenyum pada semua..dia cuba sembunyikan sedaya nya rasa yang terbuku di hatinya..
      di taman..hanis mendapatkan imran..imran sendirian di taman..hanis menghampirinya..imran tersenyum lalu di pegangnya tangan hanis..
      imran:" terima kasih kerana sudi terima im dalam hati dan hidup hanis"..sambil dia mencium tangan hanis
tetiba hanis menangis..ada keikhlasan dalam mata imran...namun hatinya tak mampu untuk cintai lelaki yang sangat baik berada di depannya itu..hatinya telah di miliki insan lain..insan yang tidak mahu perjuangkan cintanya...hanis terus menangis..imran kehairanan...

    imran:"hey..knp ni syg."...bisik imran lembut pada hanis sambil di sapunya tiap titisan airmata yang mengalir
    imran:"dah..tak mo mcm ni..nanti tak cantik dah" imran masih cuba memujuk hanis..hanis hanya sedikit tersenyum di dalam tangisnya itu..kenapa lelaki ini terlalu baik..kenapa lelaki ini tidak sedikit pun jahat..supaya dia bisa membencinya..imran mengusap pipi hanis..

     imran: "sudah jangan menangis lagi..im janji akan jaga hanis dengan penuh kasih syg..im janji kita akan bahagia bersama..im takkan sia2 kan hanis..im nak hanis temani im hingga hujung nyawa im..im nak hanis kongsi rasa cinta yang ada dalam hati im.."

mendengar kata2 imran makin laju airmatanya..lelaki di depannya begitu sungguh2..begitu cintainya..jadi knp tidak dia belajar cintai lelaki itu..mungkin itulah jodoh yang terbaik buat dia..kemudian hanis terpandang haris yang dari tingkap biliknya hanya memandang pada hanis..dalam hatinya dia terfikir..lelaki yang dicintai nya itu hanya sekadar memandangnya dari jauh..tetapi lelaki yang berada di depannya mencintainya penuh keikhlasan...layakkah dia menolak cinta lelaki yang sebegitu...haruskah dia tetap dengan rasa hatinya yang mencintai haris..hanis teringat kata lisa..cinta itu boleh dipupuk jika dalam hati tiada cinta..cintailah orang yang tepat..orang yang sanggup berjuang demi cintanya..bukan orang yang tewas sebelum berjuang...tapi walau apa pun yang datang dalam benaknya..cintanya tetap pada haris.............. ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIWA MARHANIS------------ PART 10

        pagi itu awal2 pagi lagi keluarga hanis ingin berangkat pulang..apa yang terjadi smlm menjadi rahsianya bersama lelaki yang dicintainya itu..hanis menghantar mama dan papanya kereta..dia mencium papa dan mama nya sebagai tanda kasihnya seorang anak pada orang tuanya..sayu hati puan lily kerana anaknya itu sememangnya anak yang baik..kemudian hanis menghampiri haris..di cium tangan abgnya tanda hormat seorang adik..tapi hanis sempat berbisik pada haris..

      hanis: "drive baik2..i love you"... bisikkannya perlahan tapi cukup membuat haris faham apa yang hanis cuba sampaikan..haris hanya tersenyum dan mengangguk sahaja..dia tidak mahu kelihatan begitu ketara..nanti semua heran pula..imran juga ada pagi itu..

     tuan hisyam: "im..pakcik nak ko jaga hanis baik2"
     imran: "baiklah pakcik..pakcik pun jaga diri baik2.."

haris yang mendengar papanya berpesan begitu hanya tersenyum sedikit pada hanis..begitu juga hanis..tanpa dia perasan mamanya perhatikan mereka berdua..haris segera mengalihkan pandangannya bila tau yang mama nya merenung mereka..

   imran: "ris,ko bawak kereta hati2..ko bawak bakal mak mertua dan pak mertua aku tuh" imran bercanda dan hanya isyarat tangan tanda ok yang di tunjukkan oleh haris..hanis kelihatan sedih bila kereta yang di pandu haris hilang dari pandangannya..tapi dalam hati dia cukup gembira kerana tau rupanya dia tak bertepuk sebelah tangan..rupanya selama ini lelaki dingin itu punya perasaan..dan perasaan cintanya pada hanis amat mendalam...begitu jugak dengan hanis..
     kini sudah seminggu selepas kepulangan mama dan papa hanis..setia hari sms lah penghubung cintanya dengan haris..
      lisa: "yang ko tersengih-sengih ni apahal..?oooo...kau sms dengan imran ek...eee gatal!!!"
      hanis: "yang ko sibuk nak tau knp..adalah.." hanis malu2
      lisa: "eleh dengan aku pun nak berahsia..malu konon..tapi mau..huh!! menyampah mak tau"
mereka gelak sesama..lisa berfikir hanis bercinta dengan imran..tanpa lisa dan semua sedari hanis sebenarnya bercinta dengan abgnya haris..
      petang itu hanis mendapat call dari mamanya meminta dia pulang hujung minggu nanti..hanis sememangnya anak yang tak pernah membantah kata-kata mama dan papanya..hanis mengajak imran mengikutnya pulang..tetapi imran tidak boleh ikut kerana mami dan daddy nya akan sampai ke malaysia dari london hari minggu nanti..mungkin imran akan ke sana bersama kelaurganya..
      hari yang di tunggu pun tiba..hanis sampai lewat petang..hanis melihat banyak betul kereta di depan umah nya..ada majlis apakah..agaknya ada kenduri kusyukuran kerana papa nya mmg suka bbersedekah pada orang sekeliling..sesampainya hanis memberi salam dan masuk..hanis melihat ramai orang di ruang tamu..dan di hadapan mereka ada beberapa barang..jika diamati ianya seperti tepak sirih untuk meminang..hanis hairan..matanya mencari-cari haris..tidak kelihatan..kemudian di celah-celah orang ramai dia melihat cinta hantinya hanya tunduk sahaja..memandangnya tidak..
   hanis ke biliknya untuk meletakkan beg.lagipun itu urusan orang tua2 agaknya..dia tidak mahu ikut campur..tanpa hanis sedar itu adalah tepak sirih tanda meminangnya dari imran..
setelah kedua pihak berseteju..mama nya memanggil hanis yang sedang berehat di bilik..

     hanis:"syg ikut mama sekejap.."

hanis segera mengikuti mamanya..mama nya memperkenalkan para tetamu..antara mereka adalah kedua orang tua imran,,

    puan lily: "inilah hanis kak long.abg long" puan lily perkenalkan hanis pada ibubapa imran..
    datin seri: "cantiknya orangnya..kalau mcm ni tanda jadi lah ya"
mereka semua gembira sesangat..hanis masih lagi kebingungan..apa yang tanda jadinya..kenapa dia di perkenalkan pada semua dan apa kaitan tepak sirih itu dengannya..hanis pun bertanya..

     hanis: "apa yang jadi mama..?.. dalam keadaan yang masih bingung..
     puan lily: "ini mak long dan paklong datang bawa hajat..hajat nak meminang hanis untuk imran dan kami dah pun setuju bagi pihak hanis..hampir rebah hanis mendengar kata2 mamanya..namun dia tetap bertahan..tidak mahu dia menunjukkan reaksi begitu..mata nya berkaca menahan tangis..dipandang wajah lelaki yang dicintainya..haris yang melihat hanis ingin menangis memberi isyarat pada adiknya supaya jangan menangis dan semuanya akan ok..hanis hanya mengangguk tanda dia faham apa yang abg nya cuba sampaikan...

    puan lily: "mcmana syg..setujulah ya..mama dan papa dah setuju" hanis tidak menjawab sepatah pun..lalu berlalu ke biliknya..
    datin seri: " kalau diam tu tanda setujulah tu..dia malulah tu.."
hari tu semua orang bergembira kecuali hanis dan haris..haris..hanis yang berlalu ke biliknya menangis teresak-esak..knp lain yang dia harap..lain plak jadinya..
     malam itu bila semua orang lena..hanis mencari haris di bilik..namun haris tiada di bilik..lalu hanis turun ke bawah..haris juga tiada di ruang tamu..hanis melihat pintu terbuka..mungkin abg di luar..abgnya suka menikmati suasana malam..
  hanis melihat haris sedang berdiri di tepi kolam..lalu dia memeluk haris daripada belakang..haris sedikt terperanjat dan meleraikan pelukkan hanis..hanis tau pastinya haris berfikir tentang tadi..

    hanis: "kita kawin abg.."
    haris: "hanis jangan cakap bukan2.."
    hanis: "tak..hanis betul2 nak kawin dgn abg..kita kawin ek abg..kita bagitau papa dan mama"
    haris:"jangan hanis..abg tak mahu lukakan harapan papa dan mama"
    hanis: "maksud abg...?
hati hanis mula berdebar-debar...adakah haris akan memintanya berkahwin dengan imran..hanis kenal sangat sikap abgnya..abg nya itu bukan orang yang suka menghampakan harapan oranglain..mata hanis mula berkaca menunggu jawapan dari haris..ada seribu keresahan di hatinya saat itu............ ( bersambung )
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "