saat hati lepaskan semuanya pergi.....

Kadangkala , kita tersenyum hanya untuk menutup luka dihati...
Kadangkala , kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan sendiri..
Adakalanya , kita melangkah dengan penuh yakin... ,
Sedangkan , berjuta perasaan goyah menunggu rebah...
Apabila menangis , tiada siapa yang tahu...
semuanya demi maruah...
Walau siapa pun kita , di mana kita berada ,langit tetap di junjung . selagi masih hidup , langkah mesti di teruskan..
jangan sesekali kesal dengan nasib diri kerana
kita adalah sebahagian makhluk ALLAH SWT yang sedang di uji oleh - NYA ......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

jalan-jalan dengan adik.... :)




" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

saat mata akhirnya menangis....

saat bila tiba-tiba kita akhirnya menangis.
sebab perkara remeh temeh.
hal-hal kecik.
setelah lama mata kita kering.

barulah akhirnya kita tersedar,
kita rupanya belum cukup kuat.
hati masih rapuh,
ada ruang, ada lompong, ada kosong.
ada jarak,

dengan Tuhan.

kita alpa, kita lalai. kita lupa, kita leka.
DIA datang, DIA tunjuk.
perkara-perkara besar sudah membuat kita BUTA,
maka datang perkara-perkara kecil membuat kita terJAGA.

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

dia yang tak pernah tau....

Dia tak tahu betapa aku sayang..
Dia tak tahu betapa aku cinta..
Dia tak tahu betapa aku terlalu merinduinya..
Dia tak tahu betapa aku ambil berat tentang dirinya..
Dia tak tahu betapa aku sentiasa mengintainya dari jauh..
Dia tak tahu betapa aku teringin sangat nak dia tahu semua ni..
Tapi aku takut kalau dia tahu.. kerana aku bimbang dia akan hilang dari pandangan ku buat selama-lamanya..

Apa yang dia tahu sekarang...

Dia tidak pernah ada dalam hatiku..
Padahal dialah insan yang aku cinta selama ini..
Dan takkan ku terfikir untuk melupakannya sampai bila-bila pun..
Walau dunia ini gelap..
Walau ribut melanda..
Walau hingga ke hujung dunia..
Hati ini akan sentiasa mengekorinya!

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "