saat aku terlupa......


 
 
Aku tidak marah, aku tidak cemburu
Kerana aku tau, kamu bukan hakku
Kadang-kadang perasaan ini
Kelemahanku sebagai manusia biasa
Sungguh senang utk aku jatuh cinta.
Dan memang tidak dinafikan disaat ini
Ada sedikit cinta dihatiku untukmu
Aku teringin kau mengetahui
Apa yang ada dalam hatiku saat ini...

Tapi biarlah DIA yg lebih mengetahui
Apa yang wujud didalam hati ketika saat ini
Sedangkan DIA yg menjadikan hati
dan DIA juga yg mewujudkan perasaan itu
Tapi sekali lagi, kau milik ALLAH
Bukan milikku.. Jadi biar cinta ini
ku pendam di dalam hatiku
Dan cukuplah aku mencintaimu
Dalam diam dari kejauhan
Dengan kesederhanaan dan keikhlasan
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan ALLAH
Mungkin saja rasa ini ujian
Yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan

Ya ALLAH,
Usah biarkan hatiku
Tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harapan

Ya ALLAH,
Leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku
Kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta

Hanya cinta-Mu
Ya ALLAH Ya Rabbi
Yang kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki...

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana ALLAH, menolak kerana ALLAH, membenci kerana ALLAH dan menikah kerana ALLAH, maka bererti ia telah sempurna imannya."
(HR. AL-HAKIM)

Cintaku kepada TUHANKU
Kerana aku CIPTAANNYA..
Dan cintaku terhadap SESEORANG itu
Adalah PERASAAN yang diciptakan oleh-Nya...

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

rindu itu...............



seandainya rindu ini dapat ku jadikan angin..
akan ku tiup angin itu ke arahmu..
agar kau tau betapa lembut dan dinginnya..
rindunya aku kepada dirimu..
duhai angin malam..
sampaikan lah salam rinduku padanya...


jiwang di tengahari....hehehehe

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

andai cinta itu sampai disini...


 
 
Andai cinta kita sampai disini...
ku mohon jgn kau hadir lagi,
bukan aku membenci tapi aku
bimbang aku tak dapat menahan
beban dihati ini bila melihat kau
pergi..
seandainya kau dapat rasa apa yg
kurasa...
tentu kau tahu bagaimana
keadaan ku kini...
... Aku tidak pernah menyesal
bertemu dan bercinta dgnmu
malah aku bahagia bila tahu
dihatimu masih ada aku...
MENCINTAIMU...ANUGERAH DARI
ILAHI,
MELEPASKANMU ..BEGITU PERIT
SEKALI...
UTK TERUS BERSAMA AKU TAK
PASTI
KERNA HATIMU TAK SEKUAT
"CINTA YG KITA BAJAI" SEBELUM
INI

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "