SEMENDUNG HATIKU



bila orang baca status kat Fb aku..post2 kat bloh aku
aku selalu bercerita tentang suami aku..
satu hari ada seseorang berkata padaku
yang nampak sangat aku terlalu mencintai suami ku..

memang aku terlalu mencintainya..jika tuhan izinkan
aku ingin habiskan sisa hidup yang ada disampingnya
hingga helaan nafas yang terakhir..
aku bahagia bila aku ada dia
walaupun kekadang dia umpama ada di dalam tiada..

walaupun kekadang dia selalu buat aku mcm tak bermakna
buat mcm aku tak wujud dalam hidup dia
aku tetap cinta dia..bagi aku dia semangat dan hanya dia
yang mampu buat aku tersenyum dan ketawa
dan dia juga lah yang selalu buat aku berduka
lalu menitiskan airmata

ada kawan-kawan yang cakap aku bodoh
kerana terlalu cintai seorang suami yang aku tahu
aku ada atau tiada mungkin tiada makna padanya
namun aku tetap kuatkan hatiku juga
aku yakin satu hari nanti dia akan tau
yang betapa bermaknanya aku pada dia

walaupun masa tu aku dah takde
sekurang-kurangnya kenangan antara kami tetap ada
bukan kan tempat seorang isteri disisi suaminya
samada dia bermakna atau tidak pada seorang suami
lsteri itu tetap perlu taati suaminya kan..

dia tak pernah cakap dia sayangkan aku
tapi bila aku sakit dia jaga aku
bila aku marah-marah dia diam jer
selama aku kawin dengan dia dah 7 tahun dia tak pernah tengking aku
usahkan cubit aku..

bagi aku dia suami yang sangat baik
mungkin dia tak pandai nak luahkan sayangnya
dan buat aku terasa yang aku tak bermakna
pada suami ku maaf jika sayang merasa begitu
jauh disudut hati..sayang bersyukur punya abg
sebagai suami..................

last post untuk hari ni..hati ini terasa sangat2 mendung
jadi sebelum hati ini hujan..aku undur diri dahulu
insyallah panjang umur jumpa lagi..................sekian
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

JIKA SATU HARI KAU TERBACA NANTI



mendung je hari ni kan..tapi tak hujan pun..hanya mendung jer..
macam tau2 jer yang hati ku jugak tengah mendung sekarang..
setiap saat aku tengok jam..kalau aku boleh hentikan masa..aku tak mahu hari esok muncul..
sebab aku masih nak habiskan hari-hari ku bersamanya...

tapi waktu yang berputar masakan boleh di hentikan..
tadi layan tv jap..tajuk citenya "mesej terakhir" best jugak citenya tapi sedih sikit..
kisah seorang isteri yang terlalu mencintai suaminya..
namun suami dia meninggal kerana xsiden..
dia baca sms terakhir dalam HP suami dia..
suami dia ada perempuan lain..
selama ni dia begitu sanjung suaminya...

suaminya jatuh cinta pada seorang janda kat tempat yang dia selalu
pegi out-station..pompuan tu janda anak satu..
dia ingat suami dia jahat..
bila dia baca mesej terakhir suami nya baru dia tahu
yang suaminya seorang lelaki yang baik..

tetiba aku terdengar lagu nih..
tajuk lagu nih kehilangan..macam best plak aku dengar
terus cari tadi..hehehe

bila tgk watak marina si isteri tuh
sama mcm aku terlalu cintai seorang lelaki bernama suami..
hingga tak tau nak hidup mcmana kalau dia takde..
tiba-tiba bila tau suami cintai pompuan lain
sedih tak terkira..terasa cinta yang selama ini tak berharga..

tapi mungkin suami aku tak mcm tu..
aku harap pada tuhan moga bukan begitu
sekalipun nak cari pengganti aku..
tggu lah hingga akhir hayat ku..
sebab aku tau dengan sakit yang aku tanggung
aku takkan hidup lama..

jika suami ku terbaca coretan ini..satu jer yang ku nak cakap..
tanpa dia memang aku tak tau nak hidup mcmana
aku akan sedih setiap hari..
aku mohon pada tuhan jika suami ku ingin berubah hati..
biar lah saat aku tiada lagi..
kerana hati ini jugak tak mungkin dapat menerimanya
sesungguhnya cintanya tiada ganti..............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

TERPAHIT DAN TERMANIS SEMUANYA TERINDAH



dalam hidup kita semua pasti ada banyak kenangan kan..maybe kenangan tu ada yang manis dan ada yang pahit..bagi kita plak samada kenangan itu yang termanis ataupun yang terpahit semuanya adalah yang terindah kerana disitu kita belajar erti hidup kan..

kita menjadi matang hanya dengan semua kenangan itu..dan kenangan sampai bila-bila pun takkan padam dari ingatan kita kan..kita akan selalu ingatinya kecuali kita dah mati nanti or kita dah nyanyuk..selagi belum jadi macam tu kita kan selalu ingatinya..

punya kenangan adalah sesuatu yang sangat indah..cuba bayangkan jika hidup kita tanpa kenangan..apa yang berlaku pada kita,kita lupa semuanya mcm tu jer..mesti hidup kurang menarikkan..hidup terasa kosong tanpa kenangan..kerana tiada satu apa pun yang dapat kita kenang...

jika kita ada kenangan sekurang-kurangnya bila kita kita sedih..kita ingat semua kenangan manis dalam hidup kita..kita mampu senyum kembalikan..begitu juga bila kita mula lupa siapa kita..cuba ingat semula orang2 yang sayangkan kita..kita pasti tak lupa mana asal kita..

alangkah bermaknanya sesuatu kenangan tukan..selamanya akan tersimpan di hati dan ingatan kita...akan buat kita tersenyum dan menangis tika kita terkenang kembali semuanya.....................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

KAU SELALU DI HATI



bila kita dengar lagu memori tercipta ni kita teringat kat seseorang..
apatah lagi time lirik 'disini jua memori tercipta..walau seketika terjalin kasih kita,mungkin disini kitakan terpisah..kenangan bersama tiada ku lupa.."

kita ingat pada seseorang yang kita pernah kenak 3 tahun dulu..dia nih muda 8 tahun dari kita..
kiranya adik lah pada kita..masa tu dia masih belajr kat satu ipts di johor..tapi dia asal dari tgganu..
kita kenal dia secara tak sengaja dan kita orang jadi rapat..

dulu tiap-tiap hari nak pegi class dia akan call bagitau kita yang dia nak ke class..dah sampai class dia call cakap dah sampai class..tghari dia call lagi tanya dah makan tghari tak..nak balik dia call,dah sampai umah dia call dan malam-malam sebelum tido pun dia akan call..

kita rasa kelakar pun ada..yalah setiap masa dan apa dia buat dia mesti call kita..bila kita sedih dan nangis dia akan pujuk kita sampai kita baik..bila kita orang kuar bersama dia akan jalan kat depan dan biar kita jalan kat bel;akang dia kalau hari tu panas..sebab dia takmo kita kena panas..kalau jalan kat tempat ramai orang..dia akan duduk belakang dan biar kita jalan dulu kat depan..dia takmo orang langgar kita..

time bulan puasa plak tiap-tiap pagi dia lah yang kejut kita bangun sahur..selagi kita tak bangun dia akan call sampai kita bangun..dia paling suka call time kita tido katanya..sebab nanti kita mamai kita mesti cakap ntah apa-apa..hehehe..walaupun sekarang dia dah takde tapi kita tak pernah lupa dia...

dia selalu dalam kenangan dan ingatan kita..dia kawan yang sangat baik..namun kkdg keadaan yang memaksa dia buat sesuatu yang dia taknak buat..kerana seseorang yang dia sayang..dia jadi serba salah nak memilih antara kawan dan insan tercinta..gf dia cemburu dengan kita..gf dia bg dia pilihan..tgglkan kita or tggl kan gf dia..

satu malam tu bila dia call kita dia nangis..kita pun nangis sama..kita kata takpe..tak perlu dia pilih sesapa..kita cuma nak dia bahagia..kita tau dia terlalu cintakan gf dia..last kita mintak dia jangan call kita lagi..tapi dia masih call dan sms..kita tak pernah jawab...sebab kita tau jika kita jawab..semuanya takkan berakhir..dalam hidup ni kekadang kita perlu berkorban demi kebahagiaan insan yang kita sayang...

ridzuan............awak selalu ada dalam hati saya..apabila kita kenal seseorang dan kita jadi kawannya..walaupun dia dah takde dalam hidup kita..dia kan pernah hilang dalam memori kita..selamanya dalam ingatan kerana kita bukan orang yang mudah lupa................
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

IZINKAN KU PERGI



last day kat kl nih..rasa besar sangat-sangat hati nak tinggalkan kl nih..dalam erti kata lain nak tinggal kan hubby sebenarnya..hari ni hubby keje jugak..dah lah kita nak balik dah esok..hubby keje plak hari ni..dah pesan kat dia jangan balik lambat..

hubby kata malam ni dia nak bawak kita kuar makan..kita nih plak jenis tak suka makan kat kedai..tak best.kalau makan kat kedai mesti tak habis..kalau makan kat umah habis jer..hajat hati nak makan cup corn tak kesampaian..takpelah nanti makan kat kampung lah..heheh.macam lah kat kampung takde cup corn..hehehe

kat kampung siap boleh buat sendiri lagi..boleh letak susu lebih-lebih sebab kat kedai dia letak sus ciput jer..tak rasa apa pun..heheh..dah lah jagungnya terlebih masak..nanti kita dah balik kampung kita tak tau kita dapat bukak ke tak blog nih..kalau kita boleh bukak nanti kita share gambar umah kita kat kampung ek..

terasa pantansnya masa berlalu dah nak kul 10 pagi dah..ke sebab kita nak balik kampung dah esok tu yang kita rasa masa pantas berlalu tuh..padahal hari-hari pun mcm ni kan..pagi ni kita bekfast dengan buah mangga jer 2 bijik yang kawan kita beli semalam..nanti dah janji dengan kawan kita,bila kita balik kl pas raya haji nanti kitaorang nak pegi nerkelah kat sungai tekala semenyih..

dah lama tak pergi tempat mcm tu..rasa mcm best plak..nanti kitaorang nak gi bakar-bakar ayam lah kat sana..mesti best kan mandi air terjun...tapi hati kita tetap rasa sedih..tak taunak buat mcmana jangan sedih..sedih sebab tinggal satu hari dah kita kat kl...hurmmmmm.......... :(
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

MAKAN-MAKAN UMAH KAMI



ni lah menu makan semalam dengan kawan yang kenal kat fb..hehehe..walaupun simple yang pasti licin..
buat simple2 jer..sebab malas nak masak banyak-banyak..hari ni last dah kat kl..esok dah nak balik dah..
beratnya rasa hati nak melangkah pergi..tetapi apakan daya aku terpaksa..

dengar-dengar kat kampung pun hari2 hujan..okay lah kan..aku kan suka hujan..dah janji dengan adik-adik nih..balik nanti nak belanja dia orang makan pizza..happy bukan main adik-adik..hehehehe
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "