nasi melukut daun keladi....

malam ni tercapai jugak hajat nak makan sayur keladi..heheheh
tapi takleh makan banyak karang nak tido takleh..
hurmmm...kenapa hati terasa terlalu rindui dia..
dia sepi tanpa kata..tau kah dia kala ini aku terlalu rindu dia...............




" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

bicara buat suamiku

tuhan,
hijaukan watan nuraniku
sisihkan dari segala debu resahku
aku ingin senantiasa ceria
menghirup angin bahagia bersama kekasihku
tuhan,
jernihkan lah senantiasa cintaku
semarakkan selalu unggun kasihku
leraikan segala rinduku
tuhan,
berikan aku kudrat
menyusur persisiran kasih abadi
memikul cinta terus melangkah jauh
di dalam cahaya bersama dia
pujaan hati,peneman jiwa
tuhan,
hanya padaMU ku mohon sejuta kasih
makmurkan persada hayatku
taburkan bunga cintaku
teguhkan cintaku dengan cintanya
moga jodoh kami hingga ke akhirnya
jika kami terpisah di dunia
temukan kami di alam nyata
kerana dia kekasih tercinta
kerana dia suamiku,buah hatiku
abadikan segalanya hingga ke akhirnya
buat suami tercintaku
kau cinta pertama dan terakhirku

cInTa
bukan untuk dikejar
juga bukan untuk dicari...
cInTa
juga tidak mengejar
dan tidak mencari...
Bila ada getar di hati
di situlah ada cInTa
yang telah tertulis sejak azali...-------- ♥

Tuhan,
Gerak
Tangis
Ratap dan bicaraku
Kadang tak semurni
Apa yang kuikrar padaMu
Seandainya hatiku hancur
Kerana merindu
Kujunjung terus
perintahMu
Tuhanku----------- ♥



kata seseorang yang pernah aku kenali suatu ketika dulu..
mengembara dari dunia lain ke satu alam yang lain pun..tidak akan menggembirakan hatimu..jika kesedihan itu terus kau bawa bersama dalam hidupmu......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

cantik itu di hati..

‎~~~ ♥ kata dia...Kecantikan itu letaknya di hati...Bersihkan hati...bersihlah iman lalu terpancarlah kecantikan semula jadi insan...kecantikan yang di ubahsuai hanya sementara amat menggerunkan bila di mamah usia...jadi biarlah tak cantik rupa..yang penting cantik dihati dan aku leeya harlina tiada cantik rupa dan tiada indah bahasa..hanya biasa je orangnya ♥ ~~~


biar rasa ini berbicara...


ku biarkan rasa ini berbicara...
ku biarkan tinta ini bersuara..
ku biarkan pena ini bercerita..
melakarkan kisah tentang dia..
mencoretkan rasa cinta..
biar ada jiwa yg memahaminya..
biar ada rasa yg merasainya..
ku tujukan buat dia..
yang selalu membuat rindu..
datang bertamu di relung hatiku..
dia adalah lelaki itu...
lelaki yang dulu,kini dan selamanya...
bertahta di hatiku................

bicara buat tuhanku..

tuhanku,
dugaanmu hebat hingga aku hampir tersungkur..
menjengah rasa putus asa takkala iman makin tipis..
hilang di hanyutkan fitnah manusia yang menggila..
tuhan,
aku hamba yang leka..
aku hamba yang lupa..
kasihmu tak pernah pergi..
hanya aku yang perlu mencari..
setiap ruang...
setiap sudut dari mata ku yang satu..
terima kasih tuhan ku,
tatkala aku temui agungnya kasihMu..
tatkala aku merasai damainya hati ku..
berikan aku kekuatan..
berikan lah aku ketabahan..
rintihan cintaku padaMu..
sentiasa kau dengar..
sentiasa kau sahut..
sentiasa kau ingatkan..
ketabahan..kesabaran tidak akan mampu di runtuhkan..
oleh hati yang sentiasa bersamaMu..
semoga kebenaran yang kau simpan terbuka jua..
bagai membuka mata setiap manusia..
yang sibuk memburu nafsu..
supaya bertaubat memohon ampun kepadaMu...










" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "