DOA awak buat saya ya........

hari tu kita jalan sekali..best kan jalan sambil bergurau..tapi lagi best bila awak bagi hadiah tu..tu lah hadiah paling saya tak boleh lupa..senyuman manis awak..esok-esok bila saya dah tak boleh jalan..saya nak awak mengiringi saya..masa tu jugak saya . . . . . . nak hadiah lagi..tapi saya dah tak nak senyuman awak tu..saya nak awak hadiahkan saya al-fatihah..awak bacakan untuk saya ok..sebab masa tu saya dah tak boleh nak baca sendiri..lepas tu bila ada orang letak saya bawah papan...awak jangan menangis atau cari saya lagi ya...sebab masa tu saya dah tak boleh nak tegur awak..janji ya awak...??

p/s: awak..tahu tak..tiapkali bersama awak..kegembiraan dan senyuman saya ikhlas..bukan di paksa or terpaksa..kerana awak selalu bagi saya senyuman awak untuk buat saya tersenyum... ;)

BUAT ♥ awak ♥ YANG SELAMANYA DALAM HATI SAYA...

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

aku,kau,lagu dan juga kenangan itu.............

hari ni hujan melanda lagi di bumi tanah merah tempat tinggal ku..hehehe..hari ni rasa sihat sikit..batuk pun makin kurang..selsema pun dan juga lelah pun makin okay..harap esok dapat habiskan dialisis dengan jayanya..

tengah duduk termenung memandang keindahan awan menangis..aku terpasang satu lagu..bukan aku nak dengar sangat..tapi ntah mcamana jari ni tetiba tertekan lagu ni..dengar jer lagu ni buat hati akumula tak tentu arah..ingatan aku terus meluru pada si dia yang pernah cakap lagu ni dia tujukan khas untuk aku suatu saat dulu..huhuhu...tetiba kesayuan datang melanda hati...

tapi bila aku fikir balik buat apa aku nak sedih sangat..hehehe..aku bukan bercinta pun dengan dia..hahaha..aku pun dah ada seorang suami yang sangat baik..cuma....ada cumanya..cuma dia seseorang yang pernah aku sayang..namun tak lebih sebagai seseorang yang bergelar adik or sahabat..kerana cinta hanya boleh di berikan kepada satu orang iaitu teman sehati sejiwaku..suami tercintaku..tapi sayang boleh di berikan untuk sesiapa saja yang hati merasa terkesan dengan kehadirannya...

dengar lagu ni buat aku ingat plak pada dia yang sedang aku lupakan dan lepaskan dia dari hidup aku sebab itu permintaannya sendiri.yang paling aku risau esok aku kena mengadap muka dia 4 jam..lama tu!!!! mau haru aku di buatnya..sebab dia tu pelik..aku memang tak faham dengan perangai dia...

dia ego tinggi orangnya..dia selalu cakap dia tak apa-apa tanpa aku..tapi bila jumpa aku kat center..kalau aku taksenyum..tak cakap dengan dia..dia sedih pula..tu yang buat aku heran dan buat aku susah sangat kerana tiapkali aku cuba menjauh..dia yang mendekat...

namun apa pun yang pelik tentang dia..itulah yang buatkan aku tak mudah lupakan dia..betul ke aku dah boleh lepaskan dia dari hidup aku..??? aku sendiri takde jawapan tu kerana setiapkali bunyi text masuk..aku masih lagi berharap yang ianya dari "dia"...huhuhu........

p/s: awak sayangkan awak tak mudah bagi saya dan nak melupakan awak..mungkin mustahil untuk saya... ;)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

melepaskan apa yang hati tak bisa kehilangan......

masih lagi dengan keadaan yang sama..masih kurang sihat..hari ni pun aku tak mampu nak habiskan dialisis selama 4 jam tuh..keadaan diri tak mengizinkan..hari ni aku tak hantar satu sms pun kat dia..ternyata dia memang tak apa-apa tanpa aku dalam hidup nya..kerana dia menyepi tanpa sebarang berita..

kekadang dalam hidup ini ada perkara yang kita tak mahu terjadi, tetapi harus menerima. Ada perkara yang kita tak mahu tahu, tetapi harus belajar. Dan, ada perkara yang kita tak mampu kehilangan, tetapi harus melepaskan..

itulah yang sedang aku usahakan sekarang..melepaskan apa yang hati ini tak mahu kehilangan..namun apakan daya hidup ini semuanya diatas takdirNya.. 

namun harus aku akui yang melepaskan lebih mudah dari melupakan..kerana semakin aku ingin lupa..semakin kenangan itu datang mengunjung hati ini..kata orang kita takkan dapat lari dari kenangan kerana.....
Setiap hubungan yang terjalin pasti akan ada kenangan. Tidak kiralah kenangan manis atau pahit. Tapi kenangan itu menunjukkan yang kita ada kisah bersama dengannya.......


 P/S: Jika dapat undurkan masa, saya cuma inginkan satu hal, saya nk sayang awak lagi.. saya rindukan setiap hari-hari kita yang dulu..Walau hari berganti hari, tapi tidak hati ini.. rasa hati ini tidak pernah terganti..

~saya masih seperti dulu, insan yang selalu sayangi awak seihklas hati saya walaupun awak sendiri tak tau.... :'(


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

hati terasa sangat letih........................

hari ni aku ke kecemasan hospital terdekat dengan tempat aku tinggal..penyakit asma atau lelah yang aku hidap masa kecil dulu datang balik sejak akhir-akhir ini..batuk dan takleh bernafas melanda diri..

semalam aku tak dapat tido pun..kipas takleh bukak..aku rasa kehidupan aku sekarang sangat-sangat meletihkan..dengan jadual dialisis..dengan penyakit yang makin bertambah..dengan cakap-cakap orang pada aku..membuat aku rasa hampir putus asa..mau saja aku mengalah dari bertahan teruskan hidup yang entah bila akhirnya..

tuhan,
bukan aku tak bersyukur dengan apa yang Engkau anugerahkan padaku..tapi kadangkala diri ini tak mampu untuk menerima ujiandariMu..aku hanya lah hamba yang kerdil yang hidup dan masih lagi mampu bertahan kerana izinMu...

apa jua yang aku lalui dalam hidup ini adalah semuanya takdir dari Mu..jika sesekali hati ini hampir putus asa..Kau kuatkan lah hati ku untuk menghadapi semua ujian dari Mu Ya Rabb....sesungguhnya dari Mu aku datang dan padaMu jua aku kembali....................

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

selamat malam awak..moga di permudahkan semuanya.....

tadi saya sms awak untuk ucap terima kasih jer sebab teman saya makan hari ni dan jaga saya semasa dialisis tadi..saya sengaja hantar lewat sikit sebab saya ingat awak dah tido..tetiba awak reply..

esok awak dah mula bercutikan..4 hari akan terasa panjang sangat untuk saya lalui tanpa melihat awak..tadi awak tetiba bagitau saya esok awak nak ke cameron dengan si dia yang tercinta dalam hidup awak.. ;)

saya tak tau nak cakap apa sebenarnya bila awak bagitau saya..saya cuma harap awak jaga diri awak baik-baik ya..awak mesti pastikan awak selamat pegi dan selamat balik ya..sebab saya nak tengok awak lagi isnin nanti..saya masih nak awak temankan saya makan lagi..

malam ni terasa lain sms dengan awak..selalu awak lah manusia yang paling tak suka mengadu..tapi malam ni awak mengadu dengan saya sikap rakan-rakan sekerja yang kadang-kadang buat awak rasa bosan..

awakjangan lah rasa bosan ya..awak boleh tahan dengan karenah saya..takkan awak takleh sabar dengan kaernah rakan sekerja awak..bukan ke awak cakap saya lagi banyak karenah..

sabtu nanti saya dialisis tanpa awak ada disisi saya..tapi saya dah janji dengan awak yang saya akan pegi dialsis dan akan habiskan 4 jam tanpa rasa sedih dan nangis sebab rindu awak ya..saya ingat lagi awak cakap " saya boleh selalu ada untuk awk..tapi tolong jangan nangis bila saya balik awal or saya bercuti"...  ;)

tadi saya cakap nanti kat cameron awak boleh tgk bunga cantik-cantik terutama rose purple..teriba awak reply mesej saya awak cakap "nanti saya belikan untuk awak rose purple dan strawberry"..awak dan saya sama-sama suka purple..suka tea ais..

masa saya tulis semua tentang awak nih..awak mesti dah lena dah..sebab esok pagi-pagi lagi awak nak drive jauh..tapi awak masih lagi pesan kat saya jangan lupa makan ubat..jangan tido lewat sangat..terima kasih awak kerana masih ambik tau pasal saya...

saya harap dapat jumpa awak lagi isnin nanti dengan izinNYA..semoga di permudahkan segala urusan awak ya..saya akan rindui awak dengan banyak............. ;)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

hati yang merindu...............



hari ni balik dari dialisis aku tertido..penat sangat tambah-tambah penyakit lelah aku datang balik..baring depan tv kat ruangtamu buat kan aku tertido..hari ni aku tak hantar satu sms pun pada dia..selalu setiap pagi aku akan hantar "selamat pagi awak"..

tapi hari ni satu sms pun aku tak hantar..masa kat center pun aku tak banyak cakap dengan dia..dia senyum aku pun hanya tersenyum..namun tanpa dia sedar dari jauh aku curi-curi pandang dia..3 kali seminggu aku pasti akan jumpa dia..

aku pun tak tau kenapa aku sayang sangat-sangat dengan dia..dia boleh buat aku menangis..tapi dia juga yang buatkan aku tersenyum..banyak sangat kenangan yang dia tinggalkan untuk aku ingat tika aku sendiri..

awak..saya tak pernah pura-pura gembira bila saya dengan awak..kegembiraan tu datang dengan sendiri..saya gembira bila awak selalu ada dekat saya..

awak...saya tak pernah lupa janji awak pada saya..awak kata "saya nak jaga awak dan sayang awak hingga awak tak lagi ada didunia"..saya akan selalu ingat janji itu walaupun awak tak mampu nak tunaikannya...

awak satu-satunya sahabat yang sangat-sangat saya sayang..hingga saya takkan apa-apa jika terpaksa menangis setiap hari pun kerana awak..kehadiran awak dalam hidup saya..berikan kesan yang sangat mendalam..dari seorang patient jer pada awak..saya sayang awak sangat-sangat...

tapi kini saya rasa seperti saya dah kehilangan awak..setiap hari saya tunggu hari sabtu,isnin dan rabu sebab saya tau saya pasti dapat jumpa awak..dapat tengok awak senyum kat saya..tiapkali awak senyum kat saya..hati saya rasa sangat-sangat gembira..tapi awak tak tau kan..

awak selalu cakap saya bila dengan nurse lain baik jer..tapi bila dengan awak silap sikit saya merajuk..awak tau tak kenapa saya mcm tu..sebab awak yang selalu manja kan saya..awak yang ajar saya merajuk dengan awak sebab saya tau mcmana saya merajuk pun..bila jumpa awak..awak akanpujuk saya sampai saya ok...

mulai esok 4 hari saya tak dapat jumpa awak..saya dah janji dengan diri saya..saya takkan sms awak..bukan kerana saya takut ego saya jatuh seperti yang awak cakap..tapi saya nak belajar hidup tanpa awak..sebab bila saya sms awak tak reply..saya jadi sedih plak..lagipun bila dalam sms awak bukan seperti awak yang saya jumpa depan mata..awak lain..cepat marah dan cepat merajuk dengan saya...

awak..ingat lagi tak masa kita balik sama-sama..dalam kereta saya suka dengar lagu..bila lagu dari KRU yang bertajuk "SAMPAI" di mainkan..awak cakap kat saya "lagu nih untuk awak.." pastu kita gelak sama-sama..

setiap kali balik sama-sama kita mesti singgah makan tempat yang sama..hinggakan pekerja kat kedai tu cakap kita couple..sedangkan saya 11 tahun lebih tua dari awak..maybe sebab dia tengok kita asyik bersama jer..
rindunya saya dengan awak..kalau awak sms saya sekarang..saya pasti akan reply..tapi takde pun..tiapkali bunyi text masuk..saya selalu harap ianya dari awak..tapi tiapkali tu jugak bukan..saya betul-betul rindu...... ;(

p/s: Terkadang, ketika kamu sangat sayangi seseorang, kamu terus membiarkan dirimu terus terluka. sayangilah dirimu juga..... ( pesanan untuk hati yang degil nih ;(


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

pelik...tapi itulah reality nya.............

hari ni aku pegi dialisis macam biasa walaupun hari tu aku cakap taknak pegi..sampai jer kat center aku nampak dia tengah tengok tv kat kaunter..bila dia nampak aku datang dia terus bangun..aku buat-buat tak pandang dia..aku ambik beg..bukak zip dan ambik stoking lalu aku pakai..

macam biasa rutin dialisis kena timbang berat dulu..dia jugak yang buat..lepas tu dia datang ambik tekanan darah aku plak..dalam hati aku cakap "apa kena mamat neh."..hari ni aku orang yang paling awal sampai center..

macam biasa lepas siap sambung semua patient kat mesin hemodialisis..nurse-nurse tu melepak kat kaunter sembang-sembang antara dorang..tapi dia tak..dah jadi rutin dia mesti bawak kerusi duduk sebelah aku..walaupun aku tak bercakap sepatah pun..dia tetap duduk kat situ..

dia tenung jer muka aku dekat-dekat..bila dan bosan tenung dia cuit tangan lah..aku buat tak tau jugak..tapi dalam hati aku cakap "kenapa dengan awk neh..bila saya ambil berat tentang awak..awak buat saya tak wujud..seperti saya yang terhegeh-hegeh nak sangat sayang awak.."

hari ni dia tanya aku nak makan apa..lapar tak..pastu dia sentuh dahi aku nak rasa panas ke tak..pastu dia tanya aku sejuk tak..sebab selalunya aku mintak selimut..tetiba dia ambik sweater dia..dia selimut aku..rasa nak nangis jer..

awak..kenapa awak macam ni..setiap kali saya taknak sedih sebab awak..awak buat saya lagi sedih..bila saya sayang sangat-sangat pada awak..awak buat tak kisah..tapi bila saya yang buat tak kisah awak dekati saya dan buat saya rasa awak sayang sangat dengan saya..awak tau tak sedihnya hati saya bila awak buat macam tu...

saya sudah pun belajar hidup tanpa awak..tanpa awak teman saya makan..tanpa ada sms dari awak..tanpa awak teman saya balik..saya cuba ikut cakap awak yang awak kata awak tak apa-apa tanpa saya..

tapi kenapa awak baik sangat pada saya tiapkali kita jumpa..awak jaga saya..ambil berat tentang diri saya..awak buat semuanya untuk saya... ;(

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Kerana Allah aku cinta padamu....


cinta bukan sekadar nama..
cinta ada di mana-mana..
cinta di hati banyak kerenahnya..
cinta datangnya dari Allah..
cinta itu banyak maknanya..
ada yg kata cinta tak bermakna..
tanpa Allah semuanya sia-sia..
cinta sukarnya dikata..
tapi walau apa pun jua..
Kita kan selalu bersama..
kalau cinta yg Allah anugerah..
akan direstui yg maha kuasa..
Berputik indahnya cinta..
namun cinta sebenarnya..
cinta di luh mahfuz kita..
terima cinta itu seadanya..
nescaya dikau kan berbahagia..
Di dunia hingga ke akhirat..
 p:s buat dia suami tercinta selamanya...............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kerana hati terlalu sayang..............

tika ini ada terlalu banyak kesedihan dalam hati..namun sedayanya aku cuba tersenyum untuk sembunyikan semua kesedihan yang ada..aku hanya biar aku saja yang merasa tanpa ada sesiapa yang tahu lara di hati ini...

genap 9 bulan aku kenal dia..banyak sangat suka duka aku kongsi dengannya..dulu kami gelak tawa bersama..menangis bersama sebab dia tak boleh bila dengar aku sedih..

kini sesedih apa pun hati ku..aku sendiri..tiada lagi dia jadi teman ketawa dan menangis..seolah-olah dia dengan dunianya dan aku dengan dunia ku..

awak..awak tau tak betapa pentingnya awak pada saya..saya menangis sebab awak..tapi saya juga boleh tersenyum kembali kerana awak..awak tautak betapa saya sayangi awak..sepenuh hati saya..saya tak ingin jadi yang terbaik sayangkan awak..saya hanya ingin jadi yang paling ikhlas sayangkan awak..

tapi sekarang awak dah menjauh dari saya..kenapa???adaakah kerana saya terlalu sayangkan awak hingga buat awak rasa sangat susah..

awak...boleh tak jika saya minta awak terus ada untuk saya..hanya selama saya ada di dunianie jer..boleh tak terus ada untuk saya...tak sayangkan saya pun tak mengapa..cukup saya tau awak ada dengan saya.......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

kenangan itu datang lagi.................

hari ni hari rajin sedunia..mula-mula aku kemas bilik..lepas tu kemas baju-baju plak..aku asingkan yang mana aku pakai kat umah..yang mana aku pakai untuk pegi dialisis dan yang mana aku pakai untuk jalan-jalan..

terasa sejuk panas plak..sah-sah aku demam nih..pantang buat keje sikit mula lah demam neh rajin nak datang menemani aku..hehehe...hari ni tak hujan..tapi matahari still takmo kuar..matahari pun agaknya demam macam aku jugak kot..

ada banyak sangat benda yang berlegar dalam kepala aku nih..macam-macam aku fikir..namun kenapa aku masih fikirkan dia..padahal dia dah cakap pun pada aku andai sayang dia buat aku rasa sangat sedih..kenapa aku nak sayang dia..kenapa aku nak sedihkan diri sendiri sedangkan dia selalu cakap "jika itu yang terbaik buat awak.saya okay jer"..

tapi aku still lagi terhegeh-hegeh nak sayang dia..nak dia teman aku..nak jumpa dia..nak tengok dia..betullah cakap orang bila kita terlalu sayangkan seseorang tanpa kita sedar kita selalu bodoh kan diri kita sendiri...

aku tak tau sampai bilaaku dapat betul-betul lupakan semua tentang dia..sebab dengan memikirkannya pun aku terasa amat-amat sedih..dia bukan lagi dia yang dulu..yang cakap dia tak boleh aku takde..dia sekarang sangat-sangat berbeza..dia seperti orang yang tiada perasaan..mungkin sebab dia tak sayangkan aku sebanyak aku sayangkan dia....hurmmm...


p/s:Awak....kenangan itu datang lagi. Berlegar-legar di minda saya.. Meskipun kini awak bukan lagi awak yang dulu..saya selalu rindukan saat itu..
Kerana dalam kenangan itu hanya ada awak dan saya....

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

saya doakan yang terbaik untuk awak.................

Aku akan BERHENTI menyayangimu dan aku akan benar-benar melepaskan semua rasa sayang yang menghuni dihatiku.. Aku hanya akan merubah diriku menjadi yang terbaik hanya Kerana ALLAH, bukan kerana sayangkan kamu... akan aku lepaskan belenggu ini, yang membuat hatiku semakin rapuh kerana sayang yang penuh dengan tanda tanya.. Kau teruskanlah perjalananmu untuk jadi yang terbaik buat SESEORANG yang ditakdirkan untukmu......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

awak....awak...asyik2 awak jer...............

Dear awak :

Bila saya nampak awak senyum, hati saya gembira.. Bila saya
nampak orang lain rapat dengan awak, hati saya sakit.. Mungkin saya CEMBURU..........

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

sebenarnya saya rindui awak... ;(

yang kita sayangi tak selamanya disisi..yang dulu mesra kini tinggal kenangan saja..saya tau..dia pun tahu..tapi buat-buat tak tahu yang saya rindu..lagipun dia tak perlu ingat saya lagi yang tiada makna pun dalam hati dan hidupnya......


 p/s: sejak saya takde lagi awak dalam hidup saya..semuanya terasa lain..maafkan saya ya kerana buat keputusan untuk belajar hidup tanpa awak..... ;)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

awak selalu di hati saya............

AIR MATA kadang-kala lebih berharga dari SENYUMAN, kerana senyuman boleh diberi kepada sesiapa sahaja, tetapi tangisan dan air mata banyak dititis hanya untuk orang TERSAYANG.....

p/s:saya tak kisah jika saya selalu menangis sebab awak..kerana selagi saya mampu menangis kerana awak..itu bermakna awak masih lagi di hati saya......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

dia yang selalu saya sayangi sampai kapan pun..........

sekarang semua yang aku tulis kat sini semuanya tentang dia..dia selalu paling atas bertahta dalam jiwa selepas insan yang aku cinta..aku suka bercerita pelbagai kisah tentang dia..dia sahabat peneman jiwa..hadirnya tika jiwa berduka..hari ni hati tertanya-tanya betul ke aku dah tak syg dia...?aku hanya terlalu manja dan takut kehilangan dia..aku takut nak bayangkan bila dia takde..bila aku sedih,nangis dan ada masalah yang aku tak boleh kongsi dgn insan tercinta..aku nak cari siapa..hanya dia yang fahami aku..yang kenal sikap aku..bukan aku saja2  nak ganggu hidup dia..bukan jugak aku saja2 nak menyusahkan dia..tapi tiapkali itu yang terlintas di fikiran..itu jugalah yang buat aku sedih..


pada awak,maaf kan saya jika hadir saya dalam hidup awak begitu menyusahkan awak..seikhlas hati saya amat sayang kan awak....awak sahabat peneman jiwa..kehadiran awak dan sayangi awak anugerah terindah dari tuhan buat saya-------- ♥

MISS YOU MORE THAN ANYTHING.................

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

saya tau awak lebih baik tanpa saya...............

Awak ,
maafkan saya sbb dh kurang beri perhatian pd awak,
saya hanya memerhati awak dari jauh ,
maafkan saya kerana dah jarang ambil tahu pasal awak ,
mungkin hati ini sudah beku,
mungkin jua hati ini semakin jauh ..

Awak ,
Bg saya mengenali awak adalah memory terindah utk saya ,
Allah telah temukan kita ,
semakin saya menidakkan kehadiran awak ,
semakin awak hadir dalam hidup saya ..

Awak ,
Biarlah saya begini ,
Allah lebih tahu
apa sahaja yg akan terjadi ,
Hanya Allah yg tahu perasaan saya ,
Saya tahu saya tidak bererti lgsg pd awak,
Saya doakan awak akan bahagia dan terus bahagia ,
walaupun tanpa diri saya ...... ;)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

surat dari hati saya untuk awak............

Awak, saya tak tau kenapa saya nak tulis benda ni. Saya nak awak baca, saya nak awak tahu. Saya nak awak faham. Awak, semenjak awak hadir dalam hidup saya. Saya rasa awak lah pelita
hidup kelam saya selama ini. Kehadiran awak buat saya bersemangat, rasa bahagia, rasa gembira. Terima kasih awak..

Awak, awak ada di saat saya suka dan duka. Awak selalu berikan senyuman awak untuk saya tersenyum. Semakin hari saya makin kenal awak. Dan semakin hari saya semakin sayang awak. Kalau suatu hari nanti saya tiada, awak jaga diri baik-baik ye. Awak jangan cari-cari saya ye. Awak lupakan je saya. Saya tak nak awak risau.

Awak, kalau saya ada buat salah, saya nak mintak maaf banyak-banyak dengan awak. Terkasar bahasa, buat hati awak sakit. Awak maafkan saya ya. Awak, terima kasih sebab sudi jadi kawan saya.. Terima kasih banyak-banyak awak. ;)

Saya SAYANG dan RINDUKAN awak sangat-sangat..

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

terima kasih awak ;).............

seperti mimpi awak hadir dalam hidup saya..awak bagi saya kekuatan yang hidup ini perlu saya teruskan walau sepayah apa pun..awak selalu bagi saya senyuman awak untuk buat saya tersenyum..hari ini seperti mimpi juga saya dah takde awak dalam hidup saya..rupanya DIA pinjam kan awak sekejap jer untuk singgah di hati saya..walau seketika cuma..awak akan selamanya saya kenang di hati saya....

p/s: terima kasih untuk semua kenangan yang awak tinggalkan untuk saya kenang..sekurang-kurangnya saya boleh tersenyum saat ingat semua kenangan terindah bersama awak... ;)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

yang di tinggalkan itu lebih sepi dari yang pergi.....

Kalau awak sedih saya pun akan turut sedih,
Saya selalu ada walaupun awak tak nampak,
Dan saya harap awak dapat rasa,
Kalau awak gembira saya pun akan gembira,
Tapi kalau satu hari nanti awak dah mula lupakan saya,
Saya tak boleh buat apa apa,
Saya nak awak tahu yang saya tetap ingatkan awak,
Setiap detik setiap masa,
Saya nak awak tahu saya rindu awak sangat..



 TANGAN akan berhenti menulis apabila ia terlalu penat tapi HATI takkan berhenti mengingati selagi jantung masih berdegup...

p/s: saya akan selalu rindui awak selagi saya masih ada di dunia..hari ni keje dengan jayanya ya awak..moga di permudahkan semuanya.... ;)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

aku dan kehidupan ini.........

Saat kita menempuhi onak duri dunia...
Derita sekali sekala mencuit hati, hati remuk menangis tidak henti, kesedihan terus menerus bersemadi dasar hati, ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi...
Dalam terharu...
Air mata tertumpah juga, kesedihan mula dirasa.
Wahai hamba ilahi...
Begitulah kehidupan didunia, kita tidak akan sesekali dapat menjangka, apa yang Allah aturkan untuk kita.
Adakalanya kita tersangat gembira...
Adakalanya kita tersangat kecewa... Namun...
Jangan risau manusia, Allah itu Tuhan kita.
Tuhan yang maha luas kasih sayangNya...
Percayalah..
Allah tidak akan menduga hambaNya, kecuali untuk melihat hambaNya...
Tersenyum disana... Tertawa disana...
Berbahagia disana... InsyaAllah disyurga, yang mengalir dibawahnya, sungai sungai yang mendamaikan jiwa :)  



hari ni tetiba ada kesedihan menghuni hati..ntah kenapa dengan hati ini..namun tetap aku gagahi jua untuk tersenyum kerna aku tau yang hidup ini sesedih apa pun cukup aku dan tuhan ku jer yang tahu... ;)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

yang selalu saya rindu......

dah lama tak updates apa2 kat sini..masa tak mengizinkan untuk hati berbicara..hidup terlalu sukar untuk di teruskan..namun aku tetap jalaninya dengan seikhlasnya..sejak semalam hati merasa sangat-sangat sedih dan airmata selalu temani malam dan hari ku..

hati merindui seseorang yang selalu ada disisi..tapi kini telah menjauh pergi..mungkin silapnya datang dari diri ini..aku agaknya terlalu ngada-ngada dengan nya hingga menimbulkan salah faham antara kami..

awak..kini awak bukan lagi teman makan saya..teman hantar saya balik..teman sms saya..malah awak telah menjau dari saya..tahukah awak yang awak telah sakiti saya..awak pergi dengan janji yang awak ingkari..awak janji nak jaga saya selamanya..tapi kini saya masih ada dan awak yang tiada..

tahukah awak sedihnya saya..kerana sayang dalam hati saya pada awak tak pernah padam..saya pernah cakap pada awak..saya akan selalu sayang awak selagi saya mampu bernafas..awak..maafkan saya ya jika betul saya yang buat awak menjauh...jika awak baca isihati saya ini..saya nak awak tau saya selalu rindui awak.....................

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "