assalamualaikum ku hulurkan tanda persahabatan...coretan ku mungkin tak sehebat kata2 pujangga..bahasa ku mungkin tak seindah bait2 dalam puisi cinta..aku hanya wanita biasa yang simple dan tiada lebihnya..yang banyak kekurangan jua..disini aku sekadar ingin titipkan satu kisah biasa..mungkin kisah ini ada kena mengena dgn dia,kamu,mahupun mereka..jika ada tersilap bicara harap maafkan saja..selagi aku hanya manusia biasa..pasti ada tersilap kata dan terlanjur bicara...
indahnya dunia ciptaan yang esa ini..begitu kerdil aku di bandingkan dgn semua..aku bukan siapa2..aku jugak hanya menumpang sementara di bumi tuhan yang indah ini...selama hidup berbagai dugaan aku lalui..adakala aku tersenyum gembira..ada kala hati ku juga duka lara..ada kala juga airmata temani saat dan ketika..itu semua adat dunia..takde manusia yang hidup hanya merasa gembira saja..tidak lengkap lah hidupnya..kita perlu merasa semua..supaya kita boleh beza yang mana suka dan yang mana duka...
kita diciptakan dgn rupa yang berbeza-beza tapi pada satu nama iaitu MANUSIA... walau kaya harta,walau cantik rupa,walau tinggi pangkatnya..walau buruk rupa..walau tiada harta dan walau rendah darjatnya kita semua adalah manusia...tapi kkdg kita terleka dgn harta dunia..dgn permainan dunia...kita lupa kita siapa..kita rasa kita lah yang paling hebat dan tiada tandinganya..
aku pernah jumpa orang begitu..bagi dia siapalah aku..terlalu kecil jika ingin di bandingkan dgn nya..dan aku selalu ingatkan diriku yang aku tak layak bergandingan dengan sesiapa jua..bukan rendah diri bila ku begitu..tapi aku tak mahu terlupa aku siapa...aku terima apa adanya diriku...
aku terima apa adanya aku..mungkin tiada apa yang istimewa..namun aku selalu bersyukur apa adanya..begini aku di cipta..beginilah yang aku terima...bila aku menangis bukan kerana aku lemah..mungkin kerana hati ku luka..maklumlah nama pun manusia biasa..bila merasa sakit maka nangis ia..
namun aku merasa lebih sakit dari yang semua rasa...kerana aku tak punya apa2..tapi aku tetap gembira lahir ke duniadan punyai keluarga yang bahagia..mungkin aku sedikit berbeza dari mereka..tapi aku tau kasih dan sayang itu tidak akan membezakan semua itu..berbezanya diriku kerana aku punya cita-cita..namun tak mampu aku gapainya..aku punya impian..namun mungkin impian itu hanya akan tinggal kenangan...tapi aku masih mampu tersenyum dan tertawa...
bagi ku hidup yang ada mungkin takkan lama...tiba saat dan ketika berlalu jua...selagi masa masih ada aku ingin selalu gembira disamping dia,kamu dan mereka...mungkin senyumku kkdg tiada ikhlasnya..hanya untuk menutupi sesuatu rahsia..kadangkala senyum pura-pura ada baiknya...mungkin senyum itu bisa mengubat hati2 yang luka diluar sana..
bagi ku simpan jauh2 kesedihan didalam hati..jangan bagi sesiapa tahu sepaya tiada yang simpati padaku..simpati membuat ku lemah..simpati membuat hati ku gundah..jika sayang diriku..terima aku apa adanya aku..jangan simpati mengharap aku jadi lebih dari yang aku mampu....
pada semua yang aku sayangi..ucapan terima kasih takkan bisa membalas kasih sayang itu...pada yang ku cintai..maaf jika aku tiada sempurna bagimu dan kau mampu menerima aku kala ini...jadikan aku suri hatimu dan temani aku hingga ke akhir hayatku..pada kamu yang aku kasihi...ketawamu adalah senyumku dan kata-katamu adalah semangatku...
adanya kamu aku ingin hidup 100 tahun lagi walau aku tahu aku tak mampu...kau beriku harapan walapun kau tau kenyataan amat menyakitkan..dikala ini..disaat ini aku bersyukur dgn persahabatan yang kau berikan..kau bukan saja sahabat dihatiku...kau mebuat senyum masih mampu terukir dibibirku...
siapa kamu biarlah hanya aku yang tahu...biar jadi rahsia..biar jadi tanda tanya...jika kamu kenal hati ku..kamu tahu siapa kamu yang menjadi teman dikala sedih ku...
qaseh harlina namaku..tiada cantik rupa..tiada buruk bahasa.................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan