Aku tertanya-tanya di dalam hati,Manusia jenis apakah aku ini?Sudah tahu jiwa kosong,Sudah tahu hati sunyi,Sudah tahu sendiri-sendiri itu sepi,Tapi..Bila ada yang ingin mendekati,Aku mula jauh berlari-lari,Bila ada yang ingin memiliki,Perasaan ku mula berbelah bahagi,Jika boleh..Ingin aku hanya berdiam diri,Perasaan orang tak ingin aku sakiti,Tak ingin aku lukai walaupun hanya sipi-sipi,Kerana aku tahu bagaimana rasanya jika terluka hati,Sakitnya tak terperi,Kesannya pula berhari-hari,Mungkin juga sampai mati,Namun..Mahu atau tidak, jawapan tetap harusku beri,Maka dengan berat hati dan penuh hati-hati,Ku suarakan jua rasa hati,Tulus ikhlas dari hati,jangan sesekali kau cuba sakiti hati ku lagi----------- ♥
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan