RINDU YANG TAK PERNAH HABIS

   ku titipkan tinta ini buat dia
   insan peneman jiwa yang kini jauh di mata
   namun selalu ada dalam jiwa
   setiap saat,setiap ketika hanya dia yang bertahta di hati
   hanya dia yang menghuni jiwa kecil ini
   5 tahun aku bertahan layarkan bahtera denganmu
   susah mahupun senang..sedih mahupun suka
   sihat mahupun sakit..hatiku..jiwaku hanya ada kamu
   sejauh mana kaki melangkah
   kau selalu ku bawa bersama
   kerana kau selalu ada dalam jiwa
   sedihku..tangisku..semua tertitis hanya kerana merinduimu
   jika di takdirkan aku "pergi"
   biarlah ketika itu aku disisimu
   hidup dan matiku..aku hanya ingin bersama denganmu
   duhai insan peneman jiwaku
   taukah kau saat ini hati terlalu rindu
   hingga berjuta sendu singgah di hatiku
   jika tinta ini terbaca olehmu
   moga kau tahu betapa hati ini merindui dirimu
   kau yang terindah pernah aku miliki
   kau paling bermakna pernah aku temui
   kau cinta sejati yang wujud dalam jiwa ini
   kau hanya satu yang selamanya aku cintai
   walau musim berganti..walau tahun berlalu
   mencintaimu tak pernah aku jemu
   setiap saat kau ku tunggu
   berbulan..bertahun menanti
   tak pernah terasa lelah di hati
   jatuh..rebah..lalu ku kuatkan dan ku bangun hanya untukmu
   kau adalah jantungku
   kau adalah jiwaku
   kau adalah hatiku
   kau adalah nafasku
   moga tuhan sentiasa memberkatinya
   moga kau dan aku selalu berada di bawah rahmatnya..
   duhai peneman jiwa..ku titpkan bicara ini buat mu
   bicara yang datang dari jiwaku
   yang saat ini begitu rindu akan dirimu------------------
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan