Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga didalam golongan yang sentiasa memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.
WARKAH BUAT DIA SUAMIKU
Ini warkah cinta saya untuk suami. Warkah cinta seorang isteri yang
banyak membantah, bertelingkah perkara-perkara remeh, merajuk tak kira
masa dan merungut tak semena-mena. Saya isteri degil yang menyintai
suaminya seluruh jiwa raga walau bibirnya becok dengan bebelan dan
leteran. Buat suami yang tidak pernah jemu melayan karenah saya, menahan
amarah melihat rajuk saya dan ketawa dengan keletah saya, saya doakan
semoga Allah merahmati setiap perkara yang dia lakukan. Menjaga dia
setiap masa dan dimana jua dia berada. Permudahkan urusannya dan
tunaikanlah setiap keinginannya. Dan akhir sekali Ya Allah, bantulah aku
dalam merubah diri menjadi isteri yang terbaik kepada hambamu yang
namaMu tidak pernah lekang dari bibirnya, yang tujuan hidupnya untuk
memperjuangkan agamaMu dan setiap langkkahnya mahu memanggil manusia
lain ke jalanMu-suamiku.
Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga didalam golongan yang sentiasa memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "
Semoga Allah menempatkan saya dan keluarga didalam golongan yang sentiasa memperjuangkan agamaNya. Yang sentiasa mencari keredhaanNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan