tetiba timbul kesayuan dalam hati..bila agaknya aku dapat pakai baju tu walau sekali seumur hidup ku..
boleh ke?atau sampai bila2 pun tak mungkin aku akan dapat pakainya..
aku jugak terbaca kawan fb ku tak sabar tunggu tarikh bersalinnya..
dapat anak kembar pulak tuh..lagi lah hati sayu..bila agaknya aku dapat rasa semua perasaan itu..
atau aku takkan pernah dapat mendengar seorang anak memanggil ku "umi"..
hanya tuhan yang ada jawapannya...pernah aku bertanya pada doktor..
'doktor saya nak mengandung boleh?"
jawab doktor "boleh,tapi bila di sah kan mengandung jer awak kena masuk wad,kena tinggal sana sampai awak melahirkan"
termenung aku sejenak..lalu ku bertanya pada suami ku..
"abg,boleh syg nak mengandung?"
kata suami ku... "kalau sampai nak kena duduk hospital sampai bersalin..sampai kena tahan sakit semua..tak payah lah syg.."
begitu juga kata kuarga ku..tapi jauh disudut hati aku ingin sekali merasa mcmana ada benih cinta antara aku dan suami ku memnesar dan hidup dalam badan ku..mak aku selalu cakap pada adik-adik aku..
"kalau kak liya korang ada anak mesti comel-comel.."
bila balik rumah mertua ku..bila ada kenduri semua saudara bertanya bila aku nak ada baby..dah 6 tahun kawin tapi takde baby lagi..yang kawin sekali dengan tarikh aku kawin dah ada anak 2,3 orang dah..terasa juga sedih hati ku..tapi aku diamkan saja..kerana tak siapa tahu apa yang aku tanggung..
tak siapa tahu sedihnya hati ku bila diri tidak dapat jadi isteri yang sempurna pada suami tercinta..betapa hancur luluh hati ku bila tidak dapat merasa panggilan ibu..
doktor kata aku nak jaga diri aku sendiri pun tak larat..apatah nak jaga oranglain..diri aku pun asyik susahkan suamiku,kuargaku dan kawan-kawanku..
"ya Allah bukan aku mengeluh dengan takdir mu..
hanya luahan hati sekadar melepaskan kesayuan di hati..
ku terima sakit ku yang kau anugerahkan padaku seikhlas hatiku..
kerana aku hanya hamba..tidak pantas untuk melawan takdirmu.."
sakitku..sedihku..semuanya ku terima semampu aku..walau jantung ini lemah degupan rentaknya..namun selagi jantung ini mampu berdetak..aku takkan pernah menyesal di lahirkan dengan semua kekurangan yang Engkau berikan..sesungguhnya aku bersyukur di beri peluang melihat dunia indah ciptaanMu Ya Rabbi................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan