aku selalu sedar diri aku siapa..tak pernah sekali pun aku lupa diri..aku tahu apa yang aku ada dan apa yang aku takde..setiap hari aku tak pernah lupa siapa aku..hari ni aku terlalu sedih..dalam hidup aku memang aku selalu sedih..tapi tahun 2011 ni terlalu banyak buat aku sedih..ada yang buat aku sedih sampai aku jatuh terduduk..tuhanku..aku redha dengan apa jua dugaanmu..pada suami ku pula..tak perlu kau ingatkan diri ini betapa kurangnya aku..kerana setiap hari aku tak pernah lupa..pada suami ku juga...hidup aku mungkin tak lama..aku hanya ingin minta cintailah aku dengan seadanya..
kerana dari dulu lagi kau tahu aku tak sempurna..aku tahu takde cinta sejati untuk insan seperti aku..kalau ada pun hanya dalam kisah dongeng jer..tapi selagi nafas mampu ku hela..satu jer yang aku minta..jujur lah cintai aku..bila aku dah takde..lupa aku selamanya pun tak mengapa..
maaf jika aku betul2 tak sempurna..bukan diri ini minta..tapi semuanya anugerah tuhan maha kuasa..jika hidup mu sunyi kerana diriku tak mampu berikan apa2..aku minta maaf setulusnya..aku boleh izinkan jika ada cinta lain mengetuk pintu hati mu..namun jauh disudut hati..hati ini terlalu rapuh untuk menerima itu..hanya yang mampu aku minta..cintai lah aku dengan seadanya selagi aku masih bernyawa..............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan