APA ITU CINTA



pagi-pagi macam ni aku suka baca status kawan-kawan kat fb..orang kata panaskah badan sebelum aku mula buat sesuatu keje..kebanyakkan status semua orang adalah pasal cinta..hebat cinta kan hingga semua orang bercakap tentangnya..ada yang gembira dengan cinta..tak kurang jugak yang bercerita tentang hati yang kecewa..

cinta ni kan boleh buat kita manusia rasa pelbagai rasa..kita boleh rasa gembira dan tersenyum dengan cinta..tapi kita jugak boleh rasa sedih lalu menangis dan terluka juga dengan cinta..tak semua cinta itu membawa bahagia..tapi sebenarnya apakah itu cinta..terlalu banyak pendapat tentang cinta..dan pendapat nya pula berbeza-beza..terpulang pada diri kita untuk menilai cinta itu bagaimana..

namun terlalu ramai yang kata cinta itu buta..tambah-tambah kalau yang tengah kecewa..yang tengah bahagia pula mengatakan yang cinta itu indah..bagi aku tu susah nak di tafsir kan..apatah lagi aku bukannya pujangga dan penulis novel cinta..jadi apalah yang aku tahu tentang cinta ni..

cuma cinta bagi aku adalah ketika kita cintai seseorang tanpa sebab kenapa kita cintainya..dan bila kita cintainya..kita cintainya dengan hati..bukan dengan mata,telinga atau bibir..kerana cinta tak perlukan semua tu..cinta hanya perlukan rasa..cinta dalam hidup aku adalah cinta aku pada suamiku..dia lah pelengkap kekurangan diri ku...............
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan