SAKITNYA CINTA



bingkisan ini buat seseorang yang dah lama tiada disisi
telah lama berkubur di hati
hanya belum luput dalam ingatan
mungkin satu hari nanti dalam ingatan jua akan hilang

masih ku ingat kau dan aku pernah menangis kerana cinta
itu tak mengapa..tak menjadi satu dosa
kerana itu sebahagian dari fitrah dunia
aku harap jangan lah itu mematikan hati kita
memadamkan hati kita
teruskan lah bercinta
kerana cinta itu indah sebenarnya

jangan sekali-kali berprasangka buruk pada-Nya
setiap yang tuhan tentukan pasti ada hikmahnya
mungkin jodoh kita telah tiada
walaupun hati kita sejiwa
kini kau tetap tinggal dalam ingatanku
walau tidak lagi di hatiku
cinta ku telah dimiliki
namun ku tahu kau masih sendiri
moga ada cinta sejati yang bakal menghuni hatimu..........
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan