hati yang merindu...............



hari ni balik dari dialisis aku tertido..penat sangat tambah-tambah penyakit lelah aku datang balik..baring depan tv kat ruangtamu buat kan aku tertido..hari ni aku tak hantar satu sms pun pada dia..selalu setiap pagi aku akan hantar "selamat pagi awak"..

tapi hari ni satu sms pun aku tak hantar..masa kat center pun aku tak banyak cakap dengan dia..dia senyum aku pun hanya tersenyum..namun tanpa dia sedar dari jauh aku curi-curi pandang dia..3 kali seminggu aku pasti akan jumpa dia..

aku pun tak tau kenapa aku sayang sangat-sangat dengan dia..dia boleh buat aku menangis..tapi dia juga yang buatkan aku tersenyum..banyak sangat kenangan yang dia tinggalkan untuk aku ingat tika aku sendiri..

awak..saya tak pernah pura-pura gembira bila saya dengan awak..kegembiraan tu datang dengan sendiri..saya gembira bila awak selalu ada dekat saya..

awak...saya tak pernah lupa janji awak pada saya..awak kata "saya nak jaga awak dan sayang awak hingga awak tak lagi ada didunia"..saya akan selalu ingat janji itu walaupun awak tak mampu nak tunaikannya...

awak satu-satunya sahabat yang sangat-sangat saya sayang..hingga saya takkan apa-apa jika terpaksa menangis setiap hari pun kerana awak..kehadiran awak dalam hidup saya..berikan kesan yang sangat mendalam..dari seorang patient jer pada awak..saya sayang awak sangat-sangat...

tapi kini saya rasa seperti saya dah kehilangan awak..setiap hari saya tunggu hari sabtu,isnin dan rabu sebab saya tau saya pasti dapat jumpa awak..dapat tengok awak senyum kat saya..tiapkali awak senyum kat saya..hati saya rasa sangat-sangat gembira..tapi awak tak tau kan..

awak selalu cakap saya bila dengan nurse lain baik jer..tapi bila dengan awak silap sikit saya merajuk..awak tau tak kenapa saya mcm tu..sebab awak yang selalu manja kan saya..awak yang ajar saya merajuk dengan awak sebab saya tau mcmana saya merajuk pun..bila jumpa awak..awak akanpujuk saya sampai saya ok...

mulai esok 4 hari saya tak dapat jumpa awak..saya dah janji dengan diri saya..saya takkan sms awak..bukan kerana saya takut ego saya jatuh seperti yang awak cakap..tapi saya nak belajar hidup tanpa awak..sebab bila saya sms awak tak reply..saya jadi sedih plak..lagipun bila dalam sms awak bukan seperti awak yang saya jumpa depan mata..awak lain..cepat marah dan cepat merajuk dengan saya...

awak..ingat lagi tak masa kita balik sama-sama..dalam kereta saya suka dengar lagu..bila lagu dari KRU yang bertajuk "SAMPAI" di mainkan..awak cakap kat saya "lagu nih untuk awak.." pastu kita gelak sama-sama..

setiap kali balik sama-sama kita mesti singgah makan tempat yang sama..hinggakan pekerja kat kedai tu cakap kita couple..sedangkan saya 11 tahun lebih tua dari awak..maybe sebab dia tengok kita asyik bersama jer..
rindunya saya dengan awak..kalau awak sms saya sekarang..saya pasti akan reply..tapi takde pun..tiapkali bunyi text masuk..saya selalu harap ianya dari awak..tapi tiapkali tu jugak bukan..saya betul-betul rindu...... ;(

p/s: Terkadang, ketika kamu sangat sayangi seseorang, kamu terus membiarkan dirimu terus terluka. sayangilah dirimu juga..... ( pesanan untuk hati yang degil nih ;(


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan