dimana kesempurnaan.....

Dalam hidup ini, aku mungkin bukan yang sempurna.
Banyak luka yang terpaksa aku lalui,
dan ada di antara luka itu yang meninggalkan parut.
Namun aku selalu bangga dengan diri yang selalu mahu belajar dari kesilapan lalu,
Cuba mengutip tiap butiran hikmah di balik semua kekalutan, ketakutan, dan kegelapan.
Bangga yang lahir dari rasa syukur.
Kerana aku tahu, DIAlah yang sentiasa menghadirkan kekuatan.
DIA berikan ujian demi ujian untuk melahirkan watak seorang wanita yang tabah, kuat jiwa.
Kerana hidup tak seindah sentuhan mata.
Kerana luka, aku menghisab diri, merenung indahnya ciptaan DIA,
menginsafi lemahnya makhluk tanpa KHALIQnya......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan