awak...saya sahabat selamanya.....

Kalau kita berkawan dengan orang, kita gembira bersama dengan dia, berkawan lah dengan ikhlas tanpa ada niat tersembunyi untuk menjadi lebih dari seorang kawan. Kadang kala seseorang itu memang tercipta untuk menjadi seorang sahabat kita walau semesra mana kita apabila bersama dengannya. Tidak semua orang yang kita selesa dengannya mampu menjadi kekasih kita. Persahabatan lebih indah dari percintaan. Kerana walau seteruk mana kita bertengkar dgn sahabat kita, tetap akan berbaik seperti biasa nanti. Tetapi jika kita bergaduh dengan kekasih kita yg pada asalnya seorang sahabat yang kita selesa bersamanya, mustahil percintaan itu oleh bertukar menjadi sahabat semesra sebelum ini. Persahabatan sering bertukar menjadi percintaan tetapi percintaan jarang boleh bertukar menjadi sahabat.Persahabatan itu indah, jangan kita cemarinya dengan perasaan ingin sangat memiliki itu sebab bila dah bercinta kebiasaannya sikap dan emosi pasti turut berubah...........

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan