awak masih lagi wujud dalam fikiran saya....

titipan hati buat seorang sahabat yang amat hati ini sayangi "encik awak"

Dulu kita bagaikan merpati dua sejoli,
di mana ada saya pasti jua di situ ada awak,
hubungan kita terlalu akrab bagai isi dengan kuku,
pernah ada yang cemburu,
cemburu melihat kemesraan kita bersama,
tapi itu bukan penghalang untuk kita terus menikmati nikmat persahabatan,

hari berganti hari,
persahabatan kita kian meningkat usianya..
entah di mana silapnya,
mungkin saya sering menjadi punca kita berbalah,
mungkin saya bukan sahabat yang sempurna,
tapi bagi diri ini,
persahabatan kita tiada apa yang kurangnya,
masih sama,
masih indah dan mekar seperti biasa,

setiap kali saya cuba menimbulkan kemesraan antara kita,
cuba menghangatkan kembali persahabatn yang kian hambar,
namun awak seolah-olah tidak pernah menghargainya..
apa lagi yang harus saya lakukan untuk memuaskan hati awak?
saya tahu saya bukan sahabat yang sering bersama awak,
tapi saya adalah sahabat yang pasti mendokan awak di kejauhan itu.

hari ini saya melepaskan awak dari hidup saya bukan kerana hati sudah tak sayang lagi..tapi saya ingin awak bahagia,tersenyum macam dulu,dan ini jer yang mampu saya lakukan yang terbaik buat awak..hidup dengan baik ya..janji dengan saya... :)

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan