pagi ni terasa sunyi jer..semua orang busy dengan hal masing2..
aku plak tetiba terasa nak mengadap komputer hari ni..
semua keje telah siap aku lakukan..terasa bosan pula..
nak tengok tv pun astro biasalah asyik2 cerita yang sama jer.
naik jemu juga mata ini melihatnya...
hari ni hari ke tiga dia kursus..hati ini masih terlalu rindu..
rindu yang teramat rindu..namun jauh disuut hati ada satu suara berbisik..
hanya akukah yang merinduinya atau dia juga rinduiku sepertimana aku rinduinya..
namun tiada jawapan bermain di benak ku..
tetiba terasa sayu bila terfikirkan semua itu..
mungkin betul hanya aku sekarang yang merindu..
mungkin dalam hatinya tiada sedikit rindu..
kerana tiada khabar berita..
setiap hari aku menunggu panggilannya..
namun hati hampa...
Tuhanku,
jika hanya aku yang merindu..
kau kuatkan lah hati ini untuk terus merinduinya
meski rindu itu tidak ku tahu terbalas atau tidak
kata orang jika kita mencintai seseorang
jangan harap dia mencintai kita
kerana cinta bukan untuk meminta
tetapi untuk memberi...................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan