bila orang baca status kat Fb aku..post2 kat bloh aku
aku selalu bercerita tentang suami aku..
satu hari ada seseorang berkata padaku
yang nampak sangat aku terlalu mencintai suami ku..
memang aku terlalu mencintainya..jika tuhan izinkan
aku ingin habiskan sisa hidup yang ada disampingnya
hingga helaan nafas yang terakhir..
aku bahagia bila aku ada dia
walaupun kekadang dia umpama ada di dalam tiada..
walaupun kekadang dia selalu buat aku mcm tak bermakna
buat mcm aku tak wujud dalam hidup dia
aku tetap cinta dia..bagi aku dia semangat dan hanya dia
yang mampu buat aku tersenyum dan ketawa
dan dia juga lah yang selalu buat aku berduka
lalu menitiskan airmata
ada kawan-kawan yang cakap aku bodoh
kerana terlalu cintai seorang suami yang aku tahu
aku ada atau tiada mungkin tiada makna padanya
namun aku tetap kuatkan hatiku juga
aku yakin satu hari nanti dia akan tau
yang betapa bermaknanya aku pada dia
walaupun masa tu aku dah takde
sekurang-kurangnya kenangan antara kami tetap ada
bukan kan tempat seorang isteri disisi suaminya
samada dia bermakna atau tidak pada seorang suami
lsteri itu tetap perlu taati suaminya kan..
dia tak pernah cakap dia sayangkan aku
tapi bila aku sakit dia jaga aku
bila aku marah-marah dia diam jer
selama aku kawin dengan dia dah 7 tahun dia tak pernah tengking aku
usahkan cubit aku..
bagi aku dia suami yang sangat baik
mungkin dia tak pandai nak luahkan sayangnya
dan buat aku terasa yang aku tak bermakna
pada suami ku maaf jika sayang merasa begitu
jauh disudut hati..sayang bersyukur punya abg
sebagai suami..................
last post untuk hari ni..hati ini terasa sangat2 mendung
jadi sebelum hati ini hujan..aku undur diri dahulu
insyallah panjang umur jumpa lagi..................sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan