bicara buat suamiku

tuhan,
hijaukan watan nuraniku
sisihkan dari segala debu resahku
aku ingin senantiasa ceria
menghirup angin bahagia bersama kekasihku
tuhan,
jernihkan lah senantiasa cintaku
semarakkan selalu unggun kasihku
leraikan segala rinduku
tuhan,
berikan aku kudrat
menyusur persisiran kasih abadi
memikul cinta terus melangkah jauh
di dalam cahaya bersama dia
pujaan hati,peneman jiwa
tuhan,
hanya padaMU ku mohon sejuta kasih
makmurkan persada hayatku
taburkan bunga cintaku
teguhkan cintaku dengan cintanya
moga jodoh kami hingga ke akhirnya
jika kami terpisah di dunia
temukan kami di alam nyata
kerana dia kekasih tercinta
kerana dia suamiku,buah hatiku
abadikan segalanya hingga ke akhirnya
buat suami tercintaku
kau cinta pertama dan terakhirku

cInTa
bukan untuk dikejar
juga bukan untuk dicari...
cInTa
juga tidak mengejar
dan tidak mencari...
Bila ada getar di hati
di situlah ada cInTa
yang telah tertulis sejak azali...-------- ♥

Tuhan,
Gerak
Tangis
Ratap dan bicaraku
Kadang tak semurni
Apa yang kuikrar padaMu
Seandainya hatiku hancur
Kerana merindu
Kujunjung terus
perintahMu
Tuhanku----------- ♥



kata seseorang yang pernah aku kenali suatu ketika dulu..
mengembara dari dunia lain ke satu alam yang lain pun..tidak akan menggembirakan hatimu..jika kesedihan itu terus kau bawa bersama dalam hidupmu......

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan