bila hati,diri dan jiwa berbicara

mata masih segar lagi..takde tanda-tanda nak tido..biasalah aku dah biasa mcm ni..susah nak ku pejamkan mata..mungkin keadaan malam ni yang agak panas..tadi hujan sekejap je..tapi sempat sejukkan hatiku yang sesekali dilanda resah memikirkan sesuatu..ntah apa yang akal fikir pun hati tak tau..hati tertanya-tanya apa yang berlegar-legar di minda..bagai ada satu beban yang berat..yang buat akal kkdg buntu..

banyak dugaan kebelakangan ni..kkdg hati tak cukup kuat nak hadapi..tapi bila diri ingat kata-kata dia yang apa pun yang terjadi..harus hadapi dengan jujur hati dan senyuman manis dibibir..diri kuatkan juga hati ini..walau sesekali ada airmata membasahi pipi..namun diri dah tak macam dulu..dah makin tau mcmana nak pujuk jiwa yang sendu..kalau dulu diri perlukan tempat mengadu..tapi sekarang diri sudah mampu hadapi sendiri..

lagipun tak selamanya kena bergantung pada orang untuk tenangkan hati..ketenangan akan ada bila kesabaran ada..sekarang alhamdulillah banyak kesabaran ada dalam diri..tak lagi mcm dulu..kalau dulu sentap je nak mengamuk..sekarang apa yang berlaku pun diri cuba seadanya diam dan hadapi dengan tenang..bukan bila diri diam tandanya diri pengecut..tapi apa guna bertikam kata disini..semuanya sia-sia..manusia ni makin kita layan..makin dia akan menjadi-jadi..

jika diri mampu diam..diri akan terus diam..biar apa orang nak kata..semua tu takkan jadi kudis pun buat diri..kerana siapa mereka untuk menilai diri ini..baik ke,buruk ke diri..cukuplah tuhan yang satu menilainya bila diri kembali menemui dia..ada kesayuan dalam diri..tapi semampunya diri cuba sembunyikan..namun hati tetap mengerti..maklumlah hatikan berada dalam diri dan hati dapat merasa apa yang diri rasa..hati ada bertanya pada diri knp bagai berduka..namun kata diri wahai hati yang amat diri hormati..tanya lah pada jiwa..kerana duka ini bermula bila jiwa teluka..

jiwa yang mendengar hanya tersenyum saja..kemudian berkata..aku terluka kerana ada kesakitan padamu duhai hati..tidakkah kau sedari..hati sendiri tak sedar yang ada tangis sendu di dalamnya..mungkin kerana terlalu ingin menjaga hati-hati yang lain..hati sendiri terlupa yang dia merana..kerana terlampau sakit..hingga hilang segala rasa..

hati berkata..duhai jiwa..jangan lah kau gundah..kerana aku sedikit pun tidak merasa sakitnya..kerana aku sudah hancur luluh tiada bisa bercantum lagi..kau jaga lah diri baik-baik wahai jiwa yang gundah..jangan kau biarkan diri sayu dan lupa yang tuhan itu selalu ada untuknya..dan kau jagalah jiwa mu dari rasa marah,rasa gundah..biar bibir pula bisa tersenyum seikhlasnya...................


" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan