INILAH AKU LAST PART..................

balik umah mlm tu mcm2 mak aku  soal aku pasal kuarga hubby..setelah dengar dari mulut abg aku..mak dan ayah aku cakap "cari oranglain lah"..terkejut beruk aku..dalam hati aku sedih sesangat kerana jauh disudut hati aku telah jatuh cinta pada lelaki itu sejak dia mula panggil aku sayang..

esoknya aku call hubby suruh datang rumah..hubby cakap nak datang..tapi tunggu punya tunggu hubby aku tak datang..lagi mengamuk orang tua aku..mak aku kata nampak sangat tak boleh buat suami..menangis aku call hubby aku..aku tanya dia betul-betl syg kan aku ke..kalau sygkan aku knp dia tak datang..hubby aku kata dia ada masalah yang tak dapat dielakkan..

esoknya hubby aku datang..tapi takde sapa pun tegur dia..hubby aku tetap datang jugak walau hanya aku jer yang bercakap dengan dia..aku rasa sedih dan kesian tgk hubby aku yang tiada siapa pedulikan dia..hubby aku kata takpe..orangtua kita tetap kena hormat..biar apa pun dia lakukan pada kita..

setelah bercuti di kampung selama seminggu..hubby aku ingin pulang ke johor..kerana dia keje dijohor..sebelum pegi dia datang jumpa aku..dia kata mcmana pun abg tetap akan kawin dgn syg..dan aku percaya kata-katanya..kami berhubung setiap hari melalui telifon..dia lah tempat aku mengadu..bila aku sedih..family aku plak masih tak restu..betul-betul sedih aku saat itu..

sebulan selepas hubby balik johor..ayah dan mak aku bagitau ada lamaran dari seorang lelaki yang rapat dengan family aku..umur laki tu agak tua sedikit..masa tu aku 26th dan laki tu 45th..aku tak tau apa nak buat sebab aku taknak..aku call hubby aku bagitau..menangis hubby aku dengar dan dia kata semuanya terpulang kepada hati aku..dia tak dapat kata apa-apa sebab aku ada mak ayah.......

pendekkan cerita atas sebab-sebab tertentu..jodoh tuh di tangan tuhan..dengan izinnya aku kawin jugak dengan hubby dengan izin dan restu dari family aku..dengan ketabahan hati hubby family aku dapat terima dia..malah mak aku syg pada hubby aku..apa jer yang hubby aku suka makan   mesti mak masak kalau kita orang balik kampung..alhamdulillah aku bersyukur sangat dengan apa yang tuhan telah tetapkan..sesungguhnnya kalau jodoh itu telah tertulis..berpisah mcmana pun pasti akan bertemu jua..

kini genap usia perkahwinan ku dengan hubby tahun yang ke-6..aku yang sakit tak dapat jadi isteri yang sempurna..namun hubby tetap terima aku seadanya..bila aku sakit hubby tak jemu menjaga..tapi adat rumahtangga kadangkala ada juga dugaan datang melanda..saat itu hati perlu kuat pertahankannya..sehingga hari ini cinta kami tak pernah berkurang..malah makin bertambah......syukur alhamdulillah................sekian....
" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan