kesedihan ini tiada siapa yang mengerti...................

petang ni terasa sakit plak tempat jahitan wayar dialisis nih..tapi selagi boleh tahan aku akan tahan..aku kan dah biasa rasa sakit lenih daripada ini..

sebenarnya hati merasa sangat sedih..namun tiada siapa yang mengerti kesedihan di hati ini..aku sedih bila dia seakan nak taknak je layan aku..aku sdih bila dia buat aku macam tak bermakna dalam hidup dia..aku sedih bila dalam satu hari dia tak call or sms pun tanya aku mcmana hari ni sihat ke tidak..aku sedih bila dia cerita yang isteri kawan2 dia mngandung or bersalin..

sebab aku tak boleh bagi dia semua tu..aku apa pun takde dan tak mampu bagi dia..aku hanya mampu bagi cinta yang ikhlas dalam hati aku saja..selain cinta yang tulus itu aku tak punya apa-apa lagi..bila dia bercerita tntang isteri kawan dia mengandung hati ini terasa sedih skali dan trasa diri ini terlalu kurang dan tak layak untuk terus berada disisinya..

kerana dia mungkin tak bahagia kerana hidup dengan diriku banyak bebani dia..aku banyak susahkan dia..mungkin dia letih dengan kehidupan sekarang..

tuhanku,
hanya padaMu aku mengadu kesedihan ini..
aku tau aku insan yang tak punya semuanya
Kau kuatkan lah hati ku..
Kau redhakan lah aku jalani semua ini seikhlas hatiku..
sungguh kala ini kesedihan ini tiada siapa yang mengerti..............

" Dah Baca ? Komen Lah Sikit =)) "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan